JOBNAME: No Job Name PAGE: 1 SESS: 1 OUTPUT: Fri Dec 5 15:15:46 2014
88 Shariah Law Reports [2014] 4 ShLR
Mohd Asri bin Zainal Abidin v Ketua Pendakwa Syarie A
Selangor
SHARIAH APPEAL COURT (SELANGOR) — CRIMINAL (APPEAL) B
NO 10000–103–0002 OF 2011
IBRAHIM LEMBUT SHC CJ, AIDI MOKTAR AND MD YUSOP SHC
JCA
03 JULY 2012
C
Islamic Law — Shariah Court — Jurisdiction — Charge under Administration
of Islamic Law Enactment (Selangor) 2013) for unauthorised teaching of the
religion of Islam — Application by Chief Syariah Prosecutor to transfer case from
Syariah Lower Court to Syariah High Court — Whether warranted — Whether D
reasons justified — Syariah Criminal Procedure Enactment (Selangor) s 101
The appellant was charged under s 119 of the Administration of Islamic Law
Enactment (Selangor) 2013 (‘the Administration Enactment’) for the offence
of unauthorised teaching of the religion of Islam. The prosecution (‘the E
respondent’) had filed an application to the Syariah Lower Court (‘SLC’) to
transfer this case to the Syariah High Court (‘SHC’) by virtue of s 101 of the
Syariah Criminal Procedure Enactment ('Syariah Criminal Procedure') on the
ground that the case required opinions and an interpretation of an experienced
judge. The application was dismissed by the SLC. Dissatisfied, the respondent F
filed a review to the SHC on the ground that as the Chief Syariah Prosecutor,
he had the right to apply for the transfer of case without giving any reason and
ground and the trial judge had no discretion in this matter. The SHC judge
allowed the appeal and the case was transferred to the SHC. Hence, the present
appeal by the appellant. The issues raised were whether the respondent had to G
bring forth reason/ground for the transfer of case; and if yes, whether the
respondent had adduced the said reason/ground.
Held, allowing the appeal:
H
(1) The respondent must give reasons for his application to transfer the case.
When the forum for trial had been decided by the Administration
Enactment, the respondent did not have any right to conduct a trial in
any other court. Section 101 of the Administration Enactment was only
an exclusion proviso. When it is an exceptional case, it could be heard in I
a different forum with reasonings (see para 24).
(2) The respondent’s failed to adduce a valid reason in his application to the
SLC to transfer the case. The SHC also erred in deciding that the
application was with a just reason (see para 36).
JOBNAME: No Job Name PAGE: 2 SESS: 1 OUTPUT: Fri Dec 5 15:15:46 2014
Mohd Asri bin Zainal Abidin v Ketua Pendakwa Syarie
[2014] 4 ShLR Selangor (Ibrahim Lembut ShC CJ) 89
A [Bahasa Malaysia summary
Perayu telah dipertuduh di bawah s 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) 2013 (‘Enakmen Pentadbiran’) atas kesalahan mengajar
agama Islam tanpa tauliah. Pihak pendakwaan (‘responden’) telah memfailkan
permohonan di Mahkamah Rendah Syariah (‘MRS’) untuk memindahkan kes
B
ini ke Mahkamah Tinggi Syariah (‘MTS’) berdasarkan s 101 Enakmen
Tatacara Jenayah Negeri Selangor (‘Enakmen Tatacara Jenayah’) atas alasan
bahawa kes memerlukan pandangan dan tafsiran daripada hakim yang lebih
berpengalaman. Permohonan tersebut ditolak oleh MRS. Tidak berpuas hati,
C responden memfailkan semakan ke MTS atas alasan bahawa sebagai ketua
pendakwa syarie, dia boleh memohon pemindahan kes tanpa perlu
memberikan apa-apa sebab dan alasan dan hakim bicara tiada kuasa budi
bicara dalam hal ini. Hakim MTS membenarkan rayuan dan kes dipindahkan
ke MTS. Oleh itu rayuan ini oleh perayu. Isu-isu yang ditimbulkan adalah
D sama ada responden perlu mengemukakan sebab/alasan pemindahan kes; dan
sekiranya perlu, adakah responden telah memberikan sebab/alasan tersebut.
Diputuskan, membenarkan rayuan:
(1) Responden perlu memberikan sebab dalam permohonannya untuk
E
memindahkan kes. Apabila tempat perbicaraan telah ditetapkan oleh
Enakmen Pentadbiran, responden tidak mempunyai hak untuk
membicarakannya di mahkamah lain. Seksyen 101 Enakmen
Pentadbiran hanya merupakan satu peruntukan pengecualian. Apabila ia
merupakan kes pengecualian, ia hanya boleh dibenarkan dibicarakan di
F
tempat lain dengan bersebab (lihat perenggan 24).
(2) Responden gagal mengemukakan alasan kukuh dalam permohonannya
di MRS untuk memindahkan kes. Mahkamah Tinggi Syariah juga
terkhilaf apabila memutuskan permohonan tersebut berasas (lihat
G perenggan 36).]
Notes
For cases on jurisdiction, see 8(1) Mallal’s Digest (4th Ed, 2014 Reissue) paras
787–795.
H
Cases referred to
Raja Petra bin Raja Kamaruddin v Pendakwa Raya [2009] MLJU 194, HC
(not folld)
I Legislation referred to
Criminal Procedure Code s 177
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 ss 62(2), 119(1)
Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 ss 7(a),
67, 101
JOBNAME: No Job Name PAGE: 3 SESS: 1 OUTPUT: Fri Dec 5 15:15:46 2014
90 Shariah Law Reports [2014] 4 ShLR
Books referred to A
Imam al-Mawardi dalam Al-Ahkam al-Sulthaniyyah pp 72–73
Appeal from: Criminal (Judicial Review) No 10400–103–0009 of 2009
(Shariah High Court, Shah Alam)
B
Kamar Ainiah Kamaruzaman (Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi) for the
appellant.
Abdul Shukor Abd Hamid (Chief Syarie Prosecutor, Selangor Islamic Religious
Department) for the respondent.
C
Ibrahim Lembut ShC CJ (delivering judgment of the court):
[1] Perayu (Mohd Asri) dalam kes ini telah merayu terhadap keputusan
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah (Rayuan) Selangor dalam Kes Jenayah
(Semakan) No 10400–103–0009 Tahun 2009. Dalam kes semakan ini, D
Mahkamah Tinggi Syariah pada 28 April 2010 telah membuat keputusan
seperti berikut:
i] Setelah meneliti Permohonan yang difailkan oleh Pemohon (Ketua Pendakwa
Syarie ) dan menimbangkan hujah penghujahankedua-dua pihak, saya berpuashati E
bahawa Permohonan Pemohon berasas dan saya memutuskan Permohonan
Pindahan kes dari Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah
yangdipohon oleh Ketua Pendakwa Syarie dibenarkan.
ii] Dengan itu, keputusan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur
pada 18/11/2009 dibatalkan. F
FAKTA KES
[2] Perayu dalam kes ini telah dipertuduhkan oleh pihak Pendakwa Syarie
JAIS atas kesalahan mengajar agama Islam tanpa tauliah di bawah s 119(1) G
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (‘EPAIS’).
Pertuduhan tersebut telah difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak
Timur.
