10 Cerita Melayu
10 Cerita Melayu
Pada suatu masa dahulu terdapat seekor kura-kura yang ingin terbang seperti
burung."Oh, alangkah seronoknya kalau aku dapat terbang seperti burung-burung itu,"
kata kura-kura.Kura-kura cemburu setiap kali melihat burung-burung terbang bebas di
udara. Ia selalu termenung memikirkan akan keinginannya itu.
Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor burung gagak sedang berehat di atas
sebatang dahan pokok. Kura-kura segera menghampiri burung gagak itu. Ia meminta
gagak mengajarnya terbang."Kamu tidak boleh terbang kerana kamu tidak mempunyai
sayap," kata gagak.Kura-kura berasa kecewa mendengar kata-kata gagak. Namun ia tidak
mahu berputus asa. Tiba-tiba ia ternampak seekor helang menghampirinya. Helang itu
sebenarnya sedang mencari makanan."Dari tadi saya perhatikan kamu termenung.
Namun begitu, helang yang lapar itu membawa kura-kura ke suatu tempat. Ia
melepaskan cengkaman kakinya pada cengkerang kura-kura. Kura-kura melayang-layang
jatuh ke tanah dan terhempas di atas batu. Badan kura-kura hancur berkecai. Helang
terus makan kura-kura itu dengan gembira.
Pengajaran dari cerita- Buat sesuatu perkara mestilah mengukur keupayaan diri sendiri
Sang Arnab Yang Pemalas
Pada petang itu hujan turun dengan lebatnya.Tupai dan arnab berteduh di bawah
pokok.Mereka basah dan kesejukkan."Jika kita ada sarang,tentu kita tak basah
begini,''kata tupai.''Ya,betul kata kamu,"jawab arnab."Pagi esok kita akan buat
sarang."Kata arnab lagi.
Keesokkan harinya cuaca sungguh baik.Tupai mengajak arnab membuat sarang."Lebih
baik kita pergi cari kayu untuk buat sarang."Kata tupai."Tapi bukan sekarang,"jawab
arnab."Kita ada banyak masa lagi.Marilah kita mencari makanan.saya sungguh lapar!
Tupai mengeleng -gelengkan kepalanya melihat sikap sahabatnya.Pada petang itu,hujan
turun lagi.
Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh.:Alangkah baiknya
kalau kita ada ada sarang,"kata tupai."Esok kita mesti buat sarang.Saya tidak mahu terus
basah seperti ini sewaktu hujan."Kata tupai.Arnab yang pemalas itu tidak menghiraukan
rungutan sahabatnya."Kita tunggu esok sajalah,"kata arnab.
Pengajaran dari cerita ini:
1.Jangan sekali -kali malas kerana ia perbuatan merugikan.
2.Jangan berharap kepada kawan seratus peratus.
Kancil dan buaya
Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di
dalam hutan. Banyak binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta
binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong
Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan.
Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil
bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut
sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama
berjalan lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan
akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa
membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai
berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan
tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat
makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing
Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-
buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat
menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.
Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai
yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kancil terpandang Sang Buaya
yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila
lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai
sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik
menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang
menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah
yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar
gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kancil, Sang Buaya tidak sabar lagi
ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada
Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah
buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah
kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua
binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah
semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar
sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil
buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata
"Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung
jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada
hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing
Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua
buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami
sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu
melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan
menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala
buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing
sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan
berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu
semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".
Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana
mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang
Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus
membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan
dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam
kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.
Angsa yang pintar
Pada zaman dahulu, tinggal sekawan angsa putih yang besar.Setiap hari, angsa-angsa ini
akan mengikut tuan mereka ke sebatang sungai untuk berenang dan bermain.
Pada suatu hari, tuan angsa terpaksa meninggalkan angsa-angsa di sungai itu kerana
perlu pulang ke rumah untuk menyelesaikan suatu perkara yang penting.
Sebaik sahaja tuan angsa meninggalkan tempat itu, datang pula seekor serigala. Serigala
itu berasa sungguh gembira apabila melihat begitu banyak angsa. Serigala itu mendekati
sungai itu sambil berfikir : aku boleh makan sepuas-puasnya hari ini.
"Tuan kita tiada di sini. Kita perlu mencari jalan untuk menghubungi tuan kita itu dengan
segera", kata angsa-angsa itu dengan perasaan cemas.
Pada masa itu, seekor angsa yang pintar berjalan di tebing sungai lalu berkata, "Encik
serigala,aku pernah terdengar khabar mengatakan kamu memiliki suara yang sangat
merdu. Sebelum aku menjadi makanan kamu, bolehkah aku mendengar nyanyian
kamu?".
Selepas mendengar kata-kata angsa itu, serigala berasa gembira lalu berkata, "Tentulah
boleh". Serigala itu terus menyanyi dengan kuat. Tuan angsa yang mendengar jeritan
serigala itu, bergegas lari ke sungai itu dengan membawa sebatang kayu. Serigala itu
segera memberhentikan nyanyiannya lalu melarikan diri dari situ.
Pengajaran:
1. Kita perlulah berhati-hati apabila tiada orang yang menjaga keselamatan kita.
2. Sikap bantu-membantu perlulah diamalkan agar hidup kita sejahtera.
3. Jangan meninggalkan harta kita merata-rata tanpa pengawasan
Sang Kambing Yang Bijak
Di sebuah busut, tinggal beribu-ribu ekor anai-anai. Anai-anai itu dipimpin oleh
Raja Anai-anai. Raja Anai-anai sangat adil. Baginda disayangi oleh rakyatnya.
Suatu hari, Raja Anai-anai ditangkap oleh gergasi. Ratu Anai-anai sangat sedih. Beberapa
ekor anai-anai berusaha menyelamatkan raja mereka.
" Aku akan membebaskan raja kamu jika kamu dapat membina sebuah istana. Istana itu
mesti disiapkan dalam masa sepuluh hari," kata gergasi itu.
Anai-anai itu pun pulang. Mereka memberitahukan permintaan tersebut kepada Ratu Anai-
anai.
"Sanggupkah kalian membina istana itu?" tanya Ratu Anai-anai.
"Kami sanggup, tuanku," jawab semua anai-anai.
Sejak hari itu, anai-anai mula bekerja. Mereka memeras keringat siang dan malam.
Gergasi datang melihat anai-anai bekerja. Gergasi memandang rendah terhadap mereka.
"Jangan melakukan kerja yang sia-sia. Tidak mungkin kamu dapat menyiapkan istana itu
dalam masa sepuluh hari," katanya sambil ketawa.
Anai-anai tidak menghiraukan kata-kata gergasi itu. Mereka terus bekerja.
Pada hari kesepuluh, gergasi datang menemui Ratu Anai-anai. Alangkah terkejutnya
gergasi apabila melihat sebuah istana tersergam indah. Gergasi pun membebaskan Raja
Anai-anai seperti yang dijanjikan. Semua anai-anai berbesar hati. Berkat kerajinan,
mereka dapat menyelamatkan Raja Anai-anai.
Pengajaran:
1. Jangan memandang rendah akan kelemahan yang dimiliki oleh orang lain.
2. Kita haruslah berpegang pada janji. Jika kita berjanji kita harus tepati.
3. Rajin dan usaha akan membuahkan hasil.
4. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.