RAYA Private Tuition Package
from RM25/hr (End : 31 May)
GET NOW
SPM EXAM TIPS
Cara Skor A+ dalam Sejarah SPM
(Kertas 2) - Teknik Menjawab
Soalan Kertas 2 + Contoh Terkini
Ingin skor A+ dalam SPM Sejarah? Sejarah boring
sangat? Jom mempelajari teknik-teknik menjawab
soalan Kertas 2 Sejarah SPM dengan mudah. Berserta
dengan contoh jawapan dan tips eksklusif.
by Khek Shi Ling
! Contents
Into - Cara Skor A dalam Sejarah SPM
Isu-isu Pelajar Dalam Kertas 2
Teknik Menjawab Kertas 2
Kertas 2 - Bahagian A
Kertas 2 - Bahagian B
Hi, students! Welcome to here! Without any doubt, I believe
you are here because you want to score an A in SPM
Sejarah! From now and on, I will be using Bahasa Melayu! If
you follow my tips, I believe you can make it successful!
Bonus - Dokumen-dokumen
Berkaitan Dengan Sejarah SPM
Di sini, anda boleh mendapatkan semua format
SPM terkini, jadual waktu peperiksaan SPM,
skema Sejarah SPM, maklumat umum, dll.
SPM portal
Cara skor A dalam Sejarah SPM
Sejarah merupakan displin ilmu tentang peristiwa-peristiwa
masa lampau.
Walaupun sejarah merupakan subjek yang amat
membosankan, tetapi peristiwa-peristiwa dalam sejarah
dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada generasi baru
agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Dengan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
menetapkan Sejarah sebagai syarat wajib lulus di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Menurut
mantan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh,
tujuan utama untuk menjadikan Sejarah sebagai syarat lulus
adalah untuk melahirkan bakal pemimpin negara yang
memahami sejarah Malaysia dan seterusnya menyemai
semangat cinta akan negara.
Sejarah SPM telah dibahagikan kepada tiga kertas, iaitu
kertas 1, kertas 2 dan kertas 3. Antara ketiga-tiga kertas ini,
kertas 2 mengandungi markah yang paling banyak, iaitu 100
markah. Maka, Kertas 2 merupakan kunci kejayaan bagi
pelajar-pelajar yang ingin skor A dalam sejarah SPM.
Isu-isu yang dihadapi oleh Pelajar dalam
Menjawab kertas 2 Sejarah SPM
Objektif utama kertas 2 Sejarah SPM adalah untuk menguji
keupayaan atau kebolehan pelajar bagi mengingat,
memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
seterusnya mencipta sesuatu melalui mata pelajaran
Sejarah. Oleh itu, tahap kesusahan kertas 2 adalah lebih
tinggi daripada kertas 1 dan kertas 3.
Pada masa yang sama, kebanyakan pelajar juga
menyatakan bahawa kertas 2 Sejarah merupakan penyebab
utama yang menyebabkan pelajar ditinggalkan daripada
kategori A kerana pelajar tidak dapat mengingat kesemua-
semua isi dengan eHsien. Keadaan ini disebabkan
ketidakupayaan pelajar dalam memilih isi-isi yang penting
semasa mengulang kaji Sejarah.
Bagi mengatasi masalah ini, pelajar seharusnya memaham
dan menghafal maksimum 5 isi penting sahaja kerana
pelajar akan berasa keliru apabila mereka menghafal
kesemua isi penting. Akhirnya, pelajar tidak dapat
mengingat dan menjawab soalan Sejarah dengan baik.
Selain itu, ketidaktepatan pelajar dalam menganalisis
soalan juga merupakan punca perdana berlakunya isu ini.
Pelajar-pelajar akan berasa keliru akan apa yang perlu
dilakukan untuk mendapat markah penuh bagi soalan
tersebut. Misalnya, pelajar sentiasa risau akan jawapan
yang ditulis adalah kurang tepat dengan skema jawapan
semasa menjawab soalan struktur terhad.
