PROSIDINGRISE2018
PROSIDINGRISE2018
net/publication/332863675
CITATIONS READS
0 1,361
1 author:
SEE PROFILE
All content following this page was uploaded by Ahmad Farid Fadhli Mustafa on 04 May 2019.
ABSTRAK
Kajian ini cuba menganalisis serta menilai terhadap item peperiksaan akhir kursus Asas Bahasa Arab I
(PBA6012) di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar. Pengkaji akan menganalisis
item-item peperiksaan akhir tersebut berdasarkan isi kandungan yang telah dipelajari dengan
menggunakan juzu’ pertama, kitab Durus al-Lughat al-Arabiyyah li Ghairi an-Natiqina biha karangan
Syiekh Dr. Abd al-Raheem. Analisis dan penilaian yang akan dilakukan adalah dengan menggunakan
Indeks Kesukaran terhadap kertas jawapan dan keputusan peperiksaan akhir semester 2, sesi
2016/2017. Pemerolehan data-data kajian ini bertujuan untuk mengesahkan sama ada soalan-soalan
atau item-item tersebut sesuai untuk diguna pakai atau perlu penambah baikan. Diharapkan hasil
dapatan kajian ini akan memberikan gambaran berkaitan PdPc Bahasa Arab serta dapat membantu
pengkaji menghasilkan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab yang bersesuaian dengan
tahap pelajar dalam usaha meningkatkan pencapaian penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar
USAS.
PENDAHULUAN
Pembelajaran bahasa Arab kini telah berkembang pesat ke seluruh dunia. Pembelajaran bahasa
Arab tidak lagi semata-mata diperolehi di negara Arab. Menurut Rafa’il Nakhlah Al-Yasu’iy (1986)
menyatakan bahawa bahasa Arab merupakan bahasa yang berkembang dan digunapakai bukan sahaja
di negara Arab, bahkan ia digunakan juga di Asia, Afrika dan juga Eropah semenjak 14 kurun yang
lalu. Di Malaysia, pendidikan awal pembelajaran bahasa Arab bermula pada peringkat pra-sekolah
sehingga ke peringkat universiti. Menurut Wan Azura Wan Halim et. al. (2006) kerajaan Malaysia
telah mewujudkan satu program pembelajaran bahasa Arab melalui J-QAF bagi mendedahkan
kemahiran berbahasa Arab di peringkat rendah kepada murid-murid.
Di peringkat IPT di Malysia pula, terdapat beberapa universiti telah menubuhkan fakulti
pengajian Islam yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa teras atau pengantar seperti Fakulti
Pengajian Islam (UKM), Akademik Pengajian Islam (UM), Fakulti Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan
(UIA), Fakulti Quran dan Sunnah (USIM) dan lain-lain.
Di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, terdapat banyak program yang
menggunakan bahasa Arab sebagai satu subjek wajib, yang mana setiap pelajar dikehendaki mendaftar
dan lulus kursus bahasa Arab tersebut. Tujuan asas mewajibkan pelajar mendaftar kursus bahasa Arab
agar mereka dapat mengetahui ciri-ciri khas bahasa Arab dan hubungkait terhadap perkataan dan ayat
dan juga pelajar juga mampu menulis ayat ringkas dan berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan
perbualan yang ringkas.
263
PERMASALAHAN KAJIAN
Kesukaran penguasaan bahasa Arab khususnya dalam kalangan pelajar telah menarik minat
ramai pengkaji untuk menjalankan kajian berkaitan dengan tahap penguasaan dan penilaian bahasa
Arab antaranya kajian Zamri Arifin dan Nor Masyitah Mohd Sham (2012) menyatakan bahawa
dapatan kajian yang diperolehi mendapati bahawa tahap kebolehbacaan teks-teks sastera Arab zaman
Andalus dalam nota imla’ yang dikaji berada pada tahap sukar dan tidak sesuai dijadikan sebagai
bahan pengajaran untuk responden kajian. Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan agar guru
dan pensyarah bahasa Arab berusaha sebaik mungkin menyediakan bahan bacaan yang sepadan
dengan kebolehan membaca pelajar.
