Topik
Bidang
Sintaksis
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Menjelaskan konsep asas bagi ayat;
2.
Menghuraikan pembahagian subjek dan predikat;
3.
Menjelaskan maksud ayat dasar dan ayat terbitan;
4.
Menerangkan ragam dan jenis ayat; dan
5.
Menerangkan pengenalan, binaan dan susunan konstituen frasa
nama.
X PENGENALAN
Anda telah mempelajari kata adjektif, kata tugas dan pembentukan perkataan
baharu dalam Topik 3. Dalam topik ini pula, anda akan mempelajari pengenalan
bidang sintaksis dan frasa nama. Anda akan melihat binaan subjek dan predikat,
ayat dasar dan ayat terbitan, ragam dan jenis ayat, pengenalan, binaan dan
konstituen frasa nama.
Anda akan dilatih untuk melihat kehadiran unsur sintaksis dan unsur frasa nama
melalui petikan, perbincangan dengan tutor dan kajian lanjut anda sendiri.
4.1
KONSEP ASAS AYAT
Sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau
konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi
juga hukum yang menentukan cara perkataan disusun dalam ayat.
TOPIK 4
BIDANG SINTAKSIS
63
Sebelum anda melihat bidang sintaksis, sila teliti konsep asas bagi ayat seperti
yang dinyatakan di dalam Jadual 4.1 berikut.
Jadual 4.1: Konsep Asas bagi Ayat
Konsep Asas Ayat
Penerangan
x
Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap (Nik Safiah
Karim, 1993:414).
Diucapkan dengan didahului oleh kesenyapan dan diakhiri
dengan kesenyapan.
Urutan Kata
Letak kata yang satu dengan kata yang lain dalam suatu binaan
atau konstruksi sintaksis (Abdul Chear, 1994).
Fungsi Sintaksis
Kedudukan kata dalam binaan sintaksis iaitu frasa dan ayat
(Hashim Musa, 1993).
Hubungan kata atau kumpulan kata dengan kata atau kumpulan
kata yang lain yang terdapat dalam binaan atau urutan kata atau
frasa dalam ayat (Ramli Saleh et al., 1997).
Tentang apa-apa yang diperkatakan (Zaba, 1965).
Konstituen dalam ayat yang terdiri daripada frasa nama yang
menjadi judul atau fokus bagi unsur yang diterangkan
(Tatabahasa Dewan, 1993).
Bahagian yang diceritakan oleh predikat terdiri daripada FN
(Asmah Hj Omar).
Bahagian yang menerangkan subjek (Nik Safiah Karim et al.,
1993).
Fikiran yang khusus menyatakan sesuatu tentang subjek (Zaba,
1965).
Konstituen yang menerangkan subjek terdiri daripada FN, FK,
FA dan FSN (Tatabahasa Dewan, 1993).
Frasa nama yang berada di belakang predikat yang berupa kata
kerja transitif.
Berfungsi sebagai subjek jika ayat tersebut diubah menjadi ayat
pasif.
Ayat
Subjek
Predikat
Objek
64 X
TOPIK 4
BIDANG SINTAKSIS
Konsep Asas Ayat
Penerangan
x
Unsur yang menjadi pencukup pada sesuatu kata kerja tak
transitif (Tatabahasa Dewan, 1993).
Terdiri daripada FN, FA dan FSN.
Keterangan
Berfungsi meluaskan atau membatasi makna subjek atau
predikat.
Frasa
Rangkai kata (Zaba, 1965).
Sekumpulan perkataan (Abdullah Hassan, 2002).
Unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya satu perkataan atau dua perkataan yang
berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih
(Nik Safiah Karim et al., 1993).
Frasa Endosentrik
Binaan yang terdiri daripada deretan perkataan yang salah satu
daripadanya dianggap yang paling penting dan tidak boleh
digugurkan.
Frasa Eksosentrik
Binaan yang terdiri daripada dua unsur yang kedua-duanya
tidak boleh digugurkan atau diperkecil binaannya.
Ciri-ciri Frasa
Berpotensi untuk diperluas.
Dapat disisipi.
Tidak terdapat subjek dan predikat.
Menjadi unsur kepada klausa atau frasa itu sendiri.
Tidak boleh dipisahkan daripada kesatuannya.
Pengucapannya tidak selesai.
Frasa Nama
Perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama
terbitan atau kata ganti nama (Nik Safiah Karim et al., 1993).
Binaan Frasa Nama
Inti + Penerang (D) (M)
Penerang + Inti (M) (D)
Inti + Inti
Binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan
kata intinya ialah kata kerja (Nik Safiah Karim et al., 1993).
Pelengkap
Frasa Kerja
TOPIK 4
Konsep Asas Ayat
BIDANG SINTAKSIS
65
Penerangan
x
Kata Kerja Transitif (KKTr)
Tidak dapat menjadi frasa kerja kerana tidak dapat berdiri sendiri
dalam ayat memerlukan objek.
Kata Kerja Tak Transitif (KKTTr)
Boleh menjadi frasa kerja apabila bertugas sebagai predikat
dalam ayat terdapat tiga jenis KKTTr iaitu KKTTr tanpa
pelengkap, KKTTr berpelengkap dan KKTTr berpenerang.
Wujud dalam bentuk FN dan wujud dalam bentuk FN, FK, FA
dan FSN.
Menjadi subjek apabila dipasifkan. Tidak dapat menjadi subjek
apabila dipasifkan.
Berada langsung di belakang KKTr. Berada langsung di belakang
KKTTr dan objek (jika ada unsur objek).
Frasa Adjektif
Susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai
intinya (Nik Safiah Karim et al., 1993).
Unsur Pengisi Frasa
Adjektif
Kata Penguat
Jenis Kata Kerja
Perbezaan Objek
dan Pelengkap
Objek Pelengkap
(a) Hadapan agak, terlalu, paling, sangat;
(b) Belakang benar, sekali, nian; dan
(c) Bebas sangat, amat, sungguh.
x
Kata Bantu (KB)
(a) KB aspek sudah, masih, belum; dan
(b) KB ragam harus, mungkin.
Frasa Sendi Nama
Perkataan utamanya terdiri daripada kata sendi nama dan diikuti
oleh frasa yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama (Nik
Safiah Karim et al., 1993).
Bentuk Kata Sendi
Nama
Kata sendi nama dasar ke kedai, dari rumah
Kata sendi nama gabungan
(a) Gabungan kata sendi nama dasar dari + pada = daripada,
ke + pada = kepada.
(b) Gabungan kata sendi nama berpasangan dari rumah ke
sekolah, dari dulu hingga kini.
Kata sendi nama yang berasal daripada kata lain menurut,
selain, melalui
66 X
TOPIK 4
BIDANG SINTAKSIS
Konsep Asas Ayat
Ayat Dasar
Pola Ayat Dasar
Ciri-ciri Ayat Dasar
Ayat Tunggal
Klausa
Jenis Klausa
Penerangan
x
Dikenali juga sebagai ayat inti, iaitu ayat yang terbentuk
daripada unsur-unsur utama yang wajib, tidak mengandungi
unsur keterangan di dalamnya (Arbak Othman, 1985).
Ayat yang tidak mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek
atau pada frasa predikat (Nik Safiah Karim et al., 1993).
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
Terdapat satu klausa.
Berpola subjek-predikat (susunan biasa).
Ayat penyata.
Ayat aktif.
Berpotensi untuk diperluas.
Tidak mengandungi kata hubung.
Ayat yang mengandungi satu klausa.
Ayat ini mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Terdapat unsur wajib (subjek, predikat, objek dan pelengkap)
atau boleh mengandungi unsur pilihan (keterangan, kata pemeri
dan kata nafi).
Unit di frasa dan di bawah ayat (Asmah Hj Omar, 1982).
Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan
predikat. serta menjadi konstituen kepada ayat (Tatabahasa
Dewan, 1993).
Klausa bebas
Boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap
apabila diucapkan dengan intonasi sempurna (Tatabahasa
Dewan, 1993).
Klausa tak bebas
Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan memerlukan klausa
lain untuk melengkapkannya.
TOPIK 4
Konsep Asas Ayat
BIDANG SINTAKSIS
67
Penerangan
x
Belum memiliki intonasi atau tanda baca tertentu.
Merupakan unsur pembentuk ayat.
Mengandungi predikat.
Menjadi konstituen frasa dalam ayat majmuk.