[3] Pada 12 November 2009, ketua pendakwa syarie telah memfailkan satu H
satu permohonan di hadapan Hakim Bicara Mahkamah Rendah Syariah
Gombak Timur untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Syariah di
Shah Alam berdasarkan s 101 Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah
(Negeri Selangor) 2003 (‘ETJS’). Permohonan tersebut dibuat atas alasan kes
jenayah ke atas perayu melibatkan pemakaian undang-undang dan prosedur I
yang memerlukan kepada pandangan dan tafsiran dari hakim yang lebih
berpengalaman serta kes tersebut mendapat liputan meluas media masa kerana
melibatkan perayu yang mempunyai pengaruh. Permohonan tersebut telah
dibantah oleh pihak perayu. Hakim Mahkamah Rendah Syariah setelah
JOBNAME: No Job Name PAGE: 4 SESS: 1 OUTPUT: Fri Dec 5 15:15:46 2014
Mohd Asri bin Zainal Abidin v Ketua Pendakwa Syarie
[2014] 4 ShLR Selangor (Ibrahim Lembut ShC CJ) 91
A mendengar hujah dari kedua dua belah pihak telah membuat keputusan pada
18 November 2009 dengan menolak permohonan pemindahan tersebut atas
alasan permohonan tersebut tidak munasabah dan tidak melibatkan isu
kepentingan awam.
B [4] Pihak responden (ketua pendakwa syarie) telah tidak berpuas hati
dengan keputusan tuan hakim tersebut dan telah memfailkan semakan ke
Mahkamah Tinggi Syariah. Alasan permohonan semakan tersebut adalah
bahawa pada pendapat ketua pendakwa syarie mengikut s 101 Enakmen
Tatacara Jenayah Syariah, ketua pendakwa syarie boleh memohon pemindahan
C
kes tanpa perlu memberikan apa-apa sebab dan alasan dan tuan hakim tidak
mempunyai kuasa budi bicara dalam hal ini.
[5] Walaupun kes tersebut disemak tetapi YA hakim bicara telah membuat
D keputusan setelah mendengar hujah-hujah dari kedua-dua belah pihak.
[6] Pada 28 April 2010, YA hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah
membuat keputusan mengenepikan keputusan Mahkamah Rendah Syariah
dan membenarkan kes jenayah tersebut di pindah ke Mahkamah Tinggi
E Syariah.
[7] Perayu telah tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Tinggi
Syariah dan telah memohon kebenaran dari Mahkamah Rayuan Syariah untuk
merayu terhadapa keputusan YA hakim Mahkamah Tinggi Syariah tersebut.
F
Kebenaran untuk merayu telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah
pada 28 Disember 2010.
[8] Berdasarkan kebenaran tersebut, perayu pada 7 Januari 2012 telah
G memfailkan notis rayuan untuk merayu keseluruhan keputusan YA hakim
Mahkamah Tinggi Syariah yang dibuat pada 28 April 2011.
PENGHAKIMAN MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH
H [9] Dalam rayuan di hadapan kami ini, perayu telah mengemukakan lapan
alasan rayuan, iaitu:
i] Y.A Hakim telah terkhilaf apabila memutuskan bahawa Ketua Pendakwa Syarie
(selepas ini dirujuk KPS) mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan tempat
perbicaraan kesemua kes jenayah.
I
ii] Y.A Hakim telah terkhilaf apabila membuat keputusan berlawanan dengan
seksyen 7 (a) ETJS yang memperuntukkan bidang kuasa Hakim jenayah untuk
mendengar, membicarakan, memutuskan dan membereskan pendakwaan
kesalahan dalam bidangkuasa tempatannya.
JOBNAME: No Job Name PAGE: 5 SESS: 1 OUTPUT: Fri Dec 5 15:15:46 2014
92 Shariah Law Reports [2014] 4 ShLR
iii] Y.A Hakim telah terkhilaf dalam mentafsirkan seksyen 101 ETJS sebagai A
mandatori bagi Hakim Mahkamah Rendah Syariah menerima apa jua permohonan
KPS memindahkan kes daripada Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi
Syariah.
iv] YA Hakim Bicara telah terkhilaf apabila memutuskan bahawa KPS tidak perlu
memberikan sebarang alasan untuk memindahkan kes Jenayah ke Mahkamah B
Tinggi Syariah.
v] YA Hakim telah terkhilaf apabila meletakkan kuasa yang tidak terbatas ditangan
KPS untuk memindahkan kes Jenayah ke Mahkamah Tinggi Syariah.
vi] YA Hakim telah gagal menimbangkan bahawa dengan memindahkan C
perbicaran hak Perayu untuk merayu telah dikurangkan satu tahap dan ketidak
adilan telah berlaku kepada Perayu.
vii] YA Hakim telah terkhilaf apabila gagal mengambil kira bahawa permohonan
pemindahan kes Perayu oleh KPS daripada Mahkamah Rendah ke Mahkamah
Tinggi Syariah adalah atas sebab individu dan bukannya untuk kepentingan awam. D
viii] Keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah adalah berlawanan dengan
Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak Perayu untuk dilayan
secara sama rata serta hak Perayu untuk tidak didiskriminasikan.
E
[10] Kami berpendapat alasan rayuan 1 hingga 5 dan 7 menjurus kepada dua
isu sahaja, iaitu:
(a) Sama ada satu menjadi keperluan ke atas ketua pendakwa syarie untuk
mengemukakan sebab/alasan pemindahan kes apabila memohon kes
dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah. F
(b) Jika ia menjadi satu keperluan, adakah responden telah memberikan
sebab/alasan yang kukuh dalam permohonannya untuk memindahkan
kes ke Mahkamah Tinggi Syariah.
G
[11] Manakala alasan rayuan ke 6 dan 8 pada pendapat kami tidak
memerlukan kami membuat keputusan kerana kerana apa-apa keputusan
kami terhadap isu utama tersebut secara automatik menjawab alasan ke 6 dan
8 perayu.
H
Isu pertama: Sama ada menjadi satu keperluan ke atas ketua pendakwa syarie
untuk mengemukakan sebab/alasan pemindahan kes apabila memohon kes
dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah
[12] Isu ini adalah berkaitan dengan tafsiran peruntukan s 101 Enakmen I
Tatacara Jenayah Syariah yang menetapkan seperti berikut:
Dalam mana-mana perbicaraan di hadapan seorang HakimMahkamah Rendah
Syariah yang dalamnya ternyata pada mana-mana peringkat prosiding itu bahawa
kerana apa-apa sebab maka kes itu ialah suatu kes yang, pada pendapat Hakim itu,
JOBNAME: No Job Name PAGE: 6 SESS: 1 OUTPUT: Fri Dec 5 15:15:46 2014
Mohd Asri bin Zainal Abidin v Ketua Pendakwa Syarie
[2014] 4 ShLR Selangor (Ibrahim Lembut ShC CJ) 93
A patut dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, atau jika sebelum atau semasa
perbicaraan itu permohonan dibuat oleh Ketua Pendakwa Syarie, maka Hakim itu
hendaklah menggantung prosiding itu dan memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi
Syariah dan hendaklah merekodkan perintah itu pada rekod prosiding itu.
B [13] Dalam kes Semakan di Mahkamah Tinggi Syariah isu pentafsiran ini
telah ditimbulkan. YA hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan
isu tersebut sebagaimana berikut (rekod rayuan ms 197):
Saya berpendapat perkataan ‘hendaklah’ perlu ditafsirkan dengan makna mandatori
dan tidak memerlukan apa-apa alas an bagi permohonan permindahan kes yang
C dibuat oleh Ketua Pendakwa Syarie. Iaitu Hakim hendaklah mengantung dan
memindahkan kes itu. Saya berpendapat perlunya apa-apa sebab untuk
memindahkan kes adalah diperlukan apabila pindahan dibuat dalam keadaan yang
pertama iatu atas kehendak Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
D
[14] Secara ringkasnya perayu berhujah bahawa YA hakim Mahkamah
Tinggi Syariah terkhilaf dalam pentafsiran tersebut kerana dengan pentafsiran
tersebut telah membataskan kuasa hakim yang diperuntukkan di bawah
s 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan s 7(a) Enakmen Tatacara
Jenayah Syariah yang juga boleh ditafsirkan sebagai peruntukan mandatori
E sebagaimana berikut:
Seksyen 62(2) EPAIS: Mahkamah Rendah Syariah hendaklah —
(a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang
dilakukan oleh seseorang Islam.
