67% menganggap dokumen ini bermanfaat (3 suara)
5K tayangan47 halaman

Sejarah Kesusasteraan Melayu - Presentation

Karya sastera sejarah merupakan gabungan unsur penulisan sejarah dan bukan sejarah yang digunakan oleh pengarang istana untuk menceritakan sejarah zaman silam masyarakat Melayu. Karya ini mengandungi peristiwa sejarah sebenar dan unsur mitos serta digunakan untuk mengangkat martabat pemerintah. Sastera pula merujuk kepada hasil kreatif yang menggunakan bahasa sebagai medium.

Diunggah oleh

Cikgu Bala
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PPTX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
67% menganggap dokumen ini bermanfaat (3 suara)
5K tayangan47 halaman

Sejarah Kesusasteraan Melayu - Presentation

Karya sastera sejarah merupakan gabungan unsur penulisan sejarah dan bukan sejarah yang digunakan oleh pengarang istana untuk menceritakan sejarah zaman silam masyarakat Melayu. Karya ini mengandungi peristiwa sejarah sebenar dan unsur mitos serta digunakan untuk mengangkat martabat pemerintah. Sastera pula merujuk kepada hasil kreatif yang menggunakan bahasa sebagai medium.

Diunggah oleh

Cikgu Bala
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai PPTX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
Anda di halaman 1/ 47

Sejarah KESUSASTERAAN

MELAYU
Disediakan oleh
A.balakrishnan
No Matrik 814356
Sastera Sejarah adalah suatu bentuk penulisan yang menggabungkan unsur-unsur
penulisan sejarah dengan unsur-unsur penulisan bukan sejarah atau sastera. Kedua-
dua unsur tersebut diolah dengan indah oleh pengarang istana Melayu untuk
menggambarkan konsep sejarah zaman silam masyarakat Melayu. Oleh itu karya
sastera sejarah bukanlah karya sastera sepenuhnya sebaliknya mengandungi unsur-
unsur peristiwa sejarah yang benar-benar berlaku pada zaman lampau. Antara contoh
karya sastera sejarah ialah Hikayat Raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa,
Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, Hikayat Acheh, Hikayat Kelantan, Misa Melayu,
Hikayat Johor, Salasilah Melayu Bugis , Tuhfat Al Nafis dan lain-lain.
Sejarah sastera
Dari segi tujuan penulisan:
Karya sastera sejarah lahir di istana dan dikarang oleh penulis golongan istana yang
mempunyai daya kreatif yang tinggi untuk merakamkan kebesaran, ketinggian dan
kegemilangan pemerintahan Kesultanan Melayu dan Negara kota. Biasanya karya
sastera sejarah dihasilkan atas perintah raja atau pemerintah. Karya sastera sejarah
juga berfungsi sebagai wadah nasihat, pengajaran, panduan dan petunjuk kepada
golongan pemerintah dan pembesar.
Dari segi corak penceritaan:
Karya sastera sejarah mengandungi dua corak penceritaan iaitu peristiwa
sebenar atau fakta sejarah dan unsur atau peristiwa bukan sejarah seperti unsur
fantasi, mitos dan lagenda.
Peristiwa-peristiwa sejarah menceritakan sejarah Negara kota merangkumi
peristiwa pembukaan negeri, penaklukan, hubungan diplomatik, kegemilangan
dan kejatuhan sesebuah Negara kota. Watak-watak pemerintah, pembesar dan
rakyat yang terlibat dalam karya merupakan watak yang benar-benar wujud
dalam sejarah sebenar.
Gambaran masyarakat Melayu dari segi adat istiadat, ekonomi, politik dan
struktur pemerintahan dalam karya sastera sejarah adalah merupakan peristiwa
sejarah sebenar yang berlaku pada zaman lampau.
Bagaimanapun peristiwa-peristiwa sejarah tersebut bercampur aduk antara
fakta sejarah dan bukan sejarah seperti mitos dan lagenda. Unsur mitos
dimasukkan oleh pengarang dalam karya sastera sejarah untuk menunjukkan
keistimewaan golongan pemerintah dan juga untuk tujuan menyindir atau
mengkritik perlakuan buruk golongan pemerintah.
Antara unsur mitos dalam karya sastera sejarah ialah mitos asal-usul
raja, mitos pembukaan negeri, mitos kedatangan Islam dan mitos
alegori.
Asal-usul raja Melayu dikatakan berasal daripada keturunan Iskandar
Zulkarnain seorang pahlawan terkenal, gagah dan berani.
Pembukaan sesebuah negeri juga dikaitkan dengan mitos. Misalnya
Melaka dikaitkan dengan mitos peristiwa pelanduk putih mengalahkan
anjing perburuan. Semundera dikaitkan dengan peristiwa Merah Silu
menemui semut sebesar kucing. Manakala SIngapura dikaitkan dengan
mitos penemuan seekor singa yang tangkas oleh Seri Teri Buana.
Kedatangan Islam ke alam Melayu juga dikaitkan dengan mitos iaitu
melalui mimpi pemerintah. Misalnya kedatangan Islam ke Pasai
dikatakan melalui mimpi Merah Silu yang bermimpi bertemu
Rasulullah. Begitu juga kedatangan Islam ke Melaka adalah melalui
mimpi Raja Kecil Besar.
Mitos asal usul raja, mitos pembukaan negeri dan mitos kedatangan Islam
bertujuan mengangkat kedudukan dan martabat golongan pemerintah. Manakala
mitos alegori bertujuan menyindir atau mengkritik perlakuan buruk golongan
pemerintah. Dua peristiwa mitos alegori yang terdapat dalam Sulalatus Salatin
Sejarah Melayu ialah peristiwa Singapura dilanggar todak dan peristiwa
peminangan Puteri Gunung Ledang.
Peristiwa Singapura dilanggar todak bertujuan mengkritik kezaliman yang telah
dilakukan oleh Paduka Seri Maharaja yang membunuh Tuan Jana Khatib akibat
cemburu menunjukkan ilmu khayalillah di hadapan permaisuri.
Manakala Peristiwa Peminangan Puteri Ledang mengkritik perlakuan buruk Sultan
Mahmud Syah.


