TOPIK 3: Sintaksis
Bahasa Melayu
(Ayat Majmuk)
1 DR. MELVINA/JPM IPGKTAR
2
Pengenalan
o Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih
daripada satu ayat.
o Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis ayat
majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan, ayat
majmuk pancangan dan majmuk campuran.
3
Ayat Majmuk Gabungan
o Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada
dua ayat atau lebih, iaitu satu ayat dicampurkan atau
digabungkan dengan ayat lain melalui kata hubung
seperti dan, atau, tetapi, sambil, lalu dan sebagainya.
1 Haida suka membaca buku dan melukis.
2 Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.
3 Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat?
4 Adik membuat latihan sambil bernyanyi.
4
Ayat Majmuk Pancangan
o Ayat majmuk pancangan ialah ayat majmuk yang
terdiri daripada satu ayat induk atau disebut juga
ayat utama dicampur dengan ayat-ayat kecil yang
dipancangkan di dalam ayat induk.
o Ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk
ini adalah sebahagian daripada ayat induk dan ayat
induk adalah ayat yang dapat berdiri sendiri.
o Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu:
i. Ayat majmuk pancangan relatif.
ii. Ayat majmuk pancangan komplemen.
iii. Ayat majmuk pancangan keterangan.
5
i) Ayat Majmuk Pancangan Relatif
o Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang
mengandungi kata relatif yang digunakan untuk
memancangkan ayat kecil ke dalam ayat induk.
Ayat 1 Ayat 2
Saya membeli baju. Baju itu berwarna merah.
Saya membeli baju yang berwarna merah.
Mereka menonton wayang. Wayang itu amat lucu.
Mereka menonton wayang yang amat lucu.
6
ii) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
o Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat kecil
dipancangkan ke dalam ayat induk dengan tujuan untuk
melengkapkan kata kerja dalam ayat induk.
o Lazimnya, kata hubung yang digunakan selepas kata kerja
ialah bahawa dan untuk.
o Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan komplemen,
iaitu:
a) Ayat komplemen frasa nama.
b) Ayat komplemen frasa kerja.
c) Ayat komplemen frasa adjektif.
7
a) Ayat Komplemen Frasa Nama
o Frasa nama boleh menduduki empat tempat dalam ayat,
iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat dan objek sipi.
o Namun, ayat komplemen jenis frasa nama hanya dapat
menduduki dua tempat, iaitu sebagai ayat komplemen
frasa nama subjek dan ayat komplemen frasa nama objek
tepat.
i. Ayat komplemen frasa nama subjek
1 Untuk dia mendapat tempat pertama dalam peperiksaan itu memang susah.
2 Bahawa rancangan itu gagal tidak benar.
3 Dakwaan bahawa Ali menipu telah diketahui umum.
8
a) Ayat Komplemen Frasa Nama
o Objek dalam ayat boleh wujud sebagai objek tepat kata
kerja transitif atau sebagai objek sipi, tetapi ayat
komplemen boleh wujud hanya sebagai objek tepat
sahaja.
ii. Ayat komplemen frasa nama objek tepat
1 Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.
2 Berita itu menyebut bahawa semua penumpang terselamat.
3 Kami menegaskan bahawa kejayaan bergantung pada usaha gigih.
9
b) Ayat Komplemen Frasa Kerja
o Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja
tak transitif, iaitu yang diikuti bukan oleh frasa nama objek
tetapi oleh keterangan-keterangan lain yang bertujuan
melengkapkan frasa tersebut.
Ayat komplemen frasa kerja
1 Pak Abu berpendirian bahawa tanah itu tidak patut dijual.
2 Kenyataan itu bermaksud bahawa kerajaan sanggup memajukan kawasan
luar bandar.
3 Ibu Ali beranggapan bahawa anaknya telah berjaya.
10
c) Ayat Komplemen Frasa Adjektif
o Frasa adjektif boleh menjadi unsur predikat sesuatu ayat.
o Demikian juga, ayat komplemen boleh terdiri daripada
ayat komplemen adjektif, iaitu yang merupakan ayat kecil
yang dipancangkan ke dalam ayat induk.
o Walau bagaimanapun, jumlah ayat jenis ini dalam bahasa
Melayu terhad.
