Bahan Sintaksis
Bahan Sintaksis
Menurut
Tatabahasa Dewan edisi ketiga proses ini berperanan untuk mengubah aturan dan struktur ayat,
serta memperluas unsur dalam ayat, melalui pengguguran, penyusunan semula dan peluasan.
Dalam kata lain, proses transformasi ayat atau proses penerbitan ayat ialah proses mengubah ayat
asal menjadi ayat baharu, yang dilakukan dengan cara menggugurkan, menyusun semula dan
menambahkan unsur kata tertentu dalam ayat asal itu. Ayat yang mengalami proses tersebut
dikenali sebagai ayat terbitan atau ayat transformasi.
Yang terjadi dalam proses penerbitan ayat jenis ini ialah susunan dan bentuk perkataan dalam
ayat asal diubah. Semasa proses menyusun semula itu, berlaku perubahan dan pengguguran
perkataan tertentu serta penggantian dan penambahan perkataan lain. Sungguhpun demikian,
makna ayat yang terlibat tidak berubah.
___
AYAT TERBITAN...
Kita dapat membina ayat-ayat yang lebih panjang atau lebih kompleks daripada ayat dasar yang kita
namai sebagai ayat terbitan. Ayat terbitan terbentuk apabila beberapa unsur, baik unsur perkataan
mahupun unsur frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar seperti berikut;
Subjek Predikat
Ayat terbitan boleh didefinisikan sebagai ayat yang mengalami proses perubahan atau
tranformasi daripada ayat dasar.Ayat terbitan boleh terhasil dengan tiga cara iaitu penyusunan
Ayat yang mengalami penyusunan semula ialah ayat yang diubah menjadi ayat pasif,ayat yang
mempunyai dua objek iaitu objek tepat dan objek sipi dan juga ayat songsang.Dalam proses ini
ayat akan mengalami perubahan namun maksud yang ingin disampaikan masih tetap
(a) Penyusunan Semula Objek Ayat Aktif menjadi Subjek Ayat Pasif.
Proses penyusunan ayat ini terjadi apabila ayat aktif ditukar menjadi ayat pasif.Frasa Nama
yang menjadi objek dalam ayat aktif disusun semula menjadi subjek dalam ayat pasif.Contohnya
ia dipasifkan dan di susun semula maka kita dapat melihat dalam contoh ayat pasif tersebut
Dalam banyak ayat,terdapat ayat yang mempunyai satu objek namun ada juga ayat yang
mempunyai dua objek.Maka ia dipanggil sebagai objek tepat dan objek sipi.Objek tepat adalah
objek yang berada diawal dan objek sipi berada selepas objek tepat.
Dalam contoh (a) kita dapat melihat bahawa Ali merupakan objek tepat tetapi selepas dilakukan
penyusunan semula kita akan dapat melihat sebagaimana dalam contoh (b) dimana Abu pula
tersebut.Contohnya
(a) Ali telah berjaya menjadi jutawan selepas memenangi pertandingan Power Root.
predikat yang berbeza.Ali beraya yang berada didepan ayat telah bertukar menjadi di belakang
Proses Perluasan
Ayat yang mengalami perluasan ialah ayat terbitan yang mana berasal dari ayat dasar.Proses
perluasan terjadi apabila ditambah unsur lain atau unsur baharu.Dalam ilmu bahasa Melayu
Perluasan frasa nama sebagai subjek berlaku dengan proses pemancangan yang.Ia dilakukan
Dalam ayat (a) dan (b) merupakan dua ayat yang berbeza.Bagi mengabungkan ayat terbabit
maka yang telah dipancangkan kedalam ayat terbabit menjadi contoh di (c).Dalam keadaan yang
sebenar bomba tersebut perlu diulang sebanyak dua kali namun ia hanya diulang sekali sahaja
Perluasan Frasa Nama sebagai predikat dapat dilakukan dengan memancang frasa relatif yang
bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa dengan predikat yang digugurkan
Ayat (a) dan (b) merupakan ayat asal yang belum lagi mengalami proses perluasan
predikat.Dalam ayat 9c) kita dapat melihat berlakunya proses perluasan predikat apabila frasa
relatif yang telah dipancangkan kedalam ayat tersebut.Frasa nama yang sama dalam ayat tersebut
telah digugurkan.
Perluasan ayat dengan kata hubung boleh berlaku dengan menggunakan kata hubung bagi
Dalam contoh tersebut kata hubung dan telah digunakan bagi perluasan ayat tersebut.
Dalam contoh 3,kata hubung tetapi telah digunakan untuk menghubungkan ayat (a) dengan ayat
(b).
Perluasan melalui proses komplentasi bermaksud mengubah ayat menjadi satu frasa nama dan
memancangkan ayat tersebut kepada satu ayat lain sebagai ayat komplemen dan pelengkap
dan contoh (c) adalah contoh yang sudah mengalami proses komplementasi dengan adanya
perkataan bahawa.
Proses Pengguguran
Proses pengguguran boleh diertikan sebagai satu proses penerbitan ayat baharu yang terbentuk
daripada dua atau lebih ayat dasar yang mempunyai unsur yang sama pada bahagian subjek
mahupun bahagian predikat.Salah satu daripada unsur yang sama tersebut tidak akan diulang
tetapi akan digugurkan,seperti subjek yang sama,atau kata kerja yang sama mahupun objek yang
Pengguguran frasa nama sebagai subjek boleh berlaku dalam dua proses iaiatu
Dalam pembinaan ayat majmuk yang terdiri daripada dua atau lebih ayat,maka sering berlaku
dibawah
Dalam contoh diatas berlaku pengulangan subjek iaitu Ali.Oleh itu Ali telah digugurkan.
Pengguguran frasa predikat dalam hukum ilmu bahasa Melayu berlaku dalam dua bentuk iaitu
ayat majmuk.Contohnya
Dalam contoh diatas predikat suka memancing telah digugurkan salah satunya dan menjadi
sebagaimana contoh (c).Proses pengguguran seluruh predikat ini boleh berlaku dengan
menggugurkan frasa nama predikat yang serupa,menggigurkan frasa kerja predikat yang
iv) FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif
Dalam sistem ayat pasif,frasa sendi nama oleh + FN boleh digugurkan sebagaimana contoh
dibawah
Dalam contoh (a) merupakan ayat pasif yang lengkap.Selepas berlaku pengguguran objek+FN
Dalam menggabungkan ayat tunggal yang mempunyai kata bantu yang serupa,kata bantu
tersebut boleh digugur sehingga hanya tinggal satu sebagaimana contoh dibawah
Dalam contoh (c) kita dapat melihat bahawa kata bantu boleh telah digugurkan
Dalam ayat majmuk terdapat FN nama yang bertindak sebagai objek yang serupa,maka objek
Dalam contoh (c) kita akan dapat melihat secara jelas bahawa ular itu telah digugurkan.
(b)(iv) Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek Selepas Kata Kerja yang Membawa Makna
Adjektif
Frasa nama objek yang hadir selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif dalam
Dalam contoh diatas dengan pengguguran objek selepas kata kerja menjadikan kata kerja
Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif berlaku apabila frasa nama itu di
Dalam ayat diatas telah berlaku proses relativisasi dimana perkataan yang telah berada didepan
ayat.
Dalam contoh diatas dapat kita melihat bahawa diambil penerangnya sahaja
Sintaksis
Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi
ayat.
Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum
yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk
ayat.
Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan
bahagian (ii) membuat kerja rumah.
Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa
atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu
sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa
sendi nama (FS).
Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.
Rumus Pola
Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat
Ayat
mengulangkaji
Ahmad Frasa Nama Frasa Kerja FN + FN
tatabahasa
Cikgu ke sekolah Frasa Nama Frasa Sendi Nama FN + FS
Fatimah amat rajin Frasa Nama Frasa Adjektif FN + FA
seorang
Ah Chong Frasa Nama Frasa Nama FN + FN
usahawan
Frasa
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya
dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk
diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik
dan frasa eksosentrik.
Binaan Ayat
Subjek Subjek
Bah. Ayat Unsur Bah. Ayat Unsur
Ah Tian guru senaman
Tipah membeli gula
Suara ketua
serak-serak basah
pengawas itu
Munainady menoreh getah
Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina
oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa sendi nama.
Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan
satu predikat (membaca buku).
Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.
Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu
dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek
atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti
berikut:
Rumus Pola
Subjek Ayat Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat
Ayat
pengurus
Jamilah Frasa Nama Frasa Nama
sumber manusia
Bahasa adalah wadah yang terindah jika dihayati bait-bait yang lafazkan, marilah memartabatkan
bahasa Melayu
14 Mei 2009
Contoh Analisis Cerpen Dari Aspek Sintaksis
SINTAKSIS BAHASA MELAYU
BMM3110
Menghasilkan kerja Kursus Projek untuk memahami dan menganalisis unsur binaan ayat
Bahasa Melayu yang terdapat dalam sesuatu teks atau prosa yang dipilih.
1.0 Pengenalan
Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang
menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata
yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang
sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi
dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang
bererti “dengan” dan tattein yang bererti “menempatkan bersama – sama”.Oleh yang demikian,
secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata – kata secara
bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.
Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis berdasarkan fungsi
dan bidang tugasnya.Contohnya definisi yang telah dinyatakan oleh Abdullah Hassan
1980:164,sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana
morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa dan
ayat merupakan unit terbesar.
Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau
konstruksi.Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang
sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian
kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.Binaan ayat mengandungi
subjek dan predikat.
2.1. Subjek
Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan,yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.Menurut Profesor
Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk
guru dan pelajar,subjek ialah benda .Istilah lain untuk subjek ialah hal.Subjek juga dikenali
sebagai perkara yang diceritakan.
2.1.1.Binaan Subjek
Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur
seperti kata nama, kata ganti nama, kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama dan kata
adjektif yang berfungsi sebagai kata nama.Profesor Abdullah Hassan mengatakan bahawa
unsur-unsur subjek mestilah terdiri dariapda orang,benda atau perkara.Contoh dalam cerpen
Mak Timah karya Khatem Bin Ariffin,terdapat beberapa ayat yang subjeknya terdiri daripada
orang, benda dan kata kerja.Contohnya ayat pada muka surat 92 : Dia juga pandai memasak.
Subjek dalam ayat ini adalah kata ganti nama diri iaitu merujuk kepada manusia.
Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am,kata
nama khas,atau kata nama terbitan. Dalam cerpen Mak Timah terdapat banyak ayat yang
subjeknya terdiri daripada kata nama. Contohnya ialah ayat pada perenggan 2 muka surat 92 :
Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang. Subjek ayat ini adalah Mak Timah iaitu kata nama
khas hidup manusia.
Selain itu, penulis juga kerap menggunakan kata nama am sebagai subjek dalam ayat. Buktinya
pada perenggan 3 muka surat 92 : Ayah yang selalu meminta aku untuk membantu dimana
perlu. Ayah mahu aku belajar memasak. Pada perenggan 3 : Ayah pun nampak berselera juga
waktu makan masakan Mak Timah.Nenek sudah tua.Subjek ayat tersebut adalah kata nama
am hidup manusia.
Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama
am.Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan kecil,iaitu kata ganti nama tunjuk
dan kata ganti nama diri.Sehubungan itu kata ganti nama diri terdiri daripada dua jenis iaitu kata
ganti nama diri tanya iaitu perkataan yang merujuk kepada orang atau benda dalam bentuk
tanya.Ada tiga kata ganti nama diri tanya iaitu apa, siapa, dan, mana.
Penulis cerpen Mak Timah turut menggunakan kata ganti nama tanya sebagai subjek dalam
ayat. Namun hanya terdapat satu ayat sahaja iaitu pada perenggan 1 muka surat 98 : Apakah
yang mahu ayah sampaikan padaku?. Sebaliknya, penulis lebih kerap menggunakan kata ganti
nama diri orang pertama dan orang ketiga dalam binaan subjek ayat.Contoh subjek ayat yang
terdiri daripada kata ganti nama diri pertama ialah pada perenggan 1 muka surat 100 : Aku
mengangguk. Aku tersenyum.
Kehadiran kata kerja sebagai subjek dalam ayat bukanlah suatu perkara baru. Terdapat sejenis
kata kerja yang mengambil tugas kata nama.Penulis cerpen Mak Timah lebih gemar
menggunakan kata nama sebagai subjek ayat. Jelas dan nyata hanya minoriti sahaja subjek
ayat yang bukan dari golongan kata nama. Buktinya hanya terdapat satu ayat sahaja yang
subjeknya kata kerja iaitu kata kerja terbitan apitan ke-..-an. Buktinya pada perenggan terakhir
muka surat 94 : Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.
