88% menganggap dokumen ini bermanfaat (16 suara)
6K tayangan2 halaman

Teks Ucapan Ydp Pibg

Majlis pendaftaran pelajar tingkatan satu di SMK Seri Gunong. Pengerusi PIBG mengalu-alukan hadirin dan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa atas komitmen dan sokongan mereka. Beliau juga mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang SMK Seri Gunong dalam peperiksaan PMR tahun ini yang menunjukkan peningkatan 20% kelulusan. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras guru, komitmen

Diunggah oleh

Alif Farhan
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
88% menganggap dokumen ini bermanfaat (16 suara)
6K tayangan2 halaman

Teks Ucapan Ydp Pibg

Majlis pendaftaran pelajar tingkatan satu di SMK Seri Gunong. Pengerusi PIBG mengalu-alukan hadirin dan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa atas komitmen dan sokongan mereka. Beliau juga mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang SMK Seri Gunong dalam peperiksaan PMR tahun ini yang menunjukkan peningkatan 20% kelulusan. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras guru, komitmen

Diunggah oleh

Alif Farhan
Hak Cipta
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
Anda di halaman 1/ 2

Yang dihormati puan pengerusi majlis.

Yang berusaha Tuan Pengetua SMKSG, Cikgu Abdul Kadir Razak.

Yang Berusaha Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan, Guru


Kaunselor, Guru-guru Cemerlang, Guru-guru.

Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

1. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama melafaz rasa syukur ke


hadrat Allah swt kerana dengan izinNya maka dapatlah kita bersama-
sama berada di dalam majlis pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan Satu
pada hari ini.

2. Izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini bagi mengalu-


alukan kehadiran semua hadirin khasnya para ibu bapa dan waris
pelajar yang bakal memasuki tingkatan satu dan ucapan ribuan terima
kasih kepada semua ibu bapa kerana sudi mengiringi anak-anak untuk
mendaftar pada hari ini. Selaku Yang DiPertua PIBG sekolah ini, saya
berasa sungguh bangga dan amat bersyukur dengan komitmen
tuan/puan ini dan harapan saya semoga sokongan dan kerjasama begini
akan berterusan untuk semua acara dan program yang dianjurkan oleh
pihak sekolah ataupu PIBG sendiri. Saya penuh yakin dan percaya
kerjasama sebegini menunjukkan betapa tuan/puan memahami dan
menghayati akan kepentingan pendidikan dalam kehidupan anak kita.
Kehadiran tuan/puan pada hari ini juga memberikan petanda baik
bahawa kejayaan dalam bidang pelajaran tidak hanya bergantung
kepada guru semata-mata sebaliknya jaringan pemuafakatan antara ibu
bapa dan guru-guru memaninkan peranan penting dalam menentukan
kejayaan anak-anak.

3. Kita bersyukur dan berterima kasih kepada semua guru, ibu bapa
dan para pelajar khususnya pelajar tingkatan tiga kerana pada tahun ini
SMK Seri Gunong telah melakarkan sejarah mencapai kejayaan
cemerlang dalam Peperiksaan PMR yang diumumkan minggu lalu. Buat
pertama kalinya sekolah ini telah berjaya mengukir nama dengan
melahirkan dua orang pelajar yang mendapat semua A dalam semua
mata pelajaran yang diambil. Manakala dari segi kualiti dan kuantitinya
pula telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara iaitu peningkatan
sebanyak hampir 20% menjadikan peratus kelulusan keseluruhan
57.48%. Dengan keputusan tersebut sekolah ini dengan sendirinya telah
terkeluar daripada kepompong sekolah berprestasi rendah (SPR) dan
kini duduk sebaris dengan sekolah ternama luar bandar.

4. Sesungguhnya, semua ini tidak berlaku dengan sendirinya.


Kejayaan ini adalah hasil keringat dan kegigihan para guru mendidik
anak-anak kita tanpa jemu dengan pelbagai program yang diadakan
sama ada pada sebelah pagi, petang maupun kelas malam. Disamping
itu, komitmen ibu bapa yang tidak pernah luntur dan juga para pelajar
yang sentiasa bermotivasi tinggi telah membuahkan kejayaan ini.
Adunan beginilah yang diharapkan oleh PIBG selaku organisasi yang
sentiasa berdiri teguh di belakang tabir. Kita juga telah mendapat
kerjasama yang padu daripada Pengetua sekolah ini yang menjadi
arkitek utama kejayaan ini. Syabas tuan, syabas anak-anak, syabas ibu
bapa dan syabas semuanya. Ssungguhnya kita boleh melakukannya jika
kita mahu.

Anda mungkin juga menyukai