Dari segi pertarikhan:
Karya-karya sastera sejarah tidak mementingkan tarikh. Segala peristiwa yang diceritakan tidak
disertakan dengan tarikh bilakah ianya berlaku. Ia berbeza dengan karya sejarah yang
mementingkan fakta dan tarikh.

TIADA NAMA PENGARANG
Sejarawan- sejarawan Melayu pada masa lampau biasanya tidak akan menulis nama mereka sebagai
pengarang sesebuah karya yang telah mereka menghasilkan . Hal ini adalah kerana biasanya
sejarawan Melayu pada masa itu bersikap rendah diri di hadapan Sultan.Oleh sebab itu mereka
hanya menggunakan gantinama fakir menganti nama mereka. Hal ini dapat dilihat dalam sulalatus
salatin dimana Tun Seri Lanang mengunakan perkataan fakir, dalam Misa Melayu dimana Raja
Chulan juga telah mengunakan perkataan fakir. Contoh ungkapan yang di gunakan oleh Tun Seri
Lanang dalam Sulalatus adalah seperti berikut:
Wa baadahu adapun kemudian dari itu telah berkata fakir
Yang insaf akan lemah keadaan dirinya, dan singkat pengetahuan ilmunya
Setelah fakir mendengar demikian, jadi beratlah atas anggota fakir allazi murakkabun
ala jahlihi
Selain itu, Sejarawan Melayu pada masa itu juga telah mengamalkan tradisi penyalinan sebuah
karya . Jadi hal ini telah menyebabkan berlakunya beberapa kesan seperti terdapat banyak versi
dalam sesuatu karya sejarah dan berlaku percanggahan fakta, berat sebelah dan penyalinan sesebuah
karya menambah dan mengurangkan cerita mengikut kepentingan mereka.

Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang
bermaksud kata yang membawa maksud khusus dimana su bermaksud indah,
baik atau lebih berfaedah. Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang
disampaikan melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan
bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada
erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala
pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak. Manakala
menurut Zalila Sharif dan Jamilah Hj, Ahmad (1993), Kesusasteraan
berkembang daripada dua suku kata iaitu sas dan tra. Kata sas bermaksud
mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk. Manakala tra pula
menunjukkan alat atau sarana.
Perkataan sastera berasal daripada bahasa Sanskrit castra yang membawa maksud
kitab suci. Kesusasteraan pula membawa pengertian sebagai segala penghasilan
sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan
mahupun melalui lisan dan pendengaran.(Harun Mat Piah et al;2006 hlm 6).
Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah
bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut
peredaran semasa.
Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983:2) yang
mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada
lisan atau bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua aspek yang
menggunakan bahasa yang bersifat kreatif, menurut Ismail Husein (1995:23). Ini
juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997:13) yang memberi pengertian sastera
sebagai satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan
kepuasan estetik.
Sementara Stainer (1972) pula mengatakan sastera itu adalah bahasa tetapi bahasa
dalam penggunaan yang khusus. Keadaan ini adalah yang benar-benar beerti, yang
beerti itu pula bergantung hanya kepada penulis sastera menyampaikan ideanya.
Ballmer (1976) pula mendefinisikan komunikasi bahasa ; puisi ,drama ,teks bahasa
kolokial. M.K Danziger dan W.s Johnson pula mendefinisi sebagai suatu seni
lisan, iaitu kesusasteraan secara tradisi tergolong ke dalam golongan sastera, tidak
ke dalam golongan sastera, tidak ke dalam kajian sains atau pengetahuan teknik dan
medianya ialah perkataan dan bukan tanda-tanda visual seperti lukisan dan seni
muzik.
Dalam hal ini perbincangan akan ditumpukan kepada kategori sastera
mengikut masa dan bentuk seperti yang dijelaskan oleh Harun Mat Piah
(2003). Untuk maksud ini, beberapa bahan dan teks sastera akan dirujuk
sebagai bahan analisis yang mewakili karya tradisional mahupun moden.
Antara sumber petikan yang akan diketengahkan bagi kategori sastera
tradisional genre prosa ialah dari Sejarah Melayu dan Sastera Rakyat.
Manakala rangkap dari Gurindam Dua Belas akan dikaji untuk mewakili
sastera tradisional genre puisi. Sastera Melayu moden yang berbentuk prosa
pula akan diwakili oleh karya-karya Abdullah Munsyi manakala sajak Kamala
yang bertajuk Telok Gong pula akan mewakili puisi Melayu moden.