Sehubungan itu,dalam bahasa Melayu,kata adjektif juga merupakan salah satu unsur yang
dijadikan subjek dalam ayat.Terdapat sejenis kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek
sesuatu ayat.Contohnya ialah dalam cerpen Mak Timah Karya Khatem Bin Ariffin,perenggan 4
muka surat 92 : Seleraku sentiasa terbuka apabila menghadap hidangan Mak Timah. Kata
adjektif selera berada dalam struktur binaan ayat tersebut adalah sebagai subjek ayat.
Selain itu penulis juga telah menggunakan kata adjektif yang telah menerima imbuhan apitan
ke-..-an sebagai subjek ayat> Buktinya pada muka surat 95 : Kelembutan ayah mencairkan
ketegangan dalam diriku. Kemesraan ayah mengelus-ngelus keserabutan dalam jiwaku.
2.2. Predikat
Predikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
menerangkan subjek.Manakala menurut profesor Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa
Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis, predikat ialah bahagian yang mengandungi ayat yang
mengandungi cerita. Cerita itu ialah berkenaan benda,orang ataupun perkara yang disebut
dalam subjek.Predikat mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Antara fungsi predikat adalah memberitahu maklumat lanjut berkenaan benda, memberitahu
apa yang dilakukan oleh benda,memberitahu sifat-sifat benda,dan memberitahu
dimana,.kemana,mengapa,bagaimana,dengan sifat dan bila.Oleh yang demikian,predikat boleh
terdiri daripada mana-mana satu jenis daripada empat jenis frasa iaitu frasa nama,frasa
kerja,frasa sifat dan frasa sendi.
Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama seperti frasa
nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Predikat Frasa Nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi
sebagai subjek dalam sesuatu ayat.Unsur ini boleh terbina daripada kata nama am, kata nama
khas,dan kata nama terbitan.
Frasa kerja yang menjadi predikat dalam boleh terbentuk daripada beberapa unsur seperti
unsur kata kerja asal,kata kerja terbitan ,kata bantu dan unsur-unsur keterangan.Kata kerja asal
terdiri daripada dua jenis iaitu kata kerja asal tidak berimbuhan dan asal berimbuhan.Contohnya
dalam cerpen Mak Timah, penulis juga menggunakan frasa nama sebagai predikat dalam ayat.
Contoh ayat yang terdapat dalam cerpen ini adalah “Mak Timah bagaikan ibu kepadaku”.
Kata kerja asal tidak berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada satu kata dasar sahaja,
dan boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif
ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut manakala kata kerja transitif
ialah kata kerja yang memerlukan objek. Contoh kata kerja tak transitif yang tidak berimbuhan
ialah mandi,masuk,keluar,tidur,hilang,naik,dan sebagainya.Contoh kata kerja asal tidak
berimbuhan dalam cerpen Mak Timah ialah “ Pakaian idah juga aku tukar dengan baju kurung”
Kata kerja asal berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada gabungan kata dasar dan
imbuhan. Kata ini boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Contoh
kata kerja berimbuhan yang tak transitif adalah seperti menari,bernyanyi,berehat dan banyak
lagi.Contoh kata kerja asal berimbuhan sebagai predikat kata kerja dalam cerpen Mak Timah
ialah “ Aku berlari kebilikku....”
2.2.1(ii)c.Kata Kerja Terbitan
Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi
daripada golongan kata yang lain seperti kata nama atau kata adjektif. Proses pengimbuhan
akan berlaku bagi menerbitkan kata kerja terbitan. Proses ini berlaku apabila kata nama atau
kata adjektif tersebut memerlukan imbuhan me-..-kan,me-..-i atau memper-....Contoh perkataan
yang terbit daripada proses pengimbuhan ialah menyekolahkan,membuahkan,menghasilkan
dan memperluas. Kata kerja terbitan tersebut ialah kata kerja transitif dan kehadiran masing-
masing dalam ayat memerlukan objek.Setelah meneliti ayat –ayat yang digunakan oleh penulis,
didapati ada penggunaan kata kerja terbitan sebagai predikat frasa kerja.
a) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka surat
94)
b) Lagunya yang sumbang dan tidak tentu irama itu dapat juga menidurkan Afiq.
