PENGENALAN
KEPADA
SINTAKSIS
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
Ayat
Sintaksis
Tatabahasa
Klausa
Frasa
Kata
Morfologi
Morfem
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
Pengertian Sintaksis
bidang ilmu bahasa yang mengkaji
bentuk, struktur, dan binaan atau
konstruksi ayat
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
Ayat
• unit yang paling tinggi letaknya dalam tatatingkat atau hierarki
tatabahasa
• mengandungi makna yang lengkap
• diucapkan dengan intonasi yang sempurna
• pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
• satu unit rangkaian perkataan yang
mengandungi subjek dan predikat yang
Klausa menjadi konstituen kepada ayat
• binaan ayat yang belum diberikan
intonasi ayat
• boleh menjadi ayat atau konstituen
dalam ayat
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
• binaan yang terdiri daripada sekurang-
kurangnya satu kata yang berpotensi
Frasa untuk menjadi unit yang lebih besar
• kelompok kata yang mengandungi satu
kesatuan erti
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
Kata
• bentuk bahasa yang mengandungi
makna atau fungsi tatabahasa
• digolongkan kepada kata utama
dan kata bukan utama
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
• binaan disebut juga konstruksi
Binaan • binaan ayat ialah susunan kata,
Ayat frasa, atau klausa yang gramatis
dan yang bermakna
• setiap binaan ayat mengandungi
susunan unsur bahasa yang
bermakna
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
• unsur bahasa yang membentuk
sesuatu binaan
Konstituen • bahagian atau kelompok sesuatu
ayat
Pemain itu menendang bola di padang.
pemain itu menendang bola di padang
pemain itu menendang bola di padang
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
Pembahagian Subjek dan Predikat
• ayat yang betul dan sempurna maknanya terdiri daripada
bahagian subjek dan bahagian predikat
• susunan subjek yang diikuti oleh predikat merupakan susunan
ayat biasa
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
Pembahagian Subjek dan Predikat
Subjek Predikat
Rumah itu sungguh besar.
Cameron Highland di negeri Pahang.
Yang tidak hadir itu perlu mengemukakan sebab.
Bahawa ramai pekedai menaikkan harga barang memang benar.
Anggota masyarakat yang mengambil berat tentang jirannya tidak ramai.
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
Fungsi Sintaksis Unsur-unsur Ayat
Subjek S
Predikat P
Objek O
Pelengkap P
Penerang P
SLIDESMANIA.COM
Keterangan K
LEONG KAE LING
• konstituen dalam ayat yang terdiri daripada frasa
nama dan menjadi judul atau unsur yang
Subjek diterangkan
• pengisi konstituen subjek pada umumnya ialah FN
• FN yang menjadi pengisi subjek boleh terdiri
daripada:
(i) kata nama
(ii) kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama
SLIDESMANIA.COM
(iii) kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama
LEONG KAE LING
Subjek Kata Nama Predikat
Kucing itu mengejar tikus.
Jalur Gemilang nama bendera kebangsaan kita.
Lukisan sungguh cantik.
Subjek
Mereka pelajar sekolah itu.
Subjek Kata Kerja yang berfungsi
Predikat
sebagai kata nama
Berenang menyihatkan badan.
Aktiviti berenang menyihatkan badan.
Mengarang kegemaran lelaki itu.
Kegiatan mengarang kegemaran lelaki itu.
Subjek Kata Adjektif yang
Predikat
berfungsi sebagai kata nama
Putih melambangkan kesucian.
Warna putih melambangkan kesucian.
SLIDESMANIA.COM
Cantik idaman setiap wanita.
Wajah cantik idaman setiap wanita.
LEONG KAE LING
• konstituen subjek boleh juga diisi oleh klausa, sama
ada klausa relatif atau klausa komplemen
Subjek
Subjek Klausa Predikat
Yang tidak hadir perlu mengemukakan sebab.
Pelajar yang tidak hadir perlu mengemukakan sebab.
Bahawa Irfan berkahwin dengan Anis memang benar.
Kenyataan bahawa Irfan berkahwin dengan Anis memang benar.