Susunan Biasa
Unsur subjek mendahului predikat (S+P).
Susunan Songsang
Unsur predikat mendahului subjek (P+S) dan dikenali sebagai
ayat terbalik.
Digunakan untuk penegasan atau penekanan sesuatu ayat.
Ayat Aktif
Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek
asal sebagai judul atau yang diterangkan (Nik Safiah Karim et al.,
1993).
Jenis Ayat Aktif
Ayat aktif transitif ayat yang terdapat kata kerja transitif (Arbak
Othman, 1981).
Ayat aktif tak transitif ayat yang mengandungi kata kerja tak
transitif (Nik Safiah Karim et al., 1993).
Ayat Pasif
Ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif transitif yang
menggunakan kata kerja berawalan ke--an atau perkataan kena
sebelum kata kerja pasif itu dalam ayat-ayat pasif (Arbak
Othman, (1981).
Ayat Penyata
Ayat yang menyatakan sesuatu.
Dikenali sebagai ayat berita atau ayat pertanyaan.
Ayat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat atau
memperoleh jawapan.
Terdiri daripada ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup.
Digunakan untuk memberikan perintah, suruhan, ajakan,
keinginan, harapan atau larangan.
Terdiri daripada ayat suruhan, ayat silaan, ayat ajakan, ayat
larangan dan ayat permintaan.
Ayat yang mengandungi tanda seruan (!) pada akhir ayat seperi
cis, aduhai, eh, amboi, aduh, nah, wah dan sebagainya.
Ciri-ciri Klausa
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Ayat Seruan
68 X
TOPIK 4
BIDANG SINTAKSIS
Konsep Asas Ayat
Penerangan
x
Ayat positif ayat yang mengungkapkan sesuatu maklumat
dalam bentuk positif.
Ayat nafi ayat yang berfungsi menyangkal atau mengingkari
sesuatu.
Ayat minimal ayat yang tidak terbatas, dengan menggunakan
ayat yang lengkap atau ayat tidak lengkap.
Ayat penegas menegaskan predikat sesuatu ayat dengan kata
ada, adalah dan ialah (Asraf, 1996).
Ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal (Nik Safiah
Karim et al., 1993).
Ayat yang mengandungi dua klausa atau lebih yang saling
berhubungan.
Ayat Majmuk
Gabungan
Ayat yang terdiri daripada dua atau lebih klausa bebas yang
digabungkan menjadi satu ayat.
Ayat Majmuk
Pancangan
Ayat yang dipancangkan atau menjadi sebahagian daripada ayat
induk atau ayat utama (Nik Safiah Karim et al., 1993).
Jenis Ayat Majmuk
Pancangan
AMP Relatif - yang
AMP Komplemen - bahawa, untuk
AMP Keterangan
Ayat yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan jenis.
Jenis-jenis Ayat Lain
Ayat Majmuk
Ayat Majmuk
Campuran
SEMAK KENDIRI 4.1
Senaraikan empat konsep asas ayat serta penerangannya mengikut
Jadual 4.1.
TOPIK 4
4.2
BIDANG SINTAKSIS
69
PEMBAHAGIAN SUBJEK DAN PREDIKAT
Dalam kebanyakan bahasa termasuklah bahasa Melayu, subjek setiap ayat
hanyalah terdiri daripada frasa nama. Jadual 4.2 menjelaskan maksud subjek dan
predikat.
Jadual 4.2: Maksud Subjek dan Predikat
Subjek/Predikat
Maksud
Subjek
Konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.
Predikat
Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi
unsur yang menerangkan subjek.
Contoh pembahagian subjek dan predikat:
Subjek
Predikat
Ali
guru sementara di sekolah itu.
Adik bongsuku
sedang tidur di serambi rumah.
Pegawai kanan
pejabat itu
amat rajin dan cekap pula.
Rumah
kediamannya
di Kampung Malaysia Tambahan dalam Wilayah Persekutuan.
Ayat yang di atas boleh disongsangkan dengan mengekalkan struktur binaan
subjek dan predikatnya. Ayat songsang: predikat mendahului subjek.
Subjek
Predikat
Guru sementara di sekolah itu
Ali.
Sedang tidur di serambi rumah itu
adik bongsuku.
Amat rajin dan cekap pula
pegawai kanan pejabat
itu.