2.2.1(ii)d.Kata Bantu
Kata bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja.
Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu
ragam.Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu
perbuatan dari segi masa, sama ada belum,sedang,atau sudah dilakukan.Contoh kata bantu
aspek ialah akan,belum,pernah,sedang,masih dan banyak lagi.
Manakala kata bantu ragam ialah merupakan kata yang menyatakan atau menerangkan ragam
perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.Kata bantu jenis ini adalah seperti
hendak, mahu,harus,mesti,boleh,dan dapat. Kehadiran kata bantu ragam dalam ayat adalah
sebelum kata kerja. Sehubungan itu,kata bantu juga boleh hadir secara berderetan iaitu lebih
daripada satu dalam sesuatu ayat.Setelah meneliti setiap ayat dalam cerpen Mak Timah,
didapati sememangnya banyak penggunaan kata bantu ragam dan aspek dalam predikat frasa
kerja.Antara ayat yang mengandungi kata bantu adalah seperti yang berikut :
g) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya. (Muka surat 92 )
j) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka surat
94)
k) Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu. ( Muka surat 96)
Frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja, transitif dan tak transitif, boleh
menerima frasa keterangan. Dengan frasa keterangan dimaksudkan unsur-unsur yang
menerangkan kata kerja itu lebih lanjut lagi. Frasa keterangan terbentuk daripada frasa sendi
nama seperti dengan cepat,di kilang,pada pukul dan sebagainya.Penulis cerpen Mak Timah
juga banyak menggunakan unsur-unsur keterangan dalam ayat yang predikatnya adalah frasa
kerja.Antara ayat tersebut adalah seperti berikut ;
d) Mak Timah sudah pulang ke rumahnya setelah menyediakan makan malam untuk kami
( Muka surat 96 )
e) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung ( Muka surat 96 )
Frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa predikat terdiri daripada kata adjektif ,iaitu kata
adjektif selapis atau kata adjektif ganda.Bagi penggunaan kata adjektif selapis, boleh didahului
oleh kata penguat seperti amat,sangat,sungguh dan sebagainya. Ada juga kata penguat yang
boleh hadir sesudah kata adjektif seperti sungguh, sekali, betul dan benar.Selain itu,kata
adjektif juga boleh hadir bersama-sama kata bandingan seperti lebih dan paling dan juga boleh
disertai imbuhan ter- yang membawa maksud “paling”. Berdasarkan analisis yang telah
dibuat,terdapat banyak penggunaan frasa adjektif sebagai predikat dalam ayat. Antaranya
adalah seperti ayat yang berikut :
a) Orangnya berwajah manis,lemah lembut dan berusia disekitar tiga puluh lima tahun. ( Muka
surat 92)
Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh
frasa nama.Kata sendi nama adalah seperti
di,ke,dari,daripada,kepada,untuk,pada,dengan,oleh,dan sebagainya.Berikut adalah contoh ayat
yang predikatnya terdiri daripada frasa sendi nama.
Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai
unsur intinya.Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan
penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya,atau sebelum dan sesudah frasa
nama.Ada pendapat yang yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh juga
menjadi pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur
nama.
Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan
perkataan.Jika dibentuk oleh sederetan perkataan,maka terdapat dua jenis hubungan antara
perkataan-perkataan itu.Jenis pertama ialah yang terdiri daripada satu perkataan yang
menrupakan inti bagi seluruh frasa nama itu. ,sementara perkataan atau perkataan-perkataan
yang lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya.
Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur di dalamnya.Inti ialah unsur yang
diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna,sementara penerang
merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.
Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti+penerang boleh
terbentuk daripada dua jenis hubungan iaitu inti + penerang nama dan inti + penerang bukan
nama.
