100% found this document useful (1 vote)
340 views3 pages

Konsep Ayat Aktif

Dokumen ini membincangkan konsep ayat aktif transitif dan tak transitif. Ayat aktif transitif mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh objek, manakala ayat aktif tak transitif tidak mempunyai objek. Kedua-dua jenis ayat ini mempunyai beberapa variasi berdasarkan sama ada ia mempunyai keterangan yang boleh atau tidak boleh digugurkan.

Uploaded by

viviywei
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
100% found this document useful (1 vote)
340 views3 pages

Konsep Ayat Aktif

Dokumen ini membincangkan konsep ayat aktif transitif dan tak transitif. Ayat aktif transitif mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh objek, manakala ayat aktif tak transitif tidak mempunyai objek. Kedua-dua jenis ayat ini mempunyai beberapa variasi berdasarkan sama ada ia mempunyai keterangan yang boleh atau tidak boleh digugurkan.

Uploaded by

viviywei
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 3

KONSEP AYAT AKTIF

Ayat Aktif Transitif


 Ayat Aktif Transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang diikuti oleh
frasa nama yang bertugas sebagai objek atau unsur penyambutnya.

 Hanya Ayat Aktif Transitif sahaja yang boleh dipasifkan kerana objek dalam Ayat Aktif Transitif
akan dijadikan sebagai subjek dalam Ayat Pasif.

Contoh:

Predikat
Subjek
Kata Kerja Aktif Transitif Objek
1. Mekanik membaiki sebuah kereta yang rosak.
2. Peluh membasahi baju petani itu.
3. Cikgu Mahmud melantik Noridana sebagai ketua
kelas.
4. Gejala sosial ini mengancam kesejahteraan negara kita.
 Ayat Aktif Transitif juga boleh mengandungi klausa komplemen sebagai penyambut kepada
kata kerjanya.
 Ayat Aktif Transitif seperti ini merupakan ayat majmuk.

Contoh:
Predikat
Kata Kerja Aktif Transitif Objek (Klausa Komplemen)
Subjek
1. Ibu memberitahu Ratna supaya menjaga rumah
sempena ketiadaannya.

2. Pencadang itu menegaskan bahawa tinggal di bandar lebih


baik daripada di kampung.

3. Pihak polis mengesahkan penjenayah itulah yang


memecah masuk rumah orang
kaya itu.

4. Kami menyedari bahawa sifat bekerjasama itu


penting.

 Ayat Aktif Transitif boleh juga mengandungi kata kerja yang menerima dua objek sebagai
penyambutnya.
 Objek-objek itu dikenali sebagai objek tepat dan objek sipi.
 Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja.
 Objek sipi pula ialah objek yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja.

Contoh:

Predikat
Subjek Kata Kerja Transitif Objek Tepat Objek Sipi

1. Puan Aisyah menghadiahkan anaknya sepasang kerabu.


2. Ibu menjahitkan ayah sepasang seluar.
3. Redwan membelikan kekasihnya sebentuk cincin.
4. Kak Petom mengambilkan suaminya sepotong kuih.

 Ayat-ayat Aktif Transitif yang mempunyai dua objek itu boleh diubah binaannya.
 Dalam proses perubahan itu, objek tepat akan didahului oleh sendi nama.
 Objek tepat yang didahului oleh sendi nama itu akan menjadi frasa sendi nama yang bertugas
sebagai keterangan.
Contoh:

Predikat
Kata Kerja Transitif Objek Frasa Sendi Nama
Subjek
1. Puan Aisyah menghadiahkan sepasang kerabu kepada anak
perempuannya.
2. Ibu menjahit sepasang seluar untuk ayah.
3. Redwan menghadiahkan sebentuk cincin untuk kekasihnya.
4. Kak Petom mengambilkan sepotong kuih untuk suaminya.

 Ayat Aktif Transitif juga boleh digugurkan objeknya.


 Objek yang boleh digugurkan itu hanya kata nama ganti nama diri orang pertama.
 Ayat Aktif sedemikian mengandungi kata kerja transitif yang boleh menerima kata penguat dan kata
dasarnya adalah adjektif.
Contoh:

Predikat
Kata Penguat Kata Kerja Transitif Objek Yang
Subjek Digugurkan

1. Keberaniannya sungguh menghairankan kami.


2. Kata-kata Alina amat mengharukan saya.
3. Pameran itu sungguh memuaskan kami.
4. Penampilannya amat memeranjatkan saya.

a) ) Ayat Aktif Tak Transitif


 Ayat Aktif Tak Transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata kerja yang
tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.
 Oleh itu, Ayat Aktif Tak Transitif tidak boleh dipasifkan kerana ia tidak mempunyai objek.

 Ayat Aktif Tak Transitif boleh dibahagikan kepada dua jenis:


a) Ayat Aktif Tak Transitif Dengan Keterangan Yang Boleh Digugurkan
b) Ayat Aktif Tak Transitif Dengan Keterangan Yang Tidak Boleh Digugurkan

Jenis Ayat Aktif Tak Transitif Contoh Ayat

1a. Kumpulan remaja itu


Keterangan Yang Boleh sedang berbual dengan rancaknya.
b. Kumpulan remaja itu sedang berbual.
Digugurkan
1. Ayat Aktif jenis ini boleh mengandungi frasa
2a. Mak Temah sedang bercucuk-tanam di
keterangan ataupun tidak.
kebunnya.
2. Frasa keterangan dalam Ayat Aktif jenis ini
b. Mak Temah sedang bercucuk-tanam.
boleh digugurkan tanpa mencacatkan ayat
itu.
3a. Lim berlari dengan pantas.
b. Lim berlari.

Ayat Aktif Tak Transitif Dengan Keterangan 1a. Ayahnya berada di Malaysia.
Yang Tidak Boleh Digugurkan. b. *Ayahnya berada.
1. Ayat Aktif jenis ini mesti mempunyai frasa
keterangan.
2. Ayat itu dianggap tidak lengkap atau salah jika 2a. Siti bercadang untuk melanjutkan
ia tidak mempunyai frasa keterangan. pelajarannya.
b. *Siti bercadang.

3a. Pemuda itu berniat jahat.


b. *Pemuda berniat.

You might also like