Bab 1 - Pendahuluan
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│1
Pentadbir sekolah dan guru sains hendaklah menerima dan mengiktiraf pendidikan sains dan
teknologi sebagai suatu agenda penting dalam proses pembangunan negara. Mereka
seharusnya mengetahui bahawa perancangan dan penggubalan kurikulum sains adalah
berlandaskan dasar-dasar yang telah diisytiharkan oleh kerajaan. Bagi mendapatkan
gambaran tentang kepentingan pendidikan sains dan teknologi dan pelaksanaannya, bab ini
menjelaskan aspek-aspek berkaitan:
 dasar-dasar yang menjadi landasan pendidikan sains dan teknologi;
 kepentingan sains dan teknologi;
 perancangan dan penggubalan kurikulum sains;
 pelaksanaan kurikulum sains;
 kebergunaan makmal sains/bilik sains; dan
 peranan dan tanggungjawab pengetua/guru besar.
1.1 Dasar-Dasar Yang Menjadi Landasan Pendidikan Sains dan Teknologi
1.1.1 Pihak yang terlibat dengan pelaksanaan kurikulum sains, sama ada guru
sains selaku pelaksana mahupun pengetua/guru besar sebagai pengurus
kurikulum, hendaklah mengetahui, memahami dan menghayati dasar-dasar
kerajaan yang menekankan kepentingan sains dan teknologi dalam agenda
pembangunan negara. Pendidikan sains diwujudkan dengan berlandaskan
inspirasi dan aspirasi negara. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab
pelaksana dan pengurus kurikulum sains untuk merealisasikan hasrat dan
harapan negara. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran sains
hendaklah dilihat sebagai cara untuk membangun dan menghasilkan modal
insan dalam bidang sains dan teknologi yang diperlukan untuk terus menerajui
pembangunan dan kemajuan negara.
1.1.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) telah dilahirkan melalui Penyata Razak
(1956). Dari semasa ke semasa, DPK disemak semula untuk menampung
keperluan semasa dan masa depan negara. Usaha-usaha penyemakan
semula DPK telah menghasilkan Laporan Rahman Talib (1960), Akta
Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Walau apa sahaja perubahan
yang telah dilakukan, teras utama DPK adalah bagi memenuhi keperluan
sumber manusia bukan sahaja dari segi kuantitinya tetapi juga dari segi
kualitinya selaras dengan hasrat negara untuk mencapai status negara
perindustrian.
BAB 1
PENDAHULUAN
Bab 1 - Pendahuluan
2│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
1.1.3 Akta Pendidikan 1996 di antaranya menyatakan bahawa tujuan pendidikan
adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran
dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta
bersifat global, sejajar dengan perkembangan pesat sains, teknologi, dan
maklumat (muka surat 13). Akta ini juga dengan jelas menyatakan agenda
pendidikan negara perlu selari dengan kemajuan sains dan teknologi.
Penggubalan Akta Pendidikan 1996 tidak dilakukan secara terasing tetapi
mengambil kira kehendak dan hasrat lain-lain dasar kerajaan seperti Dasar
60:40 Pelajar Sains-Sastera, Dasar Sains dan Teknologi Negara (1986), dan
Wawasan 2020 (1991: Malaysia The Way Forward).
1.1.4 Dasar 60:40 menetapkan nisbah penyertaan pelajar dalam bidang sains dan
teknologi berbanding sastera. Ia merupakan panduan bagi pembangunan
bilangan modal insan berteraskan sains dan teknologi mengikut keperluan
pembangunan negara. Sasarannya masih belum tercapai walaupun selepas
42 tahun pelaksanaannya. Laporan Petunjuk Sains dan Teknologi Malaysia
2004 menunjukkan graduan sains dan teknologi yang dihasilkan oleh Institusi
Pengajian Tinggi Awam hanya 32.4 peratus berbanding keperluan 60 peratus
dalam bidang ini (Utusan Malaysia: 27 Mac 2009, muka surat 31). Antara
isu-isu yang membelenggu pencapaian dasar ini adalah berkaitan kualiti
pengajaran dan pembelajaran sains, prestasi murid dalam mata pelajaran
sains dan teknologi, dan keupayaan guru untuk mengajar sains. Guru sains
dan pengurus kurikulum seharusnya menerima komentar ini sebagai suatu
cabaran. Mereka hendaklah menggembleng pemikiran yang kreatif dan
inovatif dalam mencari kaedah baru bagi merapatkan lagi jurang pencapaian
dengan sasaran yang telah ditetapkan.
1.1.5 Dasar Sains dan Teknologi Negara bermatlamat untuk menggalakkan
penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk pembangunan
ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat, dan untuk
melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar
pembangunan sosioekonomi negara. Dasar ini memberi fokus kepada
usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan
teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana
yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki
infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan bidang-bidang lain yang
berkaitan.
1.1.6 Gagasan “Malaysia: The Way Forward” yang diisytiharkan pada tahun 1991
telah menggariskan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara industri yang maju menjelang 2020 dengan ahli masyarakat yang
berorientasikan sains dan teknologi untuk terus memacu aktiviti ekonomi agar
berdaya saing, dinamik, giat dan berdaya tahan. Antara bidang hasil utama
yang perlu dicapai ke arah membangunkan sebuah negara maju telah
Bab 1 - Pendahuluan
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│3
dinyatakan dengan jelas iaitu: (i) mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin
dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi
menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui budaya
kecemerlangan, dan (ii) membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam
teknologi strategik yang berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan
teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian moden.
1.1.6.1 Kemajuan keupayaan sains dan teknologi adalah cabaran yang
keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan dalam
Wawasan 2020. Negara mesti mempunyai keupayaan untuk
memaju dan menyelaraskan sumber-sumber sains dan teknologi
yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat menjadikan
Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang
progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan
berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat
memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi
penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi
masa hadapan.
1.1.6.2 Matlamat yang perlu dicapai adalah untuk meningkatkan
keupayaan sains dan teknologi berasaskan kepada hasrat untuk
membentuk satu ekonomi yang cekap teknologinya serta mampu
melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang
berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi
yang canggih.