F
Seksyen 7 ETJS: Tertakluk kepada Enakmen ini, tiap-tiap Hakim hendaklah
mengambil perhatian dan mempunyai kuasa untuk —
(a) Mendengar, membicarakan, memutuskan dan membereskan
pendakwaan bagi kesalahan yang dilakukan keseluruhannya atau
G sebahagiannya di dalam bidang kuasa tempatan hakim itu dan yang boleh
diambil perhatian oleh Hakim itu.
[15] Perayu selanjutnya berhujah bahawa berdasarkan kedua-dua
peruntukan tersebut yang menggunakan ayat hendaklah, maka ia bererti
H mandatori bagi hakim Mahkamah Rendah Syariah untuk membicarakan
mana-mana kesalahan di bawah bidang kuasa tempatannya. Seksyen 101
Enakmen Tatacara Jenayah merupakan pengecualian yang mana perayu
berhujah alasan pemindahan perlu diberikan oleh ketua pendakwa syarie. Jika
tidak, maka ia berlawanan dengan peruntukan s 62(2) EPAIS dan s 7(a) ETJS
I tersebut dan menjadikan Mahkamah Rendah Syariah sebagai rubber stamp
kepada keputusan pendakwa syarie untuk memindahkan kes.
[16] Manakala pihak responden pula berhujah sama seperti alasan
penghakiman YA hakim Mahkamah Tinggi Syariah berhubung isu pentafsiran
JOBNAME: No Job Name PAGE: 7 SESS: 1 OUTPUT: Fri Dec 5 15:15:46 2014
94 Shariah Law Reports [2014] 4 ShLR
s 101, iaitu pihak ketua pendakwa syarie tidak perlu memberikan alasan dalam A
permohonan pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi Syariah. Mandatori bagi
Mahkamah Rendah Syariah memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Syariah
apabila ia dimohon oleh ketua pendakwa syarie.
[17] Dalam memutuskan isu ini, kami berpendapat semua peruntukan B
harus diambil kira dan diberi penilaian dan pentafsiran yang sewajarnya. Tidak
tepat untuk mentafsirkan sama ada perlu atau tidak ketua pendakwa syarie
memberikan sebab kepada permohonan pemindahan kes ke Mahkamah
Tinggi Syariah hanya semata-mata merujuk s 101 ETJS sahaja tanpa
C
mengambil kira peruntukan lain. Dengan kata lain peruntukan s 101 ETJS
tidak boleh dibaca secara sendirian dan ia perlu dibuat rujukan silang
(cross-reference) untuk memahami maksud s 101 tersebut.
[18] Kami berpendapat prinsip umumnya setiap kes jenayah hendaklah D
dibicarakan di dalam bidang kuasa tempatan hakim di mana sesuatu kesalahan
dikatakan telah dilakukan. Kuasa kehakiman untuk Mahkamah Rendah
Syariah membicarakan kes jenayah yang berlaku di dalam bidang kuasa
tempatan diberikan oleh s 7(a) ETJS. Seksyen tersebut memperuntukkan
seperti berikut: E
s 7 Tertakluk kepada Enakmen ini, tiap-tiap Hakim hendaklah mengambil perhatian
dan mempunyai kuasa untuk —
(a) Mendengar, membicarakan, memutuskan dan membereskan
pendakwaan bagi kesalahan yang dilakukan keseluruhannya atau F
sebahagiannya di dalam bidang kuasa tempatan hakim itu dan yang boleh
diambil perhatian oleh Hakim itu.