Sastera merupakan satu bidang seni kreatif di mana
bahasa adalah medium pengantarnya. Sastera ditandai
dengan beberapa unsur khusus yang mampu membentuk
tamadun dan peradaban sesuatu masyarakat selain
memperlihatkan sikap dan pandangan pengarangnya.
(Arbaie et al,2008) Secara ringkasnya sastera dilengkapi
dengan unsur-unsur yang berikut:
S Seni bahasa yang indah
A Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarang
S Sensori atau daya sensitiviti pengarang
T Tersurat & tersirat
E Estetika atau keindahan dari segi bahasa
R Realiti kehidupan
A Alternatif

Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional merujuk kepada tiga
aspek penting iaitu :

1. Tahap

2. Tokoh, dan;

3. Persoalan dan Latar Masyarakat


TAHAP
Pengkajian terhadap tahap sebenarnya melihat semula kepada jenis kesusasteraan
Melayu tradisional daripada kedua-dua cabang iaitu lisan dan tulisan. Kedua-dua
jenis kesusasteraan ini dilihat dari segi zaman kemunculannya. Sekurang-kurangnya
ada empat tahap atau fasa dalam perkembangan kesusasteraan lisan iaitu:
1. Tahap Pertama - zaman animisme
2. Tahap kedua - zaman praIslam
i) berunsur hindu (atau terdapat unsur buddha)
ii) berunsur hindu-Islam (atau Zaman Peralihan)
3. Tahap Ketiga - zaman Islam berunsur Islam.


Tahap Pertama - animisme
Kesusasteraan rakyat atau kesusasteraan lisan merupakan bentuk kesusasteraan
yang tertua di dunia.

Sastera lisan muncul sejak zaman animisme lagi.

Sastera lisan juga dikenali sebagai sastera rakyat.

Istilah ini diambil daripada istilah Inggeris folk literature. Di dalam
Ensiklopedia Britannica disebut juga sebagai folklore atau oral tradition.

Ia dinamakan kesusasteraan rakyat kerana karya yang dihasilkan adalah milik
bersama masyarakat dengan penciptanya.

Kesusasteraan rakyat dinamakan kesusasteraan lisan kerana ia disampaikan
secara lisan. Kini, kemajuan teknologi telah menghasilkan buku-buku cetakan
yang memuatkan hasil-hasil lisan ini. Tetapi bukan bermakna ia lari daripada sifat
lisannya, malah sifat lisan itu masih boleh ditemui melalui bahasa dan teknik
penyampaiannya.


Mereka ini adalah daripada kelas rakyat biasa yang lazimnya menjalankan aktiviti
ekonomi yang mudah seperti petani dan kaum nelayan.

Rakyat biasa tinggal menetap di kawasan-kawasan pedalaman, desa-desa dan pinggir
laut. Oleh itu mereka tidak terdedah kepada pengaruh luar. Bermakna pada waktu itu
penjajahan barat masih belum berlaku.

Rakyat biasa yang hidup secara simple atau mudah ini juga menghasilkan karya sastera
yang simple.

Organisasi hidup yang demikian menghasilkan karya-karya seperti mitos, legenda dan
cerita rakyat yang semuanya menggambarkan pandangan alam atau world view
masyarakat Melayu pada masa itu.

Oleh itu tidaklah menghairankan jika cara berfikir mereka yang primitif itu membawa
kepada penghasilan karya sastera yang berkaitan dengan kepercayaan kepada makhluk
halus, kesaktian, roh dan lain-lain lagi.

Masyarakat yang bersifat sedemikian tentulah juga menghasilkan karya-karya yang
bersifat mudah sesuai dengan kedudukan dan keadaan mereka. lazimnya karya-karya
masyarakat seperti ini terbahagi kepada lima genre cerita yang biasa ditemui iaitu Mitos,
Legenda, Cerita Binatang, Cerita Jenaka, Cerita Lipur Lara dan Cerita Teladan.

Tahap Kedua - Zaman Pra-Islam

Zaman Pra-Islam boleh dipecahkan kepada dua iaitu lahirnya
karya-karya berunsur Hindu (atau mungkin berunsur buddha)

dan karya-karya berunsur hindu-Islam (zaman hindu-Islam juga
dikenali sebagai zaman peralihan).

Ia di katakan bermula lebih kurang dalam abad keempat Masihi
hingga ke 11 Masihi.

Pada waktu itu kebudayaan hindu telah meresap masuk ke dalam
sistem pemerintahan dan kesusasteraan masyarakat di Nusantara.

Pengaruh hindu datang bersama-sama dengan bahasa Sanskrit
yang secara langsung memberi pengaruh yang besar kepada
bahasa Melayu dan sastera Melayu.

Karya-karya kesusasteraan yang dihasilkan pada zaman Pra-Islam
berunsur hindu bertolak kepada karya-karya yang bersandar
kepada ajaran agama Hindu semata-mata.
Teras kepada karya-karya sastera Melayu yang berunsur Hindu ialah
epik Ramayana dan Mahabrata. Melalui pengaruh karya ini lahirlah
karya-karya seperti Hikayat Pandawa Lima, Hikayat Pandawa Jaya,
Hikayat Seri Rama dan sebagainya.

Apabila agama Islam muncul di kepulauan Melayu, masyarakat
Melayu beralih kepada ajaran Islam.

masih terdapat beberapa aspek dalam kebudayaan masyarakat
Melayu yang masih dipengaruhi oleh ajaran agama Hindu
termasuklah kesusasteraan.

karya-karya sastera yang masih ada pengaruh hindu seperti Hikayat
Jaya Langkara, Hikayat Ahmad Muhammad dan lain-lain lagi.

karya-karya ini pada asalnya berunsur hindu tetapi telah diubahsuai
dengan memasukkan unsur-unsur Islam. Sebab itulah ia dikenali juga
sebagai sastera zaman peralihan.
Tahap Ketiga
Tahap ketiga ialah zaman Islam.

Kemunculan hasil-hasil kesusasteraan berunsur Islam dikatakan
berpunca daripada kemasukan agama Islam ke Nusantara yang
dipercayai bermula sejak abad pertama Hijrah.

Agama Islam kemudian berkembang pesat di kepulauan Melayu
pada abad ke-13 Masihi. Kemasukan agama Islam telah menyumbang
kepada penghasilan karya-karya sastera yang lebih bernilai kerana
karya-karya tersebut dapat dirakam dalam bentuk tulisan yang dibawa
bersama-sama dengan kedatangan agama Islam.

Pada tahap ini karya-karya yang dihasilkan memperlihatkan ciri-ciri
ajaran Islam yang sepenuhnya dan seboleh-bolehnya tidak terdapat
unsur-unsur asing seperti Hindu-Buddha. Menurut Siti Hawa Salleh
(1993) karya-karya sastera berunsur Islam yang terkenal ialah Hikayat
1001 Malam, Hikayat Darmata'siah, Hikayat Qamar al-Zaman dan
Hikayat Hassan Damsyik.

TOKOH
TOKOH-TOKOH DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
TRADISIONAL
TUN SERI LANANG

Nama sebenarnya ialah Tun Muhamad bin Tun Ahmad.
Dilahirkan di Johor. Beliau ialah keturunan Bendahara Melaka dan
Johor. Hidup pada akhir abad ke-17. anak kepada Paduka
Temenggung Ahmad.

beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam sejarah
pertuanan Melaka dan Johor. Kebolehan itu mendorong beliau
mengarang.

Beliau menjadi Bendahara Johor pada zaman pemerintahan
Sultan Abdul Jalil (1570-1579). Tun Sri Lanang pernah membantu
Raja Abdullah memerintah Johor setelah Sultan Alauddin Riayat
Syah tidak berminat memerintah.

Raja Abdullah telah meminta beliau yang bergelar Bendahara
Paduka Raja mengarang buku Sejarah Melayu pada tahun 1612
.


Pada tahun 1613, beliau telah dibawa ke Acheh apabila Johor
dikalahkan oleh Acheh. Beliau menemui Syeikh Nurudin al-Raniri dan
mengajar bahasa Melayu kepada Syeikh itu.

Di Acheh juga beliau menyambung penulisan bukunya, Buku
Melayu. Hal ini ada tersebut dalam buku Bustan al-Salatin karya
Syeikh Nuruddin al-Raniri fasal 12 bab 11.

Beliau sangat meminati kitab-kitab dan buku-buku pengetahuan.
Karangan beliau telah membolehkan kita mengetahui sejarah dan
budaya bangsa kita pada hari ini.
HAMZAH FANSURI
Beliau sangat terkenal sebagai seorang pujangga Melayu-Islam dalam
zaman kegemilangan Acheh.

Beliau dilahirkan di Barus, Sumatera Utara. Beliau terkenal sebagai
seorang penyair dan ahli suluk.

Beliau pernah mengunjungi negeri Pahang, Bentan, Jawa, Siam,
Mekah dan Madinah. Beliau tidak jemu-jemu mempelajari segala ilmu.
Beliau juga mengembangkan ajaran-ajaran agama dengan dibantu
oleh Syamsuddin al-Sumatera-i. Namun begitu, ajaran-ajaran suluknya
ditentang hebat oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf dari
Singkel.

Segala pendapat, ajaran, dan karangan Hamzah dikatakan
membahayakan pengikut-pengikut agama Islam. Akibatnya,Sultan
Iskandar Thani memerintahkan kitab-kitab karangan Hamzah dan
Syamsuddin dibakar pada tahun1637.

Hamzah Fansuri juga terkenal sebagai seorang penyair yang
menghasilkan karya yang mengandungi kias ibarat, panduan hidup
serta teladan kepada manusia.

Hal ini boleh dilihat dalam Syair Perahu. Beliau mengibaratkan
kehidupan manusia umpama sebuah perahu. Antara syair-syair beliau
yang lain ialah Syair Burung Pungguk, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir
dan Syair Burung Pingai.