Dalam cerpen Mak Timah,bagi binaan frasa nama inti + penerang nama terdapat beberapa
binaan frasa nama iaitu seperti didalam jadual dibawah:
Frasa Nama
baju kurung
Frasa Nama
Pakaian Idah
Susu Afiq
Bilik ku
Orang nya
Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis
kata nama. Penerang bukan nama,terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh
perkataan yang bukan daripada kelas kata nama iaitu penentu,kata kerja, kata adjektif,frasa
sendi nama dan bilangan ordinal.Dalam cerpen Mak Timah terdapat juga binaan frasa nama inti
+ penerang bukan nama.
i)Penentu Hadapan
Frasa Nama
Frasa Nama
petang itu
waktu itu
Frasa Nama
suara garau
suara langsing
Frasa Nama
Ayah di dapur
Dalam pembinaan frasa nama, terdapat peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan
konstituen-konstituennya, iaitu apa yang hadir dahlu dan apa yang kemudian. Peraturan-
peraturan ini adalah seperti peraturan D-M,kecualian hukum D-M,bilangan dan panggilan, dan
penerang.Berdasarkan penelitian terhadap cerpen Mak Timah, didapati penulis sememangnya
mengambil kira susunan konstituen frasa nama.
Susunan Konstituen Frasa Nama berdasarkan Peraturan D-M dalam Cerpen Mak Timah
Frasa Nama
Susu Afiq
Baju kurung
Dalam ayat-ayat bahasa Melayu,binaan frasa kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa kerja
yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa
nama sebagai objek untuk melengkapkannnya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata
kerja tak transitif.Jenis yang kedua ialah frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata
kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata
kerjanya.Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif.
Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri sdaripada satu jenis kata
kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.Kata kerja tak transitif ialah sejenis
kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkannya.Binaan Frasa Kerja yang terdapat didalam cerpen Mak Timah adalah seperti
berikut :
Ayat
Subjek Predikat
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Kata Nama
Ayat
Subjek Predikat
Ayat
Subjek Predikat
Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja
transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuiti kata kerja itu sebagai objek atau
penyambutnya.
Ayat
Subjek Predikat
Ayat
Subjek Predikat
Unsur kata bantu dibentuk oleh kata bantu yang boleh disertai oleh kata penguat.Kata bantu
menerangkan kata kerja dari dua sudut makna iaitu mengikut makna yang didukung oleh
kedua-dua jenis kata bantu tersebut iaitu kata bantu aspek yang menerangkan aspek waktu
bagi kerja, manakala kata bantu ragam pula menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.
a) Kehadiran Kata Bantu Aspek sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah.
Ayat
Subjek Predikat
iii. Aku tak mahu kata –kata yang terkeluar dari mulutku berbaur emosi.
Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif,boleh menerima ayat komplemen. Apabila
ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Dalam ayat ini kata hubung pancangan
komplemen akan digunakan iaitu “bahawa dan untuk” yang berfungsi menggabungkan dua ayat
menjadi satu ayat iaitu penerbitan ayat majmuk pancangan komplemen.
b) Aku selalu juga mencuba untuk bangun lebih awal daripada ayah
d) Nampaknya ayah kena cari orang lain untuk menggantikan Mak Timah.
v) Keterangan alat
4.6. Kesimpulan binaan frasa kerja yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah.
Secara ringkasnya, binaan frasa kerja yang terdapat didalam cerpen ini adalah binaan frasa
kerja dengan objek dan tanpa objek. Sehubungan itu juga penulis banyak mengaplikasikan kata
bantu iaiatu frasa kerja dengan kata bantu aspek dan kata bantu ragam.Selain itu, ayat yang
dibina juga telah diperluaskan dengan kata hubung pancangan komplemen dan menerbitkan
ayat majmuk yang mengandungi frasa kerja dengan ayat komplemen.Unsur-unsur keterangan
juga telah digunakan ialah meliputi keterangan waktu,tempat,alat dan bagai.
Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan
yang mengandungi kata adjektif dengan kata abntu dan penguat, sama ada di hadapan atau di
belakang.
Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif.Berikut adalah contoh daripada cerpen Mak Timah.
Kata adjektif “langsing dan garau” merupakan kata adjektif tanpa imbuhan iaitu kata adjektif
yang terdiri dariapda satu kata dasar.
Binaan jensi ini terdiri daripada dua perkataan iaitu sama ada kata adjektif dengan kata adjektif
atau kata adjektif dengan kata nama.
a) Binaan kata adjektif + kata adjektif
Binaan ini boleh terdiri daripada 3 jenis iaitu dua kata adjektif yang menekankan unsur
keserasian makna, dua kata adjektif yang maknanya berlawanan dan deretan dua kata adjektif
dengan perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi.
