BAB 1
SINTAKSIS:
SUATU PENGENALAN
TOPIK UTAMA
• BIDANG SINTAKSIS
• DEFINISI AYAT
• STRUKTUR BINAAN AYAT
• PEMBAHAGIAN SUBJEK DAN
PREDIKAT
• AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN
BIDANG SINTAKSIS
• Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan
binaan atau konstruksi ayat.
• Dalam erti kata yang lebih mudah, bidang
sintaksis mengkaji hubungan antara perkataan
dengan perkataan dalam pembentukan ayat.
• Sintaksis dianggap peringkat susunan binaan
yang amat penting dalam apa jua bahasa.
• Kita juga dapat memahami bidang sintaksis
sebagai kajian tentang hukum atau rumus
tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan
atau kelompok perkataan untuk membentuk
ayat dalam sesuatu bahasa.
• Ayat menduduki tempat paling atas dalam
tatatingkat kajian sintaksis, diikuti oleh
klausa dan frasa.
DEFINISI AYAT
• Ayat ialah unit pengucapan yang paling
tinggi dalam tatatingkat tatabahasa.
• Ayat terdiri daripada subjek dan predikat,
dan biasanya salah satu konstituen boleh
digugurkan dan ayat ini dinamakan ayat
minima.
• Ayat perlu diucapkan dengan intonasi yang
sempurna.
• Ayat terdiri daripada klausa, klausa terdiri
daripada frasa, manakala frasa terdiri
daripada kata.
AYAT : Kucing itu sedang minum.
KLAUSA : kucing itu sedang minum
FRASA : kucing itu / sedang minum
KATA : kucing / itu / sedang / minum
• Za’ba (2002)
Ayat memakai susunan perkataan yang
sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung
pangkalnya dan tempat-tempat berhentinya,
serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap
sekumpul kata yang dikatakan itu … maka tiap-
tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang
sempurna maksudnya.
• Asraf (1990)
Bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya
sekumpulan kata yang tersusun kepada dua
bahagian, iaitu subjek dan predikat.
• Asmah Haji Omar (1993)
Ayat adalah unit yang paling tinggi dalam skala
tatatingkat nahu. Ayat terdiri dari klausa yang disertai
dengan intonasi ayat yang lengkap, yakni yang dimulai
dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan,
dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna
dan selesai.
• Abdullah Hassan (1986)
Apabila kita bercakap, kita menggunakan perkataan-
perkataan yang kita susun menjadi ayat … ada ayat yang
terdiri daripada dua patah perkataan sahaja. Tiap-tiap
ayat mesti terdiri daripada dua bahagian:
Bahagian 1: Benda atau subjek bahagian
Bahagian 2: Cerita atau predikat
• Arbak Othman (1989)
Ayat ialah satu ikatan perkataan yang
mengandungi subjek dan predikat. Ikatan
perkataan ini mempunyai susunan berdasarkan
tekanan, intonasi, dan hentian yang tertentu
serta membawa satu fikiran atau idea yang
lengkap.
• Abdul Hamid Mahmood (1994)
Ayat ialah unit pengucapan yang mengandungi
makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk
daripada satu atau beberapa perkataan yang
diucapkan dengan intonasi yang sempurna.
• Nik Safiah Karim (1993)
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi
letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi
makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada
satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang
pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan
kesenyapan.
• Kesimpulan
Ayat terdiri daripada susunan perkataan yang
diucapkan dengan intonasi dan tatabahasa yang
sempurna serta mempunyai makna. Ayat diucapkan
dengan cara bermula dengan kesenyapan dan berakhir
dengan kesenyapan juga.
STRUKTUR BINAAN AYAT
• Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu
bahasa dikenali sebagai satu binaan atau
konstruksi.
• Binaan ayat terbentuk daripada susunan
beberapa unit kecil rangkai kata, dikenali
sebagai unsur atau konstituen.
• Setiap ayat mesti terdiri daripada subjek
dan predikat.
Subjek
• Konstituen dalam ayat yang menjadi benda
yang diterangkan oleh predikat.
• Subjek ayat biasanya terdiri daripada frasa
nama.
• Frasa kerja dan frasa adjektif yang
berfungsi sebagai kata nama juga boleh
menjadi subjek dalam ayat.
• Frasa nama subjek boleh terdiri daripada
kata nama am, kata nama khas, kata nama
terbitan, kata ganti nama diri, dan kata ganti
nama tunjuk.
Predikat
• Konstituen dalam ayat menerangkan subjek.
• Dalam bahasa Melayu, konstituen predikat
boleh terdiri daripada frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.
PEMBAHAGIAN SUBJEK
DAN PREDIKAT
• Pengetahuan tentang struktur unsur ayat
sesuatu bahasa yang ada pada seseorang
penutur asli, membolehkan ia mengenal
pasti dan menentukan ayat yang gramatis.
• Anda bagaimana?
* Saya guru terlatih.
* Saya terlatih di maktab perguruan.
Saya guru terlatih
• Ayat ini terbina dari dua unsur iaitu:
+ saya
+ guru terlatih
• Pembahagian subjek dan predikat:
Ayat
Subjek Predikat
Saya guru terlatih
• Bagaimana pula dengan ayat kedua?
Saya terlatih di maktab perguruan
• Apakah pilihan jawapan anda?
Saya terlatih / di maktab perguruan.
Saya / terlatih di maktab perguruan.
• Bagaimana anda menentukan unsur subjek
dan predikat?
Pelajar itu sedang membaca buku.
• Pembahagian atau penggalan kepada frasa subjek
dan predikat bagi sesuatu ayat tidak boleh
dilakukan tanpa peraturan atau secara ad hoc.
• Dalam ayat di atas, unsur itu sedang tidak boleh
digabungkan untuk menjadi unsur sesuatu binaan,
sebab bentuk itu dan sedang termasuk dalam
kelompok unsur yang berasingan.
• Oleh itu, ayat tersebut tidak mungkin dapat
dipenggal dengan memisahkan pelajar sahaja
sebagai subjek, dan itu sedang membaca buku
sebagai frasa predikat.
• Binaan ayat tersebut yang terdiri daripada
bahagian subjek dan predikat dapat
diperjelas melalui rajah pohon berikut:
Ayat
Subjek Predikat
Pelajar itu sedang membaca buku
Pelajar itu sedang membaca buku
AYAT DASAR DAN AYAT
TERBITAN
• Ayat dasar
Pola ayat yang menjadi sumber kepada
pembentukan atau terbitan semua ayat yang lain
dalam sesuatu bahasa itu.
• Ayat terbitan
Terbentuk apabila beberapa unsur baik unsur
perkataan mahupun unsur frasa ditambah pada
frasa subjek atau frasa predikat.
Pola Ayat Dasar
Subjek Predikat
• Pola 1 Frasa Nama Frasa Nama
Siti guru
• Pola 2 Frasa Nama Frasa Kerja
Mereka sedang membaca
• Pola 3 Frasa Nama Frasa Adjektif
Pelajar itu bijak
• Pola 4 Frasa Nama Frasa Sendi nama
Sekolahnya di Pekan Changlon