1.1.7 Kesimpulannya, Akta Pendidikan 1996, Dasar 60:40, Dasar Sains dan
Teknologi Negara, dan Wawasan 2020 telah meletakkan kepentingan
pendidikan sains dengan sewajarnya dalam agenda pembangunan negara.
Pelaksana dan pengurus kurikulum sains seharusnya memahami dan
menghayati inspirasi dan aspirasi yang tersurat dan tersirat dalam
dasar-dasar tersebut. Mereka seharusnya dapat melihat dengan jelas hala
tuju pendidikan sains dengan hasrat untuk terus menyumbang kepada
penerusan pembangunan dan kemajuan negara.
1.2 Kepentingan Sains dan Teknologi
1.2.1 Pengurus kurikulum, amnya dan pelaksana kurikulum sains dan murid,
khususnya, seharusnya dapat menggarapkan kepentingan sains dan
teknologi dalam kemajuan kehidupan manusia dan pembangunan negara.
Bukalah pintu hati dan minda murid untuk mengimbas persekitaran mereka
bagi mencari bukti bahawa kesenangan, kenikmatan dan kemanfaatan hidup
mereka adalah hasil daripada kemajuan sains dan teknologi. Guru sains
Bab 1 - Pendahuluan
4│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
perlu menyuntik minda murid dengan kenyataan bahawa kemajuan sains dan
teknologi akan terus berkembang dalam ruang dan peluang yang tiada
batasannya selagi Tuhan menganugerahkan minda yang kreatif dan inovatif
kepada manusia.
1.2.2 Sains dan teknologi adalah merupakan jantung bagi kemajuan masyarakat
manusia. Sains dan teknologi telah menyediakan banyak faedah dan
manfaat kepada manusia dengan kesihatan yang bertambah baik, umur wang
lebih panjang, kelegaan dari kesakitan, hari bekerja yang bertambah pendek,
persekitaran bekerja yang lebih selamat dan selesa. Di samping itu, lebih
banyak makanan lagi berkhasiat dapat dinikmati, pakaian serta perumahan
yang lebih selesa, dan lebih banyak peluang untuk menikmati pendidikan,
hiburan dan perjalanan.
1.2.3 Dalam konteks globalisasi, kemampuan sesebuah negara untuk mencapai
dan mengekalkan tahap kehidupan yang tinggi adalah bergantung pada
sejauh mana ia dapat memanfaatkan perkembangan dan kemajuan sains dan
teknologi. Kemampuan sesebuah negara untuk memanfaatkan teknologi
moden bergantung pada tahap pendidikan rakyatnya. Justeru,
pembangunan modal insan yang mampu menerima dan menghayati sains
dan teknologi perlu diberi penekanan sewajarnya agar mereka dapat
memastikan ekonomi negara terus berdaya saing di peringkat antarabangsa.
1.3 Perancangan dan Penggubalan Kurikulum Sains
1.3.1 Pelaksana dan pengurus kurikulum sains hendaklah memahami dan
menghayati semangat dan hasrat di sebalik perancangan dan penggubalan
kurikulum sains. Mereka juga seharusnya memahami tujuan pendidikan
sains di sekolah, aspek-aspek penting, pendekatan, dan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang dicadangkan.
1.3.2 Tanggungjawab Kementerian Pelajaran adalah memastikan pendidikan sains
dan teknologi sentiasa relevan serta dimartabatkan selaras dengan keperluan
perkembangan dan kemajuan semasa dan masa hadapan negara.
1.3.3 Pendidikan sains mempunyai tiga tujuan, iaitu:
1.3.3.1 Menyediakan murid dengan latar belakang ilmu pengetahuan dan
kemahiran sains bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian
dalam bidang-bidang berasaskan sains dan teknologi di institusi
pengajian tinggi (IPT).
1.3.3.2 Menyediakan murid untuk mendapatkan pekerjaan serta menjadikan
sains dan teknologi sebagai bidang kerjaya mereka.
1.3.3.3 Menyediakan murid untuk menjadi warganegara yang kenal/celik
Bab 1 - Pendahuluan
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│5
sains.
1.3.4 Secara idealnya, produk pendidikan sains keluaran sekolah hendaklah sifar
kecacatan untuk melalui proses pengajian lanjutan di IPT, ataupun menceburi
bidang pekerjaan dan kerjaya. Produk yang cacat akan menyebabkan klien,
sama ada pihak IPT mahu pun majikan, tidak berpuas hati dan terpaksa
menanggung kos untuk pembaikpulihan produk. Jika klien mempunyai
pilihan lain nescaya mereka akan mengetepikan produk tidak berkualiti yang
dihasilkan oleh sekolah.
1.3.5 Bagi memastikan mutu pendidikan sains, kurikulum bersepadu sains telah
dirancang dan digubal dengan mengambil kira input daripada ahli akademik,
profesional dan industri dalam bidang sains yang berkenaan, input daripada
guru sains selaku pelaksana mengikut bidang pengkhususan masing-masing,
dan menanda aras standard serta membandingkan kandungan kurikulum
dengan negara yang berada di sepuluh kedudukan teratas dalam TIMSS
(Trends in Mathematics and Science Study).
1.3.6 Antara aspek-aspek penting yang ditekankan dalam pelaksanaan kurikulum
bersepadu sains termasuk:
1.3.6.1 Pembangunan Kemahiran Saintifik: mengkaji, mengkelasifikasi,
mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, membuat
ramalan, berkomunikasi, mentafsir data, mendefinisikan
pengoperasian, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan
kemahiran manipulatif.
1.3.6.2 Pembangunan Kemahiran Berfikir Secara Kritis: penjanaan sifat,
membanding dan membeza, pengelompokan dan pengelasan,
menyusun mengikut urutan, menentukan keutamaan, menganalisis,
mengesan kecenderungan, menilai, dan membuat kesimpulan.
1.3.6.3 Pembangunan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif: menjanakan
fikiran, membuat perkaitan, membuat inferens, meramal, membuat
generalisasi, menggambarkan, mensintesiskan, membuat hipotesis,
membuat analogi dan mereka cipta.
1.3.6.4 Pembangunan Strategi Pemikiran: mengkonsepsikan, membuat
keputusan dan penyelesaian masalah.