Contoh daripada cerpen Mak Timah seperti berikut :
• lemah lembut.
Binaan ini merupakan kata adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama terdiri
daripada kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerang.Binaan kata
adjektif jenis ini boleh terdiri daripada frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan dan
frasa adjektif yang membawa maksud kiasan. Binaan jenis ini juga tidak terdapat di dalam
cerpen Mak Timah. Sebaliknya penulis banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja.
Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya sepatah kata adjektif dan boleh juga teridiri daripada
kata adjektif yang disertai penguatnya.Berikut adalah hasil analisis daripada cerpen Mak Timah
a) Penguat hadapan
Kata penguat yang hadir sebelum kata adjektif dan berada selepas kata nama atau kata
bantu.Contoh ayat ialah “Pampersnya sudah terlalu berat”.
AYAT
Subjek Predikat
AYAT
Subjek Predikat
Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis kedudukan frasa adjektif iaitu selepas subjek sebagai
predikat, selepas frasa kerja sebagai keterangan dan selepas frasa nama sebagai penerang.
Dalam jadual dibawah adalah hasil analisis susunan frasa adjektif dalam ayat bagi cerpen Mak
Timah.
Ayat
Subjek Predikat
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama
2) Barang kemas
5.6 Kesimpulan Binaan Frasa Adjektif yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah
Secara ringkasnya, penulis lebih banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja.
Manakala jika dilihat hasil analisis dari aspek susunan frasa adjektif dalam ayat, ketiga-tiga
susunan tersebut terdapat dalam cerepn ini.Kesimpulannya frasa adjektif sebagai predikat ialah
satu binaan yang boleh diperluaskan dengan menambah beberapa unsur seperti dalam rajah
yang berikut:
Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan
satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.Kata sendi nama ialah
bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama.Berikut adalah contoh frasa
sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah.
Ayat
Subjek Predikat
Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya dihadapan suatu
frasa nama.Binaan jenis ini terdapat di dalam cerpen Mak Timah. Hasil analisis adalah seperti
di dalam jadual dibawah:
dari sekolah
ke rumahnya
dari mulutku
ke dapur
di bandar
di pusat rekreasi
Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa
nama yang didahului satu unsur kata nama arah.Dalam masa yang sama,frasa sendi nama
boleh juga wujud tanpa nama arah.
Frasa Nama
di - rumah
di - bilik
di atas tilam
Walau bagaimanapun,bilangan binaan jenis ini sedikit di dalam cerpen Mak Timah.
iii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+Frasa Nama + Keterangan.
Binaan jenis ini terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama
itu diikuti keterangan.Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir secara pilihan.
Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang
mempunyai susunan yang biasa.
Contoh ayat:
• Ayah di dapur
• Ayah ke dapur
Ayat
Subjek Predikat
Ayah di dapur
Ayah ke dapur
Secara ringkasnya, binaan frasa sendi nama yang terdapat di dalam cerpen ini majoritinya
penulis kerap menggunakan binaan Kata Sendi Nama + Frasa Nama.Manakala binaan yang
lain adalah jarang sekali digunakan.Manakala dari aspek kedudukan frasa sendi nama dalam
ayat pula,penulis kerap menggunakan frasa sendi nama sebagai predikat dan frasa sendi nama
sebagai keterangan frasa kerja.
7.0 Rumusan
Berdasarkan hasil analisis cerpen Mak Timah, sememangnya struktur ayat terdiri daripada asas
iaitu mengandungi subjek dan predikat. Sesebuah ayat boelh di bina dengan menggaplikasikan
frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.Namun demikian setiap frasa ini
mempunyai binaannya dan konstituennya yang tersendiri. Kesimpulannya sesuatu ayat boleh di
perluaskan dengan unsur frasa –frasa yang boleh di ubah peranannya dalam ayat seperti
menjadi unsur pelengkap dan keterangan dengan menggunakan kata hubung pancangan
komplemen atau frasa sendi nama bagi menerbitkan ayat majmuk komplemen.
Proses membentuk ayat pasif diri pertama dan kedua adalah sama dan terdiri daripada dua langkah
iaitu objek dipindahkan pada awal atau pangkal ayat, dan yang kedua ialah menggugurkan awalan meN.