Di Kampung Malaysia Tambahan dalam Wilayah Persekutuan
rumah kediamannya.
SEMAK KENDIRI 4.2
Nyatakan maksud subjek dan predikat serta berikan beberapa contoh
ayat yang bersesuaian.
70 X
4.3
TOPIK 4
BIDANG SINTAKSIS
AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN
Berikut dinyatakan penjelasan ayat dasar dan ayat terbitan dengan lebih lanjut.
(a)
Ayat Dasar
Pola ayat yang menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua
ayat. Rujuk Jadual 4.3 untuk contoh pola ayat dasar.
Jadual 4.3: Pola Ayat Dasar
Pola Ayat Dasar
Subjek
Predikat
Pola 1
Frasa Nama
Ali
Frasa Nama
guru
Pola 2
Frasa Nama
Adikku
Frasa Kerja
sedang tidur
Pola 3
Frasa Nama
Pegawai itu
Frasa Adjektif
amat rajin
Pola 4
Frasa Nama
Rumahnya
Frasa Sendi Nama
di Kampung Malaysia Raya
(b)
Ayat Terbitan
Ayat yang lebih panjang atau lebih kompleks yang diterbitkan daripada
ayat dasar.
(c)
Pembentukan Ayat Terbitan
Ayat terbitan terbentuk apabila beberapa unsur, sama ada unsur perkataan
ataupun unsur frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu
ayat dasar.
4.4
RAGAM AYAT
Ragam ayat terbahagi kepada dua iaitu ayat aktif dan ayat pasif.
(a)
Ayat Aktif
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan
subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
TOPIK 4
(i)
BIDANG SINTAKSIS
71
Ayat Aktif Transitif
Ayat aktif transitif diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Jadual
4.4 menyatakan contoh-contoh ayat aktif transitif.
Jadual 4.4: Contoh Kata Kerja Transitif dan Objek
Subjek
Predikat
Kata Kerja Transitif
Objek
Guru Besar
memanggil
saya.
Mereka
membaiki
jalan itu.
Dia
membeli
buah durian.
Ibu bapa
harus mengawasi
anak mereka.
Banjir
melanda
Kuala Lumpur.
Lokman
mengarang
novel itu.
Air hujan
membasahi
bajunya.
Penyalahangunaan
dadah
mengancam
keselamatan negara.
Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri
merasmikan
pameran itu.
Novel itu
mendapat
sambutan hangat.
Ada juga segolongan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja
yang boleh menerima dua objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat
dan objek sipi.
Contohnya dapat dilihat melalui Jadual 4.5 yang berikut.
Jadual 4.5: Contoh Kata Kerja Aktif Transitif dan Objek Tepat serta Objek Sipi
Predikat
Subjek
Kata Kerja Aktif
Transitif
Objek Tepat
Objek Sipi
Anaknya
membawakan
saya
secawan kopi.
Abang
membelikan
ibu
sebuah rumah.
Halimah
menghadiahi
anaknya
sebuah basikal.
Kakak
menjahitkan
adik
sehelai baju.
72 X
(ii)
TOPIK 4
BIDANG SINTAKSIS
Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak
transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.
Ayat aktif tak transitif terbahagi kepada dua iaitu:
x
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.
Ayat aktif transitif dengan keterangan yang tidak boleh
digugurkan.
Jadual 4.6 menyatakan contoh ayat aktif tak transitif dengan
keterangan yang boleh digugurkan.
Jadual 4.6: Contoh Ayat Aktif Tak Transitif Sebelum
dan Selepas Keterangan Digugurkan
Ayat Aktif Tak Transitif (Sebelum
Keterangan Digugurkan)
Ayat Aktif Tak Transitif (Selepas
Keterangan Digugurkan)
Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.
Kanak-kanak sedang mandi.
Beberapa orang pengunjung masih bersiarsiar pada waktu senja.
Beberapa orang pengunjung masih bersiarsiar.
Suara azan sedang mengalun di angkasa
raya.
Suara azan sedang mengalun.
Pokok itu membesar dengan cepatnya.
Pokok itu membesar.
Setengah-setengah belia berniaga di pasar
malam.
Setengah-setengah belia berniaga.
Jadual 4.7 menyatakan contoh ayat aktif tak transitif dengan
keterangan yang tidak boleh digugurkan.
Jadual 4.7: Contoh Ayat Aktif Tak Transitif dengan
Keterangan yang Tidak Boleh Digugurkan
Dia berada di Kuala Lumpur.
Dia berada.
Kebanyakan penganggur tinggal di rumah setinggan.
Kebanyakan penganggur tinggal.
Bas itu menuju ke utara.
Bas itu menuju.
Pengembara itu berselimutkan embun.
Pengembara itu berselimutkan.
TOPIK 4
BIDANG SINTAKSIS
73
Anda baru sahaja mempelajari ragam ayat aktif. Ingat, ayat aktif terdiri
daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
Sekarang, kita lihat ayat pasif pula.
(b)
Ayat Pasif
Mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.
Ayat pasif terbentuk daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata
kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang
diterangkan.
Ayat pasif terbahagi kepada tiga iaitu:
(i)
Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;
(ii)
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama
diri kedua; dan
(iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
Jadual 4.8 menjelaskan contoh ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
Jadual 4.8: Contoh Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif
Subjek
Kata Kerja Pasif
Oleh + Frasa
Nama
Keterangan
Barang itu
sudah diambil
oleh Ali
semalam.
Sampah-sarap
dibakar
oleh ayah
pagi tadi.
Tembok itu
terlanggar
oleh lori
pada bahagian
bawahnya.
Istana itu
terbina
oleh rakyat
dalam masa
setahun.
Jadual 4.9 menjelaskan contoh ayat pasif dengan kata ganti nama diri
pertama dan kata ganti nama diri kedua.
74 X
TOPIK 4
BIDANG SINTAKSIS
Jadual 4.9: Contoh Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua
Frasa Kerja Pasif dengan
Ganti Nama Diri Pertama/
Kedua
Subjek
Keterangan
Kerja itu
sudah saya selesaikan
semalam.
Makanan itu
belum aku rasai
lagi.
Makanan itu
belum kurasai
lagi.
Hutang itu
akan engkau jelaskan
sepenuhnya.
Hutang itu
akan kau jelaskan
sepenuhnya.
Perkara tersebut
belum awak putuskan
sehingga kini.
Persetujuannya
harus anda sampaikan
dengan segera.
Tugas ini
mesti kami pikul
dengan sepenuh tenaga.
Beban ini
akan kita tanggung
bersama-sama.
Manakala Jadual 4.10 pula menyatakan contoh ayat pasif dengan perkataan
kena yang hadir sebelum kata kerja.
Jadual 4.10: Contoh Ayat Pasif dengan Perkataan Hadir Sebelum Kata Kerja
Subjek
Kena
Kata Kerja Dasar
Oleh + Frasa Nama
Pencuri itu
kena
tangkap
oleh polis
Dia
kena
tipu
oleh pemuda itu.
Mereka
kena
hasut
oleh anasir luar.
Perajurit itu
kena
tembak
oleh pengganas.
Budak-budak itu
kena
kejar
oleh anjing.
SEMAK KENDIRI 4.3
1.
Dengan ringkas, jelaskan perbezaan di antara ayat aktif dan ayat
pasif serta berikan contoh ayat sekali.
2.
Nyatakan maksud ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif
dengan contoh ayat sekali.
TOPIK 4
4.5
BIDANG SINTAKSIS
75
JENIS AYAT
Jenis ayat dapat dibahagikan kepada tiga seperti dalam Rajah 4.1.
Rajah 4.1: Tiga jenis ayat
Mari kita bincang jenis-jenis tersebut dengan lanjut.
(a)
Ayat Penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat pernyataan. Ayat penyata
mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu
hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.
Contoh ayat penyata adalah seperti yang berikut:
(i)
Nadia doktor.
(ii)
Dia wartawan.
(iii) Abdullah sedang menghabiskan tugasnya.
(iv) Penjual ikan itu sentiasa tersenyum.
(v)
Cempaka itu wangi.
(vi) Pokok di hadapan sekolah itu amat tinggi.
(b)
Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu
hal.
Ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu:
(i)
Ayat tanya tanpa kata tanya; dan
(ii)
Ayat tanya dengan kata tanya.
Contoh ayat tanya seperti dalam Jadual 4.11.