Manakala karangan beliau yang lain ialah dua buah kitab iaitu Sarab
al-Asyikin dan Asrar al-Ariffin fi-Bayan Ilmu al-Suluk waI-Tauhid.

Hamzah terkenal dalam Kesusateraan Melayu Tradisional sebagai orang
yang memperkenalkan bentuk syair yang kita kenali sekarang ini. Selain
itu, beliau juga menjadi penyumbang utama dalam Sastera Kitab.

BUKHARI AL- JAUHARI
Beliau seorang pujangga Melayu. Hidup dalam kurun ke-17

Beliau berasal dari Johor, tetapi menetap di Acheh pada zaman
pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.

Pada tahun 1603, beliau mengarang Taj al-Salatin yang dikatakan
berdasarkan kepada beberapa buah kitab daripada bahasa Arab dan
Parsi.

Kitab ini mengandungi falsafah kemanusiaan, khusus sebagai
panduan kepada raja. Namun begitu, Taj al-Salatin sangat terkenal
di Alam Melayu, dipelajari oleh bangsawan di Solo dan Jogja serta
diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa dan Makasar. Kitab ini sangat
tinggi nilainya kerana pengaruhnya yang sangat begitu luas.

penyumbang kepada genre ketatanegaraan yang membolehkan kita
mengetahui peraturan-peraturan yang dipakai pada zaman dahulu
untuk memerintah dan tugas serta tanggungjawab semua pihak yang
mendiami sesebuah negeri.

NURUDDIN AL-RANIRI
Nama sebenarnya ialah Syeikh Nuruddin bin Ali al-Raniri.

Beliau berasal daripada Render, berhampiran bandar Sirat dalam daerah
Gujerat, India.

Beliau pernah mempelajari bahasa Melayu daripada seorang Jawa ketika berada
di Mekah dan mendalaminya daripada ajaran Tun Sri Lanang.

Beliau seorang pengarang yang banyak menghasilkan karya-karya dan memetik
serta menterjemah karangan-karangan daripada bahasa Arab dan Parsi.

Beliau sangat disayangi Sultan Acheh. Atas perintah Sultan Iskandar Thani,
beliau mengarang Bustan al-Salatin (Taman Raja-raja) pada tahun 1638.

beliau telah mengarang kitab al-Mustaqin (1628).

Beliau juga telah menterjemahkan Kitab Syarah al-Akaid al-Nasafiya ke dalam
bahasa Melayu daripada bahasa Arab dengan namanya Durrat al-Faraid Bisyarah
al-Akaid.
Beliau menentang hebat ilmu suluk yang dikembangkan oleh
Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatera-i. Untuk itu, beliau
mengarang kitab Tabyan fi Makrifat al-Adyan (1664) yang
mengandungi tentangan terhadap ajaran suluk itu

Ada beberapa buah lagi kitab yang dikarangnya iaitu Asrar al-Insan
fi Makrifat al-Roh wal-Rahman (1640), Kitab Akhbar al-
Akhirat(1642) dan Jawahir al-Ulum fi Kasyf al-Maklum (1642).

Sebagai seorang ulamak yang disayangi sultan dan keluarganya,
beliau mempunyai pengaruh yang sangat besar di kalangan
pemerintah sehingga penentangannya terhadap Hamzah Fansuri dan
Syamsuddin disokong sultan dan para pembesar lainnya.

Beliau merupakan penyumbang utama dalam bidang keagamaan
dan juga kitab ketatanegaraan. Sumbangan beliau memberikan
pengetahuan, petunjuk dan panduan kepada rakyat serta pemerintah.


SYEIKH DAUD AL-FATANI
Nama sebenar beliau Syeikh Daud ibn Abdullah.

Lahir di Krisik, Patani, Selatan Thai pada awal abad ke-18.

Beliau pernah belajar selama 30 tahun di Mekah dan 5 tahun di
Madinah. Beliau terkenal sebagai ulamak yang banyak mengarang buku-
buku agama di samping berdakwah menerusi buku-buku karangannya di
seluruh Alam Melayu.

beliau mempunyai pengikut dan anak muridnya di seluruh Alam Melayu
termasuk raja-raja dan pembesar seperti Sultan Safuddin, Raja Sambas

Antara karangan-karangan beliau yang terkenal ialah Kifyatul Muhtaj
(Hikayat Mikraj al-Nabi), Al-Dhur al-Thamin (membicarakan tentang
pengikut Islam), Ghayatul takrib (membicarakan hukum faraid), Minhaj
al-Abidin dan Furu al-Masail waUsul al-Masail.

erpandukan hasil-hasil karya beliau, kita dapat menggolongkan Syeikh
Daud sebagai ulamak dan pengarang sastera kitab yang gigih dan
berpengaruh di Alam Melayu.
RAJA ALI HAJI
Beliau dilahirkan di Pulau Penyengat, Riau. Berketurunan pembesar
Bugis.

Datuknya Raja Haji, seorang pahlawan yang menjadi Yamtuan Muda
Johor pada tahun 1777.

Manakala ayahnya Raja Ahmad ialah pembesar Riau yang pernah
dihantar berunding dengan Belanda di Jawa.

Beliau pernah mengikut ayahnya menunaikan haji ke Mekah dan
menuntut ilmu ke sana.

Sekembalinya ke Riau, beliau bertugas sebagai penasihat dan guru
kepada Raja Ali, Yamtuan Muda Johor ketika itu. Beliau terkenal
sebagai ahli bahasa dan menulis buku tatabahasa Melayu iaitu
Bustan al-Katibin (Taman Pujangga) pada tahun 1857.

Usaha beliau mendapat sanjungan kerana penyusunannya membantu
menambah buku tatabahasa Melayu. Beliau juga mengarang sebuah
kamus yang bernama Kitab Pengetahuan Bahasa tetapi karyanya yang
paling terkenal ialah Tuhfat al-Nafis yang dikarangnya pada tahun
1865 di Pulau Penyengat, Riau yang menjadi pusat pemerintahan
Empayar Johor-Riau.

Karya yang berbentuk Sastera Sejarah ini amat berbeza dengan karya
yang sama denganya. Sungguhpun masih terdapat mitos dan lagenda di
dalamnya, tetapi tarikh-tarikh telah diberikan kepada peristiwa-
peristiwa yang berlaku, tidak seperti dalam Sejarah Melayu dan
Hikayat Raja-raja Pasai.

Karya-karya beliau yang lain ialah Syair Abdul Muluk, Syair Suluh
Pegawai, Syair Siti Sianah, Gurindam Dua Belas dan Syair Sinar Gemala
Mastika Alam.

kita boleh menganggap beliau sebagai seorang pengarang yang
prolifik pada zamannya. Beliau bukan sahaja menyumbang kepada
bidang kesusasteraan tetapi juga sejarah dan bahasa.
SYED MUHAMMAD BIN ZAINAL ABIDIN
Beliau terkenal dengan gelaran Tuk Ku Tuan Besar di Terengganu.

Dilahirkn pada tahun 1795. Mendapat pendidikan langsung daripada
bapanya dan seorang guru agama bernama Syeikh Abdul Kasir bin
Abdul Rahim juga seorang ulamak dan mufti zaman pemerintahan
Sultan Baginda Omar di Bulat Bayas.

Beliau juga pernah berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin
Muhammad Amin juga ulamak terkenal dan guru kepada Sultan zainal
Abidin III.

Seterusnya beliau pergi ke Mekah mempelajari ilmu fiqh, usuluddin,
tasawuf di samping ilmu bahasa dan ilmu sastera (ilmu balaghah, arud
dan qafiah). Hasilnya beliau sangat berminat dengan sastera.

Antara karya-karya beliau dalam bentuk puisi nazam ialah Kanz al-
Ula, Sirat al-Nabawiyah, Jawahir al-Saniyyah, Al-Durrat al-Fakhirat dan
Tahliyat al-Wildan. Beliau juga menghasilkan beberapa karya tentang
akidah dan fiqh. Beliau merupakan ahli agama dan sastera yang
terkenal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia suatu ketika dulu.
SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATANI
Nama sebenar beliau ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa.

Lahir di Patani dalam tahun 1856.

Mendapat pendidikan agama di tempat kelahirannya di Mekah dan di Mesir.

Beliau bukan sahaja mempelajari ilmu usuluddin, fiqh, tauhid, hadis, tafsir, nahu
dan saraf malahan sangat cenderung kepada mata pelajaran sains dan sastera.

Di samping itu, beliau meminati ilmu perubatan.

Beliau telah menghasilkan beberapa buah karya dalam beberapa bidang ilmu. Hasil
tulisannya terdapat 10 buah buku dalam bahasa Melayu dan 13 buah buku dalam
bahasa Arab.

Karangan-karangannya meliputi bidang-bidang usuluddin, fiqh, tasawuf, sejarah,
sains, bahasa, sastera dan perubatan.

Peluang bertugas di pencetakkan semasa di Mekah dan di Mesir membolehkannya
mengarang kitab dan menerbitkannya.
Antara karangan beliau yang terkemuka ialah Kitab Hadiqat al-Azhar
wa al-Rayahin yang memuatkan segala bidang ilmu. Oleh itu, beliau
dapat dianggap sebagai tokoh pengarang yang serba boleh dalam
Kesusasteraan Melayu Tradisional.
PERSOALAN DAN LATAR
MASYARAKAT
Kesusasteraan dan masyarakat mempunyai hubungan yang amat erat.
Sesebuah karya kesusasteraan dibina oleh persoalan-persoalan yang
dipetik daripada rencananya kehidupan sesuatu masyarakat. Pengarang
atau pencipta akan menjalin persoalan-persoalan daripada kehidupan
masyarakat tersebut hingga menjadikannya satu rantaian peristiwa yang
mempunyai kesenimbungan antara satu sama lain dan akhirnya
membentuk sebuah karya. Dalam usaha memasukkan persoalan-persoalan
itu, pengarang secara langsung turut memasukkan gambaran latar
masyarakat untuk menjadikan setiap persoalan itu signifikan dan relevan
serta nampak realistik. Kajian ke atas persoalan dan latar masyarakat
merujuk kepada:
Keagungan raja dan negara
Satu perkara yang tidak boleh dinafikan dalam karya-karya
tradisional Melayu ialah raja diletakkan pada kedudukan yang tinggi.

