0% found this document useful (0 votes)
760 views9 pages

Pola Ayat Dasar

Dokumen ini membincangkan tentang ayat dan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu. Empat pola ayat dasar dibincangkan iaitu Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif, dan Frasa Nama + Frasa Sendi Nama.

Uploaded by

Nawwar Nava
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PPT, PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
760 views9 pages

Pola Ayat Dasar

Dokumen ini membincangkan tentang ayat dan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu. Empat pola ayat dasar dibincangkan iaitu Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif, dan Frasa Nama + Frasa Sendi Nama.

Uploaded by

Nawwar Nava
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PPT, PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 9

Pendahuluan

Ayat ialah sekumpulan perkataan yang mempunyai susunan tertentu


dan mengandungi maksud yang sempurna.

Binaan Ayat
Ayat yang sempurna mestilah mengandungi dua bahagian utama, iaitu
subjek (benda) dan predikat (cerita).

Ayat = Subjek + Predikat


Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan
predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek.

Lihatlah contoh yang berikut :

Subjek
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Sekolah itu
Fatimah
Pelajar-pelajar itu
Salleh
Kami
Suasana di dewan

Predikat
sekolah Fatimah.
dari Johor.
pintar.
menerima hadiah.
bertambah rajin.
riuh sekali.

Pola Ayat Dasar


Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar atau ayat inti (ayat mudah) ialah ayat
yang menjadi dasar atau sumber bagi pmbentukan semua ayat yang lain.
Dengan kata lain , ayat dasar ialah ayat yang paling sederhana.
Ada 4 pola ayat dasar dalam bahasa Melayu. Pada umumnya, bahagian subjek
diisi oleh frasa nama. Bahagian predikat pula diisi oleh empat jenis frasa Frasa Nama (FN),
Frasa Kerja (FK),
Frasa Adjektif (FA) dan
Frasa Sendi Nama (FS).

Lihatlah contoh yang berikut:

Pola

Subjek

Predikat

Pola 1

Ali bin Ahmad (FN)

pelajar lelaki (FN)

Pola 2

Engkau (FN)

memberi aku dorongan. (FK)

Pola 3

Sahabatku (FN)

pintar sekali.(FA)

Pola 4

Abang (FN)

ke kedai buku.(FS)

Dalam Pola 1- 4, Frasa Nama (FN) berfungsi sebagai subjeknya. Bahagian


predikat pula terdiri daripada empat jenis frasa. Dalam contoh yang diberikan,
jenis frasa dapat dikenal melalui perkataan pertama yang berwarna dalam
bahagian predikat.

Pola Ayat Dasar


Kamu telah diperkenalkan dengan empat pola ayat dasar dalam
Bahasa Melayu. Kamu akan mempelajari pola 1, iaitu
frasa nama + frasa nama(FN + FN) dan pola 2, frasa nama + frasa kerja (FN = FK)

Pola 1
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai
subjek dan Frasa Nama (FN) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini.
SUBJEK

PREDIKAT

Frasa Nama (FN)

Frasa Nama (FN)

1. Yusof Ishak

presiden pertama Singapura

2. Beliau

wartawan.

3. Akhbar beliau

Utusan Melayu.

4. Utusan Melayu

akhbar bahasa Melayu

5. Bahasa Melayu

bahasa kebangsaan Singapura

Frasa Nama
1.

Seorang budak lelaki sedang berbasikal.

2.

Seekor anak kucing mengiau-nagiau di situ.

3.

Udin mendengarnya dengan teliti.

4.

Kucing itu terjatuh ke dalam longkang.

5.

Udin mahu menyelamatkan anak kucing itu.

Dalam ayat-ayat yang tertera di atas, frasa seorang budak, seekor


anak kucing, Udin, Kucing itu, longkang dan anak kucing dikenal sebagai
Frasa Nama
Frasa Nama boleh terbentuk daripada satu kata nama atau lebih.
Contohnya : orang, rumah, orang Melayu, pokok kelapa, kawasan perumahan dan
sebagainya.

Pola 2
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai
subjek dan Frasa Kerja (FK) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini.

SUBJEK

PREDIKAT

Frasa Nama (FN)

Frasa Kerja (FK)

1. Wartawan

menulis berita.

2. Ayah

membaca akhbar utusan Melayu.

3. Akhbar Utusan Melayu

dibaca oleh orang ramai.

4. Yusof Ishak

menjadi presiden pertama Singapura.

5. Presiden Singapura

membaca ikrar.

Pola 3
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai
subjek dan Frasa Adjektif (FA) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini.
SUBJEK

PREDIKAT

Frasa Nama (FN)

Frasa Adjektif (FA)

1. Aidil

sangat rajin.

2. Guru Aidil

wartawan.

3. Buku Adab Melayu

mahal.

4. Buku projek Aidil

tebal.

5. Illustrasi dalam buku projek ini

cantik-cantik belaka.

Pola 4
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagai
subjek dan Frasa Sendi Nama (FS) sebagai predikat seperti contoh yang
berikut ini.
SUBJEK

PREDIKAT

Frasa Nama (FN)

Frasa Sendi Nama (FS)

1. Surat itu

dari London.

2. Buku-buku misteri itu

daripada abangku.

3. Juruterbang pelatih

ke dewan simulasi kapal terbang.

4. Latihan simulasi itu

untuk juruterbang pelatih.

5. Kawasan Segi Tiga Bermuda

di tengah-tengah Lautan Atlantik.

You might also like