Ayat komplemen frasa adjektif
1 Saya sangat yakin bahawa dia akan berjaya.
2 Dia amat percaya bahawa adiknya telah lulus dalam peperiksaan itu.
3 Mereka sangat insaf bahawa mereka daif.
11
iii) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
o Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk
yang mengandungi satu ayat induk dan satu ayat kecil
yang berfungsi sebagai keterangan yang dihubungkan
oleh kata hubung seperti semasa, sekiranya, dan lain-lain.
o Ayat kecil atau ayat keterangan boleh hadir sebelum ayat
induk.
o Lazimnya, koma ( , ) akan hadir selepas ayat kecil yang
mendahului ayat induk.
12
iii) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Jenis Ayat Majmuk Keterangan
o Jenis ayat keterangan ialah ayat-ayat kecil yang berfungsi
sebagai keterangan dalam ayat majmuk keterangan
dengan menggunakan kata hubung.
o Jenis kata hubung inilah yang akan menentukan jenis ayat
keterangan.
o Terdapat sembilan jenis ayat majmuk keterangan.
13
1) Ayat Keterangan Musabab
o Ayat keterangan masabab ialah ayat yang mengandungi
unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu
perbuatan atau kejadian dalam ayat induk.
o Lazimnya, kata hubung yang digunakan seperti kerana,
oleh sebab dan lantaran.
Ayat keterangan musabab
1 Budak itu pandai kerana rajin membaca buku.
2 Lantaran bermain pisau, Ali terhiris tangan sendiri.
3 Dia gagal dalam pertandingan pidato oleh sebab kurang berlatih.
14
2) Ayat Keterangan Akibat
o Ayat keterangan akibat ialah ayat yang menerangkan
kesan atau hasil sesuatu perbuatan, iaitu unsur yang
menerangkan perbuatan atau kejadian dalam ayat induk
seperti hingga dan sehingga.
Ayat keterangan akibat
1 Dia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
2 Pelajar itu berusaha bersungguh-sungguh sehingga ia berjaya.
15
3) Ayat Keterangan Syarat
o Ayat keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan
tuntutan yang mesti dipenuhi.
o Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya,
andai kata, jika dan kalau.
Ayat keterangan syarat
1 Sekiranya saya lulus peperiksaan ini, saya akan bercuti ke Kota Kinabalu.
2 Andai kata mereka menyerang, kita akan bertahan bersungguh-sungguh.
3 Jika diizinkan Tuhan, kami akan datang lagi tahun hadapan.
16
4) Ayat Keterangan Waktu
o Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu
perbuatan atau kejadian.
o Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak, semenjak,
setelah, sewaktu, sementara, tatkala, dan ketika.
Ayat keterangan waktu
1 Polis segera tiba setelah mendapat maklumat tentang pergaduhan itu.
2 Saya belum berkunjung ke rumah Pak Abu semenjak ia berpindah ke sana.
3 Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.
17
5) Ayat Keterangan Pertentangan
o Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan
sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan.
o Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti
walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau
bagaimanapun, namun, sekalipun, dan sedangkan.
Ayat keterangan pertentangan
1 Sungguhpun badannya letih, Halim tetap menghadiri majlis perayaan itu.
2 Kendatipun pahlawan itu telah terkena tikaman, dia terus melawan
musuhnya..
3 Mereka berpindah juga ke bandar sedangkan hati mereka masih di kampung.
18
6) Ayat Keterangan Harapan
o Keterangan harapan ialah unsur yang menerangkan
sesuatu perbuatan atau kejadian yang dihajati.
o Kata hubung keterangan harapan adalah seperti supaya,
agar, semoga, moga-moga dan kalau-kalau.
Ayat keterangan harapan
1 Kita mesti bertolak ansur agar semua pihak berpuas hati.
2 Supaya suasana menjadi aman damai, mereka semua bersetuju dengan
cadangan pemimpin muda itu.
3 Cuba bertanya pada orang tua itu kalau-kalau dia mengetahuinya.
19
7) Ayat Keterangan Cara
o Keterangan cara ialah unsur yang menerangkan gaya
atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku.
o Kata hubung keterangan cara ialah dengan.
Ayat keterangan cara
1 Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api.
2 Dengan memberanikan hati, kelasi itu terjun dari kapal ke dalam laut.
3 Dia membunuh ular itu dengan menggunakan buluh.
20
8) Ayat Keterangan Tujuan
o Keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud
bagi sesuatu perbuatan atau kejadian.
o Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk,
demi dan bagi.
Ayat keterangan tujuan
1 Kita mesti menjaga kebersihan alam sekitar demi kesihatan keluarga dan
masyarakat.
2 Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf
hidup rakyat.
