INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT
TUGASAN KERJA KURSUS
TAHUN AKADEMIK : JAN – MEI 2019 ( SEMESTER 1 / TAHUN 1 )
Program: PPISMP Bahasa Melayu Nama Pelajar
SK&SJKC
Semester/ Tahun : Semester 1 / Tahun 1
Kod : BMM 1014
(Jun-Nov 2019)
Nama Kursus : Ambilan : PPISMP BM JUN 2019
Kumpulan : BM 1,2,3 ( SK ) 4&5 ( SJKC )
SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Jam Pembelajaran Pelajar
1 Penulisan Esei 08 Julai 2019 16 Julai 2019 3 jam
( 500 patah perkataan )
2 Penulisan Esei 17 Julai 2019 12 Ogos 2019 9 jam
( 1,500 patah perkataan )
3 Pembentangan Kumpulan 13 Ogos 2019 18 Ogos 2019
( 30 minit) 2 jam
Hasil Pembelajaran Kursus :
1
1. Menjelaskan asal usul bahasa Melayu berdasarkan bukti yang kukuh (C2, PLO1, PLO3, CTPS5)
2. Menganalisis perbezaan antara bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu klasik melalui
pembentangan secara berkumpulan (C4, PLO3, PLO4, PLO5, CTPS2, CS1, TS1)
3. Menghuraikan bahasa Melayu moden dan kedudukan bahasa Melayu pada peringkat serantau dan
antarabangsa berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber (C6, PLO3, PLO6, CTPS2, LL1)
4. Menilai isu dan cabaran bahasa Melayu di Malaysia dan peringkat antarabangsa secara kritis
(C5,PLO3, CTPS2)
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, dan 4
Objektif Kerja Kursus
Pelajar akan dapat:
1. Menjelaskan asal usul bahasa Melayu berdasarkan bukti yang kukuh dan menghuraikan bahasa
Melayu moden dan kedudukan bahasa Melayu pada peringkat serantau dan antarabangsa
berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber.
2. Menilai isu dan cabaran bahasa Melayu di Malaysia dan di peringkat antarabangsa secara kritis.
3. Menganalisis perbezaan antara bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu klasik melalui
pembentangan secara berkumpulan.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:
2
Tugasan 1
Penulisan Esei 1 ( 500 patah perkataan ) ( 10 % )
Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa. Asal-usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa
Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam.
Jelaskan asal usul bahasa Melayu berdasarkan bukti yang kukuh dan huraikan bahasa Melayu moden
dan kedudukan bahasa Melayu pada peringkat serantau dan antarabangsa berdasarkan maklumat
daripada pelbagai sumber.
Tugasan 2
Penulisan Esei 2 ( 1,500 patah perkataan ) ( 40 % )
Bahasa Melayu dalam era global adalah suatu tajuk yang sangat mencabar dan penuh permasalahan.
Ia berkait rapat dengan soal jati diri orang Melayu dan bangsa Malaysia. Bahasa Melayu itu sendiri
sedang menghadapi cabaran dan rintangan yang hebat di dalam negara sendiri. Bercakap pasal
bahasa Melayu di era global semestinya memerlukan kita membincangkan terlebih dahulu beberapa
isu bahasa secara domestik sebelum kita merungkai cabaran bahasa Melayu di peringkat
antarabangsa.
Bincangkan isu dan cabaran bahasa Melayu di Malaysia dan di peringkat antarabangsa secara kritis.
Tugasan 3
Pembentangan Kumpulan ( 30 minit ) ( 10 % )
Kegemilangan bahasa Melayu boleh dikesan dalam pelbagai zaman perkembangannya melalui
pelbagai bukti yang kukuh.
Analisis perbezaan antara bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu klasik melalui
pembentangan secara berkumpulan.
Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus.
3
(a) Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat hingga enam minggu.
(b) Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%
(c) Panjang tugasan hendaklah disesuaikan mengikut arahan pada setiap Tugasan ( termasuk
persembahan visual )
(d) Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
(e) Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
(f) Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
(i) Fon Arial
(ii) Saiz huruf – 11
(iii) Langkau 1.5 baris
(iv) Rujukan mengikut format APA ( American Psychological Association ) yang terkini.
(v) Lampiran adalah wajib
(g) Muka depan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:
(i) Nama Pelajar
(ii) Angka Giliran
(iii) Nombor Kad Pengenalan
(iv) Kumpulan/Unit
(v) Kod dan Nama Kursus
(vi) Nama Pensyarah
(vii) Tarikh Hantar
(viii) Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah
Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut :
4
1. Pengenalan , perkembangan serta rumusan yang kohesif dan koheren mengikut panduan berikut:
a. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas konsep bidang yang diuji.
b. Perkembangan tugasan perlulah analitikal dan disertakan dengan pelbagai contoh yang
relevan.
c. Implikasi tugasan kepada bidang dan profesion keguruan perlu diutamakan.
d. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan secara futuristik.
2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keasliaan dengan sokongan ilmiah.
4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan esei/laporan/refleksi harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa yang
sesuai dan tiada kesalahan ejaan.
6. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.
( sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 bahan internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang
lain )
Disediakan oleh: Disemak oleh:
……………………………………….. …………………………………….
( D. VASUTHEVAN DAMOTHARAN ) ( PARIDAH MAMAT )
Penyelaras Kursus BMM1014 Pensyarah Kanan ( SME )
Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Disahkan oleh,
……………………………..
( ISMAIL AWG PIUT )
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent