Tajuk : Sains Menulis Puisi
Penulis : Fahd Razy
Tahun : 2018
Muka surat : 191
Ditulis oleh Dr. Fahd Razy - pengarang, penyair, cerpenis yang telah memenangi pelbagai
hadiah sastera di peringkat kebangsaan - buku ini tidak pernah dijual sebelum ini kerana
menjadi modul bagi 8 siri bengkel yang telah diadakan di Malaysia & Singapura sejak
penerbitannya.
Melalui buku ini dapat difahami bahawa untuk menulis puisi yang menarik tidak perlu
terlalu banyak perkataan bombastik yang tidak difahami. Maksimum dua sahaja dalam setiap
puisi. Puisi akan jadi kurang berkesan apabila setiap kali pembaca terpaksa membuka kamus
untu memahami puisi kita. Penggunaan perkataan bombastic yang berlebihan akan
menganggu penghayatan pembaca, kerana pembaca terpaksa berhenti membaca puisi semata-
mata untuk mencari makna perkataan yang tidak difahami. Apa guna puisi yang indah jika
tidak dibaca dan dihayati.
Seuatu puisi yang baik dan bermakna tidak semestinya hanya menyentuh isu-isu yang
besar seperti sejarah, agama dan politik. Namun terdapat puisi yang menyentuh isu-isu besar
menjadi puisi yang bagus. Penulis boleh menulis puisi yang berlaku di sekitar mereka. Puisi
untuk orang yang dicintai, puisi tentang alam, haiwan atau insan kecil dalam masyarakat.
Dr Fahd berkongsi mengenai ciri-ciri puisi yang bagus. Puisi tidak sekadar bermain
dengan perkataan/ Bahasa. Cerita dan mesej disusun secara seragam agar pembaca boleh
menyelami dunia penceritaan tersebut. Puisi adalah penceritaan yang mencintai Bahasa tapi
tidak menyukai prosa yang bertele-tele. Puisi umpama seni visual yang menggunakan kata-
kata yang minimal tetapi dapat menyampaikan maksud dan emosi.
Dr Fahd Razy, menekan mengenai penggunaan istilah. Penulis tidak perlu terlalu
terikat dengan istilah. Ada perkara yang kita hanya perlu ambil tahu sebagai pengetahuan,
dan tidak perlu berlebih-lebihan mengikat diri. Lebih baik, fokus kepada hal yang lebih
penting iaitu membaca dan menulis puisi yang terbaik.
Dipetik daripada buku Sains Menulis Puisi oleh Dr Fahd Razy);
Puisi adalah himpunan kata-kata terbaik dalam susunan terbaik yang mengandungi
kebijaksanaan fikiran dan tanggapan penulisnya melalui pengucapan dengan perasaan
tentang sesuatu perkara yang pada akhirnya membijaksanakan pembacanya.
Dr Fahd Razy telah berjaya menerbitkan satu panduan menulis puisi dengan caranya
tersendiri dan mudah difahami. Dengan contoh-contoh puisi yang dikemukakan, pembaca
akan faham bagaimana untuk menambahbaik kualiti karya masing-masing.