3 Dua atom hidrogen dan satu atom oksigen bergabung bagi membentuk satu
molekul air.
21
9) Ayat Keterangan Perbandingan
o Keterangan perbandingan ialah unsur yang menerangkan
sesuatu kejadian yang menjadi persamaan.
o Kata hubung keterangan perbandingan adalah seperti,
macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan, dan bak.
Ayat keterangan perbandingan
1 Hatinya hancur seperti kaca terhempas ke batu.
2 Pemuda itu sentiasa mengelamun macam pungguk merindui bulan.
3 Kanak-kanak itu mencebik bibirnya seakan-akan hendak menangis.
22
Ayat Majmuk Campuran
o Ayat majmuk campuran ialah ayat yang terdiri daripada
beberapa ayat seperti campuran ayat tunggal dan
beberapa ayat majmuk.
o Lazimnya ayat majmuk campuran lebih panjang dari segi
deretan dan jumlah susunan ayat.
Kakak membaca buku yang baru dibelinya kelmarin lalu tertidur di atas
kerusi ayah.
Ayat induk Kakak membaca buku.
Ayat relatif buku yang baru dibelinya (kakak) kelmarin
Kata hubung relatif: yang
Ayat gabungan lalu (kakak) tertidur di atas kerusi ayah
Kata hubung gabungan: lalu
23
Ayat Majmuk Campuran
Guru besar membuat pengumuman bahawa UPSR akan bermula pada
minggu depan dan murid-murid harus bersedia dari segi mental.
Ayat induk Guru besar membuat pengumuman.
Ayat majmuk pancangan bahawa UPSR akan bermula pada minggu depan
(komplemen)
Kata hubung (komplemen):
bahawa
Ayat gabungan dan murid-murid harus bersedia dari segi mental
Kata hubung gabungan: dan
24
Ayat Majmuk Pasif
o Kesemua ayat majmuk aktif ini, jika mengandungi kata
kerja transitif, boleh dijadikan ayat pasif.
(i) Ayat majmuk gabungan
1. (a) Aktif Saya minum kopi dan Siti Aminah makan nasi.
(b) Pasif Kopi saya minum dan nasi dimakan oleh Siti Aminah.
2. (a) Aktif Beliau memerhatikan saya ketika beliau berdiri di situ.
(b) Pasif Saya diperhatikan oleh beliau ketika beliau berdiri si situ.
25
Ayat Majmuk Pasif
(ii) Ayat majmuk relatif
1. (a) Aktif Mereka menonton wayang yang lucu itu.
(b) Pasif Wayang yang lucu itu ditonton oleh mereka.
2. (a) Aktif Lembu yang menanduk kereta saya itu menanduk kereta Ali pula.
(b) Pasif Kereta Ali pula ditanduk oleh lembu yang menanduk kereta saya itu.
(iii) Ayat majmuk komplemen: Komplemen Objek
1. (a) Aktif Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan.
(b) Pasif Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.
2. (a) Aktif Akhbar tempatan melaporkan bahawa wabak taun telah merebak di
negara itu.
(b) Pasif Bahawa wabak taun telah merebak di negara itu dilaporkan oleh akhbar
tempatan.
26
Ayat Majmuk Pasif
(iv) Ayat majmuk keterangan
1. (a) Aktif Danish akan membeli buku itu kalau ayah membenarkannya.
(b) Pasif Buku itu akan dibeli oleh Danish kalau ayah membenarkannya.
2. (a) Aktif Sungguhpun badannya letih, Damia tetap menghadiri majlis perayaan itu.
(b) Pasif Sungguhpun badannya letih,majlis perayaan itu tetap dihadiri oleh Damia.
27
Rumusan
o Ayat majmuk boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu ayat majmuk
gabungan, ayat majmuk pancangan dan majmuk campuran.
o Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang menggabungkan dua ayat atau
lebih dengan menggunakan kata hubung seperti dan, tetapi, sambil dan
sebagainya.
o Ayat majmuk pancangan boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu ayat
majmuk pancangan relatif, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk
keterangan.
o Ayat majmuk pancangan keterangan dapat dibahagikan kepada sembilan
jenis.
o Ayat majmuk aktif yang mengandungi kata kerja transitif boleh dijadikan ayat
majmuk pasif.
o Ayat majmuk pasif pula dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu ayat
majmuk gabungan, ayat majmuk relatif dan ayat majmuk komplemen dan
ayat majmuk keterangan.
28