1.3.6.5 Pembangunan Sikap Saintifik dan Nilai Murni: menjiwai sesuatu
yang benar, penghayatan dan amalan kerja saintifik yang sistematik,
berani mencuba, berfikir secara rasional, berkeyakinan dan
berdikari.
Bab 1 - Pendahuluan
6│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
1.3.7 Antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan
termasuk inkuiri-penemuan, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual, dan
pembelajaran masteri.
1.3.8 Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan termasuk
eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan luar, penggunaan
sumber luar dan penggunaan teknologi.
1.3.9 Kesimpulannya, guru sains, selaku pelaksana kurikulum sains seharusnya
membaca, memahami, menghayati dan melaksanakan kurikulum sains
mengikut hasil/standard pembelajaran yang telah ditetapkan.
1.4 Pelaksanaan Kurikulum Sains
1.4.1 Detik kebenaran („the moment of truth’) pelaksanaan kurikulum sains adalah
di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru hendaklah:
1.4.1.1 menyediakan rancangan mengajar sains yang lebih kemas.
Perancangan pengajaran sains tidak boleh disamakan dengan
perancangan lain-lain mata pelajaran. Guru sains perlu
menentukan kaedah dan strategi yang terbaik untuk mencapai
hasil/standard pembelajaran yang ditetapkan, menyediakan senarai
peralatan/bahan yang diperlukan, menganggarkan masa yang
diperlukan (sebelum, semasa dan selepas aktiviti), dan menentukan
persekitaran yang sesuai untuk aktiviti sama ada di makmal
sains/bilik sains atau di luar bilik darjah. Perancangan mengajar
memberi kelebihan dan manfaat berikut:
i. menggambarkan dan menyediakan diri untuk sebarang aktiviti
pengajaran yang hendak ditekankan dan bagaimana menyusun
langkah-langkah secara berkesan;
ii. mengelakkan “perancangan segera” atau “tanpa persediaan”,
yang mana, kerana kurang asas yang baik, selalunya
menghasilkan pengajaran yang lemah;
iii. untuk rujukan pada masa depan, bagi memperkukuh kekuatan
dan menambah baik kelemahan yang dikesan dalam
perancangan sebelumnya;
iv. mendapat rasa hormat daripada murid kerana guru membuat
persediaan mengajar; dan
Bab 1 - Pendahuluan
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│7
v. memastikan kepaduan kandungan yang hendak diajar.
1.4.1.2 mengajar dengan berkesan. Pengajaran yang menekankan
‘teaching the test’ dan bergantung pada buku teks akan
menyebabkan murid mengalami defisit terkumpul bagi pengetahuan
dan kemahiran-kemahiran penting (kemahiran proses sains,
kemahiran manipulatif, kemahiran berfikir) yang dihasratkan dalam
pembelajaran sains. Kaedah dan strategi pengajaran yang
disarankan dalam huraian sukatan pelajaran/ standard kandungan
hendaklah dilaksanakan.
1.4.1.3 meningkatkan pengetahuan. Semua guru sains perlu berusaha
mencari dan menambah ilmu melalui pelbagai sumber terutama
melalui kemudahan ICT.
1.5 Kebergunaan Makmal Sains/ Bilik Sains
1.5.1 Sains adalah mata pelajaran teras yang mesti dipelajari oleh semua murid di
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Sesuai dengan status
tersebut, makmal sains disediakan di sekolah menengah dengan kelengkapan
seperti radas, peralatan dan bahan bagi pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran sains. Di sekolah rendah, bilik sains disediakan di samping
sekolah digalakkan mengubah suai bilik untuk menjalankan aktiviti makmal
bagi pembelajaran sains di samping menyimpan bahan dan peralatan sains.
1.5.2 Pembangunan modal insan dalam bidang sains dan teknologi direalisasikan
melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, proses
pengajaran dan pembelajaran hendaklah memberi fokus kepada aspek-aspek
berikut:
i. membantu murid menjadi pemikir yang aktif;
ii. menggalakkan pemahaman saintifik yang mendalam;
iii. menggalakkan penyertaan maksimum dalam pembelajaran; dan
iv. menyediakan aktiviti pembelajaran yang berkualiti.
1.5.3 Makmal sains/ bilik sains yang dilengkapi dengan kemudahan, peralatan dan
bahan secukupnya merupakan wahana penting bagi pelaksanaan aktiviti yang
mungkin membantu murid mencapai hasil/ standard pembelajaran yang telah
ditetapkan.
Bab 1 - Pendahuluan
8│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
1.5.4 Aktiviti makmal menyediakan peluang bagi murid berinteraksi secara terus
dengan bahan semula jadi, menggunakan peralatan yang bersesuaian, teknik
pengumpulan data, model, konsep, prinsip serta teori dalam sains. Matlamat
pembelajaran sains yang boleh dicapai melalui aktiviti makmal termasuk:
i. mempertingkatkan masteri kandungan pembelajaran;
ii. memperkembangkan pemikiran saintifik;
iii. memahami kompleksiti dan kesamaran kerja empirik;
iv. memperkembangkan kemahiran praktik;
v. memahami sifat-sifat sains;
vi. memupuk minat dalam sains;
vii. memupuk minat dalam pembelajaran sains; dan
viii. memperkembangkan kemampuan kerja berkumpulan.
1.5.5 Aktiviti makmal dapat memperkembangkan keupayaan intelek dan kemahiran
saintifik murid melalui interaksi otak, tangan, mata, telinga dan hidung. Bagi
memastikan murid mencapai matlamat ini, guru hendaklah menyediakan
pengalaman pembelajaran berasaskan ‘hands on, minds on’ melalui
pendekatan dan kaedah yang telah dicadangkan. Di samping itu, guru juga
perlu mengenal pasti peralatan, bahan dan persekitaran yang sesuai sama ada
makmal sains/ bilik sains, kawasan sekitar sekolah mahupun di luar sekolah.
Konsep pembelajaran di luar bilik darjah (PLBD) hendaklah dimanfaatkan
sepenuhnya sesuai dengan hasil/ standard pembelajaran yang hendak dicapai.
1.5.6 Mengajar sains secara berkesan adalah sukar tetapi ia boleh mendatangkan
kepuasan apabila murid berjaya mencapai ilmu dan kemahiran yang
dihasratkan hasil daripada usaha guru. Walau bagaimanapun, jika murid
bekerja keras tetapi gagal dalam pembelajaran, guru harus bertanggungjawab
ke atasnya.
1.5.7 Walaupun guru berasa terbeban dengan perancangan dan persediaan
pengajaran sains yang rapi, namun murid akan melalui pengalaman
pembelajaran yang menyeronokkan lagi bermakna berbanding kaedah
pengajaran ‘chalk and talk’, menggunakan buku teks semata-mata atau
„teaching the test’.
Bab 1 - Pendahuluan
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│9
1.5.8 Makmal sains/ bilik sains bukan sahaja dijadikan wahana untuk pengajaran dan
pembelajaran sains tetapi juga sebagai wahana untuk melicinkan pelaksanaan
Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA) dan pentaksiran berasaskan sekolah.
1.5.9 Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan makmal
sains, kemudahan, peralatan dan bahan bagi menyokong pelaksanaan
pendidikan sains di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah menggunakan
kemudahan yang disediakan secara optimum.
1.6 Peranan dan Tanggungjawab Pengetua/ Guru Besar
1.6.1 Pengetua/ guru besar mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk
melaksanakan kurikulum sains sebagaimana yang telah dirancang. Peranan
dan tanggungjawab ini adalah untuk melahirkan modal insan yang berbekalkan
keupayaan intelek dan kemahiran saintifik bagi menyumbang kepada
pembangunan dan kemajuan negara. Sekolah seharusnya dapat menyahut
permintaan tenaga kerja daripada sektor awam dan juga sektor swasta.
Sebagai contoh, industri bioteknologi negara yang dijangka berkembang
dengan begitu pesat dengan pulangan berbilion ringgit menghadapi masalah
dalam mendapatkan tenaga kerja mahir/ profesional untuk memacu kemajuan
dan perkembangannya. Akibatnya, negara akan ketinggalan dalam
persaingan dengan negara-negara lain, dan seterusnya menjejaskan
pembangunan ekonomi negara.
1.6.2 Fungsi Pengetua/ guru besar sebagai pengurus kurikulum telah diperjelaskan
dalam dokumen bertajuk “Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah
Malaysia” terbitan Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.

More Related Content

PDF
Pengenalan komsas
PPT
Budaya Sekolah : Iklim sekolah
DOCX
Pengenalan makmal sains
DOC
2 kadar tindak balas
DOCX
Jenis kajian tindakan
PDF
DSKP KSSR PAI TAHUN 5.pdf
PDF
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
PPTX
Kaedah & teknik pengajaran
Pengenalan komsas
Budaya Sekolah : Iklim sekolah
Pengenalan makmal sains
2 kadar tindak balas
Jenis kajian tindakan
DSKP KSSR PAI TAHUN 5.pdf
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
Kaedah & teknik pengajaran

What's hot (20)

PPTX
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
DOCX
Contoh soalan aras pengetahuan & kefahaman
PPT
Kitar hidup rama rama
PDF
Skala likert
PDF
DSKP KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1.pdf
DOC
Kerja Kursus Pengajian Am 1
PPTX
Keberkesanan sistem pendidikan di malaysia bagi memupuk perpaduan
DOCX
Contoh RPH Bm.docx
DOCX
Kemahiran hidup sekolah rendah
PDF
Inovasi PdP Matematik : S-D Math Learning
PPTX
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
PPT
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
DOCX
Borang soal selidik
DOCX
264039955-PEMBANGUNAN-LESTARI.docx
PDF
Sces3143 asas penyelidikan dalam pendidikan
PDF
BORANG KAJIAN TINDAKAN BESERTA CONTOH
PPTX
Pengajaran Mikro
PDF
Flipped classroom
PDF
Emk kreativiti dan inovasi
PPTX
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
(Group 15) penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Contoh soalan aras pengetahuan & kefahaman
Kitar hidup rama rama
Skala likert
DSKP KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1.pdf
Kerja Kursus Pengajian Am 1
Keberkesanan sistem pendidikan di malaysia bagi memupuk perpaduan
Contoh RPH Bm.docx
Kemahiran hidup sekolah rendah
Inovasi PdP Matematik : S-D Math Learning
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Borang soal selidik
264039955-PEMBANGUNAN-LESTARI.docx
Sces3143 asas penyelidikan dalam pendidikan
BORANG KAJIAN TINDAKAN BESERTA CONTOH
Pengajaran Mikro
Flipped classroom
Emk kreativiti dan inovasi
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Ad

Viewers also liked (9)

PDF
2675321 pengurusan-makmal-sains
DOCX
Amali Kerja Kaca
PDF
Pengurusan pdp di_makmal
PPTX
Pengurusan pembelajaran
PPT
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
PDF
Peranan guru & pembantu makmal
DOC
08 isi pelajaran 1
PDF
Bab 8 keselamatan
PPT
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
