- Keselamatan

Keselamatan
Kepercayaan anda penting untuk kami dan menjadi sebab kami amat mengutamakan keselamatan. Produk, proses dan sistem kami direka bentuk untuk melindungi pengguna dan data kami.
Ciri keselamatan
Penyulitan
Kami memastikan reka bentuk selamat semasa dihantar dan semasa dalam simpanan. Ketika dihantar, reka bentuk hanya boleh diakses melalui TLS/SSL dan semasa dalam simpanan, reka bentuk disulitkan dengan AES256.
Keselamatan data
Pekerja dan sistem kami hanya boleh mengakses data yang mereka perlukan untuk melakukan kerja mereka dan kami menyimpan reka bentuk anda dengan penyedia awan yang mempunyai kawalan keselamatan fizikal peringkat tertinggi.
Sangat tersedia
Kami menggunakan CDN global untuk mencegah serangan rangkaian dan memastikan Canva sangat tersedia.
Dipantau dan berdaya tahan
Sistem pengesanan ancaman, pengelogan dan amaran kami memaklumkan pasukan tunggu sedia kami tentang insiden berpotensi.
Amalan pembangunan selamat
Kami melakukan kajian semula setara dan ujian untuk kod kami sebelum dikeluarkan, termasuk semakan manual dan automatik untuk isu keselamatan.
Keluaran berperingkat
Kami hanya mengeluarkan perisian selepas meluluskannya dalam persekitaran pembangunan dan percubaan.
Keselamatan akaun
Kami menyediakan pilihan SSO dan MFA untuk pengguna serta perusahaan bagi melindungi akaun mereka
Kebenaran dalam aplikasi
Pengguna boleh ditugaskan dengan peranan berbeza untuk mentadbir, mengurus, mereka bentuk atau mengakses kandungan.

Program cari pepijat
Kami mengalu-alukan kajian keselamatan yang bertanggungjawab. Kami menjalankan program cari pepijat dan memberikan cara untuk pengkaji keselamatan memaklumkan kami tentang kerentanan dalam produk dan persekitaran kami.
Canva dan Peraturan Perlindungan Data Umum EU (GDPR)
Canva komited untuk membantu pengguna kami memahami hak-hak dan kewajipan di bawah Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) yang mula dilaksanakan pada 25 Mei 2018.
Kami telah memperkenalkan alat dan proses untuk memastikan kami mematuhi keperluan GDPR. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pematuhan GDPR kami, sila baca Dasar Privasi(dibuka di tab atau tetingkap baharu) kami.
Perkara yang boleh dilakukan untuk melindungi akaun anda
Melindungi akaun anda
Garis panduan untuk melindungi akaun anda
Berkongsi reka bentuk anda
Garis panduan untuk berkongsi reka bentuk anda.
Menguruskan data anda
Garis panduan untuk menguruskan data anda.
Soalan Lazim
Secara lalai, semua kandungan yang anda siarkan di Canva adalah peribadi.
Semua data peribadi anda disimpan dalam sistem yang hanya boleh diakses melalui aplikasi Canva.
Apabila anda log masuk ke Canva, kami memberi akaun Canva anda akses kepada fail peribadi tersebut.
Reka bentuk peribadi anda hanya boleh diakses dengan mengelog masuk ke akaun anda.
Reka bentuk peribadi anda tidak boleh diakses oleh sesiapa yang tidak dilog masuk ke Canva, atau sesiapa yang menggunakan akaun berbeza kecuali jika anda berkongsi reka bentuk anda.
Anda berkongsi reka bentuk bersama pasukan(dibuka di tab atau tetingkap baharu) dengan meletakkan reka bentuk anda dalam folder pasukan.
Kemudian, apabila ahli pasukan log masuk ke Canva, kami memberi akaun Canva mereka akses kepada fail peribadi tersebut yang diletakkan dalam folder pasukan. Ahli pasukan juga boleh melihat sebarang fail dimuat naik yang disertakan dalam reka bentuk.
Jika anda menerbitkan reka bentuk secara umum, ini menukarkan tetapan privasi dan reka bentuk, yang kemudiannya boleh diakses oleh sesiapa yang mempunyai URL ke fail tersebut.
Canva telah memperoleh pematuhan SOC2 Jenis II dan diperakui oleh ISO 27001. Hal ini bermakna sebagai organisasi, kami mempunyai pekerja, proses dan sistem yang sedia untuk mengenal pasti, menilai, menangani dan memantau risiko keselamatan maklumat secara berkesan. Ini bermakna kami berhasrat untuk memastikan keselamatan terbina dalam setiap aspek operasi kami dan kami berusaha untuk meningkatkan tahap keselamatan kami menerusi proses penambahbaikan yang berterusan.
Ya. Pasukan keselamatan kami terdiri daripada Jurutera Keselamatan khusus yang bekerja merentas syarikat bagi memastikan produk, platform dan operasi kami selamat.
Ya. Canva mematuhi SOC2 Jenis II dan diperakui oleh ISO 27001, yang memerlukan kami melakukan audit luaran secara berkala untuk sistem pengurusan keselamatan maklumat dan kawalan keselamatan kami.
Canva menggunakan pakar dalam perkhidmatan dan alat luaran untuk melakukan berbilang jenis penilaian keselamatan yang berbeza.
Kami telah bekerjasama dengan BugCrowd untuk menjalankan program cari pepijat, yang memberikan ujian keselamatan daripada khalayak yang berterusan. Ketahui lebih lanjut tentang program cari pepijat kami di sini.(dibuka di tab atau tetingkap baharu)
Kami juga menjalankan imbasan kerentanan mingguan terhadap persekitaran penghasilan kami dan menggunakan penguji penembusan luaran untuk melakukan berbilang ujian penembusan sepanjang tahun.
Canva menyimpan data anda di awan menggunakan beberapa jenis storan bergantung pada jenis data, termasuk pangkalan data, storan fail dan sistem lain.
Sistem kami hanya boleh diakses oleh orang dan perkhidmatan yang memerlukan akses.
Kami menyulitkan reka bentuk menggunakan AES256. Ini bermakna reka bentuk anda tidak boleh dibaca oleh seseorang dengan akses kepada cakera yang mengandungi reka bentuk anda.
Canva beroperasi di banyak negara yang masing-masing mempunyai undang-undang privasi dan keselamatan mereka sendiri.
Pasukan undang-undang kami terus memantau landskap perundangan yang berubah-ubah untuk mengenal pasti perubahan dan menentukan tindakan yang perlu diambil oleh Canva bagi memenuhi kewajipan kami di setiap bidang kuasa.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca Dasar Privasi(dibuka di tab atau tetingkap baharu) kami.
Canva Shield ialah koleksi lanjutan kawalan keselamatan, privasi dan sekuriti. Direka bentuk untuk memastikan perniagaan anda selamat dan memberikan anda ketenangan minda, pelanggan perusahaan yang mempunyai lebih daripada 100 pengguna mempunyai lapisan keselamatan tambahan berserta ganti rugi. Hubungi pasukan jualan dan temui manfaat kontrak perusahaan.
Soalan keselamatan
Kami di sini dan sedia untuk menjawab semua soalan anda tentang keselamatan Canva.