Kategori akhlak
Seperti yang diketahui,akhlak adalah kelakuan atau watak seseorang samada baik
atau jahat.akhlak adalah salah satu aspek yang diutamakan dalam islam.hal ini
kerana,sifat atau akhlak yang baik dapat membentuk diri dan masyarakat yang
harmoni serta jenayah dapat dikurangkan.sebagai seorang muslim,menjadi
tanggungjawab kita untuk menitikberatkan akhlak dalam kehidupan.oleh itu,akhlak
terdiri daripada dua kategori iaitu:
Mahmudah
Akhlak mahmudah adalah akhlak yang baik dan mulia yang lahir dari seketul daging
bernama hati yang bersih dan sihat.Akhlak Islam ialah sepertimana Akhlak Nabi
Muhammad saw yang mempunyai akhlak yang mahmudah (terpuji). Kehebatan
akhlak Nabi tiada tandingannya dengan manusia lain. Ilmuan barat mengiktiraf Nabi
sebagai manusia no 1 paling berjaya merubah peradaban manusia dari zaman
kegelapan kepada zaman cahaya Islam.saidatina aisyah pernah ditanya oleh seorang
shabat tentang tingkahlaku rasulullah SAW :
“akhlaknya rasulullah SAW adalah alquran”
(riwayat muslim)
Jelaslah di sini bahawa rasulullah benar benar memperaktikkan kehidupan hariannya
dengan alquran dari aspek akhlak sehinggalah ke aspek
ibadah.sesungguhnya,mereka yang beriman dan bertaqwa kepada allah adalah
orang yang menjadikan alquran dan sunnah sebagai panduan hidup.antara contoh
contoh sifat mahmudah ialah :
1.Berkasih Sayang Sesama Manusia
Apabila dua atau tiga hari Rasulullah s.a.w tidak melihat salah seorang sahabatnya
atau tidak bertemu di mana-mana, Baginda pasti akan bertanya dan mencari mereka.
Baginda akan menziarahi ke rumah sahabat tersebut tanpa rasa sombong. Malah,
Baginda bersolat, makan dan duduk bersama para sahabat.
Hal ini kerana, orang-orang mukmin itu seperti bangunan, sebahagiannya
menguatkan sebahagian yang lain. Juga, ibarat satu jasad seperti sabda Baginda
berikut;
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih, sayang
dan kecenderungan jiwa (simpati) seperti perumpamaan
jasad/tubuh. Jika salah satu anggota tubuh sakit maka, seluruh
tubuh akan merasakannya, iaitu tidak boleh tidur dan (sakit)
-”Hadis riwayat Ahmad, Baihaqi, Muslim
2. mengingati mati
Mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada allah akan sentiasa
mengingati mati
3. sabar dan redha
Reda dengan qada’ dan qadar Allah ialah salah satu daripada sifat
mahmudah. Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk perlulah
diterima dengan syukur atau sabar kerana sesuatu yang terjadi itu pastinya
mempunyai hikmah disebaliknya.oleh itu,dengan mendidik diri untuk
sentiasa sabar dan redha dengan ketentuan allah,seseorang mukmin itu akan
merasa tenang dan mampu bergerak maju kehadapan dengan lebih baik.hal
ini kerana,kepercayaannya kepada qada’dan qadar allah utuh dan dapat
disirami dengan kesabaran agar iman itu akan bertambah.
4. Bersyukur
Syukur ialah tanda seorang mukmin yang sentiasa berterima kasih kepada
Allah atas segala nikmat yang diberikan. Bersyukur kepada Allah ini banyak
caranya seperti melaksanakan segala ibadah kepada Allah dengan hati yang
ikhlas. Sentiasa memuji Allah dengan menyebut kalimah tayyibah (Perkataan
yang baik) seperti Allah Akbar, Subhanallah, Alhamdulillah dan
sebagainya.orang yang tidak bersyukur akan sentiasa merasakan
ketidaksempurnaan dan ketidakcukupan.oleh itu,
“maka diantara mankah nikmat tuhan kamu yang kamu dustakan ?”
