0% found this document useful (0 votes)
769 views6 pages

45-Ayat Tergantung (Edit)

Dokumen ini membincangkan tentang ayat tergantung yang terbahagi kepada tiga jenis iaitu tiada subjek, tiada predikat dan tiada ayat induk. Contoh-contoh ayat tergantung diberikan untuk setiap jenis beserta penjelasan ringkas.
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOC, PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
769 views6 pages

45-Ayat Tergantung (Edit)

Dokumen ini membincangkan tentang ayat tergantung yang terbahagi kepada tiga jenis iaitu tiada subjek, tiada predikat dan tiada ayat induk. Contoh-contoh ayat tergantung diberikan untuk setiap jenis beserta penjelasan ringkas.
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOC, PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 6

UNIT 45 AYAT TERGANTUNG

Info:
Ayat tergantung bermaksud ayat yang tidak lengkap kerana tiada subjek atau tiada predikat.
Hal ini menyebabkan ayat tidak sempurna atau tidak gramatis dan menyalahi aturan
tatabahasa. Ayat tergantung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

Ayat Tergantung

Tiada Subjek Tiada Predikat Tiada ayat induk

Ayat
Keterangan Contoh
Tergantung
Ini kerana masalah itu semakin rumit.
(Betul: Hal ini dikatakan demikian kerana
masalah itu semakin rumit.
Melaksanakan pelbagai aktiviti yang dapat
menarik minat golongan warga tua.
Ayat yang tiada subjek. Penghilangan (Betul: Mereka melaksanakan pelbagai aktiviti
Tiada Subjek subjek menyebabkan ayat tidak gramatis yang dapat menarik minat golongan warga tua.)
dan tidak sempurna strukturnya.
Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
memerlukan pengorbanan yang tinggi.
(Betul: Untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang, kita memerlukan pengorbanan yang
tinggi.)

Untuk kita membela nasib bangsa.


Ayat yang tiada predikat ialah ayat yang (Betul: Untuk kita membela nasib bangsa banyak
salah pola ayat. Mengikut susunan ayat, cabarannya.)
Tiada Predikat setiap ayat mestilah ada subjek dan
predikat. Di samping itu, ada predikat Yang akan membela masa depan negara.
yang tidak jelas kedudukannya. (Betul: Yang akan membela masa depan negara
generasi muda.)

Semoga anda berjaya dalam temu duga itu.


(Betul: Saya berdoa semoga anda berjaya dalam
temu duga itu.)
Tiada ayat Ayat yang tiada ayat induk ialah ayat
Tatkala hujan turun dengan lebatnya.
Induk yang terdiri daripada klausa tak bebas.
(Betul: Kami terpaksa ke sungai tatkala hujan
turun dengan lebatnya.)

251
Latihan i-Think
i-Think-Peta Pokok

Lengkapkan peta pokok berpandukan jenis ayat tergantung dan berikan dua contohnya.

Ayat Tergantung

Tiada Subjek Tiada Predikat Tiada Ayat Induk

Di seluruh Kuala Lumpur pasti _______________________ ___________________________


bekerja pada pukul 8 pagi. _______________________
___________________________
__________________________ _______________________
__________________________ _______________________

Praktis 1
Nyatakan ayat di bawah ini tergantung atau gramatis.

1. Masalah cetak rompak. [ ]


2. Dengan kedatangan penyanyi itu memeriahkan perasmian penutupan itu . [ ]
3. Masuk ke rumah itu siapa? [ ]
4. Untuk menjayakan program ini, pelibatan semua diperlukan. [ ]
5. Makanlah nasi ini. [ ]
1. Yang merupakan barang berharga ibu. [ ]
2. kerana masalah itu sangat sukar. [ ]
3. Semoga kalian berjaya mengharungi halangan itu. [ ]
4. Tatkala rombongan pengantin tiba, hari sudah malam. [ ]
5. Merujuk pelbagai rujukan yang dapat memberikan idea . [ ]

Praktis 2
Nyatakan ayat di bawah ini betul atau salah.

252
1. Untuk membantu Mak Esah kita memerlukan duit. ( )
2. Kerana dia sendiri tidak berbuat demikian. ( )
3. Mengatasi masalah itu dengan pelbagai cara yang terbaik. ( )
4. Bahawa kakinya sakit. ( )
5. Daripada catatan Cheng Hi membuktikan bahawa Melaka wujud. ( )
6. Kealpaan yang menyebabkan kemalangan sering berlaku di jalan itu. ( )
7. Dengan penjelasan yang dinyatakannya menghapuskan perasaan cemburu buta. ( )
8. Dengan kehadiran pihak tuan akan berserilah majlis persandingan anak kami. ( )
9. Yang manakah yang tepat? ( )
10. Bahawa ekonomi negara terus meningkat saya ramalkan.( )

Soalan Berformat Peperiksaan

Pilih ayat-ayat yang betul.

1 I Untuk menghiaskan bilik ini pada hari esok.


II Mereka yang telah mencuri baju Amin semalam.
III Yang menghadiahi ibu sehelai tudung dia.
IV Impian kita adalah untuk melihat bangsa Malaysia maju.

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. II, III dan IV

2 I Yang memperoleh 8A dalam SPM akan dibawa melancong ke Bali nanti.


II Jangan kamu membuang puntung rokok di sini.
III Agak sukar untuk Hirman memenuhi setiap permintaan isterinya yang
terlampau tinggi.
IV Apakah diperhatikan oleh Pak Mat?

A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III
D. I , III dan IV

3 I Membaca meluaskan pengetahuan.


II Pergilah ke pusat tuisyen itu kerana terdapat banyak pengajar yang pakar.
III Rompakan yang menyebabkan kehilangan harta benda di rumah.
IV Semoga Tuhan mengubah kelakuan adiknya yang nakal itu.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

4 I Dengan peperangan yang ditamatkan itu menyatukan seluruh China.


II Saya sentiasa berhajat agar Arifah mendapat jodoh yang sesuai.
III Agaknya Hamdana sudah pulang ke rumah.

253
IV Yang bersalah mengaku bahawa dia membunuh lelaki itu.

A. I dan II
B. I dan III
C. II, dan III
D. II, III dan IV

5 I Masuk pati santan, udang dan asam gelugur.


II Kemudian kelar ikan itu.
III Jangan letak bawang merah.
IV Gaulkan semua bahan sehingga sebati.

A. I dan II
B. I dan III
C. I, II, dan III
D. I, III dan IV

6 I Yang mana mentafsirkan hari kiamat tidak lama lagi.


II Mesti pulang ke rumah setiap dua minggu sekali.
III Ketika Hani sampai tadi, saya sedang mandi.
IV Setiap guru perlu memainkan peranan yang lebih proaktif.

A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III
D. III dan IV

7 I Bagi wanita memang suka barang kemas seperti rantai emas dan gelang.
II Oleh sebab gagal dalam dalam temu duga, Selvan tidak dapat menjadi guru
ganti.
III Kita mesti lawan dengan habis-habisan agar pasukan kita menjadi johan kelak.
IV Apabila berusia 40 tahun ke atas akan akan mengalami pelbagai penyakit.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II, III dan IV

8 I Memang benar bahawa jiran saya itu seorang mata-mata.


II Memasuki tempat ini pada waktu pejabat sahaja.
III Kelihatannya perempuan itu sudah berbadan dua.
IV Dimaklumkan bahawa permohonan tuan tidak berjaya.

A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III
D. I, III dan IV

9 I Kasih sungguh neneknya kepada Nur Munirah.


II Adalah mustahil untuk penjenayah itu menyembunyikan diri.

254
III Untuk memahami pembinaan ayat, para murid perlu mempelajari proses
pembentukan kata.
IV Membeli barang secara borong menguntungkan pihak peniaga.

A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III
D. I, III dan IV

10 I Ke rumah besar itu pada petang nanti.


II Saya berdoa semoga gadis itu mendapat hidayah daripada Allah.
III Di seluruh negara kita mengalami bencana banjir sejak dua hari lalu.
IV Bahawa kegiatan mencuri kereta semakin leluasa dinyatakan oleh pihak polis.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV

11 I Sementara kamu menunggu ibu di sana.


II Apabila pertempuran berlaku dengan hebatnya.
III Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita sudah maju.
IV Yang akan membantu beliau ialah Sarjan Harjit.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

12 I Sudah dibaca oleh Riyahti pada bulan yang lalu.


II Setelah lulus dalam PMR Sairin dihadiahi sebuah motosikal Yamaha 125Z.
III Kebanyakan penuntut di Jordan hari ini mengamalkan fahaman Syiah.
IV Daripada membiarkan perkara itu, lebih baik diusahakan jalan
penyelesaiannya.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. II, III dan IV

13 I Awak telah menjalankan tugas itu dengan baiknya.


II Begitu juga dengan masalah yang timbul di bandar ini.
III Kamu mestilah berkelakuan baik agar hidup sentiasa aman.
IV Kesalahan Budi disedarinya selepas beberapa ketika.

A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III
D. I, III dan IV

255
14 I Setelah membantah keputusan pengadil, Naim dibuang padang.
II Spesies orang utan di Hutan Niah akan dikajinya sekali lagi.
III Tidak dituntut oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
IV Taklimat tentang pengurusan kewangan itu di Bilik Seri Anggun.

A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan IV
D. I, III dan IV

15 I Dalam acara triatlon Geeha menggondol tempat kedua.


II Langkah-langkah menangani masalah perlumbaan haram di negara kita.
III Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 perlu diambil ikhtibar.
IV Arahan yang diberikan oleh mereka itu sangat penting.

A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan IV
D. I, III dan IV

256

You might also like