Ayat Definisi ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan
mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang sempurna, iaitu dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. (Nik Safiah Karim, 1986) Binaan ayat Pola Ayat Dasar Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu : Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Contoh : Ibu Fatimah doktor. Mereka membaca majalah itu. Ayat Majmuk Ayat Majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara- cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Ayat Majmuk terbahagi kepada empat:-
Ayat Majmuk Gabungan Ayat Majmuk Gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, tetapi, atau, lalu, serta, sambil dan selainnya. Contoh:- Ayat Majmuk Gabungan Berurutan i) Beliau memandang saya sambil tersenyum. ii) Pendapat dia amat cetek, tambahan pula disampaikan dengan cara yang tidak menarik. Ayat Majmuk Gabungan Bertentangan i) Ayahnya rajin berniaga tetapi anaknya tidak berminat sama sekali. ii) Musim hujan dingin, sebaliknya musim kemarau panas. Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan ialah satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat Majmuk Pancangan Relatif i) Saya membeli baju yang berwarna hitam. ii) Mereka menonton wayang yang amat lucu. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen i) Dia mengetahui bahawa Ali telah pergi. ii) Murid itu pulang untuk membaca buku. Contoh:- Ayat Majmuk Pancangan Keterangan i) Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu. ii) Anak itu menangis kerana ia lapar.
Ayat Majmuk Campuran Ayat Majmuk Campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat Majmuk Campuran i) Aminah sedang membaca buku, tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. ii) Murid-murid itu mengetahui bahawa peraturan-peraturan itu penting dan mereka menyedari bahawa walaupun mereka tidak senang hati dengannya, peraturanperaturan itu mesti dipatuhi. Ayat Majmuk Pasif Ayat Majmuk Pasif Gabungan i) Aktif : Saya minum teh dan Aminah makan nasi. Pasif : Teh saya minum dan nasi dimakan oleh Aminah. ii) Aktif : Beliau memandang saya ketika beliau berdiri di situ. Pasif : Saya dipandang oleh beliau ketika beliau berdiri di situ. Ayat Majmuk Pasif Relatif i) Aktif : Mahasiswa menonton teater yang amat menyayat hati. Pasif : Teater yang amat menyayat hati ditonton oleh mahasiswa. ii) Aktif : Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ahmad pula. Pasif : Kereta Ahmad pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya itu. Ayat Majmuk Pasif Komplemen i) Aktif : Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan. Pasif : Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru. ii) Aktif : Akhbar itu melaporkan bahawa wabak taun telah merebak di India.
Pasif : Bahawa wabak taun telah merebak di India dilaporkan oleh akhbar itu. Ayat Majmuk Pasif Keterangan i) Aktif : Abu akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya. Pasif : Buku itu akan dibeli oleh Abu kalau ayah membenarkannya. ii) Aktif : Sungguhpun badannya letih Ahmad tetap menghadiri majlis perayaan itu. Pasif : Sungguhpun badannya letih majlis perayaan itu tetap dihadiri oleh Ahmad.
Jenis Ayat Ayat Penyata Untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan. contoh: Mereka berkumpul di padang sekolah. Orang Inggeris itu fasih berbahasa Melayu
Ayat Tanya Untuk bertanya atau menyoal. Ayat tanya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:Ayat tanya tanpa kata Tanya .contoh: Dia ke kedai lagi? Dr. Mahathir ke White House?
Ayat tanya dengan kata tanya atau sendi nama .contoh: Siapakah cikgu itu? (kata tanya dengan partikel) Saudari tinggal di mana?
Ayat Perintah Bertujuan menimbulkan tindak balas daripada orang kedua. Umumnya tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan, dan permintaan. Untuk tujuan suruhan, larangan, silaan dan permintaan, maka ayat perintah menggunakan kata perintah seperti jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan sebagainya.
Ayat Silaan Ayat silaan iaah untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan sesuatu. Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila. contoh: Sila jawap surat ini sekarang Silalah jawap surat ini sekarang. (Lebih lembut)
Ayat Permintaan Ayat permintaan bertujuan meminta sesuatu dan biasanya menggunakan kata perintah tolong dan minta. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan lagi ayat.
Ragam ayat Ayat Aktif Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat Aktif Transitif Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komponen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Ayat Aktif Tak Transitif Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Contoh : Ahmad membaca buku. (aktif transitif) Dia menangis sepanjang hari. (aktif tak transitif) Ayat pasif Ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada tiga jenis:Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif
Ayat pasif jenis ini ialah ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif didan ter-. Contoh : Buku itu belum diambil oleh Fauzi kelmarin. Televisyen itu dibeli oleh ibu malam tadi. Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua Untuk ayat pasif jenis ini, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar disebabkan kata ganti diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Contoh : Rumah itu sudah saya catkan semalam. Hutang itu belum kamu jelaskan sepenuhnya.
Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Frasa nama objek boleh juga digugurkan. Contoh : Kanak-kanak itu kena kejar oleh angsa. Aminah kena tipu oleh penjual jualan langsung.