Ahmad Farid Fadhli Mustafa dan Ab Halim Mohamad (2014) pula dalam kajian penilaian
penguasaan bahasa Arab untuk program diploma menyebut bahawa penilaian bahasa Arab melihat
kepada beberapa aspek di dalam bahasa Arab antaranya Qiraah (bacaan), Kitabah (penulisan),
Qawaid Arabiyyah dan Balaghah. Kesimpulan dalam kajian menunjukkankan bahawa selepas kajian
dilakukan, tahap penguasaan bahasa Arab calon banyak bergantung kepada Qawaid Arabiyyah yang
mana hanya 18.51% sahaja daripada 81 calon yang melepasi ujian Arabic Placement Test (APT).
Menurut Mohamad Syukri Abd Rahman et. al (2015) menyatakan di dalam kajian mereka
bahawa kajian yang dilakukan menyentuh tentang penilaian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca bahasa Arab Sijil Menengah Agama (SMA) kurikulum al-Azhar dengan tujuan
untuk mengkaji keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Arab
di SABK. Secara umummnya dalam kajian mereka menunjukkan guru-guru telah berusaha memenuhi
teknik-teknik utama dalam kaedah pengajaran membaca (min 3.29) dengan membimbing pelajar
membaca perkataan dengan sebutan yang betul, memastikan pelajar memahami makna perkataan atau
petikan, membimbing pelajar membaca ayat dengan sebutan,nada dan intonansi yang betul, membaca
teks kemudian menjawab soalan kefahaman dan lain-lain.
Hazrul Affendi Mohmad Razali et. al (2016) pula telah menjalankan kajian dengan melihat
dari sudut item soalan yang telah diberikan. Kajian ini melibatkan 30 responden yang sedang
mengikuti STAM daripada SMAN, SABK dan SMAR. Indeks Kesukaran (IK) item yang diperolehi
melalui analisis item yang telah diskor menunjukkan 10% item berada di aras kesukaran rendah, 52%
berada di aras kesukaran sederhana dan 38% berada di aras kesukaran tinggi. Kajian rintis ini
mendapati 7 item perlu disingkirkan. Penyingkiran item ujian ini telah mengurangkan jumlah item
daripada 50 kepada 43 item yang akan digunakan dalam kajian sebenar.
Namun selepas disoroti, tidak banyak kajian melihat bentuk item soalan yang diberikan sama
ada sesuai ataupun tidak. Oleh yang demikian, pengkaji mengambil langkah dengan mengkaji semula
bentuk soalan yang telah diberikan untuk melakukan penambah baikkan item soalan yang akan
dirangka untuk peperiksaan seterusnya.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji kesesuaian item atau soalan berdasarkan topik
kursus Asas Bahasa Arab I yang telah ditetapkan oleh USAS. Bagi mencapai tujuan ini, terdapat
beberapa objektif khusus yang ditetapkan iaitu:
1. Mengenal pasti tajuk kursus yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
melalui silibus kursus Asas Bahasa Arab 1.
2. Mengenal pasti item yang sesuai digunakan dalam ujian serta mengeluarkan item yang lemah
dari soalan atau membaiki soalan.
264
KEPENTINGAN KAJIAN
Kebiasaannya untuk membina sebuah kertas soalan berbentuk ujian atau peperiksaan,
sesetengah pensyarah akan membuat soalan baru, tetapi kebanyakan pensyarah hanya membuat ujian
atau peperiksaan dengan menggunakan ujian lama atau mengambil soalan yang terdapat dalam bank
soalan dan kemudian menambah soalan-soalan yang lain. Oleh yang demikian, usaha bagi mengkaji
kembali soalan-soalan ujian yang telah digunapakai tersebut amat penting. Usaha menganalisis dan
mentafsir soalan selepas pemarkahan ini akan membolehkan pensyarah didedahkan dengan kekuatan
dan kelemahan soalan-soalan yang disediakannya. Oleh yang demikian, pensyarah boleh membaiki,
menokok tambah atau mengubahsuai soalan-soalan jika perlu.
