Fungsi Sastera Melayu dalam Masyarakat
Fungsi Sastera Melayu dalam Masyarakat
\Video BMM102
4\Kembara - Ker
oncong Untuk An
a.mp4
FUNGSI
SASTERA
MELAYU
SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR
Pengenalan
• Sastera terhasil dari kesedaran dan keinginan pengarang atau
masyarakatnya untuk berkongsi maklumat dan hal-hal yang
berkaitan dengan kehidupannya. Mereka menggunakan
sumber daripada persekitaran, pengalaman, pemerhatian
atau pembacaannya untuk mengetengahkan sesuatu yang
menarik untuk dikongsi. Lantaran itu sesebuah karya sastera
tidak dihasilkan dengan kekosongan atau tanpa sebab
sebagaimana dijelaskan oleh Mohamad Mokhtar Hassan
(2005). Beliau berpendapat bahawa teks atau karya sastera
adalah rakaman imaginasi pengarang yang di dalamnya sarat
dengan maklumat dan isian sama ada bersifat keintlektualan
mahupun kerohanian
• Sesuatu yang dipaparkan dalam karya tersebut mempunyai
tujuan dan fungsinya yang tersendiri berdasarkan
pertimbangan dan pengamatan pengarangnya.Dalam konteks
ini, Muhammad Haji Salleh (2000), berpendapat bahawa
peranan dan fungsi sastera zaman tradisional lebih luas dan
pelbagai cabarannya. Beliau berpandangan bahawa fungsi
kesusasteraan pramoden ternyata lebih besar berbanding
dengan fungsinya pada zaman moden agak menipis.
Rumusnya
• Berdasarkan dua pandangan tersebut dapat dirumuskan
bahawa sastera sebagai hasil karya kreatif dan imaginatif
berfungsi dan mempunyai tujuan dan fungsi tertentu
penghasilannya. Dalam hal ini beberapa sarjana tempatan
melalui kajian dan tulisan mereka telah menggariskan pelbagai
berhubung dengan fungsi sastera. Antaranya, pandangan
daripada Ramli Isin, Muhammad Haji Salleh, Usman Awang
dan Hashim Awang. Berdasarkan pendapat tersebut dapat
dirumuskan bahawa peranan dan fungsi sastera merangkumi
aspek luaran dan dalaman yang dapat dikesan melalui genre
sastera tradisional mahupun genre moden
FUNGSI
SASTERAMELAYU
• Hiburan
• Pendidikan ..\Video
BMM1024\
• Dakwah Tahun 2
Bahasa Melayu
Membaca
..\Video BMM1024\
IKLAN LUCU
MALAYSIA YANG PALI
NG
BANYAK DI NONTON
ORANG
INDONESIA.mp4
• Kualiti menghiburkan dalam pantun tersebut cukup banyak.
Rentak dan rima yang bersukat membentuk irama dalam
pantun. Malah pantun pula mempunyai struktur bacaan yang
tersendiri yang menghasilkan keindahan dalam pembacaan.
Selain itu, pantun disampaikan pula dalam pelbagai variasi
yang semakin menambahkan fungsi menghiburkan seperti
dijadikan lirik dikir barat di Kelantan, lirik lagu popular, dan
pelbagai bentuk lagi. Kemampuan pantun untuk bertahan
sebagai karya sastera yang popular menunjukkan bahawa
unsur hiburan ini amat banyak dalam pantun
Pendidikan/Pengajaran
• Fungsi lain karya sastera adalah untuk memberi pengajaran, nasihat
atau pesanan kepada masyarakat. Fungsi ini juga menjadikan karya
sastera sebagai suatu bahan yang dapat membawa kesedaran
kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta memberi ruang
untuk masyarakat menyerap nilai-nilai moral yang dibawa dalam
karya sastera. Cerita Sang Kancil dengan Buaya misalnya cukup
terkenal bukan semata-mata kerana ceritanya menghiburkan tetapi
keupayaannya untuk memasyarakatkan nilai, unsur moral dan
pengajaran yang berguna kepada masyarakat. Tanpa kita sedari kita
dibesarkan dalam asuhan moral yang dibawa dari cerita tersebut.