[19] Sama juga dengan peruntukan s 67 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
yang menetapkan seperti yang berikut: G
67 Tiap-tiap kesalahan hendaklah pada lazimnya dibicarakan oleh Mahkamah yang
di dalam had bidang kuasa tempatannya kesalahan itu telah dilakukan.
[20] Berdasarkan kedua-dua peruntukan ini dan secara khususnya s 67 ETJS H
ini, ia bukan sahaja menentukan bidang kuasa hakim untuk membicarakan kes
jenayah yang berlaku di dalam wilayahnya, bahkan memberi hak kepada
tertuduh untuk dibicarakan di tempat kesalahan yang dilakukan.
[21] Ini adalah prinsip asas dalam penentuan bidang kuasa tempat I
perbicaraan dan ia menepati prinsip penentuan bidang kuasa tempatan
seseorang hakim yang dibincangkan oleh fuqaha’. Umpamanya Imam
al-Mawardi dalam Al-Ahkam al-Sulthaniyyah ms 72–73 menyatakan seperti
berikut:
JOBNAME: No Job Name PAGE: 8 SESS: 1 OUTPUT: Fri Dec 5 15:15:46 2014
Mohd Asri bin Zainal Abidin v Ketua Pendakwa Syarie
[2014] 4 ShLR Selangor (Ibrahim Lembut ShC CJ) 95
A Terjemahan: Dan sekiranya seseorang qadhi dilantik bagi seluruh negeri (tetapi)
dibataskan memutuskan pertikaian dalam salah satu daerah atau dalam suatu
tempat di negeri berkenaan atau di salah satu rumah dari rumah-rumah negeri
berkenaan, maka harus baginya memutuskan pertikaian bagi setiap tempat dalam
negeri berkenaan kerana tidak mungkin dibataskan kuasanya pada sesuatu tempat
B sedangkan perlantikannya umum bagi seluruh negeri.
[22] Oleh yang demikian, kedua-dua seksyen ini hendaklah diambil kira dan
diberi perhatian dalam membuat pentafsiran sama ada ketua pendakwa syarie
perlu memberikan sebab kepada permohonannya untuk memindahkan kes ke
C Mahkamah Tinggi Syariah. Seksyen 101 ini tidak boleh dibaca secara
bersendirian. Ia perlu dibaca bersama dengan s 7(a) ETJS dan s 67 ETJS
tersebut supaya apa-apa tafsiran yang dibuat menepati roh dan semangat
undang-undang dan prinsip yang terdapat di dalam hukum syarak.
D
[23] Kami berpendapat apabila tempat perbicaraan telah ditetapkan oleh
Enakmen Pentadbiran Agama Islam, iaitu di mahkamah yang berbidang kuasa
yang dalamnya kesalahan telah dilakukan, maka ketua pendakwa syarie tidak
mempunyai hak untuk membicarakannya di mahkamah lain. Seksyen 101
E ETJS itu hanya merupakan suatu peruntukan pengecualian kepada prinsip
umum ini. Apabila ia merupakan kes pengecualian, maka ia hanya boleh
dibenarkan dibicarakan di tempat lain dengan bersebab. Tidak ada kaedah
yang membolehkan prinsip umum tidak dipakai melainkan ada sebab dan
alasan. Jika ditafsirkan s 101 bahawa ketua pendakwa syarie tidak perlu
F memberikan sebab untuk pemindahan, maka ia bermaksud ketua pendakwa
syarie mempunyai kuasa untuk menentukan tempat perbicaraan sesuatu
kesalahan. Tafsiran ini ternyata menyalahi peruntukan s 7(a) ETJS dan s 67
ETJS yang menetapkan tempat perbicaraan adalah mengikut bidang kuasa
tempatan mahkamah dan berlawanan juga dengan kaedah pengecualian
G pemakaian kepada sesuatu prinsip umum yang mesti beralasan.
[24] Jika diperhalusi peruntukan s 101 ETJS yang menetapkan mahkamah
rendah hendaklah memindahkan sesuatu kes jenayah ke Mahkamah Tinggi
Syariah apabila di pohon oleh ketua pendakwa syarie, maka dapat disimpulkan
H bahawa ketua pendakwa syarie tidak ada kuasa untuk menentukan tempat
perbicaraan. Sebaliknya ketua pendakwa syarie perlu membuat permohonan
pemindahan kepada hakim mahkamah rendah yang berbidang kuasa jika
beliau berhasrat untuk memindahkan kes. Adakah munasabah hakim
berkenaan bersetuju untuk mengenepikan kuasanya hanya semata-mata atas
I permohonan tersebut tanpa apa-apa sebab diberikan oleh ketua pendakwa
syarie. Jawapannya adalah ia tidak munasabah dan tidak menepati roh dan
semangat undang-undang.
[25] Pihak responden berhujah bahawa peruntukan s 101 ETJS sama seperti
JOBNAME: No Job Name PAGE: 9 SESS: 1 OUTPUT: Fri Dec 5 15:15:46 2014
96 Shariah Law Reports [2014] 4 ShLR
peruntukan s 177 Kanun Tatacara Jenayah mahkamah sivil di mana beliau A
merujuk kepada suatu keputusan Mahkamah Sivil dalam kes Raja Petra bin
Raja Kamaruddin v Pendakwa Raya [2009] MLJU 194 (kes tidak dilaporkan)
yang mana Pesuruhjaya Kehakiman Hj Zainal Azman bin Ab Aziz
memberikan pendapatnya mengenai peruntukan s 177 sebagaimana berikut:
B
Walaupun peruntukan tidak menggariskan keadaan/prasyarat yang membolehkan
pihak pendakwa memohon sesuatu kes itu dipindahkan ke ‘higher court’ tetapi
struktur ayatnya jelas bahawa bilamana permintaan dibuat oleh Pendakwa Raya,
maka Majistret itu hendaklah memberhentikan perbicaraan itu dan menukarkan
kes itu ke Mahkamah yang lebih tinggi.
C
[26] Kes Raja Petra ini juga dirujuk dan disandarkan oleh YA Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah dalam mentafsirkan s 101 ETJS sebagaimana yang
telah kami sebutkan tafsirannya terdahulu dari ini (rekod rayuan ms 196).
D
[27] Kami berpendapat tafsiran secara harfiah yang dibuat di dalam kes Raja
Petra tersebut tidak sesuai dengan prinsip dan roh semangat Enakmen Syariah
kerana s 101 sebagaimana yang kami ulas perlu dibaca bersama s 7(a) ETJS dan
s 67 ETJS.
E
[28] Oleh yang demikian, kami seterusnya berpendapat Ketua Pendakwa
Syarie perlu memberikan sebab dalam permohonannya kepada Hakim
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk memindahkan kes jenayah
No 10007–137–0108 Tahun 2009 ke Mahkamah Tinggi Syariah.
F
Isu kedua: adakah ketua pendakwa syarie telah memberikan sebab/alasan yang
kukuh untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah
[29] Isu ini berkaitan dengan alasan rayuan ke 7 perayu.
G
[30] Dalam permohonan pemindahan kes jenayah ini ke Mahkamah Tinggi
Syariah, responden telah memberikan dua sebab kepada YA Hakim
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, iaitu:
i] Bahawa kes ini melibatkan pemakaian undang-undang dan prosedur yang H
memerlukan kepada pandangan dan tafsiran yang tepat dari YA Hakim yang lebih
berpengalaman.
ii] Bahawa kes ini mendapat liputan meluas media massa seluruh Negara
melibatkan tertuduh yang mempunyai pengaruh.
I
[31] Secara ringkasnya, Hakim MRSGT telah menolak alasan yang
dikemukakan ini, kerana ia tidak mempunyai asas yang kukuh untuk
dipindahkan. Berhubung alasan yang pertama tuan hakim berpendapat kes
mengajar agama tanpa tauliah adalah kes biasa dan telah pun banyak kes-kes
JOBNAME: No Job Name PAGE: 10 SESS: 1 OUTPUT: Fri Dec 5 15:15:46 2014
Mohd Asri bin Zainal Abidin v Ketua Pendakwa Syarie
[2014] 4 ShLR Selangor (Ibrahim Lembut ShC CJ) 97
A sebegini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah. Manakala bagi alasan yang
kedua beliau mengulas bahawa dalam semua kes jenayah pendakwaan
hendaklah konsisten terhadap kes dan bukannya merujuk kepada individu
(rekod rayuan ms 33 dan 35).
B [32] Manakala YA hakim Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan alasan
permohonan pemindahan oleh ketua pendakwa syarie adalah berasas (rekod
rayuan ms 203).
C [33] Perayu berhujah bahawa YA hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf
apabila gagal mengambil kira bahawa permohonan pemindahan kes perayu
oleh ketua pendakwa syarie dari Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah
Tinggi Syariah atas sebab individu dan bukannya untuk kepentingan awam.
Ketua pendakwa syarie telah mempersoalkan kemampuan dan kebijaksanaan
D dan kredibiliti tuan hakim Mahkamah Rendah Syariah dengan permohonan
pemindahan tersebut.
[34] Manakala responden pula berhujah bahawa perayu gagal membuktikan
YA hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkhilaf dalam hal membenarkan
E permohonan pemindahan kes ini atas sebab individu di mana perkara ini tidak
wujud.
[35] Setelah kami menyemak alasan penghakiman YA hakim Mahkamah
Tinggi Syariah, kami dapati YA hakim tidak ada memberikan ulasan dan
F
komentar terhadap pendapat Tuan hakim Mahkamah Rendah Syariah bahawa
kes mengajar agama tanpa tauliah adalah kes biasa yang telah banyak
dibicarakan di Mahkamah Syariah dan bahawa perayu perlu dilayan secara adil
berdasarkan kes yang dihadapinya dan berdasarkan kedudukan individu dalam
G masyarakat. Kegagalan YA hakim membuat komentar menyebabkan pada
pendapat kami, YA hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah gagal mematahkan
hujah/alasan penolakan oleh tuan hakim Mahkamah Rendah Syariah yang
pada pendapat kami merupakan alasan yang kuat.
H [36] Akhir sekali kami simpulkan bahawa responden gagal untuk
mengemukakan alasan yang kukuh dalam permohonannya di Mahkamah
Rendah Syariah Gombak Timur untuk memindahkan Kes Jenayah No
10007–137–0108 Tahun 2009 ke Mahkamah Tinggi Syariah. Mahkamah
Tinggi Syariah terkhilaf apabila memutuskan permohonan pemindahan
I tersebut berasas.
JOBNAME: No Job Name PAGE: 11 SESS: 1 OUTPUT: Fri Dec 5 15:15:46 2014
98 Shariah Law Reports [2014] 4 ShLR
KEPUTUSAN A
[37] Setelah kami meneliti alasan rayuan, rekod-rekod rayuan dan setelah
mendengar dan meneliti hujah-hujah kedua-dua belah pihak, maka kami
sebulat suara memutuskan bahawa:
B
(a) rayuan perayu diterima;
(b) keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 28 April 2010 yang
membenarkan pemindahan Kes Jenayah No 10007–138–0108 Tahun
2009 ke Mahkamah Tinggi Syariah, diketepikan;
C
(c) keputusan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada 18
November 2009 yang menolak permohonan pemindahan kes oleh
ketua pendakwa syarie (responden) dikekal dan diperkukuhkan.
Appeal allowed. D
Reported by Afiq Mohamad Noor