0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
426 tayangan8 halaman

Teks Bercerita (Edited)

Cerita ini menceritakan tentang Sang Kancil yang cerdik yang berjaya menyelamatkan diri dari Sang Harimau dengan menipunya. Sang Kancil membawa Sang Harimau ke tempat Sang Ular yang sedang tidur dan membohonginya bahawa ular itu adalah tali pinggang sakti. Akibatnya, Sang Harimau dibunuh oleh Sang Ular yang marah.

Diunggah oleh

azam
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
426 tayangan8 halaman

Teks Bercerita (Edited)

Cerita ini menceritakan tentang Sang Kancil yang cerdik yang berjaya menyelamatkan diri dari Sang Harimau dengan menipunya. Sang Kancil membawa Sang Harimau ke tempat Sang Ular yang sedang tidur dan membohonginya bahawa ular itu adalah tali pinggang sakti. Akibatnya, Sang Harimau dibunuh oleh Sang Ular yang marah.

Diunggah oleh

azam
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
Anda di halaman 1/ 8

SINGA YANG SOMBONG

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya besar dan kuat.

Suatu hari, semua haiwan di hutan telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang
untuk mengalahkan singa yang sombong itu.

“Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin
ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa. Oleh itu, marilah kita sama-sama
mengalahkan singa itu”, kata Sang Kancil.

“ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain.

“ Siapa ada cadangan? silakan” kata Sang Kancil

Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba
mengalahkan singa itu.”

Haiwan lain mentertawakan Sang Tebuan.

“Selain saya, siapakah lagi yang berani? silakan.” cabar Sang Tebuan.

“Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani melawan Singa, marilah kita sama-sama
menyokong Sang Tebuan.” Kata Sang Kancil.

Pada keesokan harinya, semua penghuni hutan keluar untuk melihat pertarungan antara
Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah
pokok.

“Hai, Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.” cabar
Sang Tebuan.

“ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa.

“ Belum cuba, belum tahu. Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku akan
dapat mengalahkanmu.” jawab Sang Tebuan.
“ Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa.

Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk
menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung
singa lalu menyengat Singa itu.

Singa itu menjerit kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan
Tebuan. Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua
binatang bersorak kegembiraan. Mereka memuji keberanian tebuan itu.

Sekian, terima kasih.


SKRIP CERITA TAHAP 2
”SI TANGGANG ANAK DERHAKA”

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku diri kau ibuku! Ibuku tidak
sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini….”

“Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!”

Salam sejahtera kepada barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Para hadirin sekalian,

Begitulah kesombongan Si Tanggang terhadap ibunya dalam kisah “Si Tanggang Anak
Derhaka” yang akan saya ceritakan pada hari yang indah ini.

Pada zaman dahulu, tinggal sebuah keluarga yang miskin iaitu Mak Umpit dan anaknya yang
bernama Si Tanggang di sebuah kampung yang letaknya di pinggir kampung. Kehidupan mereka
sangat miskin, bak kata pepatah kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang memasak di dapur…
“Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang pergi merantau di
negeri orang mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan mahligai yang indah dan akan
Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibu...”

Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya itu.

“Apa??? Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang... kasihanilah ibu... jangan
tinggalkan ibu, Tanggang...”

Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak dihiraukan oleh anaknya Si Tanggang.. Keesokan
harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di kampung sendirian.

Setelah sekian lama berada di negeri orang, beliau telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini,
Si Tanggang sudah menjadi kaya raya dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik
jelita. Akibat daripada kemewahan dunia yang dimiliki Si Tanggang, kini... beliau telah lupa
kepada ibunya yang tua dan miskin di kampung.

Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah bersama Si Tanggang dan anak-anak kapal belayar.
Kapal Si Tanggang telah berlabuh di pantai berhampiran kampung kelahirannya. Berita kedatangan
kapal Si Tanggang telah diketahui oleh orang-orang kampung...

Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan berita kepulangan anak kesayangannya itu. Mak
Umpit terus pergi berjumpa Si Tanggang dengan mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang
untuk berjumpa anak kesayangannya itu.

”Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa hati ibu nak...”

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu untuk mengaku
perempuan yang tua dan kotor itu ibu kandungnya. Lalu Si Tanggang pun menghalau perempuan
tua itu dari kapalnya.

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku diri kau itu ibuku! Ibuku tidak
sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini….”

”Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!”


Mak Umpit menangis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh anak kandungnya sendiri.
Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai. Sebaik tiba di pantai, Mak Umpit terus
menadah tangan ke langit dan berdoa kepada Tuhan;

“Oh, Tuhanku! Kau tunjukkanlah balasan Mu ke atas anak yang durhaka!!!”

Tiba-tiba satu ribut yang amat kuat beserta kilat dan guruh memecah langit. Terdengarlah suara
anak kapal riuh-rendah di dalam kapal. Dalam riuh-rendah itu, terdengarlah suara Si Tanggang
melaung..…

” Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu....

Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu.....

Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....”

Kapal Si Tanggang semakin karam, pekik dan jerit orang-orang di dalamnya semakin hilang......
akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada penghinaan dan
penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....

Para hadirin sekalian;

Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan menderhaka kepada
kedua orang tuanya yang telah bersusah payah mendidik dan membesarkan kita dari kecil
hinggalah dewasa.

Terang bulan di malam sepi,

Cahaya memancar ke pohon kelapa,

Hidup di dunia buatlah bakti,

Kepada kedua ibu dan bapa.

Sekian, terima kasih.


SKRIP CERITA TAHAP 1
”SANG KANCIL DENGAN TALI PINGGANG SAKTI”

”Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini kau akan menjadi makanan aku Sang Kancil,
ha...ha....ha......”, ketawa Sang Harimau.

”Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku, lepaskanlah aku, kasihanilah aku Sang
Harimau ” rayu Sang Kancil.

Haaa, kawan-kawan hendak tahu apa kesudahan ceritanya?

Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk ”Sang Kancil dengan Tali Pinggang Sakti”.

Salam sejahtera kepada barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor Sang Kancil yang cerdik lagi bijaksana. Pada suatu
hari, Sang kancil keluar mencari makanan. Tiba-tiba dia ternampak Sang Ular yang besar sedang
tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.

”Aku harus berhati-hati dengan Sang Ular itu, jikalau ia terjaga habislah aku dimakannya
nanti”, bisik Sang Kancil di dalam hatinya. Tanpa membuang masa Sang Kancil pun beredar
dari tempat itu.

Kemudian, Sang Kancil meneruskan perjalanannya untuk mencari makanan. Tiba-tiba


kedengaran bunyi riuh-rendah suara binatang-binatang di dalam hutan itu.

”Lari.... lari......... lari Sang Kancil, Sang Harimau hendak makan kita”, jerit Sang Arnab dan
Sang Monyet sambil berlari lintang-pukang. Belum sempat Sang Kancil melarikan diri,
tiba-tiba Sang Harimau terus menerkam ke arah Sang Kancil. Sang Kancil mengigil dan
menangis ketakutan.

”Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan menjadi makanan aku Sang Kancil,
ha...ha....ha......”, ketawa Sang Harimau.
”Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku, lepaskanlah aku, kasihanilah aku Sang
Harimau ” rayu Sang Kancil.

Sang Kancil mencari akal untuk melepaskan dirinya dan dia teringat akan Sang Ular yang
sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.

”Wahai Sang Harimau, aku mempunyai seutas tali pinggang sakti yang ku simpan di bawah
sebatang pokok, jika kau memakainya sudah tentu semua binatang akan tunduk dan hormat
pada kau”, kata Sang Kancil.

”Apaaa...tali pinggang sakti?! Di manakah tali pinggang sakti itu?!” tanya Sang Harimau.

”Tali pinggang sakti itu aku simpan di bawah sebatang pokok tetapi kau mestilah melepaskan
aku dahulu”, kata Sang Kancil.

”Baiklah Sang Kancil, aku lepaskan kau, tapi ingat!! Kalau kau tipu aku siaplah kau!!, herdik
Sang Harimau.

Sang Kancil pun membawa Sang Harimau ke tempat Sang Ular yang sedang tidur nyenyak tadi.

”Haaa..itulah tali pinggang yang aku katakan tadi”, bisik Sang Kancil kepada Sang Harimau.

Tanpa membuang masa, Sang Harimau pun terus memegang badan Sang Ular yang sedang
tidur nyenyak tadi dan melilitkan badan Sang Ular itu ke pinggangnya.

”Wah, hebat sungguh tali pinggang sakti ini! Ha..ha...sekarang akulah raja di rimba ini, semua
binatang akan takut kepada aku, ha....ha.....ha.....”, ketawa Sang Harimau.

Sang Ular yang sedang tidur nyenyak pun terjaga apabila terdengar suara Sang Harimau. Sang
Ular berasa sangat marah lalu terus membelit pinggang Sang Harimau dengan kuat.

Sang Harimau pun menjerit meminta tolong. ” Tolong.... tolong.... tolong.... Sang Harimau
meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.

”Cis, berani kau menipu aku Sang Kancil, siaplah kau”, marah Sang Harimau.

Akhirnya, Sang Harimau pun mati dibelit oleh Sang Ular. Selamatlah Sang Kancil daripada
dimakan oleh Sang Harimau.
....Selesailah sudah... Kisah Sang Kancil... yang sangat cerdik lagi bijaksana…berjaya menipu
musuh yang ganas…hidupan hutan… aman dan gembira….

Hai kawan-kawan,

Teladan daripada cerita yang saya sampaikan tadi ialah setiap masalah yang kita hadapi pasti ada
penyelesaian, jika kita menggunakan akal seperti Sang Kancil tadi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai