0% found this document useful (0 votes)
583 views2 pages

5.1.4 Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif (KKTT) adalah kata kerja yang tidak memerlukan objek dan dibahagikan kepada dua subgolongan: tak berpelengkap dan berpelengkap. KKTT tak berpelengkap boleh berdiri sendiri, sementara KKTT berpelengkap memerlukan pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Contoh penggunaan dan peraturan berkaitan KKTT juga diberikan untuk menjelaskan penggunaannya dalam ayat.

Uploaded by

HAFIZ
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd

You are on page 1/ 2

Custom-made

notes

Bahagian : Sistem Bahasa

5.1.4 Kata Kerja Tak Transitif
Kata Kerja Tak Transitif

 Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.
 Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua subgolongan, iaitu:

Kata kerja tak transitif (KKTT)

(a) Kata kerja tak transitif tak

(b) Kata kerja tak transitif berpelengkap
berpelengkap

(a) Kata kerja tak transitif tak berpelengkap

- Kata kerja tak transitif tak berpelengkap bermaksud kata kerja yang
boleh berdiri sendiri tanpa objek. KKTT Analisis:
- Contoh ayat:
 Pokok kelapa di belakang rumah Anita tumbang. ‘tumbang’ ialah kata
- KKTT tak berpelengkap boleh diikuti oleh unsur keterangan yang kerja yang boleh
berfungsi sebagai maklumat tambahan. berdiri sendiri tanpa
- Contoh ayat: objek.
 Pokok kelapa di belakang rumah Anita tumbang ketika ribut
pada petang semalam. ‘ketika ribut pada
- Berikut ialah contoh KKTT tak berpelengkap: petang semalam’
dalam ayat ialah unsur
pulang pergi berjalan keterangan yang
bangun menangis berkibaran berfungsi sebagai
tumbang melancong tersenyum maklumat tambahan.
duduk menjerit terpegun

(b) Kata kerja tak transitif berpelengkap

- KKTT berpelengkap mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
- Pelengkap berbeza daripada objek atau penyambut.
- Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan dan unsur pelengkap ini boleh
terdiri daripada beberapa jenis, iaitu kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama.
Contohnya seperti berikut:

Kata adjektif Frasa sendi nama Kata nama

KKTT KKTT KKTT

Ibunya sudah beransur Lori balak itu membelok Adiknya menjadi doktor.
sihat. ke kiri.
pelengkap
pelengkap pelengkap

© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V)

 Berikut merupakan contoh KKTT berpelengkap:

beransur (sihat) tinggal (di bandar) menjadi (jurutera)

berbuat (baik) membelok (ke kiri) ada (rumah)
bertambah (akrab) balik (ke kampung) berbantalkan (lengan)

 Hukum dan peraturan menggunakan KKTT

 Jika selepas KKTT ada frasa nama (FN), maka mesti ada atau diikuti kata sendi
nama. Contohnya:
 Aisya sekeluarga balik kampung. (×)
 Aisya sekeluarga balik ke kampung. (√)
 Penggunaan KKTT yang berapitan ber-…-kan, tidak memerlukan kata sendi.
Contoh:
 Pemuda itu bertanyakan tentang arah ke bandar. (×)
 Pemuda itu bertanya tentang arah ke bandar. (√)
 Pemuda itu bertanyakan arah ke bandar. (√)
 KKTT yang memerlukan imbuhan awalan tidak boleh digunakan tanpa imbuhan
awalan. Contohnya:
 Akmal dan rakan-rakannya sedang lari di padang sekolah. (×)
 Akmal dan rakan-rakannya sedang berlari di padang sekolah. (√)

Contoh ayat menggunakan kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan berpelengkap.

No Kata kerja tak transitif tak berpelengkap Kata kerja tak transitif berpelengkap
Menangis beransur

1 Adik menangis teresak-esak kerana kakinya Ibu sudah beransur pulih setelah dirawat di
terpijak kaca. hospital semalam.

Berkibaran tinggal

2 Kain yang dijemur ibu tadi berkibaran ditiup Datuk kami tinggal di kampung bersama ibu
angin. saudara kami.

menjerit menjadi

3 Kakak menjerit meminta tolong apabila Kasidah bercita-cita hendak menjadi seorang
menyedari ibu tidak sedarkan diri. doktor apabila besar nanti.

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V)

You might also like