2675321 pengurusan-makmal-sains
Amali Kerja Kaca
Pengurusan pdp di_makmal
Pengurusan pembelajaran
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Peranan guru & pembantu makmal
08 isi pelajaran 1
Bab 8 keselamatan
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
Ad

Similar to Makmal sekolah pendahuluan (20)

PDF
HSP Sains tingkatan 2
PDF
Hsp sains tingkatan 2
PDF
Hsp sains tingkatan 2
PDF
Hsp sains tingkatan 2
PDF
Hsp sains tingkatan-2
PDF
Sains tingkatan 3
PDF
3 ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
PDF
Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 2
PDF
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
PDF
Hsp sc y5
PDF
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
PDF
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
PDF
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
PDF
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
PPS
Menghayati kurikulum sains
PDF
Hsp sains tingkatan 1
PDF
Dokumen Standard Dunia Sains dan Teknologi SK Tahun 1
PDF
Dokumen standard dunia sains dan teknologi sk tahun 2
PDF
Dokumen standard dunia sains dan teknologi sk tahun 2
PDF
Hsp sains tingkatan 3
HSP Sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan 2
Hsp sains tingkatan-2
Sains tingkatan 3
3 ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Dokumen standard kssr dunia sains dan teknologi tahun 2
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Hsp sc y5
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Menghayati kurikulum sains
Hsp sains tingkatan 1
Dokumen Standard Dunia Sains dan Teknologi SK Tahun 1
Dokumen standard dunia sains dan teknologi sk tahun 2
Dokumen standard dunia sains dan teknologi sk tahun 2
Hsp sains tingkatan 3

More from Siti Alias (20)

PDF
Chemical for consumer
PDF
Chapter 5 medicines kumpulan anis(3)
PDF
Soap & detergent che nur nadira
PDF
Soap & detergent kump syahirah
PPTX
Elements in period 3 smkbbst
DOCX
Preparing alcohols
DOCX
Naming alcohols
DOCX
Alcohol
PDF
Sample p2 kimia 2013
PPT
Bonds
DOCX
Relative atomic mass
DOCX
Chemical formulae
DOCX
Homologous series
DOCX
Combustion of hydrocarbon
DOCX
Carbon compound
DOCX
Alkane
DOC
Tuition mole exercise revision
DOCX
Concept of mole
DOCX
Factors affecting rate of reaction (recovered)
DOCX
Finding instantaneous rate of reaction from a graph
Chemical for consumer
Chapter 5 medicines kumpulan anis(3)
Soap & detergent che nur nadira
Soap & detergent kump syahirah
Elements in period 3 smkbbst
Preparing alcohols
Naming alcohols
Alcohol
Sample p2 kimia 2013
Bonds
Relative atomic mass
Chemical formulae
Homologous series
Combustion of hydrocarbon
Carbon compound
Alkane
Tuition mole exercise revision
Concept of mole
Factors affecting rate of reaction (recovered)
Finding instantaneous rate of reaction from a graph

Recently uploaded (20)

PDF
2. ATP Fase F - PA. Islam (1)-halaman-1-digabungkan.pdf
PPTX
Materi Refleksi Akhir Tahun Sutan Raja.pptx
PPTX
PPT SILVIA YULITA dompet digtal shopeepay
PPTX
Ulangan Harian Kelas 7 Merancang Percobaan, Metode ilmiah SMP IBRAHIMY 1 Suko...
DOCX
Modul ajar kelas 5 tentang adoo ul jismi
DOC
CV_Kanaidi, SE., M.Si., cSAP., CGRC., CBCM_18 Agustus 2025.doc
DOCX
LK Modul 3 - Menentukan Pengalaman Belajar.docx
PDF
Modul Ajar Deep Learning IPAS Kelas 6 Kurikulum Merdeka
PPTX
Pengimbasan pembelajaran mendalam (deep learning
PPTX
Inkuiri_Kolaboratif_Pembelajaran_Mendalam (1).pptx
PPTX
7 KEBIASAAN ANAK INDONESIA HEBAT.pptx xx
PDF
Bahan Bacaan Rencana Kolaborasi Inkuiri.pdf
PDF
RPM BAHASA INDONESIA KELAS 7 TEKS DESKRIPSI.pdf
PPTX
Tools of Digital Media in Marketing Era Digital 4.0_WEBINAR PDPTN "Digital Ma...
PPT
KOMITMEN MENULIS DI BLOG IGTIK PB PGRI.ppt
PPTX
Digital Marketing Dasar Untuk Pemula.pptx
PPT
Inkuiri Kolaboratif bagi guru di Satuan Pendidikan .ppt
PDF
Laporan Hibah dengan menggunakan NVivo.pdf
PDF
Modul Ajar Deep Learning Bahasa Inggris Kelas 6 Kurikulum Merdeka
PDF
Aminullah Assagaf_B34_Statistik Ekonometrika.pdf
2. ATP Fase F - PA. Islam (1)-halaman-1-digabungkan.pdf
Materi Refleksi Akhir Tahun Sutan Raja.pptx
PPT SILVIA YULITA dompet digtal shopeepay
Ulangan Harian Kelas 7 Merancang Percobaan, Metode ilmiah SMP IBRAHIMY 1 Suko...
Modul ajar kelas 5 tentang adoo ul jismi
CV_Kanaidi, SE., M.Si., cSAP., CGRC., CBCM_18 Agustus 2025.doc
LK Modul 3 - Menentukan Pengalaman Belajar.docx
Modul Ajar Deep Learning IPAS Kelas 6 Kurikulum Merdeka
Pengimbasan pembelajaran mendalam (deep learning
Inkuiri_Kolaboratif_Pembelajaran_Mendalam (1).pptx
7 KEBIASAAN ANAK INDONESIA HEBAT.pptx xx
Bahan Bacaan Rencana Kolaborasi Inkuiri.pdf
RPM BAHASA INDONESIA KELAS 7 TEKS DESKRIPSI.pdf
Tools of Digital Media in Marketing Era Digital 4.0_WEBINAR PDPTN "Digital Ma...