Bagi soalan struktur terbuka pula, pelajar sering
menghadapi masalah dalam mengetahui had dan
seterusnya menyebabkan ketidakcukupan masa untuk
menjawab soalan-soalan lain.
Dengan ini, artikel ini akan memberi penerangan yang
terperinci berkaitan dengan cara-cara untuk skor A dalam
SPM Sejarah.
Melalui artikel ini, kami berharap bahawa semua pelajar
dapat memahami teknik menjawab kertas 2 SPM Sejarah
dengan lebih jelas
Teknik Menjawab Kertas 2 SPM
Sejarah
Secara umumnya, kertas 2 Sejarah mengandungi bahagian
A dan bahagian B. Kebiasaannya, bahagian A mempunyai
empat soalan struktur respons terhad sementara bahagian
B mengandungi 5 soalan struktur respons terbuka.
Dalam SPM, pelajar dihendaki menjawab semua soalan
struktur di bahagian A dan memilih tiga soalan esei di
bahagian B. Dengan ini, contoh teknik menjawab soalan
struktur dan soalan esei telah dibincangkan seperti berikut.
Bahagian A – Contoh 1
Bahagian ini membincangkan soalan struktur yang senang
tetapi susah bagi para pelajar untuk mendapat markah
penuh.
Contoh Soalan:
Mengapakah bahasa Sanskrit dapat
mempengaruhi Lingua Franca dan bahasa lain di
Asia Tenggara? [4 markah]
Petunjuk: Soalan ini bertanya tentang istilah bahasa
Sanskrit yang telah digunakan dalam Bahasa Melayu pada
masa kini dengan dua markah diberikan. Oleh itu, hanya dua
contoh perlu diberikan bagi mendapat markah penuh dalam
soalan ini.
Cadangan Jawapan:
Dosa/ pahala/ neraka/ syurga/
" manusia. [Mana-mana dua jawapan]
Perkara yang perlu dielakkan:
Jangan memberi penerangan kepada soalan yang
mengandungi perkataan seperti ‘berikan’ dan ‘namakan’.
Bahagian A – Contoh 2
Soalan struktur juga mempunyai soalan yang menanyakan
‘sebab’, ‘punca’ dan sebagainya.
Bagi soalan ini, pelajar hendaklah menjelaskan mengikut
kehendak soalan, tetapi kebanyakan pelajar gagal untuk
menjawab soalan jenis ini dengan tepat.
Contoh Soalan:
Mengapakah bahasa Sanskrit dapat
mempengaruhi Lingua Franca dan bahasa lain di
Asia Tenggara? [4 markah]
Petunjuk: Soalan ini bertanya punca-punca bahasa Sanskrit
mempengaruhi bahasa-bahasa lain di Asia Tenggara
dengan empat markah diberikan. Jadi, pelajar adalah
disarankan untuk menulis maksimum 5 hingga 6 isi sahaja
bagi soalan ini.
Soalan ini menekankan pengaruh bahasa Sanskrit, maka,
pelajar boleh mengaitkan isi-isi dengan Tamadun India
kerana bahasa Sanskrit bermula dari Tamadun India.
" Cadangan Jawapan:
Hubungan perdagangan dengan
pedagang dari Tamadun India/
Pedagang membawa masuk
pengaruh India/ Penyebaran agama
oleh golongan Brahmin/
Menggunakan bahasa Sanskrit
sebagai bahasa komunikasi
Perkara yang perlu dielakkan:
Jangan memberi penerangan yang terlalu banyak dan
panjang. Pelajar seharusnya menulis isi dalam bentuk
ringkas dan padat.
Bahagian A – Contoh 3
Soalan struktur juga meliputkan soalan perbandingan di
mana pelajar perlulah mengingat dan menganalisis kedua-
dua keadaan yang diberikan. Namun begitu, soalan
perbandingan selalunya adalah lebih kepada soalan
Kemahiran BerHkir Aras Tinggi (KBAT) kerana
perbandingan tersebut sentiasa melibatkan sejarah dengan
keadaan kini.
Contoh Soalan:
Bezakan sistem pemerintahan beraja pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka dengan sistem
pemerintahan beraja yang diamalkan oleh
Malaysia pada masa sekarang. [4 markah]
Petunjuk: Soalan ini telah menekankan perkataan ‘bezakan’,
oleh itu, perbandingan perlu dilakukan antara sistem
pemerintahan beraja Kesultanan Melayu Melaka dengan
kerajaan Malaysia.
Selain itu, soalan ini adalah empat markah, jadi, empat
aspek perlu dibandingkan dan dinyatakan.
Cadangan Jawapan:
" Rujuk jadual di bawah:
KESULTANAN MALAYSIA
MELAYU
MELAKA
Raja berkuasa Raja berperlembagaan
mutlak/ dan terikat dengan
Mengamalkan perlembagaan
sistem monarki Malaysia/
Mengamalkan sistem
demokrasi berparlimen
Sistem Pembesar Simbol identiti
Empat Lipatan
Raja sebagai ketua Raja merupakan simbol
hakim identiti bangsa & negara
Raja dibantu oleh Pentadbiran dijalankan
pembesar- oleh Jemaah Menteri
pembesar dalam
bidang pentadbiran
[Mana-mana barisan yang lengkap = 1 markah]
Perkara yang harus dielakkan:
Jangan menerangkan satu sistem pemerintahan semata-
matanya, tetapi tidak melakukan perbandingan antara
kedua-dua sistem pemerintahan. Jawapan bagi soalan
perbandingan boleh ditulis dalam bentuk perenggan atau
bentuk kotak.
Namun begitu, pelajar-pelajar adalah digalakkan untuk
menulis jawapan dalam bentuk kotak sahaja bagi memberi
gambaran yang jelas kepada penyemak soalan dan
mengelakkan berlakunya kecuaian pada masa yang sama.
Perkara yang harus diperhatikan
semasa memilih soalan esei
Dalam pemilihan soalan esei, pelajar adalah digalakkan
untuk memilih soalan yang mempunyai pembahagian
markah yang agak seimbang. Misalnya, pelajar boleh
memilih soalan yang mengandungi 4 markah bagi 1 (a), 8
markah bagi 1(b) dan 1(c).
Hal ini demikian kerana pembahagian markah yang kurang
seimbang akan menyebabkan pelajar hilang markah yang
agak banyak dalam soalan esei tersebut terutamanya bagi
pelajar yang kurang yakin dalam menjawab kertas 2
Sejarah.
Bahagian B – Contoh 1
Soalan esei sering bermula dengan soalan yang mudah dan
senang. Namun begitu, kebanyakan pelajar juga
menghadapi masalah dalam menjawab soalan esei dengan
tepat.
Contoh Soalan:
Jelaskan sumbangan kerajaan Islam dalam
bidang ilmu pengetahuan (4 markah)
Petunjuk: Esei ini memerlukan pelajar untuk menjelaskan
sumbangan kerajaan Islam dalam bidang ilmu pengetahuan
dengan 4 markah diberikan.
Jadi, pelajar perlulah menerangkan sumbangan kerajaan
Islam dari segi ilmu pengetahuan sahaja. Bagi mendapat
markah penuh, pelajar adalah digalakkan untuk memberi
maksimum 5 hingga 6 isi atau penerangan penting sahaja.
" Cadangan Jawapan:
Kerajaan Islam banyak memberi sumbangan dalam
bidang penterjemahan. Contohnya, kerajaan Islam telah
menubuhkan sebuah perpustakaan Baitulhikmah. Selain
itu, kerajaan Islam juga menyumbangkan dalam bidang
perubatan. Sebgai bukti, tokoh perubatan yang terkenal,
iaitu Zakaria al-Razi telah dilahirkan pada masa itu.
Perkara yang harus dielakkan:
Jangan membuangkan masa yang banyak dalam menjawab
soalan esei ini kerana soalan ini hanya membawa 4 markah
sahaja. Jadi, pelajar hanya perlu menjawab soalan ini
dengan kata kunci dan penerangan yang sesuai sahaja bagi
mendapat markah penuh.
