0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
367 tayangan4 halaman

Kaedah Pengajaran Bahasa Semula Jadi

Kaedah Bahasa Komuniti menekankan pembelajaran bahasa melalui interaksi sosial di dalam komuniti kelas. Guru bertindak sebagai kaunselor untuk memberi sokongan dan membantu menangani masalah psikologi yang mungkin timbul semasa pembelajaran bahasa kedua. Murid-murid digalakkan berinteraksi dan berkongsi pengalaman serta perasaan di dalam komuniti kelas.

Diunggah oleh

kang13
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
367 tayangan4 halaman

Kaedah Pengajaran Bahasa Semula Jadi

Kaedah Bahasa Komuniti menekankan pembelajaran bahasa melalui interaksi sosial di dalam komuniti kelas. Guru bertindak sebagai kaunselor untuk memberi sokongan dan membantu menangani masalah psikologi yang mungkin timbul semasa pembelajaran bahasa kedua. Murid-murid digalakkan berinteraksi dan berkongsi pengalaman serta perasaan di dalam komuniti kelas.

Diunggah oleh

kang13
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

9.

Kaedah Natural

Latar belakang Diasaskan oleh Tracy Terell, 1977 Tokoh-tokoh natural yang lain ialah Gouin, Montaigne dan L. Sauveur Terell dan Stephen Krashen telah menerbitkan buku The Natural Approach 1978. Kaedah semula jadi dianggap sebagai kaedah tradisi dalam pengajaran bahasa. Ciri-ciri: Berasaskan kepada teori pembelajaran bahasa yang menganggap bahawa bahasa lebih mudah dikuasai secara semula jadi Komunikasi sebagai fungsi utama berbahasa dan pengajaran bahasa lebih berpusatkan keupayaan pengajaran komunikatif Menekankan makna dan perbendaharaan kata dalam pengajaran kerana bahasa dilihat sebagai alat untuk menghubungkan makna dan mesej Penguasaan bahasa berlaku apabila pendengar memahami mesej dalam bahasa sasaran yang dipelajari Prinsip: Arahan sama dengan tahap penguasan bahasa Mengajar perkataan dan ayat harian Kemahiran komunikasi diajar berperingkat-peringkat Tatabahasa diajar dengan pendekatan induktif Pelajaran baru diperkenalkan secara lisan Objek dan gambar diguna untuk kosa kata maujud dan penyataan idea untuk kosa kata abstrak Teks turut digunakan untuk kemahiran mendengar dan bertutur Sebutan dan tatabahasa yang betul turut ditekankan. Kaedah Natural (Semula Jadi) dalam Pengajaran Bahasa Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar Perkataan-perkataan baharu diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid Tidak menggunakan bahasa ibunda (dalam pembelajaran bahasa kedua) dan tidak menggunakan kaedah terjemahan Cara pembelajaran menyamai pembelajaran bahasa pertama P &P dilaksanakan secara tersusun dan berperingkat bermula dengan kemahiran lisan, kemudian bertutur dan seterusnya membaca dan menulis.

9.3

Kaedah Ajuk Hafaz

Pengenalan Mula diguna oleh tentera Amerika pada perang dunia kedua Berkesan kerana dorongan yang kuat dan latihan yang intensif Konsep Pengajaran melalui demonstrasi dan latih tubi Pembelajaran secara mengajuk atau menghafaz sebutan kata dan ayat yang tepat seperti penutur jati bahasa yang dipelajari Ciri-ciri: tatabahasa diajar secara menghafaz ayat-ayat asas melalui ajukan makna diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda pelajar tidak dikehendaki menterjemah kata demi kata selepas menguasai ayat dasar, murid digalakkan menggunakan bahasa yang dipelajari dalam perbualan dan komunikasi harian supaya sebutan dan tatabahasa dapat dipraktik Cara Mengajar: Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan. Maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda. Murid tidak perlu menterjemah perkataan demi perkataan. Apabila semua ayat dasar sudah dipelajari, murid akan membaca deskripsi bahasa sasaran itu dalam bahasa ibundanya. Contoh, diberi dalam bahasa sasaran dengan persamaannya dalam bahasa ibunda. Kemudian dia terus mendengar lagi ayat-ayat daripada pertuturan yang menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi latihan mendengar. Akhirnya, dia berlatih dalam dialog dengan memakai ayat dasar dan gabungan bahagian-bahagiannya. Guru terpaksa menjalankan beberapa ikhtiar untuk mencapai maksud ini. Beliau hendaklah menyediakan hanya latihan dalam pertuturan, misalnya latihan bertutur, karangan-karangan lisan. Latihan cara-cara menyebut sesuatu perkataan, menyebutnya dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu menggunakannya dalam bentuk-bentuk ayat yang betul. Guru perlu tahu bahawa kejelasan dalam menyampaikan pelajaran amat penting. Sesuatu yang jelas seperti sebutan yang terang dan nyata akan memberi tanggapan yang betul kepada pelajar. Satu tanggapan yang baik pula akan melahirkan satu penguasaan habit bahasa yang baik dan sempurna.