Tanpa sedar kita diserapkan dengan kepentingan nilai tolong-
menolong dan kita pula diperingatkan betapa buruknya sikap tidak
mengenang budi
Dakwah
• Dakwah sebagai proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada
manusia tentu sahaja disampaikan melalui medium atau
saranan yang difahami sebagai objek dakwah (Mad’u).
Medium atau saranan dakwah tentulah melalui bahasa. Bahasa
sebagai saranan komunikasi dakwah ternyata efetif atau
keberkesanannya.
• Islam juga mejunjung tinggi nilai-nilai kesusasteran. Ruang
dialektika yang terdapat dalam dunia kesusasteraan,
menjadikannya mampu menemukan warna baru dalam rangka
menyampaikan pesan suci Tuhan yang diebut dengan dakwah.
Pertemuan antaraagama dengan kesusasteraan pada dasarnya
terlihat dalam realiti peradaban Islam sebagai agama
Rahmatan Lil Alamin dalam sejarahnya meletakkan agama
sebagai sistem mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya
dan sosial mengatur hubungan antara manusia dengan
lingkungan sekitar masih tetap berjalan sampai sekarang.
Definis Dakwah
• Ali Mahfudh dalam kitab Hidayatul Mursyidin mendefinisikan
dakwah iaitu mendorong manusia untuk berbuat kebajikam
dan mencegah mereka dari perbuatan mungkar, agar mereka
mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat
• A. Hasymi mendefinisikan dakwah dengan mengajak orang
lain untuk menyakini dan mengamakan kaedah dan syariat
Islam yang terlebih dahulu diyakini dan diamalkan oleh juru
dakwah itu sendiri.
• Fungsi bahasa kesusasteraan dalam dakwah dapat
menyembunyikan pesan-pesan yang hendak dikomunkasikan
kepada khalayak pembacanya, melalui aneka bentuk dan
ragam estetika , metafora, simbol-simbol, subjek dan objek
yang dada dalam kehidupan. Ia juga dapat menjelmakan
eksistensi dirinya sebagai medium yang lebih neutral untuk
menjelajahi medan makna dibalik ruang dan waktu yang tidak
terbatas. Oleh sebab itu bahasa dakwah dalam kesusasteraan
dapat menghibur dan menyatu metamorfosa roh manusia
dalam jangkauan trensendensi, spiritualitsa dan religiusitas.
Sejarah Perkembangan
Sastera Islam
• Secara umumnya perbezaan teori kedatangan Islam
merupakan petunjuk kepada permulaan pengaruh dan
penerimaan Islam dalam masyarakat Melayu. Dari sudut
perbincangan sejarah kebudayaan dan kesusasteraan Melayu,
teori ini dapat digunakan kerana perkembangan kesusasteraan
dan budaya adalah mengikut peringkat pembentukan pusat-
pusat perkembangan Islam di Nusantara.
