* Kata Pascafrasa
*Kata Penguat
Kata Penguat
*Kata penguat yang boleh berfungsi sebagai kata
pascafrasa ialah :
*A) Kata penguat belakang
*B) Kata penguat bebas
Kata Penguat Belakang
*Kata penguat belakang ialah perkataan yang
letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya
sekali, benar dan nian seperti dalam ayat yang
berikut :
*1) Kelakuan budak-budak itu baik sekali.
*2) Lambat benar bas itu tiba.
*3) Indah nian istana bunian.
*4) Keputusan peperiksaannya kali ini buruk betul.
Kata Penguat Bebas
*Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya atau
kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di
belakang kata adjektif. Contohnya amat, sangat dan
sungguh, sebagaimana yang terdapat dalam ayat berikut:
*1a) Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.
* b) Pakaian seragam pasukan itu kemas amat.
*2a) Dia terbeli baju yang sangat besar.
* b) Dia terbeli baju yang besar sangat.
*Kata Penegas
* Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta
ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada
bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
* Dua jenis:
(a) Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian dalam
predikat. Contoh, kah, tah dan lah
(b) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa
nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat
atau bahagiannya.. Contoh, juga, pun, jua, lagi.
JENIS PERTAMA
1(a) Siapakah majikan kamu itu?
(b) Majikan kamu itu siapakah?
2(a) Apatah daya kita?
(b) Daya kita apatah?
3(a) Orang itulah bapanya.
(b) Bapanya orang itulah.
Kedudukan kata penegas dalam ayat (b) di atas
menyalahi hukum tatabahasa, kerana bentuk
yang menerima kah, tah, dan lah mesti
dikedepankan.
Kesemua kata penegas kah, tah, dan lah ialah
bentuk pascafrasa.
JENIS KEDUA : * CONTOH AYAT
Subjek Predikat
Kami juga ingin ke pekan.
Encik Abu pun datang.
Mereka membeli juga barang itu.
Mereka ada pun di sini.
Ketua saya yang sibuk itu datang juga ke majlis
perkahwinan saya.
Rombongan pengantin lelaki belum tiga lagi.
*Kata Adverba
* Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata
adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari
segi cara,masa, dan tempat
* Kata adverba dapat hadir di hadapan danjuga
di belakang frasa.
* Cth ayat : Kami selalu memperkatakan hal ini.
* Olahragawan itu sihat sentiasa.
*Kata Adverba
* Kata adverba jati
* kata adverba yang asalnya kata adjektif.
* kata adverba yang asalnya kata kerja.
* kata adverba bentuk gandaan.
*Bentuk Kata Adverba
* Penerang kepada golongan kata yang terdiri
daripada kata kerja dan frasa kerja,kata
adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi
nama, yang tidak termaksuk ke dalam mana-
mana golongan kata lain.
* contohnya :
Semalan, kelmarin,esok,saling,nanti
contoh ayat : Pegawai itu sentiasa sahaja di sini.
*Kata adverba jati
* Berasal daripada kata adjektif yang berfungsi
sebagai penerang kepada kata kerja,kata
adjektif,atau frasa sendi nama.
* Contohnya:berjalan laju, sakit kuat, ketawa
besar
* contoh dalam ayat :
* Dia pulang apabila apabila mendengar ibunya
sakit kuat
* Kata adverba yang asalnya
kata adjektif
* Penerang kepada kata kerja,kata adjektif. atau
frasa sendi nama.
* Contohnya : terbang meninggi, hitam berkilat
* contoh dalam ayat :
* kulit tuan puteri itu putih berseri.
* kata adverba yang asalnya kata kerja.
* kata adverba bentuk penggandaan penuh
* kata adverba penggandaan separa
* kata adverba separa berawalan
* kata adverba penggandaan separa berakhiran
* kata adverba penggandaan berentak
*kata adverba bentuk
gandaan
* Perkataan yang terhasil daripada proses
menggandakan seluruh kata dasarnya.
* contoh: Betul-betul, cepat-cepat, sama-sama.
* Contoh dalam ayat :
* Dia betul-betul gembira dengan kepulangan
anaknya yang telah lama terpisah.
* kata adverba bentuk penggandaan penuh
* Terhasil daripada proses menggandakan kata
dasarnya, yang mengandungi imbuhan tanpa
menggandakan imbuhannya. Terdapat dua jenis
penggandaan separa iaitu :
* Penggandaan separa berawalan
* pengandaan separa berakhiran.
*kata adverba penggandaan separa
*Contoh kata adverba berbentuk kata
ganda separa berawalan, tinggal
bermalam-malam, jangan sekali-kali
berbohong, dikenang selama-
lamanya;
*kata adverba separa berawalan
*penggandaan separa berakhiran
seperti menari gila-gilaan,
berniaga kecil-kecilan, mati-
matian mempertahankan tanah
air.
* kata adverba penggandaan separa berakhiran
* Contoh kata adverba berbentuk kata ganda
berentak ialah menangis sedu-sedan, lari
lintang-pukang, dan berjalan mundar-mandir.
* Perhatikan bahawa semua bentuk kata adverba
ini dapat hadir di hadapan dan juga di belakang
perkataan yang diterangkannya.
* kata adverba penggandaan berentak