Sebagai contoh, Saya menghantar surat itu semalam (ayat aktif)
akan menjadi; Surat itu saya hantar semalam.
a. Kesalahan yang biasa berlaku ialah apabila pengguna bahasa menggunakan aturan ayat pasif bahasa
Inggeris apabila mereka menukarkan ayat aktif tadi kepada ayat pasif yang bersifat keinggerisan.
Misalnya:
Surat itu telah dihantar oleh saya semalam.
Borang itu mesti diisikan oleh anda dahulu.
Sebenarnya, aturan di atas ini juga merupakan aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga, umpamanya,
ayat-ayat yang berikut adalah betul:
Surat itu telah dihantar oleh Ali semalam.
Borang itu mesti diisikan oleh pemohon dahulu.
Oleh itu, kesalahan ini juga boleh dianggap sebagai "kesalahan menggunakan aturan ayat pasif untuk
pelaku ketiga".
c. Kesalahan menyisipkan kata lain antara pelaku dengan kata kerja pasif
Frasa subjek dan kata kerja pasif merupakan satu ikatan yang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, jika
anda menggunakan kata bantu atau kata nafi, kata itu tidak boleh disisipkan antara pelaku dengan kata
kerja pasif.
Selain daripada digunakan dalam ayat aktif, awalan "ber" kadang-kadang juga digunakan dalam ayat
pasif selepas "belum" dan "sudah" sebagai ganti untuk awalan "di":
Penggunaan "ber" : Seluar saya belum berjahit.
Penggunaan "di" : Seluar saya belum dijahit.
Surat itu sudah bertaip.
Surat itu sudah ditaip.
Walau bagaimanapun, kedua-dua awalan membawa konotasi yang berlainan. Awalan "di" membawa
tanggapan bahawa kata kerja pasif itu dihubungkan dengan pelaku ketiga, sedangkan awalan "ber"
tidak ada penekanan pelaku sama sekali. Ini disebabkan oleh imbuhan pasif "di" sering diikuti oleh
"oleh", umpamanya "Seluar saya belum dijahit oleh seseorang". Bagaimanapun, penggunaan "ber" dalam
bentuk ini juga membayangkan kekayaan gaya bahasa Melayu yang menyebabkan bahasa ini hidup dan
menarik.
Awalan "ter" dalam ayat pasif biasanya berkaitan dengan keupayaan dan tanda selesainya sesuatu
perbuatan atau perbuatan yang sedia berlaku.
Menunjukkan keupayaan : Batu yang besar itu terangkat olehku.
Menunjukkan perbuatan yang siap : Kedai itu tertutup sejak tadi.
Projek yang rumit itu terlaksana juga oleh usahawan baru. (keupayaan)
Buku ini terkarang oleh Awang Sariyan. (perbuatan yang siap)
Cita-cita ibu yang besar itu tertunai juga olehnya.
Perabot di ruang tamu itu tersusun.
Dalam penggunaan bahasa sekarang, bentuk ayat pasif sedemikian untuk menunjukkan keupayaan amat
kurang, tetapi masih sah.
5. ayat pasif ke…an
Ayat pasif yang menggunakan imbuhan "ke-an" sebagai ganti untuk "mengalami keadaan" ialah ungkapan
yang tetap bentuknya dan tidak dapat diubah-ubah lagi. Walau bagaimanapun, dengan berdasarkan
pola yang sedia ada itu, banyak lagi ayat pasif "ke-an" dapat dibentukkan.
Penggunaan bentuk pasif "ke-an" : Kerana lewat bangun, saya ketinggalan bas.
Maksud : Kerana lewat bangun, saya mengalami keadaan "ditinggalkan bas".
Jiran saya kecurian malam tadi membawa maksud jiran saya mengalami keadaan "hartanya dicuri
orang".
Orang itu baru kematian suami. Maksud: Orang itu mengalami keadaan "suaminya mati".
Ayat pasif yang menggunakan kata "kena" sebagai ganti untuk awalan "di" lebih banyak digunakan oleh
orang dalam pertuturan. Walau bagaimanapun, bentuk pasif ini boleh juga digunakan untuk gaya
bahasa sebagai pilihan lain.
Penggunaan "kena" : Pemandu itu kena saman.
Penggunaan "di" : Pemandu itu disaman.