• Para sarjana pengajian sastera Melayu telah membahagikan
perkembangan kesusasteraan Melayu pengaruh Islam
mengikut peringkat pembentukan pusat perkembangan Islam
kepada empat zaman iaitu :
Zaman Samudera-Pasai
(1280-1400)
• Tarikh permulaan Islam pada zaman kerajaan ini dapat
dibuktikan dengan catatan sejarah Dinasti Yuan tentang
kedatangan dua orang utusan dari Sumatera yang beragama
Islam ke Istana Maharaja China pada 1282. Pengislaman
kerajaan Samudera, Pasai dan Perlak turut disebut dalam
Sejarah Melayu yang mengisahkan raja Islam yang pertama
iaitu Malik al-Salih serta kedudukan ulama Pasai sebagai
tempat rujukan bagi menyelesaikan segala masalah berhubung
agama
• Pada zaman Samudera-Pasai ini, bentuk awal kesusasteraan Melayu berunsur
Islam yang terhasil adalah cerita-cerita berbentuk lisan mengenai kisah Nabi
Muhammad, cerita para nabi dan juga cerita para sahabat. Misalnya ‘Qisas
al-Anbiya’ diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Tidak
terkecuali lahirnya ‘Hikayat Nabi Wafat’, ‘Hikayat Nur Muhammad’,
‘Hikayat Bulan Berbelah’, ‘Kalimah Syahadah’ dan lain-lain lagi. Para
pendakwah Islam menggunakan pendekatan penceritaan untuk menarik
minat masyarakat Melayu untuk mengenali ajaran Islam. Ini kerana
masyarakat pada masa itu telah terbiasa dengan dengan kaedah penceritaan
epik Hindu seperti ‘Hikayat Ramayana’. Selain itu ‘Hikayat Raja-raja
Pasai’ yang mengisahkan asal usul raja-raja Pasai dan keagungan
kerajaannya, juga lahirnya beberapa kitab yang menerangkan persoalan
akidah dan hukum-hukum Islam sebagai tempat rujukan raja-raja. Misalnya
di Pasai, sebuah kitab ‘Bahr al-Lahut’yang menerangkan tentang ajaran
Islam karanganSyeikh Abdullah al-Arif. Zaman Samudera-Pasai ini
merupakan fasa permulaan bagi penciptaan karya-karya sastera berunsurkan
Islam yang sebelum ini bentuk kesusasteraan Melayu diwarnai dengan
pengaruh Hindu-Budhha. Sehubungan itu terdapat hanya sedikit sahaja karya
sasteranya. Pusat awal perkembangan kesusasteraan Melayu pengaruh Islam
ini akhirnya hilang pengaruhnya setelah dikalahkan oleh Minangkabau
Zaman Melaka(1400-1511)
• Selepas kejatuhan Pasai, Melaka mengambil alih pusat
perkembangan Islam di Nusantara. Menurut Sejarah Melayu yang
menyebut mengenai kecenderungan sultan-sultan terhadap pegajian
agama Islam. Pada zaman ini, perkembangan bahasa Melayu
mencapai kemuncaknya kerana diangkat menjadi bahasa ‘lingua
fanca’ dan perkembangan bidang kesusasteraan turut sama menjadi
pesat. Ini kerana para penyebar Islam menggunakan bidang
kesusasteraan sebagai medium penyampaian dakwah mereka
kepada masyarakat Melayu pada ketika itu. Pada zaman ini lahir
karya-karya yang berbentuk hikayat yang popular dan diceritakan
di istana dan juga kepada rakyat jelata seperti ‘Hikayat Muhammad
Hanafiah’, ‘Hikayat Iskandar Zulkarnain’ dan ‘Hikayat Amir
Hamzah’ yang diterjemahkan dari karya Arab
• Pada zaman Melaka ini juga, selain epik Melayu iaitu ‘Hikayat Hang Tuah’,
karya epik Hindu seperti ‘Hikayat Ramayana’ diberi wajah baru
iaitu ‘Hikayat Seri Rama’dengan memasukkan unsur Islam seperti nama dewa
ditukar kepada nama Allah dan budaya Hindu yang tidak bertentangan dengan
akidah Islam dikekalkan. Selain itu karya tulisan berbahasa Melayu yang
digarap dalam zaman Melaka ialah ‘Hukum Kanun Melaka’ dan ‘Undang-
undang Laut Melaka’. Walaupun para sarjana mengkategorikannya sebagai
kitab berbentuk undang-undang atau ketatanegaraan, tetapi bentuk bahasa
indah dan halus yang digunakan tidak dapat lari daripada konsep sastera itu
sendiri.