Bahagian B – Contoh 2
Selain daripada itu, soalan esei juga merangkumi soalan
yang KBAT di mana pelajar perlulah mengalipkasikan
pengetahuan Sejarah dalam soalan ini.
Contoh Soalan:
Mengapakah kerajaan Islam dapat menjadi pusat
kecemerlangan ilmu pengetahuan yang berjaya? [8
markah]
Petunjuk: Soalan ini menanyakan punca-punca
kecemerlangan kerajaan Islam sebagai pusat ilmu
pengetahuan dengan 8 markah diberikan.
Dengan ini, pelajar adalah disarakan untuk menulis 9 hingga
10 isi serta penerangan bagi mendapat markah penuh.
" Cadangan Jawapan:
Kerajaan Islam berkembang sebagai pusat
kecemerlangan ilmu pengetahuan dapat dibuktikan
melalui pelbagai bidang seperti perubatan, sains dan
falsafah. Selain itu, pembinaan perpustakaan
Baitulhikmah juga merupakan salah satu puncanya
perkembangan kerajaan Islam dalam bidang ilmu
pengetahuan. Perpustakaan ini diasaskan oleh Khalifah
Harun al-Rasyid. Justeru, interaksi antara cendekiawan
Islam dan Eropah merupakan sebab kecemerlangan ilmu
pengetahuan kerajaan Islam. Sebagai bukti, masyarakat
Eropah dapat keluar daripada Zaman Gelap setelah
penyerapan ilmu Islam dalam kehidupan mereka.
Kelahiran cendekiawan Islam juga banyak
menyumbangkan terhadap kecemerlangan Islam pada
ketika itu. Contohnya, Ibn Sina telah diwujudkan sebagai
cendekiawan yang paling unggul sehingga hari ini.
Perkara yang harus dielakkan:
Jangan berasa risau akan anda tidak dapat menulis isi yang
secukupnya untuk soalan yang mempunyai 8 markah
kerana isi dan penerangan yang tepat akan diberikan satu
markah masing-masing.
Jadi, pelajar adalah digalakkan untuk menulis sekurang-
kurangnya satu penerangan selepas satu isi bagi memberi
penjelasan kepada penyemak soalan.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, teknik menjawab struktur dan esei
dalam Sejarah SPM adalah berbeza di mana struktur lebih
cenderung kepada penerangan ringkas manakala
pemarkahan bagi soalan esei adalah lebih luas dan tidak
terhad. Pada masa kini, Sejarah merupakan salah satu mata
pelajaran yang wajib lulus dalam SPM.
Kami berharap bahawa pelajar-pelajar dapat mengetahui
teknik menjawab Sejarah SPM yang betul dengan lebih teliti
dan jelas selepas membaca artikel ini.
Semoga berjaya!
Kenapa GoLearn
! Brand dipercayai ribuan ibu bapa
! 100% peningkatan akademik dalam 3 bulan
! Kami uruskan kelas anda secara PERCUMA!
! Tutor berpengalaman dari seluruh Malaysia
! 99% jamin dapat tutor
Dapatkan SPM Sejarah tutor sekarang atau
WhatsApp kami untuk maklumat lanjut secara
percuma!
CATEGORY
SPM EXAM TIPS
TAGS
English
ABOUT THE WRITER
Khek Shi Ling
Teacher, Master’s Degree in Statistics
Jangan lupa Follow & Like kami jika
artikel ini membantu anda! Lebih banyak
Eksklusif Tips SPM menanti anda!
GoLearn Education
2,850 likes
Like Page Share
Our Services
Request A Tutor POPULAR
Online Tuition NEW
Find A Tutor
Homeschool
Daycare
Tuition Rates
Home Tuition By State
Kuala Lumpur
Selangor
Johor
Penang
Other States
Tuition By City
Shah Alam
Petaling Jaya
Kuala Lumpur City Centre
Subang Jaya
Johor Bahru
Penang
Ipoh
Mont Kiara
Klang
Kepong
Batu Caves
Setapak
Ampang
Puchong
More Cities ...
Most Popular Tuition
!
English Tuition "