76 X
TOPIK 4
BIDANG SINTAKSIS
Jadual 4.11: Contoh Ayat Tanya
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
Ayat Tanya dengan Kata Tanya
Encik Zukifli pengurusnya?
Benda itu apa?
Dia menangis?
Siapa gurunya?
Dia menangiskah?
Adik awak yang mana?
Kakak sedang mengarang?
Mengapa dia menangis?
Kakak sedang mengarangkah?
Bagaimana membuatnya?
Mereka berada di Cardiff?
Mereka berada di Cardiffkah?
(c)
Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang
menimbulkan sesuatu tindakan.
diucapkan
dengan
tujuan
untuk
Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
(i)
Ayat suruhan;
(ii)
Ayat larangan;
(iii) Ayat silaan; dan
(iv) Ayat permintaan.
Jadual 4.12 menjelaskan contoh-contoh ayat perintah dan ayat larangan.
Jadual 4.12: Contoh Ayat Suruhan dan Ayat Larangan
Ayat Suruhan
Ayat Larangan
Keluar dari bilik ini!
Jangan ambil harta orang.
Keluarlah dari bilik ini!
Usah kau pedulikan dia.
Tengok barang-barang ini.
Janganlah menangis.
Tengoklah barang-barang ini.
Usahlah dikenangkan lagi perkara itu.
Makan kuih ini dahulu.
Kamu jangan beritahu dia.
Makanlah kuih ini dahulu.
Tak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.
Pujuk budak itu.
Pujuklah budak itu.
TOPIK 4
BIDANG SINTAKSIS
77
Selain daripada ayat suruhan dan ayat larangan, dua lagi jenis ayat
perintah ialah ayat silaan dan ayat permintaan. Contoh penggunaan keduadua jenis ayat perintah adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual
4.13.
Jadual 4.13: Contoh Ayat Silaan dan Ayat Permintaan
Ayat Silaan
Ayat Permintaan
Sila datang ke rumah saya.
Minta tuan-tuan melunaskan yuran
persatuan.
Jemput naik.
Tolong tutup pintu depan itu.
Jemput masuk.
Tolong selesaikan tugasan sebelum hari
Khamis.
Silalah datang ke rumah saya.
Silalah masuk.
SEMAK KENDIRI 4.4
Jelaskan jenis-jenis ayat berserta contoh ayat yang sesuai.
4.6
FRASA NAMA
Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu
perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen
dalam binaan ayat.
Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata
nama sebagai unsur intinya. Jadual 4.14 dan Jadual 4.15 menyatakan dua jenis
struktur frasa nama.
Jadual 4.14: Struktur Satu Frasa Nama
Frasa Nama
Inti
Predikat
Penerang
Askar
Melayu Diraja
berbaris di padang.
Guru
sekolah agama itu
guru saya.
Berlagak
ke sana ke mari
menjadi tabiatnya.
Perbuatan
tidak bersungguh-sungguh
akan menjejaskan ekonomi negara.
Pekerja
yang rajin itu
selalu mendapat pujian.
78 X
TOPIK 4
BIDANG SINTAKSIS
Jadual 4.15: Struktur Dua Frasa Nama
Frasa Nama
Inti
Predikat
Inti
Keluar
Masuk
untuk pelajar sahaja.
Ibu
Bapa
tidak perlu datang.
Pemuda
Pemudi
boleh ikut serta.
4.7
BINAAN FRASA NAMA
Binaan frasa adalah seperti yang yang dijelaskan di dalam Jadual 4.16 berikut.
Jadual 4.16: Binaan Frasa Nama
Binaan Frasa
Nama
Inti + penerang
nama
Penerang
Penerang nama
keturunan
Penerang nama jenis
Penerang nama
penyambut
Penerang nama
kegunaan
Penerang nama kelamin
Penerang nama tempat
Inti
Penerang
askar
British
Bahasa
Melayu
Suku bangsa
Kadazan
harimau
bintang
Kelapa
sawit
pokok
getah
penyendal
pintu
penjaga
stor
pam
air
alat
pemadam
sabun
pencuci
kayu
pengukur
ayam
jantan
lembu
betina
budak
perempuan
penduduk
bandar
anak
Johor
tepi
pantai
TOPIK 4
Binaan Frasa
Nama
Penerang
barat
tengah
pintu
hadapan
Penerang nama anggota
badan
jam
tangan
barah
jantung
Penerang nama tenaga
penggerak
kipas
elektrik
perahu
layar
Penerang nama hal atau
perkara
lesen
perniagaan
bilik
persidangan
pekerjaan
mereka
mata
harimau
bandar
Ipoh
Terusan
Suez
Penerang nama
panggilan atau gelaran
Tan Sri
Hamid
Doktor
Iqbal
Penerang penentu
(Penentu hadapan)
Bilangan + penjodoh
bilangan
Inti
lima orang
askar
sepuluh buah
bangunan
Penerang penentu
(Penentu belakang)
orang
itu
calon
ini
Penerang kata kerja atau
akar kata kerja
mesin
jahit
meja
makan
wad
bersalin
anak
muda
minyak
wangi
Penerang frasa sendi
nama
Rumah
di bandar
wang
pada saya
Penerang bilangan
ordinal.
Tempat
pertama
tingkat
kesepuluh
Inti + inti dengan
maksud sama erti
tubuh
badan
hutan
rimba
Inti + inti dengan
maksud lawan erti
kerusi
meja
saudara
saudari
Penerang nama khas
Penerang kata adjektif
Penerang
kawasan
Penerang nama milik
Inti + Inti
Inti
jalan
Penerang nama arah
Inti + penerang
bukan nama
BIDANG SINTAKSIS
79
80 X
4.8
TOPIK 4
BIDANG SINTAKSIS
SUSUNAN KONSTITUEN FRASA NAMA
Susunan konstituen frasa nama adalah seperti dalam Jadual 4.17.
(a)
Peraturan D-M (Hukum D-M);
(b)
Kekecualian Hukum D-M;
(c)
Bilangan dan Panggilan; dan
(d)
Penerang.
Jadual 4.17: Susunan Konstituen
Susunan Konstituen
Frasa Nama
Peraturan D-M
Diterangkan (Inti)
Menerangkan (Penerang)
orang
lelaki
kelapa
sawit
Kekecualian D-M
Penerang (M)
Yang Diterangkan (D)
Perdana
Menteri
Timbalan
Menteri
ibu
pejabat
Bilangan dan Panggilan
Penjodoh
Bilangan
Bilangan
Inti
dua
orang
calon
segelintir
penduduk
Panggilan/Gelaran
Inti
Puan
Rokiah
Si
Belang
Penerang
Inti
Penerang Adjektif
kereta
baharu
pegawai
tinggi
Inti
Inti
Penerang
pakaian
kain
kapas
bangunan
pencakar
langit
guru
sekolah
menengah
buku
kulit
nipis
TOPIK 4
BIDANG SINTAKSIS
81
SEMAK KENDIRI 4.5
1.
Apakah yang dimaksudkan dengan frasa nama? Jelaskan.
2.
Senaraikan keempat-empat susunan konstituen frasa nama serta
berikan contoh ayat yang sesuai untuk setiap satu.
Sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau
konstruksi ayat.
Subjek merupakan konstituen yang terdiri dari satu perkataan atau beberapa
perkataan yang menjadi judul atau undur yang diterangkan.
Predikat ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan
menjadi unsur yang menerangkan subjek.
Ayat dasar merupakan pola ayat yang menjadi sumber kepada pembentukan
atau terbitan semua ayat.
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan
subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Ayat pasif mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.
Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu
perkataan atau beberapa perkataan berfungsi sebagai satu konstituen dalam
binaan ayat.
Ayat
Ayat terbitan
Ayat aktif
Predikat
Ayat dasar
Sintaksis
Ayat pasif
Subjek
82 X
TOPIK 4
BIDANG SINTAKSIS
Abdullah Hassan. (1985). Penerbitan kata dalam bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti.
Abdullah Hassan. (1993). Tatabahasa pedagogi bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Azman Wan Chik (pnyt.). (1989). Mengajar bahasa Malaysia jilid 1: Perkaedahan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mangantar Simanjuntak. (1982). Aspek bahasa dan pengajaran. Kuala Lumpur:
Sarjana Enterprise.
Nik Safiah Karim., Farid M. Onn., Hashim Hj. Musa., & Abdul Hamid Mahmood.
(2004). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zulkifly Hamid. (1996). Bahasa (Konsep, fungsi dan penguasaannya oleh
penutur). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.