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
• dua frasa nama boleh wujud serentak dalam
konstituen subjek, yakni unsur yang kedua dan
Subjek unsur yang pertama merujuk kepada perkara yang
serupa, ia disebut sebagai APOSISI
• aposisi juga disebut sebagai keterangan pengganti
Subjek Predikat
Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia sangat sibuk.
Jumari bin Hashim, pengetua KTDTHB seorang yang tegas.
Sebungkus nasi lemak, pengalas perut kosong ada di atas meja.
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
• konstituen dalam ayat yang
Predikat memberikan keterangan atau
penjelasan tentang subjek
Subjek Predikat
Cincin itu cincin emas.
Petani itu sedang menuai padi.
Datuk saya masih sihat.
Pakaian itu di dalam almari.
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
Objek
• hadir selepas kata kerja aktif transitif
• hanya terdiri daripada kata nama atau frasa nama
• wajib ada bagi menyambut kata kerja aktif transitif
Subjek Predikat
Lori itu melanggar anjing.
Pembacaan memperluas ilmu pengetahuan.
Pelajar-pelajar menyiapkan latihan.
SLIDESMANIA.COM
Ahli bahasa itu membincangkan kesalahan bahasa.
LEONG KAE LING
Objek
• kata kerja aktif transitif boleh diikuti oleh dua frasa nama yang
menjadi objek, iaitu objek tepat dan objek sipi
Predikat
Subjek
Kata Kerja Transitif Objek Tepat Objek Sipi
Ayah memberi adik wang saku.
Ibu mengambilkan ayah segelas air.
Kamal meminjami Zaini novelnya.
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
Pelengkap
• hadir selepas kata kerja aktif tak transitif
• boleh terdiri daripada kata nama atau frasa nama, kata adjektif
atau frasa adjektif, dan frasa sendi nama
• wajib ada bagi menyempurnakan makna kata kerja aktif tak
transitif
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
Pelengkap
• pelengkap kata nama atau frasa nama
Predikat
Subjek
Kata Kerja Tak Transitif Pelengkap
Abang saya menjadi polis trafik.
Perompak itu bersenjatakan sebilah parang.
Perangainya memeningkan kepala ibunya.
• pelengkap kata adjektif atau frasa adjektif
Predikat
Subjek
Kata Kerja Tak Transitif Pelengkap
SLIDESMANIA.COM
Abang saya bertubuh sasa sekali.
Keadaan neneknya beransur pulih.
Suasana di pasar itu menjadi semakin bising.
LEONG KAE LING
Pelengkap
• pelengkap frasa sendi nama
Predikat
Subjek
Kata Kerja Tak Transitif Pelengkap
Cikgu Hwang menetap di Korea.
Abang Ah Seng membelok ke kiri.
Kejayaan bergantung pada usaha.
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
Penerang
• unsur yang menerangkan makna kata inti
• biasanya hadir bersama-sama inti frasa nama
Subjek Predikat
Kereta di bawah pokok itu tidak dapat berfungsi lagi.
Kenaikan harga barang berlaku di seluruh dunia.
Ibu Ali membasuh baju yang kotor itu.
Guru-guru menyambut kedatangan para tetamu kehormat.
Abang saya menjadi guru Bahasa Melayu.
Pengemis itu berselimutkan surat khabar yang nipis.
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
Penerang
• juga menerangkan kata kerja aktif tak transitif berpenerang
Subjek Predikat
Lelaki itu bersawah padi.
Bapanya berniaga nasi lemak.
Adik belajar Bahasa Melayu.
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
Keterangan
• sebahagian daripada predikat dan lazimnya ditempatkan pada
akhir ayat
• unsur yang menerangkan seluruh predikat, iaitu predikat
frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama
Subjek Predikat
Bayi itu tidur di dalam bilik.
Keadaannya tetap cergas pada bulan puasa.
SLIDESMANIA.COM
Lelaki itu ke tepi tasik setiap petang.
LEONG KAE LING
Keterangan
• bersifat pilihan dan tidak semestinya terdapat dalam sesuatu
ayat
• boleh mendahului subjek
Predikat Subjek Predikat
Di dalam bilik bayi itu tidur.
Pada bulan puasa keadaannya tetap cergas.
Setiap petang lelaki itu ke tepi tasik.
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING
Sekian, terima kasih…
SLIDESMANIA.COM
LEONG KAE LING