• Hasil analisis mendapati kebanyakan hasil karya bercorak Islam yang terhasil
dalam zaman ini dikarang dan diterjemah kembali daripada sumber Arab dan
Parsi. Kemerosotan Melaka sebagai pusat perkembangan Islam dan
kesusasteraan Melayu berlaku pada tahun 1511 setelah Portugis datang
menyerang dan berjaya menakluki Melaka. Akhirnya perkembangan sastera
Melayu pengaruh Islam beralih ke Johor dengan perpindahan Sultan Mahmud
Syahbersama puteranya Raja Ahmad. Pada masa inilah munculnya beberapa
orang pengarang seperti Tun Seri Lanang yang menulis ‘Sejarah
Melayu’ pada tahun 1612.
Zaman Acheh(1551-1650)
• Kemunculan kerajaan Acheh selepas kejatuhan Melaka merupakan kemuncak
kegemilangan kepada perkembangan dalam bidang kesusasteraan Melayu
pengaruh Islam. Ini kerana kesemua raja Acheh khususnya Raja Iskandar Muda
(1607-1636), Sultan Iskandar Thani (1636-1641) dan Sultan Safiyat al-Din taj
al-Alam (1641-1675) amat tegas dalam menjalankan syariat Islam. Penciptaan
karya-karya asli seperti kitab bahasa Melayu dan syair sufi banyak dihasilkan
pada zaman Sultan Iskandar Muda. Pengarang yang masyhur pada zaman itu
ialah Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel dan Bukhari al-
Jauhari. Antara karya yang dihasilkan ialah Bustanus Salatin, Tajus Salatin,
Syair Perahu, Syair Pungguk dan lain-lain.
• Terdapat karya yang hanya tinggal nama sahaja kerana timbulnya polemik
Islam di Acheh di antara Hamzah Fansuri yang beraliran Wahdat al-Wujud
dengan Nuruddin al-Raniri dari golongan Ahli Sunnah Waljamaah. Pada zaman
Sultan Iskandar Thani ini, hampir semua karya Hamzah Fansuri dibakar oleh
pemerintah kerana dikatakan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.
Zaman Johor-Riau
(1650-1800)
• Dalam zaman ini, perkembangan dunia kesusasteraan Melayu
pengaruh Islam diteruskan oleh penulis Johor-Riau yang
terkenal iaitu Raja Ali Haji yang telah menghasilkan karya
sastera seperti ‘Thuhfat al-Nafis’ serta ‘Salasilah Melayu dan
Bugis’. Pada zaman ini, bahasa Melayu mencapai tahap
keemasan kerana lahir pelbagai laras mengikut bidang wacana
sepertibidang sastera, perundangan, sejarah dan lain-lain.
Menjelang tahun 1824, perkembangan sastera di Johor-Riau
mulai merosot dengan penguasaan Belanda ke atas kerajaan
Johor-Riau. Walau bagaimanapun perkembangan
kesusasteraan terus menerus berjalan di daerah lain seperti
Pattani, Kelantan dan lain-lain
• Dapatlah disimpulkan penghasilan karya sastera pengaruh
Islam dalam zaman kerajaan Samudera-Pasai dan Melaka
banyak disadur atau diterjemah kembali dari bahasa Arab dan
Parsi ke dalam bahasa Melayu bertulisan jawi pengaruh Arab.
Kemudian pada zaman Acheh,barulah lahir karya-karya asli
yang ditulis oleh ulama-ulama terkenal seperti Hamzah
Fansuri, Nuruddin al-Raniri dan lain-lain. Sehingga kini
sebahagian besar karya sastera pengaruh Islam telah
diterjemahkan atau ditulis kembali dalam bahasa Melayu
menggunakan askara melayu klasik dan masih mengekalkan
bentuk ayat Arab dan mengandungi kata pinjaman Arab
Hikayat Tentang Nabi
Muhammad (SAW)
• Siri hikayat ini bertujuan untuk menceritakan kemuliaan Rasullullah
SAW sebagai insan kamil di sisi Allah SWT. ‘Hikayat Nur
Muhammad’ mencerminkan sifat Rasullullah yang mulia dan ini
disokong dengan gambaran mukjizat dalam ‘Inilah Hikayat Peri
Menyatakan Mukjizat Nabi’. Dalam ‘Hikayat Raja Khandaq’ pula
memaparkan tentang kemenangan Rasullullah dalam peperangan.