KOMITMEN MENULIS DI BLOG IGTIK PB PGRI.ppt
Digital Marketing Dasar Untuk Pemula.pptx
Inkuiri Kolaboratif bagi guru di Satuan Pendidikan .ppt
Laporan Hibah dengan menggunakan NVivo.pdf
Modul Ajar Deep Learning Bahasa Inggris Kelas 6 Kurikulum Merdeka
Aminullah Assagaf_B34_Statistik Ekonometrika.pdf

Makmal sekolah pendahuluan

  • 1. Bab 1 - Pendahuluan PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│1 Pentadbir sekolah dan guru sains hendaklah menerima dan mengiktiraf pendidikan sains dan teknologi sebagai suatu agenda penting dalam proses pembangunan negara. Mereka seharusnya mengetahui bahawa perancangan dan penggubalan kurikulum sains adalah berlandaskan dasar-dasar yang telah diisytiharkan oleh kerajaan. Bagi mendapatkan gambaran tentang kepentingan pendidikan sains dan teknologi dan pelaksanaannya, bab ini menjelaskan aspek-aspek berkaitan:  dasar-dasar yang menjadi landasan pendidikan sains dan teknologi;  kepentingan sains dan teknologi;  perancangan dan penggubalan kurikulum sains;  pelaksanaan kurikulum sains;  kebergunaan makmal sains/bilik sains; dan  peranan dan tanggungjawab pengetua/guru besar. 1.1 Dasar-Dasar Yang Menjadi Landasan Pendidikan Sains dan Teknologi 1.1.1 Pihak yang terlibat dengan pelaksanaan kurikulum sains, sama ada guru sains selaku pelaksana mahupun pengetua/guru besar sebagai pengurus kurikulum, hendaklah mengetahui, memahami dan menghayati dasar-dasar kerajaan yang menekankan kepentingan sains dan teknologi dalam agenda pembangunan negara. Pendidikan sains diwujudkan dengan berlandaskan inspirasi dan aspirasi negara. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pelaksana dan pengurus kurikulum sains untuk merealisasikan hasrat dan harapan negara. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran sains hendaklah dilihat sebagai cara untuk membangun dan menghasilkan modal insan dalam bidang sains dan teknologi yang diperlukan untuk terus menerajui pembangunan dan kemajuan negara. 1.1.2 Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) telah dilahirkan melalui Penyata Razak (1956). Dari semasa ke semasa, DPK disemak semula untuk menampung keperluan semasa dan masa depan negara. Usaha-usaha penyemakan semula DPK telah menghasilkan Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Walau apa sahaja perubahan yang telah dilakukan, teras utama DPK adalah bagi memenuhi keperluan sumber manusia bukan sahaja dari segi kuantitinya tetapi juga dari segi kualitinya selaras dengan hasrat negara untuk mencapai status negara perindustrian. BAB 1 PENDAHULUAN
  • 2. Bab 1 - Pendahuluan 2│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 1.1.3 Akta Pendidikan 1996 di antaranya menyatakan bahawa tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, sejajar dengan perkembangan pesat sains, teknologi, dan maklumat (muka surat 13). Akta ini juga dengan jelas menyatakan agenda pendidikan negara perlu selari dengan kemajuan sains dan teknologi. Penggubalan Akta Pendidikan 1996 tidak dilakukan secara terasing tetapi mengambil kira kehendak dan hasrat lain-lain dasar kerajaan seperti Dasar 60:40 Pelajar Sains-Sastera, Dasar Sains dan Teknologi Negara (1986), dan Wawasan 2020 (1991: Malaysia The Way Forward). 1.1.4 Dasar 60:40 menetapkan nisbah penyertaan pelajar dalam bidang sains dan teknologi berbanding sastera. Ia merupakan panduan bagi pembangunan bilangan modal insan berteraskan sains dan teknologi mengikut keperluan pembangunan negara. Sasarannya masih belum tercapai walaupun selepas 42 tahun pelaksanaannya. Laporan Petunjuk Sains dan Teknologi Malaysia 2004 menunjukkan graduan sains dan teknologi yang dihasilkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam hanya 32.4 peratus berbanding keperluan 60 peratus dalam bidang ini (Utusan Malaysia: 27 Mac 2009, muka surat 31). Antara isu-isu yang membelenggu pencapaian dasar ini adalah berkaitan kualiti pengajaran dan pembelajaran sains, prestasi murid dalam mata pelajaran sains dan teknologi, dan keupayaan guru untuk mengajar sains. Guru sains dan pengurus kurikulum seharusnya menerima komentar ini sebagai suatu cabaran. Mereka hendaklah menggembleng pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam mencari kaedah baru bagi merapatkan lagi jurang pencapaian dengan sasaran yang telah ditetapkan. 1.1.5 Dasar Sains dan Teknologi Negara bermatlamat untuk menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat, dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi negara. Dasar ini memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan bidang-bidang lain yang berkaitan. 1.1.6 Gagasan “Malaysia: The Way Forward” yang diisytiharkan pada tahun 1991 telah menggariskan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri yang maju menjelang 2020 dengan ahli masyarakat yang berorientasikan sains dan teknologi untuk terus memacu aktiviti ekonomi agar berdaya saing, dinamik, giat dan berdaya tahan. Antara bidang hasil utama yang perlu dicapai ke arah membangunkan sebuah negara maju telah
