Daripada Jabir r.a.
h ia berkata :
Telah bersabda Junjungan Nabi Muhammad S.A.W :
“Barang siapa yang ada baginya tanah maka hendaklah ia menanam akan dia atau
hendaklah ia berikan dia kepada saudaranya, jika enggan maka hendaklah ia memegang
tanahnya itu.”
Perkara yang patut dilakukan oleh orang yang mempunyai tanah:
Junjungan Rasulullah telah bersabda menerangkan, bahawa barang siapa yang ada baginya
tanah yang dimilikinya maka:
1) Hendaklah dia sendiri mengerjakannya, seperti bercucuk tanam supaya boleh
mengeluarkan hasil yang berguna untuk kehidupannya.
2) Hendaklah diberikannya kepada saudara seagamanya samada dengan jalan
(tabarru’) iaitu kurnia redha untuk membuat kebajikan, atau pun dengan jalan
pemberian menurut persetujuan yang harus pada syariat Islam.
3) Jika enggan diterima saudaranya itu maka hendaklah ia pegang buminya itu.
Kesimpulannya, janganlah dibiarkan tanahnya sia sahaja dengan tidak ditanam apa-apa
selama ia mampu mengusahakannya.
Daripada Umar, ia berkata : Aku berikan kepada seorang lelaki seekor kuda pada jalan Allah.
Lalu aku lihat hendak dijualkan dia.
Maka aku bertanya Rasulullah S.A.W lalu ia bersabda :
”Janganlah engkau membelinya dan janganlah pula engkau kembali pada sedekah engkau
itu.”
Janganlah mengambil balik sesuatu yang telah disedekahkan:
Bercerita Umar, bahawa dia telah memberi kepada seorang lelaki seekor kuda dengan cara
bersedekah untuk berperang pada jalan Allah. Kemudian dilihatnya kuda itu hendak dijual
tuannya; orang yang diberikannya kuda sedekah itu. Oleh kerana itu dan merasa hendak
membelinya lalu dia bertanya Junjungan Rasulullah tentang hukumnya. Rasulullah
menerangkan : Janganlah engkau membeli kuda itu dan janganlah engkau kembali balik
pada sedekah engkau itu.
Larangan ini adalah larangan makruh.
Maka dengan hadith ini, kebanyakan ulama’ berpendapat makruh seseorang membeli
sesuatu yang telah disedekahkannya.