Keagungan raja dan negara diangkat menjadi persoalan utama
dalam karya-karya kesusasteraan.

Oleh itu, raja di diberikan gambaran-gambaran hebat termasuklah
diwarnai dengan unsur-unsur dongeng dan mitos.

Sejarah Melayu misalnya; mengaitkan nasab raja-raja Melaka
dengan Iskandar Dzulkarnain dari Makadunia.

Selain itu, keagungan raja juga digambarkan oleh pengarang-
pengarang sastera Melayu tradisional melalui peristiwa yang
dianggap penting. Dalam Hikayat Raja-raja Pasai, Sejarah Melayu dan
Hikayat Merong Mahawangsa misalnya, terdapat peristiwa-peristiwa
ajaib tentang proses pengislaman raja-rajanya. Misalnya, mereka
bermimpi bertemu Nabi Muhammad, diludahi mulut mereka oleh
Baginda dan tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah syahadat dan
juga kejadian brkhatan melalui mimpi.
Dalam soal kenegaraan pula, bangsa Melayu mempunyai konsep khas
untuk negeri(negara)

Kewujudan sesebuah negeri hanya diiktiraf jika negeri itu mempunyai
raja. Raja yang tidak bernegeri tidak diterima ke-raja-annya. Dengan
kata lain, keagungan sesebuah negeri itu bergantung kepada kehebatan
rajanya.

Kewujudan sesebuah negeri dikaitkan dengan peristiwa aneh atau
menakjubkan, misalnya pembukaan Melaka yang berdasarkan kejadian
pelanduk menendang anjing perburuan Parameswara.
Kepahlawanan
Persoalan ini menjadi inti utama sastera epik, sastera sejarah,
sastera lisan dan sastera panji.

Secara logiknya, sesebuah negeri tidak akan dapat
mempertahankan kewujudannya tanpa kehadiran seorang pahlawan
yang hebat dan terbilang. Kehebatan watak tradisional melibatkan
gambaran ciri fizikal bentuk tubuh badan mereka dan ketangkasan
mereka di medan pertempuran khususnya dalam pertarungan
senjata, misalnya watak Hang Tuah, yang yang memiliki sifat
kepahlawanan yang tiada tolok bandingnya.

Selain itu, gambaran kehebatan dengan bantuan atau dengan ciri-
ciri tambahan seperti penguasaan ilmu muslihat perang, dibekalkan
senjata luar biasa atau sifat-sifat peribadi dan tabiat yang tertentu.

Aspek kepahlawanan yang digambarkan dilihat atau dinilai
berdasarkan kaca mata sezaman. Oleh sebab pada zaman itu kudrat
fizikal adalah segala-galanya dalam usaha mempertahankan maruah
diri dan bangsa umumnya,maka kecendurangan pengarang
mengangkat watak-wataknya dengan segala keluarbiasaan dan
kehebatan tidak relevan dengan latar sezamannya.

Kesetiaan rakyat
Persoalan kesetiaan rakyat banyak diterapkan dalam karya-karya
kesusasteraan Melayu tradisional.

Setia menjadi satu persoalan pokok yang terpancar daripada cerita-
cerita tradisional. Watak Hang Tuah adalah lambang kesetiaan rakyat
yang mutlak dan watak ini sebenarnya sekadar mewakili rakyat
berketurunan Melayu dalam menyempurnakan waadat yang
termeterai antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba seperti
mana yang tercatat dalam Sejarah Melayu.

Dalam episod itu, Demang Lebar Daun bersumpah untuk
menumpuhkan segala ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi kepada
rajanya, manakala di pihak Sang Sapurba pula telah bersumpah jika
keturunannya menganayai rakyat, akibatnya negara akan runtuh.
Panduan untuk raja, pembesar, dan rakyat
sastera Melayu tradisional ialah sastera ketatanegaraan yang dikarang
khusus untuk memberikan panduan kepada raja, pembesar dan rakyat
menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam hidup
bermasyarakat, bernegara dan berbudaya. Dua buah karya utama
dalam klasifikasi ini ialah Tajus salatin atau Mahkota Segala Raja-raja
karangan Bukhari al-Jauhari dan Bustanus salatin atau Taman Segala
Raja-raja karangan syeikh Nuruddin al-Raniri.

membuktikan bahawa dalam usaha membina sebuah kerajaan dan
negara, antara prasyarat yang diperlukan ialah adanya panduan untuk
mentadbir dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, sama ada
sebagai raja, pembesar mahupun rakyat jelata.

Kedatangan Islam ke alam Melayu telah menyedarkan masyarakat
Melayu akan perlunya satu panduan, khususnya tentang ilmu
ketatanegaraan berlandaskan nilai dan norma yang dipersetujui
bersama atas landasan agama Islam.



Selain ditulis dalam kitab-kitab ketatanegaraan, pengarang-
pengarang turut memuatkan panduan untuk Raja, pembesar dan
rakyat secara tidak langsung dalam karya sastera lain.