  • 3. Bab 1 - Pendahuluan PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│3 dinyatakan dengan jelas iaitu: (i) mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui budaya kecemerlangan, dan (ii) membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik yang berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian moden. 1.1.6.1 Kemajuan keupayaan sains dan teknologi adalah cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan dalam Wawasan 2020. Negara mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber sains dan teknologi yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi masa hadapan. 1.1.6.2 Matlamat yang perlu dicapai adalah untuk meningkatkan keupayaan sains dan teknologi berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu ekonomi yang cekap teknologinya serta mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih. 1.1.7 Kesimpulannya, Akta Pendidikan 1996, Dasar 60:40, Dasar Sains dan Teknologi Negara, dan Wawasan 2020 telah meletakkan kepentingan pendidikan sains dengan sewajarnya dalam agenda pembangunan negara. Pelaksana dan pengurus kurikulum sains seharusnya memahami dan menghayati inspirasi dan aspirasi yang tersurat dan tersirat dalam dasar-dasar tersebut. Mereka seharusnya dapat melihat dengan jelas hala tuju pendidikan sains dengan hasrat untuk terus menyumbang kepada penerusan pembangunan dan kemajuan negara. 1.2 Kepentingan Sains dan Teknologi 1.2.1 Pengurus kurikulum, amnya dan pelaksana kurikulum sains dan murid, khususnya, seharusnya dapat menggarapkan kepentingan sains dan teknologi dalam kemajuan kehidupan manusia dan pembangunan negara. Bukalah pintu hati dan minda murid untuk mengimbas persekitaran mereka bagi mencari bukti bahawa kesenangan, kenikmatan dan kemanfaatan hidup mereka adalah hasil daripada kemajuan sains dan teknologi. Guru sains
  • 4. Bab 1 - Pendahuluan 4│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS perlu menyuntik minda murid dengan kenyataan bahawa kemajuan sains dan teknologi akan terus berkembang dalam ruang dan peluang yang tiada batasannya selagi Tuhan menganugerahkan minda yang kreatif dan inovatif kepada manusia. 1.2.2 Sains dan teknologi adalah merupakan jantung bagi kemajuan masyarakat manusia. Sains dan teknologi telah menyediakan banyak faedah dan manfaat kepada manusia dengan kesihatan yang bertambah baik, umur wang lebih panjang, kelegaan dari kesakitan, hari bekerja yang bertambah pendek, persekitaran bekerja yang lebih selamat dan selesa. Di samping itu, lebih banyak makanan lagi berkhasiat dapat dinikmati, pakaian serta perumahan yang lebih selesa, dan lebih banyak peluang untuk menikmati pendidikan, hiburan dan perjalanan. 1.2.3 Dalam konteks globalisasi, kemampuan sesebuah negara untuk mencapai dan mengekalkan tahap kehidupan yang tinggi adalah bergantung pada sejauh mana ia dapat memanfaatkan perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi. Kemampuan sesebuah negara untuk memanfaatkan teknologi moden bergantung pada tahap pendidikan rakyatnya. Justeru, pembangunan modal insan yang mampu menerima dan menghayati sains dan teknologi perlu diberi penekanan sewajarnya agar mereka dapat memastikan ekonomi negara terus berdaya saing di peringkat antarabangsa. 1.3 Perancangan dan Penggubalan Kurikulum Sains 1.3.1 Pelaksana dan pengurus kurikulum sains hendaklah memahami dan menghayati semangat dan hasrat di sebalik perancangan dan penggubalan kurikulum sains. Mereka juga seharusnya memahami tujuan pendidikan sains di sekolah, aspek-aspek penting, pendekatan, dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan. 1.3.2 Tanggungjawab Kementerian Pelajaran adalah memastikan pendidikan sains dan teknologi sentiasa relevan serta dimartabatkan selaras dengan keperluan perkembangan dan kemajuan semasa dan masa hadapan negara. 1.3.3 Pendidikan sains mempunyai tiga tujuan, iaitu: 1.3.3.1 Menyediakan murid dengan latar belakang ilmu pengetahuan dan kemahiran sains bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang berasaskan sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi (IPT). 1.3.3.2 Menyediakan murid untuk mendapatkan pekerjaan serta menjadikan sains dan teknologi sebagai bidang kerjaya mereka. 1.3.3.3 Menyediakan murid untuk menjadi warganegara yang kenal/celik
  • 5. Bab 1 - Pendahuluan PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│5 sains. 1.3.4 Secara idealnya, produk pendidikan sains keluaran sekolah hendaklah sifar kecacatan untuk melalui proses pengajian lanjutan di IPT, ataupun menceburi bidang pekerjaan dan kerjaya. Produk yang cacat akan menyebabkan klien, sama ada pihak IPT mahu pun majikan, tidak berpuas hati dan terpaksa menanggung kos untuk pembaikpulihan produk. Jika klien mempunyai pilihan lain nescaya mereka akan mengetepikan produk tidak berkualiti yang dihasilkan oleh sekolah. 1.3.5 Bagi memastikan mutu pendidikan sains, kurikulum bersepadu sains telah dirancang dan digubal dengan mengambil kira input daripada ahli akademik, profesional dan industri dalam bidang sains yang berkenaan, input daripada guru sains selaku pelaksana mengikut bidang pengkhususan masing-masing, dan menanda aras standard serta membandingkan kandungan kurikulum dengan negara yang berada di sepuluh kedudukan teratas dalam TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study). 1.3.6 Antara aspek-aspek penting yang ditekankan dalam pelaksanaan kurikulum bersepadu sains termasuk: 1.3.6.1 Pembangunan Kemahiran Saintifik: mengkaji, mengkelasifikasi, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, membuat ramalan, berkomunikasi, mentafsir data, mendefinisikan pengoperasian, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan kemahiran manipulatif. 1.3.6.2 Pembangunan Kemahiran Berfikir Secara Kritis: penjanaan sifat, membanding dan membeza, pengelompokan dan pengelasan, menyusun mengikut urutan, menentukan keutamaan, menganalisis, mengesan kecenderungan, menilai, dan membuat kesimpulan. 1.3.6.3 Pembangunan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif: menjanakan fikiran, membuat perkaitan, membuat inferens, meramal, membuat generalisasi, menggambarkan, mensintesiskan, membuat hipotesis, membuat analogi dan mereka cipta. 1.3.6.4 Pembangunan Strategi Pemikiran: mengkonsepsikan, membuat keputusan dan penyelesaian masalah. 1.3.6.5 Pembangunan Sikap Saintifik dan Nilai Murni: menjiwai sesuatu yang benar, penghayatan dan amalan kerja saintifik yang sistematik, berani mencuba, berfikir secara rasional, berkeyakinan dan berdikari.
  • 6. Bab 1 - Pendahuluan 6│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 1.3.7 Antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan termasuk inkuiri-penemuan, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran masteri. 1.3.8 Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan termasuk eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan luar, penggunaan sumber luar dan penggunaan teknologi. 1.3.9 Kesimpulannya, guru sains, selaku pelaksana kurikulum sains seharusnya membaca, memahami, menghayati dan melaksanakan kurikulum sains mengikut hasil/standard pembelajaran yang telah ditetapkan. 1.4 Pelaksanaan Kurikulum Sains 1.4.1 Detik kebenaran („the moment of truth’) pelaksanaan kurikulum sains adalah di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru hendaklah: 1.4.1.1 menyediakan rancangan mengajar sains yang lebih kemas. Perancangan pengajaran sains tidak boleh disamakan dengan perancangan lain-lain mata pelajaran. Guru sains perlu menentukan kaedah dan strategi yang terbaik untuk mencapai hasil/standard pembelajaran yang ditetapkan, menyediakan senarai peralatan/bahan yang diperlukan, menganggarkan masa yang diperlukan (sebelum, semasa dan selepas aktiviti), dan menentukan persekitaran yang sesuai untuk aktiviti sama ada di makmal sains/bilik sains atau di luar bilik darjah. Perancangan mengajar memberi kelebihan dan manfaat berikut: i. menggambarkan dan menyediakan diri untuk sebarang aktiviti pengajaran yang hendak ditekankan dan bagaimana menyusun langkah-langkah secara berkesan; ii. mengelakkan “perancangan segera” atau “tanpa persediaan”, yang mana, kerana kurang asas yang baik, selalunya menghasilkan pengajaran yang lemah; iii. untuk rujukan pada masa depan, bagi memperkukuh kekuatan dan menambah baik kelemahan yang dikesan dalam perancangan sebelumnya; iv. mendapat rasa hormat daripada murid kerana guru membuat persediaan mengajar; dan
  • 7. Bab 1 - Pendahuluan PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│7 v. memastikan kepaduan kandungan yang hendak diajar. 1.4.1.2 mengajar dengan berkesan. Pengajaran yang menekankan ‘teaching the test’ dan bergantung pada buku teks akan menyebabkan murid mengalami defisit terkumpul bagi pengetahuan dan kemahiran-kemahiran penting (kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif, kemahiran berfikir) yang dihasratkan dalam pembelajaran sains. Kaedah dan strategi pengajaran yang disarankan dalam huraian sukatan pelajaran/ standard kandungan hendaklah dilaksanakan. 1.4.1.3 meningkatkan pengetahuan. Semua guru sains perlu berusaha mencari dan menambah ilmu melalui pelbagai sumber terutama melalui kemudahan ICT. 1.5 Kebergunaan Makmal Sains/ Bilik Sains 1.5.1 Sains adalah mata pelajaran teras yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Sesuai dengan status tersebut, makmal sains disediakan di sekolah menengah dengan kelengkapan seperti radas, peralatan dan bahan bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains. Di sekolah rendah, bilik sains disediakan di samping sekolah digalakkan mengubah suai bilik untuk menjalankan aktiviti makmal bagi pembelajaran sains di samping menyimpan bahan dan peralatan sains. 1.5.2 Pembangunan modal insan dalam bidang sains dan teknologi direalisasikan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah memberi fokus kepada aspek-aspek berikut: i. membantu murid menjadi pemikir yang aktif; ii. menggalakkan pemahaman saintifik yang mendalam; iii. menggalakkan penyertaan maksimum dalam pembelajaran; dan iv. menyediakan aktiviti pembelajaran yang berkualiti. 1.5.3 Makmal sains/ bilik sains yang dilengkapi dengan kemudahan, peralatan dan bahan secukupnya merupakan wahana penting bagi pelaksanaan aktiviti yang mungkin membantu murid mencapai hasil/ standard pembelajaran yang telah ditetapkan.
  • 8. Bab 1 - Pendahuluan 8│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 1.5.4 Aktiviti makmal menyediakan peluang bagi murid berinteraksi secara terus dengan bahan semula jadi, menggunakan peralatan yang bersesuaian, teknik pengumpulan data, model, konsep, prinsip serta teori dalam sains. Matlamat pembelajaran sains yang boleh dicapai melalui aktiviti makmal termasuk: i. mempertingkatkan masteri kandungan pembelajaran; ii. memperkembangkan pemikiran saintifik; iii. memahami kompleksiti dan kesamaran kerja empirik; iv. memperkembangkan kemahiran praktik; v. memahami sifat-sifat sains; vi. memupuk minat dalam sains; vii. memupuk minat dalam pembelajaran sains; dan viii. memperkembangkan kemampuan kerja berkumpulan. 1.5.5 Aktiviti makmal dapat memperkembangkan keupayaan intelek dan kemahiran saintifik murid melalui interaksi otak, tangan, mata, telinga dan hidung. Bagi memastikan murid mencapai matlamat ini, guru hendaklah menyediakan pengalaman pembelajaran berasaskan ‘hands on, minds on’ melalui pendekatan dan kaedah yang telah dicadangkan. Di samping itu, guru juga perlu mengenal pasti peralatan, bahan dan persekitaran yang sesuai sama ada makmal sains/ bilik sains, kawasan sekitar sekolah mahupun di luar sekolah. Konsep pembelajaran di luar bilik darjah (PLBD) hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya sesuai dengan hasil/ standard pembelajaran yang hendak dicapai. 1.5.6 Mengajar sains secara berkesan adalah sukar tetapi ia boleh mendatangkan kepuasan apabila murid berjaya mencapai ilmu dan kemahiran yang dihasratkan hasil daripada usaha guru. Walau bagaimanapun, jika murid bekerja keras tetapi gagal dalam pembelajaran, guru harus bertanggungjawab ke atasnya. 1.5.7 Walaupun guru berasa terbeban dengan perancangan dan persediaan pengajaran sains yang rapi, namun murid akan melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan lagi bermakna berbanding kaedah pengajaran ‘chalk and talk’, menggunakan buku teks semata-mata atau „teaching the test’.
  • 9. Bab 1 - Pendahuluan PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│9 1.5.8 Makmal sains/ bilik sains bukan sahaja dijadikan wahana untuk pengajaran dan pembelajaran sains tetapi juga sebagai wahana untuk melicinkan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA) dan pentaksiran berasaskan sekolah. 1.5.9 Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan makmal sains, kemudahan, peralatan dan bahan bagi menyokong pelaksanaan pendidikan sains di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan secara optimum. 1.6 Peranan dan Tanggungjawab Pengetua/ Guru Besar 1.6.1 Pengetua/ guru besar mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk melaksanakan kurikulum sains sebagaimana yang telah dirancang. Peranan dan tanggungjawab ini adalah untuk melahirkan modal insan yang berbekalkan keupayaan intelek dan kemahiran saintifik bagi menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Sekolah seharusnya dapat menyahut permintaan tenaga kerja daripada sektor awam dan juga sektor swasta. Sebagai contoh, industri bioteknologi negara yang dijangka berkembang dengan begitu pesat dengan pulangan berbilion ringgit menghadapi masalah dalam mendapatkan tenaga kerja mahir/ profesional untuk memacu kemajuan dan perkembangannya. Akibatnya, negara akan ketinggalan dalam persaingan dengan negara-negara lain, dan seterusnya menjejaskan pembangunan ekonomi negara. 1.6.2 Fungsi Pengetua/ guru besar sebagai pengurus kurikulum telah diperjelaskan dalam dokumen bertajuk “Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia” terbitan Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.