Selain jalan cerita yang bersandarkan kepada nas-nas, ia juga ada
memasukkan unsur rekaan dan khayalan bagi menarik minat penganut
Islam untuk menghayati karya sastera ini. Gambaran tentang sifat
pembentukan diri melalui mujahadah dan ketaatan Rasullullah yang
tidak berbelah bagi terhadap perintah Allah SWT serta kebijaksanaan
Baginda dalam menyampaikan dakwah Islamiah menjadikan Baginda
sebagai contoh terbaik kepada seluruh umat Islam
Hikayat tentang Nabi-
nabi
• Hikayat ini baik yang berbentuk lisan atau tulisan amat popular
sama sepertiHikayat Nabi Muhammad. Misalnya ‘Qisas al-
Anbia’ yang menceritakan kisah kesungguhan para Nabi dan Rasul
dalam menyampaikan seruan Islam kepada umat manusia dan
gambaran mukjizat serta pertolongan Allah kepada para Nabi dan
Rasul yang dalam menghadapi ujian dari Allah SWT. Antaranya
kisah Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Sulaiman, Nabi Yunus, Nabi
Musa dan Nabi Isa yang mengemukakan pelbagai pengajaran
kepada umat Islam. Sungguhpun begitu, terselit juga unsur-unsur
yang kurang benar daripada segi sejarah dan pengajaran Islam. Hal
ini terjadi kerana pengaruh Israiliat yang banyak terdapat dalam
karya Parsi dan juga kepercayaan masyarakat setempat
Hikayat tentang Para
Sahabat
• Fungsi hikayat ini adalah bertujuan untuk mendekatkan para pembaca
atau pendengar dengan watak yang terdiri daripada kalangan orang biasa.
Keteguhan keimanan dan ketaatan dalam membantu perjuangan
Rasullullah, maka para sahabat berjaya memperolehi kemuliaan dan
kejayaan. Melalui penceritaan berbentuk lisan mengenai kepahitan yang
dilalui oleh Bilal ibn Rabah, kebijaksanaan Abu Bakar al- Siddiq r.a serta
kezuhudan Saiyidina Umar al-Khatab r.a dijadikan sebagai isi pengajaran
dan pembelajaran akhlak di masjid dan madrasah. Antaranya ‘Hikayat
Abu Bakar’, ‘Hikayat Amir al-Mu’minin Umar’ dan lain-lain.
Penceritaan kisah para sahabat lebih bercorak realistik dan benar. Hal ini
berbeza dengan ‘Hikayat Tamim al-Dari’ yang penuh fantasi dan
kehidupan di alam ghaib. Walaupun begitu, semua karya ini berfungsi
bagi pemaparan contoh akhlak dan peribadi mulia para sahabat dalam
mendapatkan keredhaan dari Allah SWT.
Hikayat tentang Pahlawan
Islam
• Hikayat jenis ini boleh dikategorikan sebagai epik Islam kerana
memberi gambaran mengenai kedudukan yangantinggi dan mulia
kepada para pahlawan Islam yang mati syahid dalam menegakkan
syiar Islam. Contoh ‘Hikayat Muhammad Hanafiah’ dan ‘Hikayat
Amir Hamzah’ dan‘Hikayat Iskandar Zulkarnain’ yang
diterjemahkan dari Parsi dan mengandungi unsur Israiliat.