Contohnya yang terdapat dalam Sejarah Melayu. Selain itu
pengarang turut menyelitkan kritikan halus sebagai panduan,
misalnya tentang kegagalan peminangan Puteri Gunung Ledang yang
menempelak juga kerakusan nafsu Sultan Mahmud Mahmud(dalam
sejarah melayu)dan juga bencana yang menimpa Sultan Ahmad
apabila membunuh puteranya sendiri(dalam Hikayat Raja-raja Pasai)
Keagamaan dan kepercayaan
Bangsa Melayu melalui tiga fasa kepercayaan dan keagamaan, iaitu
bermula dengan animisme, Hindu-Buddha dan Islam. Kesemuanya
terpancar dalam hasil-hasil kesusasteraan.

Kedatangan pengaruh agama dan budaya Islam ke alam Melayu telah
mencorakkan satu bentuk sistem kepercayaan dan kebudayaan baru di
kalangan masyarakat Islam sebagai agama yang menyeluruh telah
tersebar begitu pesat sekali sehinggakan dalam tempoh tidak sampai
satu abad, hampir seluruh alam Melayu telah diislamkan. Kejayaan ini
banyak bergantung pada strategi penyebaraan dan pendekatan yang
digunakan oleh para pendakwah dan mubaligh Islam yang datang
khususnya dari benua Arab dan India.

persoalan keagamaan yang begitu dominan dalam karya-karya
pengarang sastera Melayu tradisional khususnya selepas kedatangan
Islam, unsur-unsur kepercayaan lain terus subur dalam hasil-hasil karya
sastera melayu yang lain.
Kepercayaan animisme misalnya tetap menjadi pilihan pengarang
atau pencipta sesebuah karya.Persoalan ini banyak dilihat dalam
cerita-cerita lisan seperti mitos, lagenda dan cerita rakyat.

Antaranya cerita-cerita yang menonjolkan unsur sistem
kepercayaan animisme misalnya cerita Asal Usul Dunia, cerita
Semangat padi, cerita Badang dan cerita Langsuir.

Unsur-unsur ini juga banyak terdapat dalam manifestasi jampi dan
mantera serta ditemui dalam cerita-cerita penglipur lara, yang
diselitkan dalam pengambaraan dan cabaran-cabaran yang dihadapi
oleh wira dan wirawati.


Pendidikan/moral
Hakikat bahawa sastera Melayu tradisional menjadi media pendidikan
masyarakat pendidikan masyarakat Melayu lama adalah sesuatu yang tidak
dapat dinafikan lagi.

Pada zaman tiada instutisi pendidikan yang formal ,selain terdidik daripada
pengalaman sendiri, masyarakat juga dapat menimba ilmu pengetahuan
dengan mendengar cerita dan pengalaman orang lain dalam kelompok asing.
Disinilah terletak peranan pengarang atau pencipta hasil sastera zaman itu.

Penyampaian mesej pendidikan dan moral dibuat dengan berhati-hati
.Adalah penting bagi pengarang atau pencipta karya supaya memilih isu yang
sesuai, bahasa yang berseni dan berlapik serta situasi pengucapan atau
penyampaian yang tepat.

Itulah sebabnya mesej-mesej pendidikan ini banyak disusun dalam bentuk
puisi termasuklah pantun, gurindam, seloka, peribahasa, masnawi, nazam,
berzanji, rubai, rejang dan teromba. Bentuk puisi yang ternyata lebih ringkas
berbanding prosa.

Seseorang yang telah melakukan salah boleh dinasihati, disindir dan ditegur.
Pengunaan diksi yang bersifat konotatif dalam puisi-puisi tersebut dapat
mengurangkan kesan emosi terhadap seseorang yang ditegur.

Gambaran masyarakat
hasil-hasil sastera melayu tradisional adalah satu-satunya bentuk
dokumentasi yang boleh menjadi rujukan untuk melihat corak hidup
dan gambaran masyarakat zaman silamnya. Justeru tidak terdapat
sebarang bentuk catatan kecuali sedikit sebanyak yang terpahat pada
dinding gua, hasil-hasil sastera sama ada lisan atau bertulis
merupakan sumber utama penelitian antropologi manusia Melayu.


Satu lagi perkara yang ketara tentang kecenderungan pengarang
memasukkan gambaran masyarakat dalam karya mereka ialah untuk
menjadikannya sebagai pedoman kepada generasi akan datang. Hal ini
bersesuaian dengan motif penciptaan sesebuah karya sastera itu
sendiri iaitu memberikan pedoman kepada masyarakat tentang nilai
dan norma yang luhur dan wajar dipupuk merentasi batas zaman.
RUJUKAN
Jamilah Hj Ahmad dan Zalila Sharif, 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Mat Piah,2006.Kesusasteraan Melayu tradisional [et al].Ed. 3., cet. 1Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
M.K. Danziger, W.S. Johnson (1983); Pengenalan kritikan sastera ;terjemahan Johan
Jaaffar, Hamdan Yahya, Shamsuddin Jaafar. ; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein. (1989).The Study of Traditional Malay Literature with Selected
Bibliography.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.
Ismail Hussein (1993).Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arbaie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press
Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai