0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
532 tayangan16 halaman

Sumbangan Sastera dalam Pendidikan Form 6

A. Kesusasteraan berkait rapat dengan bahasa. Kesusasteraan dalam pendidikan dapat membantu pelajar melatih kemahiran membaca, mendengar, bertutur dan menulis. B. Kesusasteraan membincangkan aspek-aspek kemanusiaan dan alam sekitar, memberi pelajar pengetahuan tentang kehidupan. C. Ia juga mendedahkan pelajar kepada budaya dan tokoh-tokoh sejarah. D. Kesusasteraan membantu pembangun

Diunggah oleh

eizzatzack1194
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PPT, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
532 tayangan16 halaman

Sumbangan Sastera dalam Pendidikan Form 6

A. Kesusasteraan berkait rapat dengan bahasa. Kesusasteraan dalam pendidikan dapat membantu pelajar melatih kemahiran membaca, mendengar, bertutur dan menulis. B. Kesusasteraan membincangkan aspek-aspek kemanusiaan dan alam sekitar, memberi pelajar pengetahuan tentang kehidupan. C. Ia juga mendedahkan pelajar kepada budaya dan tokoh-tokoh sejarah. D. Kesusasteraan membantu pembangun

Diunggah oleh

eizzatzack1194
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PPT, PDF, TXT atau baca online di Scribd
Anda di halaman 1/ 16

Sumbangan Sastera dalam Pendidikan Sekolah

Oleh: Shamsudin bin Abu Bakar

Pendahuluan
Kesusasteraa pula secara mudah, dapat difahami sebagai satu cabang seni, iaitu seni sastera; kesusasteraan yang imaginatif (Welleck Rene dan Austin Warren, 1956). Kesusasteraan merupakan bahan rakaman manusia tentang apa yang dilihat, yang dialaminya, yang difikirkan dan yang dirasakan sebagai aspek kehidupannya yang menarik untuk semua manusia (hashim Awang, 1984)

Pendidikan Kesusasteraan Melayu


Dalam konteks sukatan pelajaran Pendidikan Kesusasteraan Melayu, takrif kesusasteraan Melayu karya-karya kesusasteraan yang dihasilkan dalam bahasa Melayu, berlatarbelakangkan masyarakat dan berinspirasikan kehidupan serantau (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1984)

Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Pendidikan


Pendidikan sastera adalah meliputi disiplin KM yang sudah lama wujud dalam sistem persekolahan di Malaysia MP/KM mula diperkenalkan kepada pelajar Ting.IV,V dan VI di sekolah-sekolah menengah Inggeris untuk peperiksaan Federation of Malaya Certificate (FMC) dan peperiksaan Higher School Certificate pada tahun 1957 dengan keizinan menjawab dalam BM/BI Pada tahun 1959, peraturan menjawab dalam BM bagi kertas KM telah diwajibkan Dengan pelaksanaan SPM pada 1962, mp KM menjadi mp pilihan bagi pelajar-pelajar jrusan sastera di sekolah menengah berpengantarkan BM/ BI Sehingga tahun 1984, P&P KM bagi pelajar-pelajar Ting IV dan V berdasarkan sukatan pelajaran peperiksaan

Sambungan
Tahun 1977, PPK, KPM telah mula merancang untuk mengubal suk.pel. KM bagi pelajar ting. I hingga V. Draf suk. Pel. Tersebut telah dicuba di sekolah menengah NS, Selangor dan WP mulai tahun 1977. Dalam percubaan tersebut, satu pendekatan bagi pengajaran sastera telah dapat dihasilkan, iaitu Pendekatan Berfokus KPM telah memutuskan supaya suk.pel. KM bagi ting.IV dan V yang siap dan memenuhi kehendak pendidikan sastera dihasratkan ini dilaksanakan mulai 1985 Draf suk.pel. KM bagi Ting.I,II dan III dicadangkan menjadi panduan untuk menggabungkan unsur sastera dalam suk.pel. BM yang baharu Komponen Sastera (KOMSAS) dalam BM mula diperkenalkan KPM pada 1 Mac 2000 dan pelaksanaanya bertujuan untuk menggantikan penggunaan unsur sastera dalam Bm yang diguna pakai sebelumnya

Matlamat Pengajaran KM
Menanam semangat dan nilai-nilai kemanusiaan Menanam semangat cinta akan tanahair dengan memperkenalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan Mendidik pelaar-pelajar mengamalkan keperibadian yang seimbang dalam memainkan peranannya sebagai anggota masyarakat Melahirkan individu-individu yang berminat dan mengenali karya-karya bermutu Memupuk bakat pelajar untuk menghasilkan karya atau membuat penilaian terhadap karya-karya sastera sesuai dengan kemampuan mereka

Objektif Pengajaran KM Memahami nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan yang terdapat dalam karya sastera Menyerap nilai-nilai moral yang dicerminkan melalui karya sastera Menganalisa bentuk dan memahami isi kesusasteraan serta menghargai nilai keindahan bahasa dan kesusasteraan Mengekalkan dan memperkembangkan minat terhadap kesusasteraan Membuat penilaian terhadap mutu sesuatu karya sastera dan menghasilkan karya sastera yang sepadan dengan kemampuan mereka

Objektif KOMSAS Meningkat dan mengukuhkan ketrampilan berbahasa Memupuk budaya membaca Menghayati karya sastera Menerapkan nilai dan pengajaran Menghasilkan karya sastera Mengenal tokoh dan sejarah perkembangan sastera Menghayati keindahan bahasa dalam karya dan menggunakannya dalam penulisan

Objektif KOMSAS Dikemaskini


Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera seperti novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden, dan puisi tradisional Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan persoalan, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai murni dan pengajaran Mengenal, menghayati, dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran bertutur, membaca dan menulis Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti pengarang SN Mendapat nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera dibaca Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti dapat melahirkan novel, cerpen dan drama yang bermutu tinggi yang boleh dibanggakan

Sumbangan Sastera dalam Pendidikan Sekolah A. Memahami hakikat bahawa hubungan kesuasteraan dengan bahasa terlalu rapat; malah kesuasteraan itu ialah bahasa Bahasa boleh dimahirkan melalui empat cara iaitu i.pendengaran ii.pertuturan iii. Pembacaan iv.penulisan Kemasukan kesusasteraan dalam sistem pendidikan tadi dapat menolong para pelajar berlatih memahirkan pembacaan, dan bukan sedikit pula latihan kemahiran dalam pendengaran, pertuturan dan penulisan. Contoh kalau karya sastera dibaca dengan kuat ataupun berlakon sesebuah lakonan

Sambungan B. Seperti yang telah difahami mengenai ciricirinya, kesuasteraan itu membicarakan tentang hampir semua aspek manusia dan alam. Tiaptiap karya sastera itu membawakan isi mengenai sesuatu, malah biasanya banyak perkara. Dengan demikian, lebih banyak seseorang itu membaca kesusasteraan maka lebih banyak dan lebih baik pengetahuan yang diperolehi. Dan yang paling penting daripada pengetahuan ini ialah kesedaran para pelajar terhadap hakikat daripada kehidupan

Sambungan C. Lebih jauh daripada itu, kesuasteraan dapat mendidik para pelajar memahami tentang kebudayaan sendiri. Ini termasuklah pemahaman tentang susunan masyarakat, institusi, undang-undang adat istiadat, pekerjaan, permainan, seni, kepercayaan dan sebagainya. Daripada sini, kesusasteraan dapat menghubungkan para pelajar dengan fikiran dan tokoh terkenal dunia, dengan tokoh-tokoh ilmuan atau pemikir daripada semua zaman

Sambungan

D. Pendidikan itu sesungguhnya adalah suatu proses perkembangan seseorang individu. Perkembangan ini dapat dilaksanakan melalui latihan terhadap beberapa keupayaan dasar, iaitu deria kecerdasan, perasaan dan kesedaran masyarakat. Bagi tujuan perkembangan tiap-tiap satunya, kesusasteraan dapat menyediakan bahan dan rangsangan yang paling sesuai

Sumbangan tambahan
Untuk mengukuhkan penguasaan BM dan menimbulkan minat membaca dalam kalangan pelajar Dengan mengenali dan memahami hasil karya kesusasteraan, pelajar dapat memahami manusia di sekitarnya dan seterusnya memungkinkan penerapan sistem nilai yang dapat mengimbangkan pertumbahan rohani dan jasmani berdasarkan FPN konsep JERI Kesusasteraan juga merupakan manifestasi kesenian melalui media bahasa yang kreatif lagi indah. Maka dengan mengkaji KM, pelajar-pelajar mendapat peluang untuk menikmati kehalusan dan keindahannya Melahirkan anggota masyarakat yang bersatu padu, dan mempunyai kesedaran, keperibadian serta nilai-nilai rakyat Malaysia yang dihasratkan

Kesimpulan
Pendidikan sastera pada masa sekarang dan akan datang adalah lebih menekankan penerpan unsur dan nilai kemanusiaan secara menyeluruh dan keindahannya dalam kalangan pelajar remaja. Selain itu, pelajar-pelajar juga mempelajari aspek-aspek sastera seperti perwatakan, plot, tema, dan sebagainya, termasuklah galakan untuk penciptaan dan kritikan sastera. Dengan itu, pelajar-pelajar bukan sahaja dapat memahami, menghayati dan menghargai karya sastera, tetapi juga dapat menerapkan nilai dan budaya tinggi yang dihasratkan

Penutup
Sejarah Melayu tandingan tiada, Sarat mesej menuntun peribadi; Sastera dan Komsas menjana minda, Membentuk akhlak mulia peribadi.

Anda mungkin juga menyukai