Kajian ini merupakan kajian berbentuk analisis dokumen. Dokumen yang dianalisis adalah
skrip jawapan calon yang menduduki peperiksaan akhir Asas Bahasa Arab 1, semester 2 sesi
2016/2017.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian yang dilakukan bertujuan melihat item soalan peperiksaan yang bersesuaian untuk
diberikan kepada pelajar. Kajian ini hanya mengambil keputusan peperiksaan akhir Asas Bahasa Arab
1, semester 2 sesi 2016/2017 dengan mengambil 115 skrip jawapan pelajar sebagai bahan kajian.
Kajian ini menggunakan Indeks Kesukaran (IK) untuk melihat item soalan yang telah
digunakan berada pada tahap terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah. IK tersebut akan ditafsirkan
sama ada item yang digunakan sesuai atau pun tidak.
Kadar kesukaran dinilai melalui pencapaian calon yang memilih jawapan dengan betul dan
tepat. Jika kurang calon menjawab soalan dengan betul, menunjukkan item soalan tersebut susah.
Pengiraan IK adalah seperti berikut iaitu:
jumlah calon jawab betul (B)
INDEKS KESUKARAN = 0.00
jumlah keseluruhan calon (C)
INDEKS
PENTAFSIRAN ITEM KEPUTUSAN
KESUKARAN
Jadual 1:
Pentafsiran Item Berdasarkan Indeks Kesukaran (Mok, 1995)
265
KURSUS ASAS BAHASA ARAB I, USAS
Kursus Asas Bahasa Arab I (PBA6012) merupakan kursus Wajib Fakulti bagi pelajar-pelajar
Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (Hons) yang dikendalikan di bawah Jabatan Bahasa Arab, Pusat
Bahasa dan Pengajian Asasi, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Kursus ini merupakan Tahap I
bahasa Arab dan ia mempunyai Tahap II iaitu kursus Asas bahasa Arab II (PBA6022).
Skop pengajaran mengikut silibus kursus mendedahkan kepada pelajar asas-asas bahasa Arab
komunikasi serta melatih pelajar membaca, mendengar, menulis dan bertutur dengan bahasa Arab.
Topik kursus yang dipelajari dalam silibus kursus PBA6012 adalah seperti Jadual 2 berikut:
Kajian ini menggunakan peperiksaan bertulis akhir Asas Bahasa Arab I (PBA6012), semester
2, sesi 206/2017 untuk dijadikan sampel bagi menganalisis dan mentafsir item soalan-soalan tersebut.
DAPATAN KAJIAN
Peperiksaan akhir semester 2, 2106/2017 kursus Asas Bahasa Arab I (PBA6012) mempunyai
4 bahagian, yang mana setiap 1 bahagian mengandungi 10 item.
266
Bahagian pertama mempunyai satu (1) arahan iaitu ترجم هذه الكلمات اآلتية إلى الماليوية
(Terjemahkan perkataan-perkataan berikut ke dalam bahasa Melayu) yang mengandungi sepuluh (10)
item iaitu الثالجة/ المكواة/ الغرفة/ البقرة/ الدراجة/ القط/ الطالب/ التاجر/ الطبيب/ السرير.
Bahagian kedua mempunyai satu (1) arahan iaitu اآلتية ( هات جمعا لألسماءDatangkan Jama’
bagi Kata Nama [KN] berikut) yang mengandungi sepuluh (10) item iaitu / فقير/ ابن/ سيارة/ مسلم
مؤمنة/ رجل/ ضيف/ قلم/ طالب/ ممرضة. Bahagian ini diambil dari tajuk kursus 4 iaitu
‘Pembahagian dan tanda-tanda kata nama Mufrad, Muthanna dan Jama’.
Bahagian ketiga mempunyai satu (1) arahan iaitu اكمل الفراغات باسم اإلشارة البعيد لألسماء
اآلتية (Isikan tempat kosong dengan meletakkan Kata Tunjuk Jauh bagi KN berikut) yang
mengandungi sepuluh (10) item iaitu / ناقة/ حصان/ فريد/ طبيبة/ ملعقة/ مهندس/ يد/ حجر
حديقة/ مؤذن.
Bahagian keempat mempunyai dua (2) arahan iaitu (a) اآلتية- صحح التراكيب – اإلضافة
(Perbetulkan ungkapan Idhofah berikut) yang mengandungi lima (5) item iaitu / البيت اهلل/ غرفة مدير
االسم المهندس/ باب المدرسة/ مفتاح السيارة, dan (b) (letakkan pada tempat kosong berikut Harf
Jar yang bersesuaian) yang juga mengandungi lima (5) item.
1 السرير 9
115
= 0.83 Terlalu Mudah – Ubahsuai Item
2 الطبيب 1
115
= 0.91 Terlalu Mudah – Ubahsuai Item
3 التاجر 115
8
= 0.77 Sederhana – Item Sesuai
4 الطالب 1 7
115
= 0.93 Terlalu Mudah – Ubahsuai Item
5 القط 1 5
115
= 0.91 Terlalu Mudah – Ubahsuai Item
6 الدراجة 115
= 0.39 Sederhana – Item Sesuai
7 البقرة 115
= 0.63 Sederhana – Item Sesuai
267
8 الغرفة 115
= 0.49 Sederhana – Item Sesuai
9 املكواة 7
115
= 0.23 Terlalu Sukar – Ubahsuai Item
10 الثالجة 18
115
= 0.16 Terlalu Sukar – Ubahsuai Item
Jadual 3:
Bahagian Pertama (Terjemah)
Berdasarkan item yang telah dianalisis melalui IK, item tersebut telah mentafsirkan soalan
seperti berikut iaitu:
Berdasarkan IK bagi soalan bahagian pertama yang telah dianalisis, terdapat 6 item (4 Item
terlalu mudah dan 2 Item terlalu sukar) perlu diubah atau perlu disemak semula.
b) Arahan Bahagian Kedua iaitu Jadikan Jama’ bagi Kata Nama [KN] berikut dan IK adalah
seperti Jadual 4 di bawah:
1 مسلم 115
= 0.74 Sederhana – Item Sesuai
2 سيارة 1
115
= 0.53 Sederhana – Item Sesuai
3 ابن 1
115
= 0.53 Sederhana – Item Sesuai
4 فقري 9
115
= 0.25 Terlalu Sukar – Ubahsuai Item
5 ممرضة 115
= 0.56 Sederhana – Item Sesuai
6 طالب 115
= 0.43 Sederhana – Item Sesuai
7 قلم 115
= 0.32 Sederhana – Item Sesuai
8 ضيف 115
= 0.29 Terlalu Sukar – Ubahsuai Item
9 رجل 115
= 0.50 Sederhana – Item Sesuai
10 مؤمنة 115
= 0.55 Sederhana – Item Sesuai
Jadual 4:
Bahagian Kedua (Jama’)
Berdasarkan item yang telah dianalisis melalui IK, item tersebut telah mentafsirkan soalan
seperti berikut iaitu:
268
i) Sederhana : Item 1, 2, 3, 5, 6, 7, 9, 10 (8)
ii) Terlalu Sukar : Item 4, 8 (2)
Berdasarkan IK bagi soalan bahagian kedua yang telah dianalisis, terdapat 2 item soalan
terlalu sukar perlu diubah atau perlu dikaji semula.
c) Arahan Bahagian Ketiga iaitu Isikan tempat kosong dengan meletakkan Kata Tunjuk Jauh
(KTJ) bagi KN berikut dan IK adalah seperti Jadual 5 di bawah:
1 حجر 0͢1͢1
115
= 0.87 Terlalu Mudah – Ubahsuai Item
2 يد 0͢1
115
= 0.43 Sederhana – Item Sesuai
3 مهندس 0͢1͢0
115
= 0.88 Terlalu Mudah – Ubahsuai Item
4 ملعقة 9͢9
115
= 0.86 Terlalu Mudah – Ubahsuai Item
5 طبيبة 0͢1͢1
115
= 0.89 Terlalu Mudah – Ubahsuai Item
6 فريد 0͢1͢1
115
= 0.90 Terlalu Mudah – Ubahsuai Item
7 حصان 9͢9
115
= 0.86 Terlalu Mudah – Ubahsuai Item
8 ناقة 0͢1͢1
115
= 0.90 Terlalu Mudah – Ubahsuai Item
9 مؤذن 9͢9
115
= 0.85 Terlalu Mudah – Ubahsuai Item
10 حديقة 0͢1͢1
115
= 0.87 Terlalu Mudah – Ubahsuai Item
Jadual 5:
Bahagian Ketiga (Ism Isyarah)
Berdasarkan item yang telah dianalisis melalui Indeks Kesukaran, item tersebut telah
mentafsirkan soalan seperti berikut iaitu:
Berdasarkan IK bagi soalan bahagian ketiga yang telah dianalisis, terdapat 9 item soalan
terlalu mudah perlu diubah atau perlu disemak dan dinilai semula.
d) Arahan Bahagian Keempat mempunyai dua (2) pecahan iaitu a) Perbetulkan ungkapan
Idhofah berikut dan IK adalah seperti Jadual 6 di bawah:
269
BIL الكلمات INDEKS KESUKARAN PENTAFSIRAN ITEM
1 ت الل
ُ البَ ْي
1
115
= 0.90 Terlalu Mudah – Ubahsuai Item
1 ُالسيَّ َارة
َّ اح
ٌ َم ْفت 115
= 0.57 Sederhana – Item Sesuai
Berdasarkan item yang telah dianalisis melalui IK, item tersebut telah mentafsirkan soalan-
soalan seperti berikut iaitu:
dan b) Letakkan pada tempat kosong berikut Harf Jar yang bersesuaian dan IK adalah seperti
Jadual 7 di bawah:
99
0 .الكتاب ___ املكتب 115
= 0.86 Terlalu Mudah – Ubahsuai Item
Berdasarkan item yang telah dianalisis melalui IK, item tersebut telah mentafsirkan soalan-
soalan seperti berikut iaitu:
Berdasarkan IK bagi bahagian keempat yang telah dianalisis, terdapat 2 item soalan terlalu
mudah perlu diubah atau perlu dilihat semula.
270
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada analisis setiap item, terdapat 19 soalan yang perlu diubahsuai kerana
berada pada tahap terlalu mudah (15) dan terlalu sukar (4). Hal ini, dari segi kesesuaian soalan ujian
rujukan normal, pembina soalan perlu ingat bahawa soalan terlalu mudah < 0.3 atau soalan terlalu
susah 0.8 > tidak akan dapat memberi maklumat ukuran psikologi yang tepat.
Pengkaji berpendapat berdasarkan dapatan analisis, bahawa item bahagian pertama iaitu
arahannya terjemahkan perkataan-perkataan berikut ke dalam bahasa Melayu yang mana perkataan-
perkataannya berbentuk Muanntah, pelajar dilihat tidak mampu menguasai maknanya seperti
perkataan املكواةdan الثالجة.
Berdasarkan dapatan analisis bahagian kedua, yang mana arahannya jadikan Jama’ bagi Kata
Nama berikut bahawa penekanan terhadap jenis-jenis Jama’ perlu ditekankan kerana terdapat
beberapa bentuk jenis Jama’yang tidak dikuasai khususnya Jama’ Taksir seperti perkataan فقريdan
ضيف.