9.6

Kaedah Bahasa Komuniti Pengenalan Diasaskan oleh Charles A. Curran dan rakan-rakannya. Curran seorang pakar dalam bidang kaunseling dan salah seorang profesor bidang psikologi di Universiti Layola, Chicago Disebut juga sebagai Community Language Learning (CLL) Teknik psikologi dalam kaunseling telah digunakan oleh Curran dalam pengajaran bahasa Teknik ini menganggap murid sebagai manusia yang mempunyai emosi dan perasaan, di samping pengetahuan linguistik dan kemahiran tingkah laku

Protokol hari pertama kelas CLL oleh Dieter Stroinigs Tegur sapa yang tidak formal dan pengenalan dibuat Guru membuat satu kenyataan tentang matlamat dan garis panduan kursus Satu sesi perbualan dalam bahasa asing berlaku

Satu bulatan dibentuk agar setiap pelajar ada kontak mata dengan pelajar yang lain. Semua murid mudah mencapai alat rangkaian pita dan mikrofon - seorang pelajar memulakan perbualan dalam bahasa ibundanya dengan seorang murid lain - Guru berdiri di belakang murid mengucapkan bahasa asing yang maknanya serupa dengan ucapan bahasa ibunda tadi - Murid mengulangi ucapan dan merakamkannya dalam alat rakaman - Setiap murid mempunyai peluang untuk membentuk dan merakam beberapa mesej - Pita rakaman dimainkan semula untuk beberapa ketika - Setiap murid mengulangi makna bahasa asing yang didengarnya. Hal ini membantu menyegarkan ingatan murid yang lain Murid digalakkan untuk meluahkan perasaan dan pengalaman mereka secara jujur dan ikhlas

Berdasarkan bahan rakaman, guru memilih ayat untuk ditulis di papan tulis dan menekankan aspek-aspek tatabahasa, ejaan, ataupun huruf besar

Murid digalakkan untuk menyoal berdasarkan aspek-aspek bahasa Murid digalakkan untuk menyalin ayat-ayat daripada papan tulis. Catatkan makna dan kegunaannya. Perkara ini yang menjadi teks untuk membolehkan mereka belajar di rumah

Ciri-ciri Dalam CLL, murid menjadi ahli dalam satu komuniti Belajar melalui proses berinteraksi dengan rakan-rakan dalam komuniti Pembelajaran dilihat sebagai sesuatu yang dicapai bersama Murid perlu mendengar dengan teliti, bebas mengutarakan maksud atau makna

yang ingin disampaikan, mengulang pengucapan-pengucapan bahasa sasaran

tanpa ragu-ragu, menyokong ahli-ahli lain dalam komuniti, menyatakan perasaan dalaman dan kekecewaan, kegembiraan dan keseronokan mereka dan menjadi kaunselor kepada murid lain Guru sebagai kaunselor, bertindak balas secara tenang serta tidak menghukum,

sentiasa memberi sokongan dan membantu klien untuk memahami masalahnya dengan lebih baik Masalah psikologi yang mungkin timbul akibat pembelajaran bahasa kedua akan

diberi perhatian dan layanan. Guru bertanggungjawab mewujudkan satu persekitaran yang selamat, bebas

menghalakan tenaganya kepada tugas komunikasi dan pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai