0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
331 tayangan22 halaman

Pengenalan Fiqh Muamalat Islam

Dokumen tersebut membahas tentang topik muamalat dalam Islam. Ia menjelaskan pengertian muamalat Islam, asas-asasnya seperti jual beli, pinjam meminjam, dan perbezaannya dengan muamalat konvensional. Dokumen ini juga menyentuh mengenai konsep halal dan haram dalam Islam terutama berkaitan pemakanan dan pekerjaan.

Diunggah oleh

AimanNazli
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
331 tayangan22 halaman

Pengenalan Fiqh Muamalat Islam

Dokumen tersebut membahas tentang topik muamalat dalam Islam. Ia menjelaskan pengertian muamalat Islam, asas-asasnya seperti jual beli, pinjam meminjam, dan perbezaannya dengan muamalat konvensional. Dokumen ini juga menyentuh mengenai konsep halal dan haram dalam Islam terutama berkaitan pemakanan dan pekerjaan.

Diunggah oleh

AimanNazli
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

FIQH MUAMALAT (TOPIK 4)

- Jun 01, 2018

PENGENALAN

Topik  empat ini adalah berkaitan dengan  beberapa persoalan penting dalam aspek muamalat
Islam yang akan dipelajari oleh pelajar PPISMP Semester 2.  Pelajar akan didedahkan tentang
asas muamalat Islam, perbezaaan antara muamalat Islam dan  muamalat konvensional serta
menganalisis asas muamalat Islam seperti jual beli, jual beli saham, pinjaman, hutang, riba,
sewaan dan gadaian.  Topik ini juga akan membantu pelajar untuk
mendapatkan maklumat  berkaitan konsep halal dan haram dalam Islam dari sudut pemakanan
dan pekerjaan. Diterangkan juga  bagaimana cara yang diperlukan oleh seseorang   muslim untuk
menganalisis dan mencerakin aspek halal dan haram dalam pemakanan dan pekerjaan..

A.      ASAS MUAMALAT DALAM ISLAM

1.0              Pengenalan
Manusia tidak boleh hidup bersendirian tanpa bantuan orang lain, hal tersebut adalah
merupakan satu fitrah. Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan
urusan dunia, dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-
menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan
dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang
berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam .
Muamalat yang dimaksudkan ialah perhubungan antara manusia sesama mereka untuk
mendapat keperluan masing-masing dengan cara yang baik sesuai dengan ajaran dan tuntutan
agama serta landasan syarak. Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau
di dasar adalah milik Allah s.w.t secara [Link] disuruh memiliki harta yang di sediakan
oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan
[Link] yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat
Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.
Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah di
merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan
ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah
nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)
(Surah Al-Mulk : 15)
Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan alat bagi
mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. menunaikan tanggungjawabnya
terhadap agama. Dalam mencari harta kekayaan,umat Islam di kehendaki menggunakan
sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama. Bagi
memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan dengan baik dan
mencapai keredhaan Allah s.w.t. Islam lah menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai
matlamat tersebut.
1.1       Peranan Muamalat
  Mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang di jalankan berlandaskan
syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh daripada sebarang
penipuan,pemerasan,ketidakadilan,memonopoli harta dan sebagainya,inilah matlamat muamalat
dalam Islam demi kesejahteraan umat manusia.
  Muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan berlakunya sebarang penindasan sesama
manusia. Islam menegah umatnya melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang akan
menyusahkan pihak yang di tindas.
  Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang perbuatan yang
dilarang oleh Allah s.w.t,kita hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang keji seperti
riba’,rasuah,menipu atau sebagainya yang dilarang oleh Allah s.w.t.
  Bermuafakat secara Islam melahirkan manusia yang berakhlak mulia dalam menjalankan suatu
amanat Allah s.w.t.
  Memudahkan manusia untuk merasai kurniaan Allah s.w.t dengan cara yang betul dan
diredhainya. Sekiranya tiada peraturan bermuamalat,manusia akan melakukan apa saja untuk
memperoleh harta yang banyak,mereka juga akan mengunakan harta mengikut nafsu tanpa
memikirkan kepentingan orang lain.
  Mengalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi
keluarga,masyarakat dan negara.
  Melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama, tolong –menolong dan bantu-membantu untuk
kebaikan dan kebajikan bersama.
  Supaya harta kekayaan yang disediakan oleh Allah s.w.t tidak hanya di monopoli oleh golongan
tertentu sahaja. Semua manusia berhak mendapat dan memiliki harta mengikut keupayaan
masing-masing asalkan dengan cara yang betul dan diredhai Allah s.w.t
1.2       Kelebihan Muamalat

  Memperolehi harta kekayaan dengan cara yang diredhai oleh Allah s.w.t.
  Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan kebajikan.
  Seseorang yang menggunakan hartanya untuk faedah orang lain akan beroleh pahala
daripada Allah s.w.t.
  Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan mendapat keberkatan hidup di
dunia dan di akhirat.
     Firman Allah s.w.t:
Maksudnya :
Berimanlah kamu kepada Allah dan rasulnya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan)
sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu
menguasainya sebagai wakil,maka orang yang beriman antara kamu serta mereka
membelanjakan (sebahagian daripada harta itu pada jalan Allah) maka tetap beroleh
pahala yang besar.
(Surah Al-Hadid : 7 )
  Peraturan-peraturan dalam bermuamalat mengikut Islam secara tidak langsung melahirkan
manusia yang berakhlak mulia .
  Mewujudkan masyarakat yang adil,bertanggungjawab,amanah,jujur dan terhindar daripada
melakukan perbuatan yang tidak baik.
  Antara kesan-kesan yang timbul sekiranya muamalat yang dijalankan tidak mengikut syariat
Islam termasuklah :
a) Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan
b) Melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman.
c) Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri.
d) Mendapat harta dengan cara yang tidak halal.
e) Menggunakan harta pada perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah dan membazir.
f) Melahirkan manusia yang bersifat tamak, kedekut, haloba dan sanggup menindas orang
lain demi kepentingan diri sendiri.

2.0       JUAL BELI (AL-BAY’)

2.1       Pengertian
Bahasa : Pertukaran sesuatu dengan sesuatu yang lain.
Istilah syarak  : Menukar harta atau benda yang mempunyai nilai mengikut cara-cara tertentu yang
diharuskan oleh syarak dengan lafaz ijab dan kabul

2.2       Hukum
Hukum asal jual beli adalah harus. Ini bertujuan bagi menyempurnakan hajat manusia yang
memerlukan sesuatu sebagai pemilikan. Syariat ini termaktub dalam al-Quran dan al-Hadis.
Malah, telah diakui oleh ijmak ulama.

a) Dalil al-Quran
Firman Allah s.w.t                          
  ”.…Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba … “
                                                                                 ( Al-Baqarah : 275 )
b) Dalil Al-Hadis
Nabi s.a.w ditanya mengenai pekerjaan apa yang paling suci lalu jawab baginda :
" ‫ اى ال غش فيه وال خيانة‬،‫ وكل بيع مبرور‬،‫ عمل الرجل بيده‬: ‫ اي الكسب اطيب ؟ فقال‬: ‫سئل النبي صلى هللا عليه وسلم‬
".                         
 “ ...Pekerjaan tangan seseorang dari setiap jual beli yang   baik-baik  iaitu jual beli yang tidak
sambil (menipu barang dagangan) lagi pula tidak khianat .”

c) Ijmak Ulama :
Seluruh ulama bersepakat bahawa jual beli adalah harus untuk keperluan dan kepentingan dalam
kehidupan. Imam al-Syafie berkata,
 “Asal bagi semua jual beli adalah harus jika kedua-dua orang yang berjual beli itu reda dengan
barang yang dijual beli itu, kecualilah jenis jual beli yang dilarang Rasulullah s.a.w.”
                                                                                      (Al-Syafie : 1981)

2.3       Rukun Jual Beli


           a) Penjual dan Pembeli
           seorang yang baligh, berakal dan mampu menguruskan barangan dengan baik; dilakukan atas
kemahuan sendiri dan bukan secara paksaan dan bebas
           membuat pilihan kecuali dalam kes yang melibatkan undang-undang;
           penjual dan pembeli adalah dua orang individu yang berlainan;
           beragama Islam bagi jual beli yang melibatkan al-Quran, al-Hadis dan kitab yang
           mengandungi ayat al-Quran di dalamnya;
           pembeli bukan seorang yang kafir harbi (yang boleh diperangi) jika barangan yang dibeli
           adalah peralatan senjata.

b) Barang jualan
           hendaklah wujud dan boleh diserahkan semasa akad jual beli dilakukan kecuali dalm jual beli
al-Salam dan al-Istishna’;
           bersih dan suci;
           berfaedah menurut syarak dan bernilai menurut Islam
           kepunyaan penjual atau wakilnya;
           diketahui oleh penjual dan pembeli tentang kadar, jenis dan sifatnya.

            c) Harga
           bayaran adalah bernilai atau laku dalam pasaran;
           bayaran jelas jumlahnya;
           bayaran adalah milik pembeli;
           bayaran boleh diserahkan kepada penjual walaupun secara hukum ( sah  jual beli dengan cek
           atau kad kredit )
           jenis matawang bayaran diketahui oleh penjual dan pembeli
            d) Ijab dan Qabul
           Tawaran (ijab) hendaklah berterusan dan tidak diubah hinggalah telah  diterima (qabul);
           ijab dan qabul berlaku dalam satu majlis dan tidak wujud tempoh yang lama antara kedua-
duanya;
           ijab dan qabul tidak diselangi dengan percakapan atau perkataan lain yang tidak berkaitan
dengan akad;
           wujud persamaan ijab dan qabul walaupun berlainan lafaz;
           akad jual beli tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu yang tidak berkaitan dengan akad;
           akad jual beli tidak boleh dihadkan untuk tempoh tertentu.

2.4       Bentuk – Bentuk Jual Beli


a)         Jual beli yang dibenarkan :
            - Bay’ al-Tauliah : menjual barangan yang dibeli dan telah diterima
             dengan harga asal ketika dibeli tanpa keuntungan;
            - Bay’ al-Isyraq : menjual sebahagian barangan yang dibeli dan telah
              dengan sebahagian harga asal ketika dibeli tanpa keuntungan;
            - Bay’ al-Murabahah : menjual barangan yang dibeli dan telah diterima
              dengan harga asal ketika dibeli dengan tambahan keuntungan pada
              kadar yang tertentu;
            - Bay’ al-Wadhi’ah : menjual barangan yang dibeli dan telah diterima
              dengan harga asal ketika dibeli dengan diturunkan sedikit harga;
            - Al-Sarf / Tukaran matawang : jual beli dua barangan yang kedua-
             duanya  dalam bentuk matawang;
            - Bay’ al-Salam : jual beli barangan secara tempahan tetapi perlu bayaran
              pendahuluan dan ada tempoh penyerahannya;
            - Bay’ al-Istishna’ : jual barang yang belum wujud dan tidak memerlukan
              mendahulukan dengan bayaran dan tempoh penyerahannya boleh
              ditentukan dan boleh tidak ditentukan;
            - Bay’ al-Wafa’ : kontrak jual beli dengan menjual harta tetap yang tidak
              boleh dipindahkan kepada pembeli seperti tanah dan rumah.

b)         Jual beli yang haram dan tidak sah :


            - Jual beli barangan yang haram untuk kegunaan maksiat atau
             keburukan. Contohnya, menjual patung berhala ataupun dadah;
            - Jual beli yang mempunyai unsur perjudian. Contohnya, membeli
             sesuatu barang sebagai pertaruhan untuk mendapat hadiah lumayan;
            - Jual beli yang mempunyai unsur penipuan. Contohnya, menjual
             buah- buahan yang diperagakan elok di bahagian atas tetapi buruk
             didalam serta dibawahnya;
            - Jual beli yang mengandungi dua akad (kontrak) dalam satu.
             Contohnya, kita menjual kereta kepada seseorang dengan harga
             RM10,000 secara tunai dan dengan harga RM2,000 secara ansuran
             selama setahun;
            - Jual hutang dengan hutang. Contohnya, kita ada berhutang RM100
             dengan Ahmad. Pada masa yang sama, Borhan membayar hutang
             dengan kita RM100. Kemudian, kita meminta Borhan membayar hutang
             kita sebanyak RM100 itu kepada Ahmad;
            - Jual beli barangan yang tidak sempurna hak milik. Contohnya, kita
             menjual suatu barangan yang dibeli tetapi belum diserahkan barangan
             itu kepada kita oleh pemiliknya;
            - Jual beli barangan gharar, tiada kepastian dan tidak boleh
             diserahkan kepada pembeli. Contohnya, menjual burung di udara atau
             ikan di lautan.
            - Jual beli barangan yang belum wujud. Contohnya, menjual buah-
             buahan putik yang masih dipokok atau anak lembu yang masih dalam
             kandungan;
            - Jual beli barangan bersyarat. Contohnya, kita berkata “ aku jual
             keretaku ini dengan syarat engkau jual kereta engkau kepadaku.”

c)         Jual beli yang haram tetapi sah :


            - Membeli atau menjual barang yang sedang dalam tawaran orang
             lain;
            - Monopoli dalam jual beli. Contohnya, membeli barang dengan tujuan
             menyekat orang lain membeli atau supaya orang lain tidak menjualnya;
           - Jual beli hadir libad (orang bandar kepada orang desa), iaitu
             membeli daripada orang yang tidak mengetahui harga sebenar, samada
             mereka dari desa ataupun dari bandar;
            - Jual beli tulaqqi al-Rukhban (memintas perdagangan), iaitu
             menyekat penjual dari desa yang tidak mengetahui harga pasaran di
             tengah jalan untuk membeli dengan harga yang murah;
            - Jual beli najasy, iaitu membeli barang dengan tujuan orang lain terikut –
             ikut membelinya hingga mereka mambayar dengan harga yang lebih
             tinggi;
            - Membeli barangan yang halal untuk tujuan maksiat. Contohnya,
             membeli ayam tetapi digunakan untuk memuja keramat;
            - Jual beli sewaktu azan solat Jumaat (kepada mereka yang
             diwajibkan solat Jumaat). Ia bermula daripada imam menaiki mimbar
             hinggalah selesai menunaikan solat;
            - Mengurangkan sukatan dan timbangan.
3.0       JUAL BELI SAHAM

3.1       Pengertian
Bahasa : berasal daripada perkataan arab sahm mempunyai pelbagai makna antaranya ialah nasib
atau bahagian seperti firman Allah s.w.t. dalam surah al-Saafaat ayat 141:

“...dengan satu keadaan Yang memaksa) maka Dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari
orang-orang Yang kalah Yang digelunsurkan (ke laut)”

Istilah syarak : ialah sejenis tertibatan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan.

Menurut pandangan ahli-ahli ekonomi, saham dimaksudkan kepada dua perkara:


1. Bahagian tertentu pemodal sesebuah syarikat harta dan bahagian ini mewakili
    sebahagian tertentu modal syarikat menerusi pemilikan skrip saham bagi setiap pemodal. Ini
dilihat sebagai suatu cara bagi pengesahan hak miliknya dalam sesebuah syarikat.

2. Skrip saham atau dokumen yang sah yang diberikan kepada setiap pemodal sebagai mengesahkan
pemilikannya kerana setiap saham yang diberi kepada pemodal memberikannya suatu hak dalam
syarikat mengikut peraturan yang selayaknya. Jumhur fuqaha’ muasirin berpendapat bahawa
Islam secara umumnya mengharuskan penerbitan dan jual beli saham, dengan syarat tidak
mengandungi unsur-unsur yang haram seperti riba, gharar, perniagaan benda yang haram dan
unsur-unsur haram yang lain. Oleh itu, hukum sesuatu saham berbeza mengikut sifat saham
tersebut dan jenisnya
.
3.2       Hukum
Hukum urusniaga saham mengikut jenis aktiviti perniagaan sesuatu syarikat :

a. Syarikat yang aktivitinya halal.


Hukumnya harus bermuamalah dengan saham syarikat ini tanpa sebarang khilaf.

b. Syarikat yang aktivitinya haram.


Seperti bank yang mengamalkan riba, syarikat pembuatan arak dan sebagainya. Hukumnya haram
secara ittifaq.

c. Syarikat yang aktivitinya syubhat.


Syarikat yang mengeluarkan perkhidmatan dan barangan yang halal, tetapi kadangkala
bermuamalah dengan uruniaga yang haram , seperti syarikat barangan elektrik, ubat-ubatan,
kenderaan dan lain-lain yang membiayai aktiviti syarikat dengan pinjaman ribawi atau urusniaga
yang melibatkan [Link] fuqaha’ mu’asirin berselisih pendapat tentang masalah ini kepada 3
pendapat :

i. Pendapat pertama : Haram bermuamalah dengan saham syarikat ini selagimana tidak 100%
halal.
ii. Pendapat kedua : Harus bermuamalah dengan saham ni tetapi dengan syarat, berdasarkan
kaedah fiqh dan nas yang terbina di atas asas memudahkan dan mengangkat kesusahan
iii. Pendapat ketiga : Makruh

3.3       Rukun Saham :
  pemegang saham
  pinjaman
  kadar tertentu daripada keuntungan syarikat

3.4       Pelaburan Saham Menurut Pandangan Islam :


  saham tersebut mestilah bebas daripada unsur riba'
  pelaburan saham bukanlah di dalam syarikat korprat atau perdagangan yang berurus niaga dalam
perkara-perkara haram
  saham yang dibeli mestilah tidak mempunyai unsur-unsur spekulasi

4.0       PINJAMAN ( AL-‘ARIYAH)

4.1       Pengertian

Bahasa :  sesuatu yang dipinjam pergi kemudiannya kembali. Ia juga bermaksud saling bertukar
dan mengganti sesuatu.
Istilah syarak : bermaksud mengambil manfaat daripada sesuatu barang tanpa membayar
imbuhan. ‘Ariyah adalah kontrak memberi kebenaran kepada peminjam untuk menggunakan
manfaatnya sahaja dan bukannya untuk tujuan pemilikan.

4.2       Hukum
Hukum pinjaman adalah harus selaras dengan dalil al-Quran, al- serta ijmak ulama

a) Dalil al-Quran
al-Ariyah masih berada dalam konsep tolong menolong yang digalakkan dalam Islam. Firman
Allah s.w.t :
“ Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan jangan
tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran”
( Al-Maidah : 2)

 b) Dalil al-Hadis


Konrak pinjaman merupakan perintah dan amalan Rasulullah s.a.w. sendiri semasa hayat
baginda. Antaranya, hadis diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda :
“Siapa yang mempunyai tanah,hendaklah ini hibah (memberikannya) atau
meminjamkannya.”
(Riwayat Muslim)

4.3       Rukun dan syarat sah al-‘Ariyah


Terdapat empat rukun dalam al-Ariyyyah iaitu :
a)      Peminjam
b)      Pemberi pinjaman
c)      Barang pinjaman
d)      Lafaz pinjaman

Secara amnya,suatu kontrak pinjaman akan tamat jika mengalami salah satu perkara berikut:
a)      peminjam memulangkan barangan pinjamannya
b)      pemilik menuntut semula barangnya, walaupun tempoh pinjaman belum tamat
c)      salah satu pihak meninggal dunia
d)      salah satu pihak hilang kelayakan seperti muflis, gila atau bodoh

5.0       HUTANG (AL-QARD)

5.1       Pengertian
Bahasa : pengasingan sebahagian dari sesuatu. Dalam aspek ini, seolah-olahnya si pemberi
pinjam telah mengasingkan sebahagian dari harta miliknya untuk diberi pinjam kepada si
peminjam yang akan mengembalikan semula kepada si pemberi pinjam dalam tempoh tertentu

Istilah syarak : al-Qard ialah pinjaman yang dilakukan untuk sesuatu kegunaan samada dari
wang ringgit atau lainnya yang akan dipulangkan samada dalam bentuk zat yang sama ataupun
tidak.
a) Dalil al-Quran
Al-Qard telah disyaricatkan melalui al-Quran, al-Sunnah dan al-Ijmac. Selain “Ayat Hutang” di
atas masih ada ayat al-Quran lain yang menyentuh tentang al-Qard, diantaranya firman Allah swt:
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik iaitu dengan
mengeluarkan hartanya di jalan Allah, maka Allah akan melipatgandakan balasan baik
kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah-lah yang menyempitkan dan
melapangkan rezki dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan.”

                                                                                               (Al-Baqarah :
145)
 b) Dalil al-Hadis
Hadis Nabi Muhammad saw juga banyak menyebut tentang al-Qard, diantaranya sabdaan Nabi
Muhammad saw:
‫ إال كان كصدقتها مرة‬Q‫ما من مسلم يقرض مسلما قرضا مرتين‬
“...Sesiapa dari kalangan orang Islam yang memberi pinjaman kepada orang Islam yang
lain sebanyak dua kali maka seolah-olahnya dia telah memberi sedekah satu kali.”
Ulamak juga telah berijmac bahawa al-Qard adalah disyaricatkan dalam Islam.
5.2       Hukum
Hukum al-Qard bagi pemberi pinjam dan yang meminjam adalah bergantung kepada keadaan
mereka. Kadangkala hukumnya menjadi wajib dan Kadangkala menjadi sunat dan lain-lain.\
Hukum Al-Qard ke Atas Peminjam (Al-Muqrid)
a)      Wajib
Memberi pinjam menjadi wajib sekiranya orang yang hendak meminjam dalam keadaan terdesak
untuk menyara hidupnya atau keluarganya dan si al-muqrid adalah orang yang mampu untuk
memberi pinjaman.
b)      Haram
Haram ke atas al-muqrid memberi pinjaman kepada orang yang diyakini akan menggunakan
pinjaman tersebut untuk melakukan perkara yang haram seperti menggunakan wang pinjaman
untuk berjudi dan sebagainya.
c)       Sunat
Pada umumnya, sunat memberi pinjam kerana perbuatan tersebut boleh membantu
menyelesaikan masalah mereka yang memerlukan.
d)     Makruh
Hukum makruh akan terjadi dalam urusan memberi pinjaman sekiranya pinjaman diberi tidak
mengikut keutamaan orang-orang yang ingin meminjam dan juga menjadi makruh jika diyakini
bahawa orang yang meminjam akan membazirkannya.
e)       Harus
Harus memberi pinjaman jika urusan tersebut bukan untuk membantu orang yang berhajat tetapi
hanya sekadar tujuan tertentu seperti memberi pinjaman semata-mata supaya pinjaman tersebut
terjamin keselamatannya jika diberi pinjam kepada sesiapa yang boleh dipercayai.
Hukum Al-Qard ke Atas yang Meminjam (Al-Muqtarid)
a)      Wajib
Meminjam sesuatu keperluan menjadi wajib jika pinjaman tersebut dilakukan untuk
menyelamatkan nyawa seseorang.
b)     Haram
Haram ke atas seseorang yang ingin meminjam sesuatu untuk digunakan dalam perkara yang
haram.
c)      Sunat
Disunatkan meminjam sesuatu keperluan jika perkara itu boleh mengurangkan bebanan yang
tertanggung.
d)     Makruh
Makruh hukumnya jika meminjam sesuatu semata-mata untuk berlebih-lebihan dalam sesuatu
perkara.
e)      Harus
Diharuskan meminjam sesuatu keperluan sekiranya berhajat dan hajat tersebut tidak sampai ke
tahap sunat atau wajib.
            Kontrak al-Qard ialah mendekatkan diri kepada Allah swt dan berbuat baik sesama insan
kerana manfaat pinjaman dirasai oleh al-muqtarid, sedangkan al-muqrid hanya berjasa, berbakti
dan berbuat baik kepadanya. Agama Islam sebagai agama yang diterima oleh Allah swt dan yang
bersifat al-kamal iaitu sempurna telah mengatur sistem yang terbaik untuk menjayakan proses al-
Qard. Sistem tersebut diatur supaya tidak ada unsur riba dan rasuah yang diharamkan oleh Allah
swt dan supaya tidak ada keraguan, penipuan, penindasan, kezaliman dan sebagainya yang boleh
mencemarkan keimanan seseorang.

6.0       RIBA’

6.1       Pengertian
Bahasa : ialah bertambah, lebih atau pertambahan. Apa yang dimaksudkan sini adalah
pertambahan modal.

Istilah syarak: Akad dan perjanjian tambahan bagi sesuatu pertukaran barang atau nilai tertentu
dengan sebab tangguh sama ada tidak diketahui persamaanya disegi syara’ ketika akad atau
diketahui persamaanya  waktu akad dan sama ada menangguhkan kedua tukaran itu atau salah
satunya.

6.2       Hukum
Semua agama samawi dan syariat islam mengharamkan amalan [Link] tersebut berdasarkan
dalil nas al-Quran dan al-Hadis antaranya ialah:

a) Dalil al-Quran

      
“...Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti
berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.
Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu
sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan
mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari
Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu
(sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah.
dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka,
mereka kekal di dalamnya.
                                                                                            (Surah al-
Baqarah : 275 )
b) Dalil al-Hadis
Hadis yang menunjukkan pengharaman riba’ ialah :  

‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم لَ َعنَ آ َك َل الرِّ بَا َو ُم ْؤ ِكلَهُ َو َكاتِبَهُ َوشَا ِه َد ْي ِه َوقَا َل هُ ْم َس َوا ٌء‬
َ ‫إِ َّن النَّبِ ِّي‬
“..Rasulullah S.A.W. telah melaknat pemakan riba, orang yang memberikan riba, orang yang
menjadi penulisnya dan saksi-saksinya. Kemudian Rasulullah S.A.W. mengatakan: Mereka
semua adalah sama.”   
                 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dan Ahmad dan Abu Daud dan Tarmizi)

Hadis lain yang menunjukkan bahaya riba’ ialah :


: ‫حدثنا عبد العزيز بن عبد هللا حدثنا سليمان عن ثور بن زيد عن أبي الغيث عن أبي هريرة عن النبي صلى هللا عليه وسلم قال‬
‫ وما هن قال الشرك باهللا والسحر وقتل النفس التي حرم هللا إال بالحق وأكل مال اليتيم‬: ‫اجتنبوا السبع الموبقات قالوا يا رسول هللا‬
‫والتولي يوم الزحف وقذف المحصنات والمؤمنات الغافالت‬.
“...Hendaklah kamu menjauhi tujuh perkara yang membinasakan,sahabat-sahabat
[Link] ia wahai Rasullullah s.a.w? Jawab Baginda: Syirikkan Allah S.W.T.,melakukan
perbuatan sihir, membunuh diri, atau  jiwa yang dilarang oleh  Allah S.W.T. kecuali dengan
cara yang sebenar,makan riba,makan harta anak yatim,lari daripada medan peperangan dan
menuduh zina terhadap perempuan-perempuan yang baik yang tidak ada perasaan untuk
melakukannya.”
 (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  6.3      Jenis-Jenis Riba’
Menurut pendapat Imam Syafi’i, riba yang terdapat dalam konteks jual beli terbahagi
kepada tiga jenis:           
         Riba al-Fadlu
         Riba Nasi’ah
         Riba al-Yady

6.3.1        Riba’ Al-Fadlu
Riba al-Fadlu  ialah riba yang dibayar lebih kepada satu pihak dengan sebab
[Link] al-Fadlu juga jual beli yang disertai dengan tambahan dengan salah satu jenis
barang yang sama [Link]:jual beli sekilo gandum dibayar dengan sekilo setengah gandum.
Riba al-Fadlu juga berlaku dalam jual beli duit dengan duit atau wang dengan wang, atau
makanan disamping ada pertambahan. Contohnya seseorang yang menjual emas kepada
seseorang hingga sesuatu tempoh tertentu dan dibayarnya dengan emas dan tambahan
perak.  Riba seperti ini berlaku baik benda yang dijual beli sama jenis atau berlainan jenis.

6.3.2    Pembentukan Riba’ Al-Fadlu.


Riba al-Fadlu secara umumnya berlaku dalam enam jenis benda iaitu:
         Emas.
         Perak.
         Hintah (biji gandum).
         Tamar.
         Garam.
         Gandum (tepung). 

6.3.3    Pengharaman Riba’ Al-Fadlu

     Ia diharamkan dengan berdasarkan Hadis dan Qiyas. Antara dalil Hadis ialah:
‫حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة وعمرو الناقد وإسحق بن إبراهيم واللفظ إلبن أبي قال إسحق أخبرنا وقال اآلخران حدثنا وكيع حدثنا‬
‫سفيان عن خالد الحذاء عن أبي قالبه عن أبي األشعث عن عبادة بن الصامت قال قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم الذهب‬
‫بالذهب والفضة بالفضة والب ّر بالب ّر والشعير بالشعير والتمر بالتمر والملح بالملح مثال بمثل سواء بسواء يدا بيد فإذ ا اختلفت هذه‬
‫األصناف فبيعوا كيف شئتم إذا كان يدا بي ٍد‬.

  Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum,barli dengan barli,tamar
dengan tamar dan garam dengan garam sama banyak dengan tunai. Apabila berlainan jenis
pula bolehlah kamu jual sekehendak kamu asalkan tunai.
 (Riwayat Muslim dan Ahmad)

Walaupun riba  al-Fadlu selalunya terjadi dengan enam jenis barang seperti yang tersebut
tadi, namun dalam keadaan lain ia boleh dikiaskan dengan perkara berikut :
  Beras
  Gula
  Dan lain-lain
Oleh itu barangan yang mempunyai unsur riba tersebut boleh dijual dengan yang sama
jenisnya,seperti emas dengan emas berdasarkan tiga syarat:
   Hendaklah sama sukatan dan timbangan keduanya.
   Dengan tunai.
   Terima dalam majlis akad.
Barangan jenis riba lain yang tidak sama jenisnya juga seperti gandum dengan
  Dengan harga tunai.
  Terima dalam majlis akad.    

7.0       SEWAAN (AL-IJARAH)

7.1       Pengertian
Bahasa  : bermaksud jual beli manfaat. Ia merujuk kepada bayaran atau ganjaran yang diberikan
kepada orang yang melakukan sesuatu kerja. ini juga termasuklah upah, sewa atau imbuhan.
Istilah : al-ijarah bermaksud kontrak untuk mendapatkan manafaat daripada sesuatu barangan
tertentu dengan bayaran tertentu.

7.2       Hukum
Hukum al-jarah atau sewaan adalah harus. Jumhur ulama mengharuskannya berpandukan kepada
dalil al-Quran dan al-Hadis.

a) Dalil al-Quran
Firman Allah s.w.t.:

“ jika mereka menyusukan anak untuk kamu, berikanlah upah kepada mereka.”
( al-Talaq : 6)
b) Dalil al-Hadis:
Banyak hadis berkaitan amalan perintah Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan keharusan sewa.
Antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Ibn. Abbs r.a.
“ Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berbekam dan memberikan upah kepada pembekamnya “.
                                                         (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

7.3       Jenis-jenis Sewaan
Sewaan ada dua jenis, iaitu :
1.      Ijarah zimmah : Ialah menyewa sesuatu yang belum ada di hadapan mata sewaktu akad.  Sewaan
jenis ini diisyaratkan  tunai pembayarannya dan menerimanya pada majlis akad.
2.      Ijarah ain : Ialah menyewa / mengupah sesuatu yang sudah ada di hadapan mata sewaktu akad.
7.4      Hikmat-hikmatnya
Di antara hikmat-hikmat sewa menyewa dan upah mengupah ialah :
  Memberi kemudahan kepada orang-orang yang tidak memiliki sesuatu barang mendapat faedah
daripadanya.
  Menambah kelapangan bagi tuan ampunya barang dengan beroleh bayaran sewanya.
  Mengeratkan perhubungan di antara satu sama lain.
  Supaya anggota masyarakat mendapat kemudahan dan kesenangan hidup.
  Menggalakkan pihak-pihak yang mampu supaya sentiasa memberi kemudahan kepada pihak-pihak
yang kurang mampu.

7.5     Rukun dan syarat sah al-ijarah


Terdapat lima rukun al-ijarah iaitu :
a)      Pemberi sewa, mereka dipanggil dengan istilah mu’jir, iaitu orang yang diberi bayaran atau
yang diupah
b)      Penyewa, mereka juga dipanggil dengan istilah musta’jir iaitu orang memberi bayaran atau
upah
c)      Manfaat atau perkhidmatan
d)      Bayaran atau upah
e)      Sighah iaitu ijab dan qabul

Contoh
Setiap barang yang sah dijualbeli, mendatangkan munafaat dan kekal zatnya, sahlah
dipersewakan ; dan setiap mereka yang  sah melakukan urusan jualbeli, sahlah bagi mereka
menjalankan  urusan sewa menyewa ini.  Supaya lebih terang, cara sewa menyewa dan upah
mengupah, di bawah ini diterangkan contoh-contohnya :

1.   Noriah mengupah  Salmah menyusui anaknya dengan bayaran sebanyak $100.00 sebulan.  Noriah


dinamakan “orang yang mengupah”, Salmah, dinamakan “orang yang mengambil
upah”.  Bayaran $100.00 itu dinamakan upah.

2.        Zaid telah menyewa sebuah motokar dari Kota Bharu hendak pergi ke Kuala Lumpur dengan
bayaran sebanyak $80.00.  Zaid dinamakan “yang menyewa – mustakjir”.  Wang sebanyak
$80.00 itu dinamakan “sewa- ujrah” dan tuan punya motokar itu dinamakan “pemberi sewa –
mukjir”.

3.    Encik Zamri menyewa sebuah rumah kepunyaan Encik Ali dengan sewa sebanyak $50.00
sebulan.  Encik Zamri dinamakan  “yang menyewa – mustakjir” Ali dinamakan “pembeli sewa –
mukjir” dan wang bayaran itu dinamakan sewa – ujrah”

8.0 GADAIAN (AL-RAHN)


8.1       Pengertian  
Bahasa : bererti kekal, tetap dan berterusan.  Kata “rahnum” dengan kata “gadaian” dalam bahasa
Malaysia, ertinya menurut bahasa ialah mempertaruhkan sesuatu umpamanya menggadai nyawa,
menggadaikan tanahair dan sebagainya.
Istilah syarak : menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran kepada sesuatu hutang buat
menjelaskan hutang  itu ketika tidak kuasa membayarnya.

8.2       Hukum
Hukum al-Rahn atau gadaian adalah harus berdasarkan dalil al-Quran dan al-Hadis serta ijmak
ulama. Berikut disertakan dalil tentang keharusan tersebut.

a)  Dalil al-Quran
“...Jika kamu dalam musafir (lalu kamu berhutang) sedang kamu tidak memperoleh seorang
penulis, hendaklah diadakan barang gadaian yang dipegang ( pemiutang).
“                                                
 (al-Baqarah : 283)

b) Dalil al-Hadis
Ulama fiqh Islami bersepakat bahawa Rasulullah s.a.w. adalah orang pertama yang terlibat dalam
melakukan gadaian dalam Islam. Ini diceritakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
“ ...Rasulullah s.a.w. membeli makanan daripada seorang Yahudi secara hutang dengan
menggadaikan sebuah perisai besi.”
                                                                                  (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

8.3       Hikmah Gadaian dalam Islam

Berhutang adalah merupakan suatu jalan bagi mengatasi kesulitan perbelanjaan tetapi  kadang-
kadang orang-orang yang berkemampuan tidak sanggup hendak memberi hutang kepada
seseorang  yang dipercayainya kecuali dengan sesuatu cagaran.  Dengan adanya cagaran itu,
hutang yang diberikan itu akan  terjamin dan terselamat.  Memandangkan kepada keadaan inilah
Islam  mengharuskan bermualamat dengan cara bergadai iaitu berhutang dengan meletakkan
suatu pertaruhan atau cagaran supaya terjamin pembayarannya bila mana sampai tempohnya
kelak.  Dengan cagaran itu, pihak memberi hutang tidak  merasa apa-apa keraguan  lagi kerana
bila sampai tempohnya nanti, walaupun orang yang berhutang itu tidak sanggup menjelaskannya,
pemberi hutang yang memegang gadaian itu boleh menjualnya dan mengambil harganya  sekadar
yang telah diperhutangkannya.

Contoh
Ramli memerlukan wang sejumlah  $3,000.00.  Untuk mendapat wang sejumlah tersebut ia
terpaksa berhutang  daripada Fakrul dengan menggadaikan kebun getahnya iaitu  sebagai cagaran
kepada hutangnya itu dengan perjanjian apabila  ia tidak dapat melunaskan hutangnya itu dalam
tempoh yang  telah ditetapkan, Fakhri bolehlah menjual kebun tersebut; dan jika harganya lebih
mahal daripada jumlah wang yang diperhutangkan itu, wang selebihnya itu hendaklah diberikan
kepada  Ramli kerana ianya adalah kepunyaan Ramli.
Muamalat hutang dengan cagaran sebagaimana yang tersebut  di atas inilah dikatakan  rahnun
(gadai).  Ramli yang memerlukan wang itu dinamakan rahin (penggadai).  Fakhrul yang
memberikan wang dinamakan murtahin (pemegang gadai).  Kebun yang dicagarkan itu
dinamakan marhun (yang digadaikan).  Wang sebanyak $3,000.00 itu dinamakan marhun bih
(hutang gadaian).  Muamalat cara ini mestilah dengan ada ucapan di antara si penggadai dan si
pemegang gadai.

8.4       Rukun-rukun Gadaian
Dari  keterangan-keterangan di atas nyatalah, rukun-rukun gadaian itu empat perkara iaitu :-
1.      al-Rahin (Penggadai) dan al-murtahin (pemegang gadai).  Kedua-duanya hendaklah:
  Keahlian mengurus hartanya (ahliyatut Tabaru).  Dengan syarat ini, penjaga, bapa atau lainya,
tidak boleh menggadaikan harta kanak-kanak dan harta orang-orang gila kecuali jika terpaksa
atau ternyata ada keuntunganya.
  Akil baligh: tidak sah bagi kanak-kanak dan orang-orang gila.
  Tidak dipaksa : melakukan gadai mestilah dengan kehendak sendiri.  Tidak sah jika dipaksa.
2.      al-Marhun (Barang yang digadai) – barang-barang yang digadai hendaklah barang-barang yang 
sah diperjualbelikan.  Barang-barang yang tidak sah diperjualbelkan, tidak sah ianya digadaikan.
3.      al-Marhun bih (hutang) – bayaran atau barang  yang diberi kepada penggadai itu mestilah
hutang yang  dimaklumi.  Maka tidak sah jika tidak berupa hutang seumpama benda yang wajib
diganti seperti barang yang dirampas, barang pinjaman atau sebagainya.
4.      Sighah (Lafaz kontrak)– tidak sah gadaian melainkan dengan ijab dan Kabul.  Syarat-syaratnya
sama dengan syarat-syarat  pada urusan berjualbeli.  Maka tidak sah jika diselangi oleh perkataan
lain atau berselang lama.  Juga  tidak sah jika bertaklik dan jika memakai jangka waktu.

8.5       Perbezaan Muamalat Islam dan Konvensional

            Perbezaan Sistem Kewangan Islam dan Konvensional boleh dilihat kepada konsep dan
operasi. Konsep Kewangan Islam merujuk kepada prinsip-prinsip syariah yang bebas daripada
unsur-unsur yang dilarang seperti riba, gharar (keraguan), maisir (judi), tadlis (penipuan),
penindasan, ketidakadilan, memonopoli harta dan sebagainya. Manakala konsep sistem kewangan
konvensional pula berlandaskan pemberian faedah(riba) dalam hampir semua transaksi,baik
dalam pinjaman, overdraf,pajakan,sewa beli simpanan dan kad kredit.
            Dari sudut operasi pula, Sistem Kewangan Islam adalah berteraskan akad yang telah
dipersetujui oleh Syarak seperti Bai’ Bithaman Ajil (BBA), Wadi’ah, Mudarabah, Musyarakah
dan sebagainya. Manakala sistem kewangan konvensional pula operasinya adalah tidak
berteraskan akad-akad yang sah dari sudut Syarak dan kebanyakkannya terlibat dalam sistem
pinjaman yang berteraskan riba.
            Sistem kewangan Islam pelaburannya bebas dari unsur ketidakpastian (gharar). Setiap
pelaburan adalah mengikut hukum islam dan dipastikan tidak terlibat dalam aktiviti yang telah
diharamkan seperti perjudian, spekulasi, jualan minuman keras, makanan tidak halal dan
sebagainya. Sistem kewangan konvensional pula memberi kebebasan  melakukan pelaburan
untuk memaksimumkan keuntungan dan tidak bercanggah dengan undang-undang
            Sistem kewangan islam terdiri daripada ulama, ahli akademik dan pakar perbankan islam.
Mereka merupakan ahli majlis penasihat syariah sepusat yang ditubuhkan untuk mengawal selia
dan memastikan perjalanan operasi intitusi perbankan islam adalah konsisten serta sentiasa
mengikut hukum [Link] kewangan konvensional pula mereka pakar dalam urusan
perbankan sahaja bagi memastikan bank mencapai keuntungan maksimum

MUAMALAT ISLAM KONVENSIONAL


      Tujuan kerana Allah- konsep ta’awun       Tujuan utama ialah keuntungan-
      Tiada unsur riba & penindasan kapitalis dan sosial
      Berpandukan syariat islam dalam semua      Berasaskan riba/penindasan
urusan       Mengabaikan tanggungjawab sosial
      Harta sebagai alat mendekatkan diri       Pengumpulan harta-matlamat hidup
kepada Allah

B.      KONSEP HALAL HARAM DALAM ISLAM

2.0              Pengenalan

Dari sudut bahasa halal berasal dari kalimah Arab iaitu halla, yahillu, hillan, wahalalan yang
bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum syarak. Daripada istilah syarak pula halal
sebagai sesuatu yang diharuskan, yang terungkai padanya ikatan larangan, dan diizinkan oleh
syarak untuk melakukannya. Halal juga didefinisikan sebagai sesuatu yang harus, yang
diizinkannya di sisi syarak.
Manakala haram dari perkataan Arab harama, menjadi haram iaitu berlawanan dengan al-
halal. dan al-haram adalah perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t.. Menurut al-Qaradawi
istilah haram adalah perkara yang telah dilarang oleh syarak daripada melakukannya dengan
larangan yang keras, iaitu berupa amaran bahawa sesiapa yang melanggar larangan tersebut akan
membawa siksaan Allah s.w.t. di akhirat, juga adakalanya mendapat hukuman syariat di dunia

2.1       PEMAKANAN
Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan kesihatan
manusia akan terjejas. Makanan dapat membekalkan haba dan tenaga bagi tujuan menjaga serta
mengekalkan suhu [Link] juga berfungsi dalam aktiviti pernafasan dan aliran darah bagi semua
kerja otot dalam badan serta terlibat bagi proses penggantian zat dalam badan (metabolisme).
Selain itu, umat Islam memerlukan makanan untuk tujuan beribadat kepada Allah
[Link] dapat di takrifkan sebagai sains yang berkenaan dengan zat, khasiat dan nutrien
dalam makanan. Ia merupakan kombinasi satu proses di mana organisma mengambil,
menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna dan mengkumuh bahan makanan untuk tujuan
pembuatan serta membaik pulih komponen dalam badan.
Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal:

a. Perintah Tuhan
Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah
diperintahkan Tuhan kepada kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman:
           “Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi,   yang        halal
yang baik (halalan tayyiban)".
                                                                                             (Surah al-Baqarah: 168)

Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib)
bagi setiap orang Islam.”                                                            (Riwayat Dailami)

b. Mengelakkan daripada azab Neraka

Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di
Akhirat.
Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak
baginya.                                                                        (Riwayat Thabrani)

Maksud Al-Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang
haram".                                                                          (Riwayat Ahmad)

c. Doa makbul

Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan
haram, terhijab doanya dengan Tuhan.

Rasulullah bersabda:
“Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu
lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan
perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai
Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan
doanya.”                                                         
(Riwayat Muslim)

d. Diterima Amalan

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang
haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.

Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang


hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal
darinya empat puluh hari.”                        
(Riwayat Thabrani)

e. Hati bersih

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini
sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang
bersih (halal).”

2.2       PEKERJAAN

Pekerjaan ialah satu kegiatan yang dilakukan untuk mendapatkan pendapatan yang halal
Pandangan Islam terhadap pekerjaan ialah sesuatu yang mulia, merupakan satu ibadat ,satu cara
melahirkan masyarakat yang tolong menolong,juga ianya satu kewajipan yang mesti
[Link] menuntut umatnya bekerja kerana ia akan dapat meningkatkan taraf hidup
seseorang, membolehkan seseorang itu berdikari tanpa bergantung kepada orang lain, malah ia
menjadi tanggungjawab individu. Matlamat bekerja dalam Islam ialah supaya manusia itu dapat
mencari rezeki yang halal, membangun dan memajukan ekonomi serta yang paling utama
mendapatkan keredhaan Allah
Di antara ciri-ciri pekerja dan pekerjaan yang dianggap sebagai ibadah adalah:

a.       Pekerjaan yang disertakan dengan niat mendapat keredhaan Allah;


b.      Pekerjaan itu mestilah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syarak;
c.       Tidak meninggalkan perkara-perkara wajib seperti solat.
d.      Menghasilkan kerja yang berkualiti.
e.       Dilaksanakan dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh;
f.        Berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab;

g.      Menghindarkan diri dari perasaan riak, (menunjuk-nunjuk), ingin dipuji dan terkenal sebagai
orang yang rajin, tekun, orang baik dan ingin disebut-sebut sebagai ahli ibadah oleh orang ramai,
suka berbangga dengan memberitahu kepada orang lain akan amal kebajikannya dan
menghindarkan diri dari merasa bangga kerana ia telah banyak berbuat kebajikan dan amal
ibadah.

            Rasulullah s.a.w telah memperingatkan umatnya untuk berwaspada dengan pekerjaan-


pekerjaan yang haram ini. Rasulullah s.a.w. menyebutkan salah satu tanda rosaknya akhlak umat
manusia dengan sikap acuh tak acuh mereka terhadap cara mencari harta kekayaan. Di antara
mata pencarian yang dilarang adalah:

a.       Pekerjaan yang berupa kesyirikan dan sihir, seperti perdukunan, paranormal, peramal nasib,
dan hal-hal yang sejenis dan semakna dengannya.

b.      Pekerjaan yang berupa ciri-ciri menuju kesyirikan, seperti menjadi membuat patung, melukis
gambar makhluk yang bernyawa, dan hal - hal yang sejenis dan semakna dengannya.
c.       Jual beli dalam perkara yang diharamkan oleh syariat seperti bangkai, babi, darah, anjing,
patung, lukisan makhluk yang bernyawa, minuman keras, narkotik , dan sebagainya.
d.      Memakan harta riba.
e.       Menimbun bahan-bahan perdagangan di saat harganya murah dan diperlukan oleh masyarakat
dengan tujuan meraih keuntungan yang berlipat ganda pada saat harganya melambung tinggi.
f.        Perjudian .
g.      Memakan harta anak yatim secara zalim.
h.      Mencuri dan merompak .
i.        Mengurangkan timbangan dan sukatan.
j.        Rasuah dan penipuan.
k.      Menunda-nunda pembayaran gaji buruh dan pekerja atau mengurangkan hak-hak mereka.

Prinsip-prinsip halal-haram di dalam Islam adalah jelas dan mudah difahami. Justeru itu Islam
merupakan agama yang sangat menitikberatkan perkara yang baik dan buruk. Timbulnya halal
dan haram di dalam Islam adalah sebagai panduan bagi manusia untuk mengenal pasti sesuatu
yang baik ataupun buruk. Namun begitu Islam bukanlah sebuah agama yang rigid, dalam
sesetengah keadaan, sesuatu perkara yang ditegah akan dibenarkan untuk melakukannya demi
meraikan kemaslahatan manusia. Walau bagaimanapun kelonggaran kepada yang haram tidak
boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Ini kerana kewajipan di dalam mencari sesuatu
yang halal merupakan kefarduan bagi umat Islam.
       UJI MINDA

1.      Apakah yang dimaksudkan dengan muamalat?. Jelaskan tiga tujuan muamalat.


2.      Jual beli adalah perkara yang diharuskan oleh syara'. Terangkan tiga jenis jual beli yang
dilarang tetapi sah.
3.      Senaraikan rukun jual beli serta nyatakannya secara terperinci.
4.      Berikan pengertian sewaan dan sertakan rukun-rukunnya.
5.      Jelaskan tiga hikmah diharuskan sewaan.
6.      Jelaskan sebab kontrak menjadi batal. Huraikan satu persatu
7.      Jelaskan perbezaan muamalat Islam dengan muamalat konvensional.
8.      Terangkan konsep halal dan haram dalam pekerjaan?.

Anda mungkin juga menyukai