Pengkaji juga berpendapat berdasarkan dapatan analisis, bahawa item bahagian ketiga iaitu
arahannya isikan tempat kosong dengan meletakkan Kata Tunjuk Jauh (KTJ) bagi KN berikut adalah
tidak sesuai digunakan kerana kebanyakkan pelajar dilihat terlalu mudah untuk menjawab disebabkan
tajuk ini berkaitan dengan tajuk ke tiga iaitu Mudhakkar dan Muannath. Jika hendak dikekalkan tajuk
ini, pengkaji mencadangkan agar pembina soalan banyak memasukkan perkataan berbentuk
Mudhakkar Ma’nawi dan Muanntah Ma’nawi.
Hal ini disebabkan, jika soalan terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir keseluruhan
pelajar dengan betul dan jika soalan terlalu sukar pula hampir keseluruhan pelajar tidak dapat
menjawab denga tepat. Justeru, jika item soalan sebegini terus dikekalkan, ia tidak dapat membezakan
pelajar yang rendah keupayaannya dan yang tinggi keupayaannya.
Oleh yang demikian, pengkaji seterusnya mencadangkan agar kajian lanjutan berkaitan
tentang Indeks Kesukaran dilakukan dengan menambah serta melihat dari sudut Indeks Diskriminasi.
Indeks Diskriminasi ini pula dilakukan pengajar untuk melihat perbezaan calon-calon daripada
kumpulan yang berada pada aras tinggi dan kumpulan yang berada pada aras rendah serta mengetahui
kelemahan dalam pengajaran dan membuat item soalan yang sesuai.
RUJUKAN
Abd al-Rahim. (1997). Durus al-Lughah al-‘Arabiyyah. Al-Madinah al-Munawwarah: Maktabi’ al-
Jami’ah al-Islamiyyah.
Ahmad Farid Fadhli Mustafa dan Abd Halim Mohamad. (2014). Tahap Penguasaan Bahasa Arab:
Kajian Melalui Ujian Penempatan Bahasa Arab (APT). 2nd World Conference On Islamic
Thought & Civilization. 18-19 Ogos 2014.
Hazrul Affendi Mohmad Razali, Zamri Arifin & Hakim Zainal. (2016, Disember). Analisis Item Ujian
Tahap Penguasaan Ilmu Nahu Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Jurnal Al-
Anwar, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT). Vol. 2 (2), 1-22
Mohamad Syukri Abd Rahman, Muhammad Haron Husaini, Ismail Omar, Mohamed Fairooz Mohd
Fathillah, Nor Effendy Ahmad Sokri dan Yuszaimi Muslil. (2015, Jun). Penilaian
Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab Sijil
271
Menengah Agama (SMA) Kurikulum Al-Azhar Di Sekolah-Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
(SABK) Di Negeri Selangor. E-Jurnal Pendidikan Vol. 2 (3), 24-34.
https://ejurnalfp.files.wordpress.com/2015/08/penilaian-pelaksanaan-pengajaran-dan-
pembelajaran-kemahiran-membaca-bahasa-arab-sijil-menengah-agama1.pdf
Mok Soon Sang. (1995). Asas Pendidikan 3 – Penilaian Dalam Proses Pendidikan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Rafa’il Nakhlah al-Yasuiy. (1986). Ghara’ib al-Lughah al-Arabiyyah. Beirut: Dar al-Masyriq.
Wan Azura Wan Ahmad, Lubna Abd Rahman, Arnida A. Bakar dan Ahmad Pangidoan Nasution.
(2006). Pendekatan dan Strategi Efektif dalam Penguasaan Bahasa Arab. Nilai: Penerbit
USIM.
Zamri Arifin dan Nor Masyitah Mohd Sham. (2012). Kebolehbacaan Teks Prosa Arab dalam
Kalangan Pelajar Prasiswazah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012. 19 Mei 2012.
272
273