0% found this document useful (0 votes)
257 views11 pages

KK BM

hhehe

Uploaded by

alyster
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
257 views11 pages

KK BM

hhehe

Uploaded by

alyster
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 11

1.

0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang dan Definisi Konsep


Filem Kongsi “Lu Langsi Lu Mati” merupakan sebuah filem komedi
yang memaparkan pelbagai bangsa dan jenis latar Masyarakat. Dalam filem
ini, istilah "langsi" berasal daripada dialek Kantonis yang bermaksud sombong
atau angkuh, sementara "lu" dalam dialek Hokkien bermaksud "kau" atau
"awak." Ungkapan "lu langsi lu mati" membawa mesej yang jelas: sikap
angkuh dan suka menunjuk-nunjuk boleh membawa akibat buruk, bahkan
kematian. Frasa ini terkenal dalam kalangan anak muda sebagai simbol
ketegasan terhadap sikap sombong.Filem ini juga menggunakan pelbagai jenis
variasi Bahasa seperti Bahasa Baku, Bahasa Basahan , Bahasa Kasar dan
Bahasa Pasar. Bahasa yang kerap digunakan adalah Bahasa pasar kerana
interaksi antara kaum yang berbeza-beza.

Variasi Bahasa bermaksud jenis gaya penggunaan Bahasa dalam


keadaan khas menurut taraf penutur dan pendengar yang terlibat (Ensiklopedia
Sejarah dan Kebudayaan Melayu). Variasi Bahasa merujuk bentuk-bentuk
Bahasa yang berlainan yang terdapat dalam sesuatu Bahasa. Bentuk yang
berbeza itu digunakan mengikut situasi. Faktor yang berperanan menghasilkan
kelainan Bahasa ialah faktor geografi atau Kawasan, faktor sosial yang berkait
dengan Kumpulan penutur dan faktor konekstual iaitu yang berkaitan dengan
hubungan antara penutur dalam sesuatu konteks. Variasi Bahasa lazimnya
diihat dari dua aspek iaitu pengguna dan penggunaan.

Bahasa pasar adalah Bahasa campuran atau Bahasa kacukan antara


Bahasa melayu dengan Bahasa lain yang digunakan dalam percakapan antara
orang melayu dengan orang daripada bangsa lain. Bahasa pasar wujud dalam
kalangan orang melayu kerana sifat orang Melayu zaman-berzaman yang
sedia menyesuaikan diri dan pertuturan dengan persekitarannya.

Variasi Bahasa ini wujud apabila orang Melayu menggunakan ayat dan
jalan bahasa orang bukan Melayu supaya mudah difahami orang bukan

1
Melayu itu yang sukar menggunakan perkataan Melayu dalam susuk Bahasa
mereka.

2.0 Objektif Kajian

2.1 Mengenal pasti penggunaan Bahasa pasar dan menyenaraikan penggunaan


Bahasa pasar dalam filem Kongsi “Lu Langsi Lu Mati”.

2.2 Menganalisis penggunaan Bahasa pasar dalam filem Kongsi “Lu langsi Lu
Mati”

2.3 Membandingkan penggunaan Bahasa pasar dengan Bahasa baku dalam filem
Kongsi “Lu Langsi Lu Mati”

2
3.0 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini adalah untuk menambah dokumentasi tentang penggunaan


bahasa pasar. Melalui kajian ini, pengkaji akan menjadikan hasil kajian ini sebagai
bahan rujukan kepada pelajar dan pengkaji yang lain. Melalui usaha ini juga, pengkaji
dapat memahami hubungan antara bahasa dan masyarakat. Ia menunjukkan
bagaimana bahasa digunakan dalam konteks sosial tertentu, termasuk penggunaan
dialek, slanga, dan ungkapan yang mencerminkan budaya masyarakat.

Selain itu, kajian ini turut dapat membantu untuk menganalisis pengaruh
budaya terhadap bahasa yang digunakan dalam filem. Ini termasuk bagaimana elemen
budaya tempatan diintegrasikan ke dalam dialog dan naratif. Kajian ini dipercayai
akan dapat difahami dari aspek sosiolinguistik, meningkatkan keaslian karakter, dan
menyampaikan pesan yang berkesan. Ia juga memberi impak besar terhadap cara
filem dipasarkan dan diterima oleh masyarakat.

Melalui kajian ini, kita dapat menghargai kekayaan bahasa dan budaya
yang terdapat dalam industri perfileman.

4.0 Skop Kajian

Kajian ini berfokus kepada variasi bahasa iaitu Bahasa pasar yang terkandung
dalam Filem Kongsi “Lu Langsi Lu Mati”. Pengkaji akan menyenaraikan dan
menganalisiskan Bahasa pasar yang digunakan dalam filem tersebut. Bagi
melaksanakan tugasan ini, pengkaji akan membezakan penggunaan Bahasa pasar
dengan Bahasa melayu moden bagi mendapati penterjemahan yang sesuai untuk
digunakan bagi Bahasa melayu baku. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
kesalahan struktur bahasa, seperti penggunaan "Lu langsi, lu mati" yang tidak
mengikut tatabahasa standard, serta kosa kata seperti "langsi" dan "mati" yang
digunakan dalam konteks kasar. Begitu juga dengan frasa seperti "Lu buat apa?", yang
lebih santai berbanding bahasa formal. Kesalahan-kesalahan ini mencerminkan gaya

3
bahasa seharian golongan muda, yang menambah keaslian dan kehidupan dalam
filem.

5.0 Batasan Kajian

Batasan kajian ini tertumpu kepada penggunaan bahasa pasar dalam filem
Kongsi: Lu Langsi Lu Mati, dengan fokus pada variasi bahasa yang digunakan oleh
watak-watak utama dan sampingan, tanpa melibatkan analisis bahasa formal atau
bahasa standard. Kajian ini akan mengkaji bagaimana bahasa pasar mencerminkan
latar belakang sosial dan personaliti watak, serta menggambarkan realiti kehidupan
golongan muda di bandar besar Malaysia. Selain itu, kajian ini terhad kepada
penggunaan bahasa pasar sepanjang filem, tanpa mengkaji perubahan bahasa dalam
adegan tertentu atau di luar konteks filem seperti dalam promosi atau sambutan acara.
Kajian juga akan menumpukan pada kesalahan struktur bahasa dan kosa kata yang
digunakan dalam bahasa pasar, seperti istilah kasar atau tidak gramatis, tanpa menilai
kesalahan tersebut dari perspektif linguistik yang lebih luas. Dengan batasan-batasan
ini, kajian ini bertujuan untuk memahami bagaimana variasi bahasa pasar digunakan
dalam filem untuk menggambarkan watak, suasana, dan realiti sosial dalam Kongsi:
Lu Langsi Lu Mati.

4
6.0 Kaedah Kajian

Dalam bahagian ini, kaedah pemerolehan data dan kaedah penganalisisan data tentang
ragam Bahasa yang diperoleh dari filem Kongsi (2011) yang diterbitkan oleh syarikat
produksi Malaysia, Apparat.

6.1 Pemerolehan Data

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan beberapa kaedah untuk memperoleh


data dan antara kaedahnya ialah kaedah kepustakaan dan kaedah analisis
kandungan filem.

a) Kaedah kepustakaan
Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan untuk mencari bahan atau
sumber tentang konsep dan definisi ragam Bahasa. Kaedah ini digunakan
dengan cara merujuk buku-buku daripada perpustakaan SMK ST JOSEPH.
Pengkaji juga menggunakan kaedah internet bagi mencari serba sedikit
maklumat yang berkaitan Bahasa Pasar. Pengkaji juhga menggunakan
beberapa buku Dewan Bahasa dan Pustaka.

6.2 Penganalisisan Data

Sumber data kajian ini ialah Kongsi yang diterbitkan oleh Apparat. Bahasa
Pasar yang dijadikan asak kajian ini dikenal pasti dan dikaji penggunaannya
oleh pengkaji.Kajian ini bermula dengan kerja pengumpulan maklumat
dengan menyenaraikan Bahasa pasar yang terdapat dalam filem tersebyut dan
dimasukkan ke dalam jadual.

5
7.0 Dapatan Kajian

7.1 Pengenalan

Filem Kongsi (2011) merupakan sebuah karya sinematik yang


menggabungkan elemen komedi, drama, dan aksi, yang diterbitkan oleh
syarikat produksi Malaysia, Apparat. Filem ini mengisahkan tentang
persahabatan yang terjalin antara dua individu yang mempunyai latar belakang
berbeza, namun terpaksa bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama.
Dengan tema utama mengenai nilai persahabatan, kepercayaan, dan
pengorbanan. Penggunaan bahasa pasar dalam filem “Kongsi” memainkan
peranan penting dalam membentuk identiti watak dan menggambarkan latar
sosial yang lebih realistik, terutamanya dalam konteks masyarakat Malaysia
yang pelbagai budaya. Bahasa pasar, yang menggabungkan elemen bahasa
Melayu, Cina, Tamil, dan dialek tempatan, digunakan oleh watak-watak utama
untuk menunjukkan keakraban, kemesraan, serta kekasaran dan ketegasan
dalam komunikasi.

7.2 Senarai penggunaan Bahasa pasar dalam filem Kongsi “Lu Langsi Lu Mati”

Bil Dialog / Kosa Kata Minit


.
1. You memandang I begini seriyes haa! 8.15

2. Bagai ada sesuatu yang bermain difikiran.”serebede” ( bercakap 8.30


dalam bahasa Tamil)
3. Kongsilah dengan I, Bobby. 9.00

4. Kalau wa kata talak untung, lu kata wa tipu 12.38

5. Dey! Boleh la carik makan 12.27

6. Jimmy, kedai lu banyak besarkan 12.35

7. Ha, makanan sudah sampai. Mali makan. 14.00

8. Macha, tak mau macha 20.13

9. Tolong, macha. Saya ada bini, ada anak anak macha 21.05

10. Macha tolong macha 21.30

6
7.3 Analisis penggunaan Bahasa pasar dalam filem Kongsi “Lu Langsi Lu Mati”

Bil. Dialog Ciri

1 Itu cerita sudah lama tau dari Aspek tatabahasa diabaikan seperti hukum
Facebook DM dan penjodoh bilangan.

2 Macha tolong macha Perbendaharaan kata termasuk kata ganti


nama banyak dipengaruhi oleh Bahasa
ibunda masing-masing.

3 Kalau wa kata talak untung, lu kata wa Penyebutan perkataan dipengaruhi oleh


tipu pelat Bahasa ibunda penutur.

4 Banyak maaf…banyak maaf haa.. Menjadikan perkataan banyak sebagai


kata penguat.

5 Macha, tak mau macha Bahasa Pasar yang menggunakan


singkatan dalam perkataan.

6 Itu olang sikit otak tanam haa.. Bahasa pasar yang mempunyai kosa kata
yang tidak baku.

7
7.4 Membandingkan penggunaan Bahasa pasar dengan Bahasa baku dalam filem
Kongsi “Lu Langsi Lu Mati”.

Bil Bahasa Pasar Bahasa Melayu Moden


.

1. You memandang i begini seriyes haa? Kenapa awak melihat saya dengan serius!

2. Bagai ada sesuatu yang bermain Seperti ada yang bermain difikiran awak
difikiran. “serebede” (bercakap dalam kawan.
Bahasa Tamil)

3. Kongsilah dengan i , Boboy. Kongsilah dengan saya, Boboy.

4. Kalau wa kata talak untung, lu kata wa Kalau saya cakap tidak ada untung, awak
tipu. cakap saya tipu

5. Dey! Boleh la carik makan Awak! Pergi cari makanan

6. Jimmy, kedai lu banyak besarkan Jimmy, kedai awak sangat besarkan

7. Ha, makan sudah sampai . Mali makan Mari makan, makanan sudah sampai

8. Macha, tak mau macha Adik ipar, tak mahu adik ipar

9. Tolong, macha. Saya ada bini , ada anak Tolong adik ipar. Saya ada bini, anak mak,
macha . adik ipar .

10. Macha tolong macha Adik ipar, tolong adik ipar

8
8.0 Rumusan

Pengkaji telah berhasil mencapai 3 objektif yang telah dijalankan iaitu mengenalpasti
penggunaan Bahasa pasar dan menyenaraikan penggunaan Bahasa pasar dalam filem Kongsi
“Lu Langsi Lu Mati”, menganalisis penggunaan Bahasa pasar dalam filem Kongsi “Lu langsi
Lu Mati”dan membandingkan penggunaan Bahasa pasar dengan Bahasa melayu moden
dalam filem Kongsi “Lu Langsi Lu Mati”.

Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa pasar yang terdapat dalam filem kongsi ini
dipengaruhi oleh pergaulan masyarakat berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India.
Bahasa pasar di dalam filem kongsi ini juga mewujudkan masalah pertuturan diantara
kumpulan penutur dari segi tatabahasa seperti mengabaikan hukum DM, kesalahan
pengunaan kata ganti nama diri dan kata penguat.

9.0 Penutup

Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya menghuraikan penggunaan bahasa pasar


dalam masyarakat tempatan serta impaknya terhadap komunikasi harian. Berdasarkan analisis
yang telah dijalankan, dapat disimpulkan bahawa bahasa pasar memainkan peranan penting
dalam memudahkan interaksi sosial. Walau bagaimanapun, penggunaannya perlu
diseimbangkan dengan bahasa rasmi supaya keindahan dan ketepatan bahasa Melayu tidak
terjejas. Hal ini juga penggunaan Bahasa pasar semakin meluas dalam kalangan remaja di
Malaysia dan harapan bahawa kajian yang dijalankan ini dapat memberi pegetahuan dengan
lebih mendalam kepada masyarakat berkenaan bahasa pasar dan ciri-cirinya.

Sebagai cadangan, pengkaji mencadangkan supaya kajian lanjutan dilakukan untuk


meneliti pengaruh media sosial terhadap perkembangan bahasa pasar, khususnya dalam
kalangan generasi muda. Selain itu, program kesedaran bahasa juga boleh dianjurkan untuk
meningkatkan pemahaman masyarakat tentang kepentingan menjaga kesantunan bahasa
sambil mengekalkan fleksibiliti dalam komunikasi harian. Langkah-langkah ini diharapkan
dapat memperkayakan hasil kajian seterusnya serta memberi manfaat yang lebih besar
kepada masyarakat.

9
10.0 Biblografi

Dr.D.Khathirasan dan Sharifah Nor.S.A.Rahman (2018), Pra-U Teks STPM Bahasa Melayu
Penggal 3:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Suhaimi Mohd. Salleh (2023), Nota dan Latihan STPM Bahasa Melayu Semester 3:Penerbit
Ilmu Bakti Sdn.Bhd.

10
11.0 Lampiran

11

You might also like