LIRIK LAGU BORIA
Salam sejahtera kami ucapkan,
Kepada tuan puan dan juga rakan,
Gembira bersama rakan sekalian,
Persembahan boria kami berikan.
Mari rakan-rakan kita belajar,
Agar menjadikan kita cemerlang,
Melukis menyanyi dan juga menari,
La la la la la la kita murid terbilang.
Kami ke sekolah setiap hari,
Menimba ilmu dipelajari,
Pesanan guru-guru sentiasa di hati,
Moga menjadi pelindung diri.
Bukannya mudah untuk berjaya,
Usaha dan adab perlu seirama,
Teruskan belajar tak mengira apa,
Pastinya kita mendapat hasilnya.
Sekian sahaja persembahan kami,
Moga menjadi inspirasi diri,
Salah dan silap harap dimaafi,
Hingga bertemu di lain kali.