Walaupun memiliki bentuk yang kompleks, ia dapat melahirkan
semangat kepada para pejuang dalam menentang musuh.
Contohnya ‘Sejarah Melayu’ ada menceritakan tentang pembacaan
cerita ‘Hikayat Muhammad Hanfiah’ kepada hulubalang Melaka
dalam menghadapi serangan Portugis bagi menaikkan semangat
untuk berjuang sepertimana keberanian Muhammad Hanafiah dan
pengikutnya
Hiikayat tentang Ulama
dan Orang Alim
• Hikayat jenis ini boleh dikategorikan sebagai epik Islam kerana
memberi gambaran mengenai kedudukan yangantinggi dan mulia
kepada para pahlawan Islam yang mati syahid dalam menegakkan
syiar Islam. Contoh ‘Hikayat Muhammad Hanafiah’ dan ‘Hikayat
Amir Hamzah’ dan‘Hikayat Iskandar Zulkarnain’ yang
diterjemahkan dari Parsi dan mengandungi unsur Israiliat.
Walaupun memiliki bentuk yang kompleks, ia dapat melahirkan
semangat kepada para pejuang dalam menentang musuh.
Contohnya ‘Sejarah Melayu’ ada menceritakan tentang pembacaan
cerita ‘Hikayat Muhammad Hanfiah’ kepada hulubalang Melaka
dalam menghadapi serangan Portugis bagi menaikkan semangat
untuk berjuang sepertimana keberanian Muhammad Hanafiah dan
pengikutnya
Memanfaatkan Sastera Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu Dalam Abad Ke-21
PENGENALAN
Keupayaan bahasa sastera untuk lahir sebagai bahasa yang penuh estetika
terletak pada kebijaksanaan pengarang mengolah bahasa yang melahirkan
kesan mendalam terhadap pembaca. Pengarang berkemampuan untuk
menjadikan bahasa beranekaragam kesan penggunaannya serta melahirkan
kesan rasa dalaman terhadap pembaca. Pengarang menggunakan kata
untuk melahirkan makna konotatif atau mempelbagaikan makna kata atau
frasa yang digunakan. Hidupnya karya sastera bergantung kepada
hidupnya bahasa yang digunakan oleh seseorang pengarang.
• Selain estetika bahasa, sastera juga mengandungi unsur
keindahan yang terkandung dalam susunan cerita seperti
perwatakan, plot, sudut pandangan, latar, dan bentuk. Sastera
mempunyai bentuk berdasarkan genrenya sama ada pantun,
syair, sajak, drama, cerpen, atau novel. Meskipun bahasa
menjadi wahana karya sastera namun ia terbina atas organisasi
atau strkutur yang tersendiri. Dalam puisi ada imej dan bunyi
sebagai unsur yang menyumbang kepada pembentukan makna
puisi itu sendiri. Dalam cerpen pula ia dibina oleh urutan plot,
latar, watak dan perwatakan serta nilai yang dibawa oleh karya
berkenaan.
Pengajaran bahasa menggunakan bahan
sastera
Hubungan pembaca dengan teks
• Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa bertujuan
untuk memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan
membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera. Bahan
sastera dapat memberi kefahaman terhadap pelajar dari aspek
penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran emosi, serta
pelajar dapat membuat apresiasi dan penghayatan terhadap
karya sastera.
• Aspek estetika yang diutamakan dalam penggunaan bahan sastera adalah
kebolehan pelajar untuk memahami dan memberi respons peribadi terhadap
karya sastera. Ia dapat dilakukan melalui penceritaan semula sesebuah karya
sastera, mengenalpasti perkara yang menarik dalam karya sastera, menyatakan
bentuk dan nada puisi, menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran
serta nilai dan pengajaran. Di samping itu pelajar berkebolehan untuk
menghuraikan maksud, gaya bahasa, dan unsur bunyi dalam puisi, dan
mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya
bahasa, dan sudut pandangan.