-ar-rahmaan:13-
Mazmumah
Selain menjaga akhlak mahmudah, seorang muslim juga harus menghindari
akhlak mazmumah (akhlak tercela) yang meliputi: tergesa-gesa, riya
(melakukan sesuatu dengan tujuan ingin menunjukkan kepada orang lain),
dengki (hasad), takabbur (membesarkan diri), ujub (kagum dengan diri
sendiri), bakhil, buruk sangka, tamak, pemarah dan akhlak tercela lainnya.
1. riya’
Riyak, orang yang riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan
orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata
menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.sifat riya’ adalah diharamkan kerana
ia adalah syirik kecil.Dari Mahmud bin Labid, Rasulullah SAW bersabda yang artinya;
“Sesungguhnya yang paling ditakutkan dari apa yang saya takutkan menimpa
kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil), maka para shahabat bertanya, apa
yang dimaksud dengan asy syirkul ashghar? Beliau shalallahu ‘alaihi wasallam
menjawab: “Ar Riya’.”
2. terlalu cintakan dunia
Kasih akan Dunia ialah orang yang mempunyai hati yang sentiasa berpaut kepada
kehidupandan kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati.
Firman Allah yang bermaksud :
“Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau,
perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul
harta kekayaan dan anak pinak.”(Al-Hadid : 20)
3. berkata perkara yang sia-sia
Banyak berkata-kata perkara sia-sia ialah manusia yang suka berkata-kata,
berbual-bual dan bersembang-sembang perkara yang laqa (lalai) seperti mencaci
orang, menfitnah, hanya kepentingan dunia, perkara tanpa faedah dan sebagainya.
Firman Allah swt yang bermaksud :
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka, melainkan bisikan2
daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau
mendamaikan manusia”. (An-Nisa : 114)
4.hasad dengki
Hasad dengki, dan iri hati ialah seseorang itu rasa kurang senang dengan nikmat
yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. Hadis
Nabi saw yang bermaksud :
“Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan
(membakar) kayu.”
Jika dibiarkan,hasad dengki akan berleluasa dalam kalangan masyarakat dan
akan menyebabkan kesalahfahaman dan perpecahan antara
masyarakat.walaubagaimanapun,kita hendaklah mendekatkan diri dengan
allah agar hati sentiasa tenang.
kesimpulan
Sebagai seorang Islam yang mengaku dan percaya akan adanya Allah, Maha
Esa Allah, Allah Penguasa Alam dan sebagainya lagi, maka perlulah dan
wajiblah kita tunduk dan patuh kepada perintah Allah yang dibawa oleh Nabi
Muhammad saw. Kita wajib membenarkan hati, perbuatan dan perkataan
akan setiap perkara yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw adalah dari Allah.
Panduan bagi umat Islam untuk menuju kepada Allah atau menuju redho
Allah adalah perlu menjadikan Nabi sebagai contoh ikutan dalam setiap
amalan kehidupan kita. Jangan jadikan artis atau nama-nama tokoh bukan
agama sebagai ikutan atau idola, kerana mereka ini akan menyesatkan kita
semua. Kecuali kita jadikan ulama atau orang alim sebagai idola dalam
kehidupan kita, kerana orang alim atau ulama adalah pewaris Nabi dan
mereka adalah penerus dari usaha dakwah Nabi. Kita tidak akan sesat
selamanya jika dijadikan ulama sebagai panduan dan idola sebab mereka
hidup dalam ketaqwaan kepada Allah dan mereka juga dekat diri dengan
Allah. Ulama yang di maksud ialah ulama atau ahli agama yang benar-benar
berjalan di jalan Allah yang mempedomani Alqur’an, hadits atau mujtihad
sebagai dasar dalam bertindak dan mengambil keputusan soal hukum agama
dan bukan mereka yang mengaku ahli agama dengan tujuan mempengaruhi
umat manusia untuk mengikuti ajaran mereka sendiri ajaran yang mereka
ciptakan untuk menyesatkan umat manusia seperti yang banyak terjadi saat
ini.